Wednesday, June 17, 2009

NADIA, ADIKKU...SYURGALAH HENDAKNYA

Innalillahi wainna ilaihira ji’un..

Lena tidurku di kejutkan oleh sms yang sama, ku terima sebanyak 5 kali daripada berlainan nombor. Astaghfirullahal ‘azim..Benarkah ?

Pantas tangan mendail nombor telefon rakan yang memaklumkan, akhirnya diangkat. Akak, apa yang berlaku ? betul ke apa sms ni ? Dada terasa sempit.. Ya Allah..

Nur Nadia Salehuddin, mahasiswi tahun kedua, Perniagaan dan Perakaunan , bertubuh kecil, berkaca mata dan ceria orangnya. Bermula daripada kenangan aku menjadi Pembantu Mahasiswa kolej, Nadia bersama-sama Azyan dan Chern Khai adalah anak unit akademik. Susah senang sentiasa bersama.

Nadia yang kukenali, walaupun aku bukanlah insan yang rapat dengannya, adalah seorang gadis yang mudah bergaul dan baik hatinya, bijak malah sentiasa memberi pandangan yang baik.

Nadia, Kak Yuni doakan semoga adik akak ditempatkan bersama-sama dengan hambaNya yang dicintai. Moga Allah nilai setiap yang adik lakukan dengan pahala dan syurga. Ameen.

Yang hidup pasti akan pergi..Allah, berikanlah arwah ketenangan yang abadi. Al-Fatihah..

4 comments:

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh said...

Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.
-Aizat-

the hazim said...

Benarlah janjiNYa..Innalillahi wa innna ilaini rojiun....
sebab apa arwah pergi? Abg hazim tak kenal pun dia, tp tetap berkongsi kesedihan jua.
Pernah jua dahulu ada satu pengalaman bagaimana seorang rakan senoir yang baik, sama-sama d surau, beliau dijemput pulang. Sekarang masih terasa kehilangannya. Tap apakan daya, ALLAH telah menjemput rohnya awal daripada kita. Takziah kepada keluarga Nadia. Wa kafa billahi syahida...

sya_ais said...

Baru 2 ari lepas mimpikan nadia....

Smoga rohnya dicucuri rahmat....

kekaNda13 said...

al-fatihah...gadis comel yang tak lekang dengan senyuman yang pemurah..itulah arwah..moga ditempatkan ditempat-tempat org yg beriman..amin..