"Bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka ( untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit."(Al-Qamar:46)
Sejak dari kecil hingga besar saya menilai apakah erti ukhuwah yang sebenarnya, hingga akhirnya menemui satu erti yang membawa satu perubahan yang besar.
Saya yakin, pasti dikalangan sahabat-sahabat berhadapan dengan masalah ukhwah dikalangan teman rapat, dan ianya menjadi satu masalah besar apabila makhluk ALLAH yang bernama manusia meminta ukhuwah daripada anda tapi sebenarnya salah meletakkan penilaian.
PENGAJARAN DARIPADA AISHAH
Saya punya seorang sahabat, yang sentiasa mengambil berat tentang diri, malah meletakkan hak pada setiap sahabatnya . Kadang, saya malu dengan Aishah kerana pernah ditegur tidak membalas mesej yang diberinya. Berilah pelbagai alasan, hakikatnya saya memandang rendah pada sebuah persahabatan.
UKHUWAH ISLAM ?
Saya melihat siri-siri kehidupan yang amat menguji diri. Jauh hina daripada ukhwah Zainab, anakanda tercinta Rasulullah s.a.w yang mengorbankan cinta seorang suami (ketika itu sedang berbadan dua) hanya kerana aqidah Islam.
Masih ingat kisah-kisah rentetan sejarah Rasululllah yang panjang, bermula bai’ah-bai’ah kaum muslimin untuk hidup dan mati mempertahankan agama? Subhanallah.
Atau kisah ukhuwah Zainab Al-Ghazali dalam ikhwanul muslimin yang diseksa zalim dalam usaha memberi maklumat gerakan ?
Saya simpulkan dengan mudah, bahawa ukhuwah islam itu bukan didasari nafsu, iaitu ukhwah kerana kepentingan namun sebenarnya ia adalah kerana aqidah mentauhidkan ALLAH. Membuatkan saya terlalu ingin membawa adik-adik dan sahabat memandang lebih besar apakah tuntutan ukhuwah sebagai Islam.
Ya, ini hanya pandangan, dan anda berhak membuat pelbagai interpretasi sendiri. Namun saya berdiri atas paksi kecewa apabila melihat manusia sanggup menggadai masa sia-sia hanya kerana mahu menyelesaikan masalah ukhuwah yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan fahaman sirah !
GERAKAN FREEMASONRY ; PEMAHAMAN RINGKAS JATUHNYA SEBUAH KHILAFAH
Saya baru sahaja tamat membaca buku ini (Karangan Hj. Nik Azran Muhamed merupakan pengarah markaz Pengumpulan Kajian dan hasilan penyelidikan Persekutuan melayu republik Arab Mesir, Kaherah dan Hj. Mohd Mahadi Isa) dan sebenarnya banyak lagi buku-buku berkaitan Yahudi dan Zionis yang belum dibaca. Ianya satu pembacaan berat namun menarik. Jika hendak dirungkai satu persatu rentetan kisah dan cerita ianya memerlukan masa, justeru saya mengajak semua untuk mendapatkan buku-buku ini dipasaran. ( Terima kasih adikku adyani kerana bagi pinjam buku ni (^_^) )
Salah satu pendidikan khas yang amat perlu dikagumi yang ada pada diri seorang Yahudi ialah, pendidikan awal sedari kecil yang bermatlamat. Bagaimana pendidikan ini diterap dalam jiwa mereka ?
Anda tahu pendidikan bagaimana yang Mustafa Kamal Atarturk peroleh sehingga mampu menjatuhkan sebuah khilafah Islam dan menukarkan Turki kepada sebuah republik ?
Mari kita telusuri :
Dilahirkan di Salunik, tempat tinggal penduduk Yahudi Daunamah. Yahudi daunamah merupakan sekumpulan Yahudi yang berasal daripada Sepanyol dan berhijrah ke Salunik. Salunik pula merupakan satu Bandar dalam negara Yunani yang tunduk dibawah kekuasaan Kerajaan Turki Uthmaniyah pada ketika itu.
Mereka berhijrah ke Salunikbertujuan membalas dendam atas kekalahan mereka dalam perang Salib dan keengganan Khalifah Turki Uthmaniyah untuk memberikan mereka hak kewarganegaraan di Palestin.
Mereka telah menyembunyikan aqidah mereka dengan memeluk Islam dan memakai nama-nama Islam. Mereka bertanggungjawab melakukan kerosakan ke atas kerajaan Turki Uthmaniyah dengan memasukkan budaya barat terutamanya ke dalam angkatan tentera bagi menggulingkan khilafah !
Ayah nya berasal daripada kawasan pergunungan Albania, dekat sempadan Serbia. Penduduknya amat memusuhi Kerajaan Turki Uthmaniyah. Ibunya pula berasal daripada Makedonia. Sekiranya benar demikian, maka Mustafa Kamal Attaturk berasal dari keturunan Yahudi.
Mendapat pendidikan pertama di Sekolah Fatimah, sekolah agama yang begitu mahsyur. Tidak lama selepas itu, ayahnya yang amat membenci syeikh-syeikh agama telah memindahkannya ke sekolah yang lain yang menggunakan sukatan pelajaran barat. Di sekolah inilah Mustafa Kamal Attaturk muladiasuh dengan fahaman sekular.
Umur 17 tahun, melanjutkan pelajaran ke sekolah tentera Monaster. Sekolah ini digunakan oleh freemasonry untuk melatih kader-kader mereka. (betapa pentingnya memilih pusat pendidikan anak-anak yang betul) Semasa belajar disekolah ini, Pertubuhan Ittihad wat Taraqqi yang berada di bawah kawalan Britain ditubuhkan.
Lalu, Attaturk menyertai pertubuhan itu dengan harapan mendapat jawatan. Pun begitu, beliau tidak disenangi oleh anggota pertubuhan itu dan tidak dibenarkan mengikut setiap perancangan yang berbentuk rahsia.
Seluruh masanya dihabiskan dengan melakukan pelbagai maksiat. Judi, minum arak dan zina adalah perkara biasa dan rutin hariannya.(Kematian Attaturk juga jika dilihat amat mengerikan dan antara sebab kesan ketagihan arak dan seksual, Attaturk mengidap penyakit peparu dan kelamin )
Syeikh Mustafa Sabri di dalam kitabnya, An Nakir ‘ala Mungkiri Ni’mah min addin wal Khilafah wal Ummah, memberi contoh kerosakan agama dan keburukan sejarah hidupnya apabila ditemuramah oleh seorang wartawan Perancis dan dia mengatakan “ Sesungguhnya nabi kami pernah menyuruh murid-muridnya menyeru ummat lain kepada agama Islam bukannya membina kerajaan.” Syeikh menjawab kejahilan Mustafa Kamal Attaturk dengan katanya : “Panggilan murid-murid ditujukan kepada sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w seolah-olah baginda hanya seorang syeikh atau guru sekolah pada pandangannya” **boleh kaitkan dengan beberapa jawapan pemimpin negara yang memperlekehkan hukum Allah**
KEPENTINGAN KHILAFAH
Freemasonry membuat kesimpulan akhir bahawa punca kekuatan Islam yang sebenar ialah Khilafah Islamiyah. Perkara ini telah diputuskan oleh Presiden Amerika Syarikat: Wilson, di Paris dan dihadiri oleh Perdana Menteri Britain: Louid George dan perdana Menteri Perancis : Clement Sou.
Keputusan kedua mereka dengan khilafah Islamiyah hanya boleh dimusnahkan dengan menggunakan rakyat Turki sendiri yang telah dilatih sedari kecil sebagai anggota Freemasonry, sangat bencikan Islam dan Khilafah Islamiyah malah berpotensi diangkat sebagai pemimpin.
Setelah tamat persidangan ini, anggota Freemasonry telah pergi ke Kedutaan Britain di Instabul untuk mencari calon dan akhirnya ‘Mustafa Kamal’ yang sedang menjawat jawatan Panglima Tentera dan diangkat menjadi Pemeriksa Umum Tentera. ( Kitab Kaifa Saqatot al Khilafah al Islamiyah, m/s 45-47)
PERJALANAN SEBAGAI DAIE
Saya yakin dan percaya kebanyakan gerakan-gerakan Islam di Malaysia berpegang kepada matlamat penubuhan negara Islam bukan hanya pada perlembagaan malah kepada seluruh isi sistem kerana memahami hanya dengan tertubuhnya sebuah khilafah (yang merangkumi negara-negara Islam) pelaksanan hukum Allah dapat dilaksanakan secara menyeluruh, undang-undang negara adalah undang-undang Allah bukan undang-undang ciptaan manusia.
Malah masalah kekal yang dihadapi kini ialah perpecahan. Saya melihat PAS sebagai sebuah parti yang benar-benar menggunakan manhaj Islam bukan hanya untuk masyarakat Melayu semata-mata(sekarang dengan kebijksanaan pemimpin Islam mampu menarik golongan bukan Islam untuk memeluk Islam), namun lebih kepada mengembalikan ummat kepada pegangan Islam sebenar. Walaupun parti ini dilihat masih lemah daripada sudut meyakinkan ummat dalam melaksanakan hukum Islam secara menyeluruh, namun saya letakkan keyakinan HANYA DENGAN BERSAMA MANHAJ YANG BERPEGANG KEPADA SISTEM TARBIYAH ISLAM SEPENUHNYA lah, jalan kita di dunia akan tetap dengan agama.
Ya, kita mendapat pendidikan hasil daripada penerapan Yahudi. Sedarlah sistem-sistem pemahaman sekular, liberal, nasionalisme dan lain-lain fahaman membawa kearah penerimaan Islam secara serpihan adalah kejayaan terbesar laknatullah ini.
SETELAH SEDAR
Muhasabah melihat gerakan-gerakan yang tumbuh seperti cendawan dengan pendekatan dan fokus yang berbeza, membuat saya insaf betapa mencabarnya hidup sebagai seorang pemimpin Islam dalam menyatukan gerakan-gerakan ini. Dan ianya adalah cabaran kepada pemimpin-pemimpin muda. Bukan membawa negara kepada One Malaysia, namun kepada Islam, kepada Tuhan kita.
Betapa peri pentingnya para daie yang sedar ini mempunyai impian melahirkan Al-Fateh kedunia dan usaha mendidik pemimpin Islam seperti ini perlu dimulakan dengan seorang daie yang memahami tuntutan Islam semasa. Daie, tidak kira muslimin atau muslimat.
USAHA MASIH TERLALU SEDIKIT
Apabila perjuangan membawa nama Islam memegang satu tampuk kepimpinan, saya melihat betapa sukarnya berdiri tanpa tarbiyah diri yang kuat. Cabarannya bukan sahaja pada perjuangan dakwah, namun kepada mengajak manusia hasad kepada kebenaran.
Saya yakin, semua yang memahami tuntutan dakwah akan berusaha dengan kapasiti yang ada untuk melaksanakan tuntutan Allah ini. Ujian perlu dihadapi dengan ilmu kerana sungguh Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Orang mukmin sentiasa di ambang lima dugaan yang susah :
1.Mukmin yang dengki padanya
2.Munafiq yang benci padanya
3.Kafir yang memeranginya
4.Syaitan yang menyesatkannya
5.Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
( Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dari hadith Anas dalam tajuk ; akhlak yang luhur)
Saya mengajak sahabat-sahabat kepimpinan untuk muhasabah, dengan ujian yang dihadapi, sungguh keindahan dalam perjuangan adalah pada kebergantungan padaNYA. Sungguh, bukan manusia selayaknya untuk menilai, tapi ALLAH. Jangan berputus asa dengan tomahan dan maki keji, sungguh ianya akan mematangkan diri sebagai daie.
Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka(orang-orang Islam).”
GERAKAN FREEMASONRY ; PEMAHAMAN RINGKAS JATUHNYA SEBUAH KHILAFAH
Penyertaan terbuka kepada semua mahasiswa Universiti Malaya dan juga kepada mahasiswa kampus lain.Lebih ramai,lebih bagus !Pengalaman dapat,ilmu pun dapat dan ukhuwah terikat
OBJEKTIF Bro MC 09
1.Menanam keyakinan dan kepercayaan kepada diri pelajar
2.Membimbing mahasiswa menyedari potensi diri dan menggunakan secara mendalam
3.Memberi pengalaman,pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan aktiviti pengurusan diri
4.Menguatkan ikatan silaturrahim sesama mahasiswa Universiti Malaya dan mewujudkan suasana harmonis
Pendaftaran untuk bro MC dibuka sekarang sehingga 21 November 2009.Anda boleh berhubung dengan :
Saya tidak tahu samada saya layak untuk bercakap tentang isu ini kerana JIK/JTK kolej mungkin lebih arif berkenaan permasalah yang berlaku di kolej kediaman. Namun selepas beberapa kali dihubungi oleh mahasiswa kolej kediaman yang mengadu berkenaan isu ini, saya mula berasa perlu untuk bertindak.
Saya cuba menghubungibeberapa presiden untuk mendapatkan maklumat berkenaan isu ini kerana tidak mahu dikatakan “menceroboh”, namun saya mula bimbang apabila tiada respon malah jawapan playsafe “ keadaan terkawal” diberikan.
MAKANAN SAHAJA
Saya punyai banyak maklumat yang mungkin boleh dikongsikan bersama pembaca berkenaan :
1.Mengapa yuran kolej kediaman UM mahal ?
2.Mengapa kolej kediaman mengalami defisit?
3.Isu renovasi dan salah faham JPPHB dan Kolej Kediaman
4.Meritokrasi pelajar dan dasar pemilihan
5.Bidang kuasa dan peraturan kolej kediaman
6.Pelantikan JIK dan JTK
7.Politik Kampus
** mungkin boleh dirungkai kemudian, dan saya boleh kemukakan dengan hujah**
REVIEW ISU MAKANAN
Bagi Kolej yang mempunyaidewan makan di universiti hanya ada 7 kini(jika salah, betulkan saya), iaitu :
1.Kolej Kedua
2.Kolej Ketiga
3.Kolej Keempat
4.Kolej Kelima
5.Kolej Keenam
6.Kolej Ketujuh
7.Kolej Lapan
Setiap pelajar kolej kediaman perlu membayar makanan sebanyak RM 3.50 untuk jumlah makanan sebanyak 3 kali iaitu pagi, tengah hari dan petang. RM 10 ringgit sehari akan melibatkan pengeluaran wang sebanyak lebih kurang RM 1260 ( Kolej kediaman Keempat) belum termasuk cas tambahan yang dikenakan untuk barangan elektrik dan lain-lain.
RM 3.50 untuk tujuan makanan memang tidak masuk akal jika kita lihat kini ( untuk 3 kali makan), saya memahami masalah yang membebani para pengetua yang turut terlibat dengan masalah defisit yang semakin teruk.
Bayaran selebihnya RM 6.5 adalah bertujuan memenuhi tuntutan pentadbiran seperti kos air, elektrik, penyelenggaraan bangunan, bayaran gaji pekerja, dan lain-lain bayaran.
INFO
Yuran kolej kediaman untuk makanan adalah sama untuk beberapa tahun yang agak lama, walaupun negara kita mengalami masalah ekonomi yang memberi kesan kepada beberapa sumber terutamanya bahan mentah (makanan), secara rasionalnya memang bermasalah apabila harga sumber ini mahal dan yuran masih statik.
Namun saya tidak bersetuju sekiranya penipuan dilakukan. Seperti menukar menu masakan untuk cut cost belian makanan yang dibeli secara borong (kebanyakan kolej mendapatkan bahan mentah daripada tender borong yang sama). Lebih dahsyat sekiranya menyediakan kuantiti makanan yang terhad kepada pelajar sehingga ada yang tidak dapat makanan. Memalukan sekiranya, makanan diberikan berdasarkan saiz badan pelajar.
Semua berpunca daripada jumlah bayaran yang kecil untuk memenuhi hakikat yang lebih besar. Keputusan menutup dewan makan juga perlu dipertimbangkan buruk baiknya dan disinilah pandangan, suara daripada pelajar yang mengalami sendiri keadaan dan penderitaan bangun memaklumkan. Kadang pihak pentadbiran tidak maklum atas beberapa isu, dan kadang, ada jalan penyelesaian yang bukan dibawah kuasa/kemampuan pihak pentadbiran kolej kediaman, namun boleh diambil oleh pihak lain. Dan ianya masih boleh dibincangkan.
BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU ?
Saya merasa kasihan kepada rakan-rakan yang tinggal dikolej kediaman, saya pernah bawakan isu-isu ini ke meja perbincangan bersama pihak pengetua, namun jawapannya adalah sama (akan dibincangkan dalam mesyuarat pengetua-pengetua, Dewan Asrama-Asrama (DAA). Akhir pertemuan kami adalah pada bulan Ogos yang mana ketika itu pihak pengetua perlu mengemukan laporan belanjawan kolej kediaman sesi hadapan untuk diluluskan diperingkat Lembaga Pengurusan Universiti (LPU). (rujuk perlembagaan universiti).
Saya amat mengharapkan agar pihak JIK/JTK betul-betul berusaha membawa isu ini, tambahan ada beberapa ahli MPMUM yang memegang jawatan penting di Kolej Kediaman Nashruddin ( Presiden Kolej 5), Hidayah ( Setiausaha JTK Kolej Kediaman Kedua), Mohd Afiq( Presiden Kolej Kediaman Kesembilan). Rakan-rakan yang tinggal dikolej kediaman boleh membuat laporan lengkap (beserta bukti, memorandum, persetujuan mahasiswa kolej , beserta cadangan) supaya saya boleh bawakan isu ini keperingkat yang lebih tinggi.
Masalah yang saya hadapi apabila bertemu dengan rakan-rakan yang kebanyakannya mengeluh, namun tidak mahu membantu/takut untuk menjadi saksi. Tidak molek sekiranya saya turun ke kolej dan buat pemeriksaan makanan sedangkan saya bukan pelajar yang menginap jauh sekali berjawatan JKPKEMAS atau JIK Dilantik Kolej.
Bagaimana saya mahu kemukakan isu kepada pihak Naib Canselor atau SUHAKAM atau Kementerian sekiranya saya tiada perkara asas ini ?
TAHNIAH SPKUM
Tahniah saya ucapkan kepada pihak Sekretariat Presiden Kolej Kediaman UM,atas usaha untuk membawa isu kebajikan ini. Memang kalian sepatutnya membawa isu ini kerana lebih berautoriti dan arif berkenaan masalah dalaman kolej kediaman. Janganlah meletakkan semua bebanan kepada MPMUM, sehinggakan hal yang menjadi tanggungjawab pelajar diperingkat kolej dan boleh diselesaikan dengan budi bicara baik anda masih mengharapkan MPMUM.
Saya sangat yakin pihak pengetua juga tidak berapa selesa jika masalah kolej ini dicampuri oleh pihak kami.
Saya tidak mahu ulangi kesilapan yang pernah berlaku dahulu apabila pihak MPMUM turun padang untuk bertanyakan isu kebajikan mengenai pelajar yang dibuang kolej kediaman, dan dikatakan tidak mengikut saluran yang betul ( tidak berbincang dengan JTK/JIK ) terlebih dahulu. Masih teringat kata pepatah seorang bekas presiden kolej kediaman “MPMUM ni Menteri, dan JTK ni macam ADUN, kalau menteri nak masuk kawasan ADUN, eloknya minta kebenaran dahulu, baru katanya ada adab” **mesyuarat MPMUM, NC dan TNC HEP berkenaan layanan HEP terhadap MPMUM**
Saya bersedia untuk bawakan isu ini keperingkat lebih tinggi, atau jika pihak SPKUM mahu bawakan sendiri, saya boleh bantu untuk uruskan pertemuan/dialog/perbincangan dengan pihak NC, SUHAKAM mahupun Kementerian Pengajian Tinggi, jika tidak mahu juga saya uruskan pertemuan, saya boleh bantu untuk memberikan nombor untuk dihubungi kepada pihak SPKUM.
HAKIKAT
Saya juga dulu pernah menjadi pimpinan Kolej Kediaman sebelum memegang amanah yang sungguh jauh lebih mencabar kini. Merasai kedua-dua jawatan JTK dan JIK Dilantik. Dan pengalaman saya membawa saya kepada seorang manusia berpendirian. Saya tidak memahami memang ada antara kita yang memikirkan berkenaan survival, masa depan yang cerah dengan jawatan yang ada. Namun saya lebih bernafsu untuk bercakap soal kebenaran dan ketelusan. Kadang kebatilan depan mata, namun lebih ramai yang mengambil jalan untuk diam (atas dasar kepentingan peribadi).Na’am, ana uwafiq . Ini bukan soal ideologi, namun soal kebajikan.
TINDAKAN SEGERA
Kepada rakan-rakan yang sedang menderita, bersabar, dan saya mohon untuk bantu saya, lantik salah seorang dikalangan anda untuk uruskan laporan. Saya boleh serahkan softcopy laporan dan memorandum jika mahu. Dimanakah “pemimpin” yang akan keluar daripada kesusahan rakyat itu? Hope to hear good news soon. You choose.
Saya agak terganggu beberapa hari ini dengan sms-sms yang berbentuk memujuk mengajak saya menyertai perniagaan. Malah tawaran yang besar diberikan kepada saya untuk usaha dalam bidang perniagaan ini.
Puas nak dipujuk hati untuk meminati bidang ini, namun setakat ini usaha masih tidak berjaya. Saya tahu, dikalangan rakan-rakan saya juga sudah menjadi usahawan muda. Teman paling rapat juga baru-baru ini meminta bantuan saya mendapatkan sumber untuk usahanya menggiatkan lagi perniagaan internetnya. Wah, sungguh bergaya kalian ya.
Doa-doakanlah agar Allah buka hati saya. Ngee~ (^_^). Kepada yang senior, mohon tunjuk ajar.
""Tuhanku""
....Aku ingin menjadi lebih menghibur daripada dihibur...
.......Aku ingin lebih memahami daripada difahami........
...Aku mahu lebih mencintai daripada dicintai...
.........................kerana...................
......dengan memberi aku menerima.......
............dengan memaafkan aku dimaafkan.......
........dengan cinta aku bangkit kembali....
.....dan dengan cinta aku hidup abadi....
****qudwahhumaira'*****
PROFILE
SHAH RIZUL AYUNI ZULKIPLY
Faculty of science ( Biggest faculty ) Of University Malaya. Full hearted learner of Education and Chemistry ! Looking foward future generation of Jaishu Muhammad. Binding together hawariyun muslimah with commitment of dakwah. Dream of syahid and great mahabbah of ALLAH.