Saturday, June 6, 2009

MAHASISWI BANGKIT !

FLASHBACK

Semalam Hajar MPPUSM datang ke bilik saya dan saya kongsikan beberapa video sepanjang kempen di UM. Beliau datang singgah ke UM sebelum saya meredah jalan KL menghantarnya ke Hentian Puduraya. Dan hari ni saya berniat hendak ke Kelana Jaya Park meninjau suasana Fiesta Femina di sana. Mungkin boleh dapatkan view suasana di sana. Ngee~

Saya buka kembali Folder Pilihanraya UM, dan melihat kembali video kempen di Kolej Kediaman sendiri. Rasa sayu menyelubungi, teringat betapa peritnya hati ketika itu, dan betapa hebatnya rasa kebergantungan pada ALLAH.

Yang turun mendengar, bukan calang-calang orangnya kerana mereka keluar daripada doktrin pelbagai ancaman, bertambah semangat apabila mereka turut membawa belon. Adik-adik tahun satu ketika itu berhadapan dengan ugutan buang kolej kediaman dan saya sempat berjanji, sekiranya mereka dibuang atas dasar ini, saya akan perjuangkan nasib mereka.

ALLAH MELUNASKAN JANJI HAMBANYA



Sebelum pelaksanaan merit dilaksanakan pada tahun ini, saya berjumpa pengetua kolej kediaman untuk perbincangan mengenai isu pemilihan pelajar, dan meminta supaya pemilihannya adalah telus. Pengetua yang pada saya bersikap terbuka ini menerima dengan lapang dada beberapa permintaan saya malah meminta saya mengemukakan nama mana-mana pelajar yang dirasakan layak namun tidak terpilih.

Alhmdulillah, melihat kembali kepada senarai nama yang dikeluarkan, saya cukup berpuas hati dengan bilangan pelajar yang dipilih, walaupun tahu kesulitan yang bakal dihadapi oleh pihak pentadbiran akibat tindakan ini. Pentingnya mempunyai tempat dalam mesyuarat dan mengetahui selok belok pentadbiran kolej kediaman.

Saya antara yang tidak dapat peluang menginap dikolej kediaman ini. Nampaknya, saya perlu pergi kerana mungkin hikmahnya lebih lama saya disini semakin banyak keburukan yang saya lihat. Allah tidak pernah menghampakan hambaNYA.

WANITA DAN KEBAJIKAN

Saya optimis untuk membantu mahasiswi naik ke satu tahap lebih baik. Insya ALLAH, saya harap saya dapat bertemu dengan Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 9hb ini kerana saya akan membentangkan tentang isu pembangunan wanita dii hadapan beliau. Insya ALLAH.

Cadangan penubuhan Majlis Mahasiswa Nasional (MASISNA) dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai platform pemerkasaan mahasiswi yang keanggotaan secara automatik bagi pimpinan siswi, Majlis Perwakilan Pelajar dan wakil pimpinan persatuan agama universiti saya kira mampu berfungsi sebagai medan pendedahan secara terus dan khusus kepada mahasiswi.

Inisiatif Dato’ Seri yang telah menubuhkan SENADA, Sekretariat Pemerkasaan dan Pembelaan Wanita Islam, bertujuan untuk mendapatkan suara wanita secara kolektif dan bersepadu yang mana keanggotaannya terdiri darpada pelbagai fahaman politik patut diberi pujian atas sikap terbuka beliau.

Dan saya kira penubuhan MASISNA ini adalah pada masanya. !

KEBAJIKAN SISWI KAMPUS



Saya bimbang dengan kebajikan mahasiswi kampus dan mahu keluar daripada orientasi Hal Ehwal Pelajar. Cukuplah semester yang lepas, sebagai pengajaran. Semangat hala tuju semester baru ini akan saya isi demi kepentingan dan kebajikan bersama.

Dan berjuang walaupun akan ada kongkongan pihak-pihak tertentu. Permudahkanlah Ya ALLAH.

PERANCANGAN DAN FOKUS

Saya akan lebih transparent dalam pembawaan kebajikan. Saya fokuskan kepada tiga team HELWA :

  1. Team Pusat Mahasiswi

Pihak HELWA merancang untuk mengiktiraf wakil HELWA di setiap kolej kediaman, persatuan anak negeri, kelab dan puspita(luar kampus). Melalui pengiktirafan ini, mereka akan berfungsi menjadi wakil MPMUM dalam menerangkan gerak kerja terkini dan membawa suara kebajikan mahasiswi di setiap lokasi. Bebanannya berat kerana melibatkan komitmen, namun saya optimis, dan akan bawakan ia sehingga ke peringkat Naib Canselor supaya, wakil-wakil ini akan sentiasa bersemangat.

Fungsi team ini adalah untuk mendapatkan maklum balas berkaitan kebajikan, malah pihak HELWA akan sentiasa turun padang bersama-sama dengan semua mahasiswi. Ya ALLAH, perkenankanlah.

  1. Team isu

Antara kelemahan yang kami dapati adalah tiadanya satu tindakan bersikap gerakan. Tiada figura-figura yang naik memberi respon terhadap isu semasa rakyat, dan apabila bercakap tentang isu semasa rakyat, ianya meliputi semua, isu kampus hingga kepada isu nasional dan rakyat yang ditindas.

Ini yang gagal HELWA wujudkan, sehingga tenggelam dalam masalah dasar semester sebelum.

Jadi, team ini sangat penting dan perlu bergerak segera. Team ini juga perlu mendepani massa dan tahu isu semasa.

  1. Team Pengurusan Korporat ( Corporat Management)

Pembaharuan keatas HELWA antaranya ialah penubuhan team ini. Saya mahukan HELWA MPMUM mampu melahirkan produk mahasiswi berkualiti ( fardhul muslimah). Dan team ini yang akan menghubungkan HELWA, dan mahasiswi kampus dengan tokoh-tokoh hebat Negara, NGO-NGO atau pimpinan mahasiswi kampus lain.

Antara aim saya yang paling awal ialah, ingin bertemu dengan Siti Nurhaliza, penyanyi yang berasal daripada kampung yang sama dengan saya. Terlalu besarkan perancangan ini ? Nak berduet dengan Siti lah..Ngee~

APA YANG HELWA PERLUKAN?

Biro Hal Ehwal Wanita memerlukan keanggotaan team yang sepadu, tidak perlukan kepakaran yang spesifik. Saya hanya mahukan mahasiswi yang mempunyai passion dalam bidang ini. Cukup hanya keprihatinan dan komitmen.

Marilah membantu saya untuk perubahan terhadap mengiktiraf mahasiswi ke satu peringkat yang lebih tinggi. Insya ALLAH

14 comments:

nuwairahsafwa said...

salam..
emm xtau la kot nk ckp ape sgt..
emm dh lame gak xbg komen..
nmpak cm dh x diperlukan kot..
hehe..
saje je..
emm satu yg saya sedar tntang mhasisiwa ni,kite akn berada di puncak kuasa pabila tiada 'peraturan' yg menghalang kite untk bebas bersuara..
barula kite akan dilihat sebagai manusia yg ade gunenye n ade harapan untuk memajukan bangsa itu sndiri trutama agama kite..
jika x,mcm skrgla..
mahasiswa mnjadi semakin lesu..
spatutnya kite mnjadi pelajar yg bebas dr segala bakal 'olok2' ancaman luar n dr ctu kite akan jd seorg yg bebas ttp brtanggungjwb stiap ape yg brlaku..
emm pembentangan FEMINA harap brjaya..
gd luck..
dokan kami yg ade didlmnya dpt same2 brgerak scara brsepadu untk mneruskan impian akak 2..
mngkin kite xdpt mncapai ape yg diimpikan..
ttp jgn lupe,kite la pncetus ape yg telah dimulakan..
harap pad mase akan dtg,ia akan lebih hebat lg n dpt mncapai misi yg kite inginkan walau mngkin mase 2 kite dh xde dibumi um..
chaiyoo!!! bekerja untk 1 um n 1 islam..
bkn satakat 1 malaysia je..
hehehe...

aiman said...

..pmikiran yg optimis..
..i like a way ur thinking...

LuKLuK BaiDoaH said...

salam elaik

semoga usaha anda membantu dalam pembangunan ummah islam terutama pada mahasiswi.

Chaiyouk2!

Wan Nur Shuhada said...

Ade satu nilai dalam diri Ayuni yang xde pd sy n mungkin jg org lain iaitu bersikap OPTIMIS dengan setiap matlamat yang dipacak...

Nilai ini dilihat kontra dgn sy yg cenderung PESIMIS...

ini membuktikan bahawa peri pentingnya keyakinan terhadap usaha sendiri dan pergantungan kpdNya disamping doa...

Back to the aqidah...Astagfirullahal'azim...God, plz 4giv me..

I do realize that i need to build that kind of value...hm, i shud learn sumtg from ur strength...owh Allah, please help me...

I feel sorry for u 2 hv an assistant like me...i need to be punish huh? I'm ready for wut eva mistakes i've done...(-_-)

DaVillageBoy said...

jangan hanya sekadar menulis dan berpuitis...tunaikan...saya belum melihat satu pun dari manifesto anda berjalan...

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh said...

Salam.
Secara peribadi, saya dah nampak kemana halatuju mahasiswi akan datang ini. Saya memuji pemikiran dan beberapa tindakan dari figure2 mahasiswi. Harapnya ia berkekalan dan menjadi model wanita pasca generasi baru Malaysia ini.
Saya cabar...
Salam perjuangan!

Saladin The Saracen said...

Ana tengok dari struktur HELWA yang terbaru tu, ada kemungkinan HELWA dapat dimarketkan pada masa akan datang. Insya ALLAH.

Cumanya usah lupa memasarkan HELWA ke luar, dan tahiah juga sebab ana lihat dah ada usaha untuk memasarkan HELWA menerusi TEAM 1.

Secara keseluruhannya, ana harap perancangan ini akan turut disertai dngan mekanisma perlaksanaan.

Ana tumpang gembira di atas kejayaan usul MASISNA temph hari. Ana tgk Tan Sri terus je setuju setelah nti bentangkan. :)

Shuk_devdas said...

dah tak duduk kolej ke???
hurmmm...
semakin hambar la kolej nanti..

dah ramai hardcore dah xde..
warghhhhh

qudwaH_Humaira' said...

Nuwairahsafwa:

bebas dan berani

qudwaH_Humaira' said...

aiman:

teruskan memberi komen na

qudwaH_Humaira' said...

lukluk baidoah:

chaiyyook !

qudwaH_Humaira' said...

davillage boy :

lawat setiausahaagongmpmum0809.blogspot.com

qudwaH_Humaira' said...

mohd aizat salled :

ana pun cabar nta juga.

qudwaH_Humaira' said...

saladin the saracen :

gerakan mahasiswa kemana pula ye ?

abang shukor :

x pe la..akan ada mahasiswa lain yang bangkit ..