Monday, June 29, 2009

BONGKAH AIS DAN PEMIKIRAN


Pagi ini sangat menenangkan jiwa…Semalam selepas selesaikan beberapa kerja di pejabat MPM saya “merempit” ke Puchong, rumah kakak. Petang yang sibuk dengan kenderaan pulang ke rumah ( pasti mereka yang pulang daripada kerja ini sangat penat).


Semalam kepala saya terasa berat, banyak persoalan dan perkara yang memerlukan jawapan. Perkongsian Brother Nurudin banyak memberi kesan kepada diri saya. Sehingga akhirnya persoalan keluar daripada fikiran saya “ Apa yang perlu aku buat sekarang?” Allahuakbar..


Bantulah aku Ya ALLAH. Inilah masalahnya apabila terlalu banyak kejahilan. Ayuni , banyakkan membaca!


Apabila kita berada di atas sebuah kapal, kita hanya melihat bongkah ais yang berada di permukaan lautan. Dan bongkah ais di atas lautan kecil sahaja kan (seperti dalam gambar), pasti kita tidak nampak bongkah ais yang berada di bawah permukaan lautan, yang 10 kali ganda lebih besar lagi keras.


Bongkah ais dipermukaan ini saya analogikan sebagai sikap/attitude dan bongkah ais di bawah permukaan adalah pemikiran/thought/fikrah yang merupakan struktur bawahan yang menimbulkan bahagian bongkah atasnya.


Saya berhubung dengan manusia contohnya, samada yang mempunyai agenda baik atau tidak, sering bersangka buruk malah suka menceritakan tentang keburukan orang lain dihadapan masyarakat, mereka yang suka mempertikaikan gerak kerja,mengkritik dan mengutuk peribadi tanpa langsung mempedulikan perasaan orang lain, bergembira atas kesakitan orang lain, suka menyalahkan orang lain tanpa menyedari kesalahan sendiri dan banyak lagi. Dan akhirnya saya stress.


Mengapa perlu stress jika saya tau analogi bongkah ais ? Bahawa sikap seseorang terbentuk daripada pemikiran dan pemikiran ini terbentuk daripada kefahaman mereka. Dan kefahaman ini didasari jawapan matlamat diri dicipta iaitu ”tujuan hidup”. Jika manusia itu tahu tujuan kehidupan, maka mereka akan memahami apa peranan mereka di dunia ini. Dan jika manusia itu tahu betapa dunia ini akan berakhir antara syurga dan neraka.


Selepas saya memahami konsep bongkah ais ini, setiap kali saya termenung melihat sikap manusia yang pelbagai, saya mula melontarkan persoalan pada diri, ”Apakah tujuan hidupnya sehingga dia bertindak sedemikian ?” Dan setiap kali saya berhadapan dengan mehnah, saya akan tanyakan soalan asas ini kepada manusia.


Berfalsafahkah ? Soalan-soalan asas inilah yang mungkin tidak akan memberikan jawapan secaral vokalnya, namun cukup memukul jiwa dan nurani tentunya. Fahamlah saya bahawa tiada guna menghukum manusia kerana sikap mereka, kerana keunikan manusia itu adalah sentiasa merasakan diri adalah yang benar.

2 comments:

Head Shot said...

Semua sifat manusia sudah diceritakan di dalam Al-Quran. Bermula dari kisah Nabi Adam sehinggalah ke Syurga dan Neraka. Beruntunglah orang yang mengambil iktibar dari kisah itu. Contohnya kisah kaum Nabi Nuh, selama 1000 tahun berdakwah, hanya 80 orang sahaja yang bersama baginda taat kepada ALLAH. Anak sendiri pula enggan biarpun banjir besar sudah mula menenggelamkan kota itu. Itulah satu contoh manusia yang diceritakan di dalam Al-Quran daripada contoh-contoh yang lain.

Wa kafa billah wakila.

Unknown said...

Salam ziarah. Bukan namanya manusia jika tiada ujian menimpa.