Thursday, June 4, 2009

AMAL ISLAMI DAN MPMUM


Alhamdulillah, kerana ALLAH masih memberi ruang dan kesempatan mencorak dunia. Bermula 30 -31 saya tidak dapat berhubung dengan dunia blog kerana menghadiri Career summit di Pan Pacific Hotel KLIA, disambung bengkel organisasi bermula 1 hingga 3 hb. Semalam pula saya ambil kesempatan sepenuhnya untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah MPMUM saya. Rasa sedih juga tidak dapat pulang ke rumah.

Satu slot bersama bekas pemimpin, Ustaz Nazree Yunus yang merupakan pengerusi Gerak Malaysia mungkin dapat saya kongsikan pengisiannya.

SISTEM TARBIYAH MEMBENTUK DIRI

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya merupakan taklifan dan kampus ini adalah medan pengaplikasian tarbiyah. Sistem tarbiyah diri ini menjawab persoalan akidah dan ibadah. Apakah maksudnya ? MPMUM adalah kepimpinan teratas mahasiswa dikampus, dalam erti memegang amanah mencegah yang mungkar dan mengajak kearah makruf, tarbiyah ruhaniyyah pemimpin itu pastilah perlu lebih kuat berbanding mad’u.

Seterusnya ia membawa kepada persoalan sejauh mana kita memperkasakan diri daripada sudut fardhul muslim. Dan peranan setiap pemimpin sendiri adalah mewujudkan/melahirkan lebih ramai fardhul muslim dan mengajak mereka kepada menegakkan hukum ALLAH.

ANALOGI MUDAH FAHAM

Jika universiti meletakkan perbagai akta, statut, peraturan di peringkat kolej kediaman yang perlu dipatuhi, malah jika tidak patuh akan dikenakan tindakan. Sama juga dengan peraturan dan hukum ALLAH yang perlu ditunaikan oleh setiap jiwa bergelar muslim, dan jika tidak patuh malah lalai dalam menegakkan hukumNYA, balasan pedih diakhirat nanti. Pendidikan ini yang perlu MPMUM bawakan kepada masyarakat mahasiswa.

NEGARAWAN

Saya beriman dan berniat pada setiap perbuatan supaya ianya dinilai sebagai ibadah kepada ALLAH, walaupun hanya dengan menghantar surat kepada pihak pentdbiran, saya perlu yakin ianya adalah sebahagian daripada tuntutan akidah dan ibadah. Kerana apa ? Kerana saya lakukannya untuk kebajikan mahasiswa dan ianya adalah sebahagian daripada amal makruf. Lalu ianya akan memenuhi tuntutan syahadah akidah.

Apa kaitannya dengan NEGARAWAN ?

Ustaz Nazree menceritakan tentang mengapa beliau mencetuskan GERAK MALAYSIA. Kerana tuntutan mencegah rasuah dan memastikan pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan rakyat, memegang kuasa ini terdiri daripada fardhul muslim yang tidak melakukan rasuah yang jelas HARAM . Dan integriti ini hanyalah satu cabang daripada banyak . Tidak kira siapa dan parti mana, kerana ISLAM itu sendiri akan melahirkan muslim yang memahami kepetingan memakmurkan Negara.

PERANAN MPMUM

Saya kini lebih yakin, bahawa dalam kesusahan berhadapan dengan mehnah posisi MPMUM yang selama ini terlalu bergantung kepada pihak pentadbiran dan banyak menerima suapan kemudahan perlu distruktur semula. Dan ianya bukan mudah dan mungkin saya akan tercedera.

Saya akan bersemangat menjadikan MPMUM sebagai platform pembentukan lebih ramai fardhul muslim di samping bersikap adil kepada semua. Saya tekad tidak mahu mulakan MPMUM kali ini dengan LEMAH.

Aim MPMUM : Create space and opportunity to make up another fardhul muslim

4 comments:

Anonymous said...

wah..ade page baru..lama x visit da
all da best semua..

nuwairahsafwa said...

salam..
emm islam dpt kite lihat sebagai satu sistem hidup..
kite snidri tidak terlepas untk mempunyai satu sistem dlm mncapai cita2 yg diidamkan..
kesmpulannya,amalkan islam tu secara menyeluruh..
sahabat2 yg dipilih olehNYA,bantulah rakan2 kite yg xtau untk fahaminya..
kdg kala mrk ni bkn sngaja untk melanggar perintahNYA..
ttp ada yg segelintir dr mrk tak tau laranganNYA..
mari same2 kite memperkasakan diri untk same2 mmbangunkan rakan2 yg hilang arah ini..
hehe..
chaiyo!!!
peringatan untk diri sndri juga..
hehe..
kpd barisan MPM,kesepaduan penting..
tunjukkan yg trbaik..
ALL DA BEST..
berdoalah..

nuwairahsafwa said...

sama2 kite pastikan kemengan ISLAM..
AMIN..

Wan Nur Shuhada said...

MPMUM ~ Ayuni
Ayuni ~ MPMUM
=> PRO-M

Wut does it mean??? Try to figure out...