Wednesday, June 17, 2009

CINTA PERTAMA

Aisyah menangis tanpa sedar. Air matanya terasa panas mengalir dipipi. Astaghfirullahal’azim. Aisyah beristighfar beberapa kali, sememangnya Aisyah tersentak apabila kakaknya menelefonnya pagi tadi. “ Ummi, dah bersetuju untuk temukan adik dengan anak, rakan sepengajian ummi”. Kakaknya memulakan bicara.

“ Tapi, kakak dengar anaknya tu baru putus tunang dengan seorang muslimah, 5 tahun bercinta dik, tapi kakak pun tak berapa jelas sangat. Kalau adik nak tau, adik tanyalah ummi kemudian ya”. Masih terngiang-ngiang ditelinga Aisyah.

”Allah, apa yang sedang aku fikirkan.” Aisyah terus bangun menyeka air matanya. Malam itu Aisyah bangun bertahajjud. “Allah, terasa segenap urat nadiku, rasa cinta padaMu. Walau kuatpun aku pada jalan jihad perjuanganku memikul agamaMU, namun lemah jua aku apabila hati ini diuji dengan cinta lelaki.”

Aisyah jua ada impian. Dirinya thabat memelihara diri pada segenap cinta lelaki kerana tekad mahu dirinya dipunyai hanya untuk suaminya. Kerana keyakinan Aisyah pada cinta abadi. Mahunya pada cinta pertama hanya untuk suaminya. Aisyah mahu suaminya adalah cinta pertamanya, juga mahu dirinya menjadi cinta pertama bagi suaminya.

Malu untuk Aisyah utarakan pada ummi. Bahawa Aisyah tidak mahu pada seorang pemuda muslim yang sudah pernah bercinta. ”Melampaukah keinginan diriku ? Benaknya memberontak. Salahkah jika hanya ini mahuku?, Allah bantulah diri ini, jika benar ini yang terbaik bagi ummi, aku redha..

bersambung...

7 comments:

aiman said...

em..pelik jgk..

qudwaH_Humaira' said...

apa yang pelik ?

kekaNda13 said...

Aisyah ini dan Aisyah itu..Aku kenal Aisyah ini..setiap puteri punya impian...tak salah untuk meminta seseorang yg tak pernah bercinta...Moga diberi petunjuk oleh Allah dan moga Aisyah ini ditemukan pada yang hak. Kekasih Allah itu sebelum bertemu Aisyah itu pernah menyintai Khadijah yang pernah menjadi kecemburuan Aisyah itu...dan Aisyah itu sebenarnya memiliki permata yang dicintai ramai bidadari.Lalu Aisyah itu bukanlah cinta pertama..tapi, dia berjaya menjadi yang pertama di hati suami kerana kepetahannya kebijaksaannya.Dialah Aisyah Humaira.Cinta pertama bukan pada percintaan tapi pada akad yang dilafazkan...(n_n)

qudwaH_Humaira' said...

kekanda13:

jauh mahu menandingi ummu mukminin ya ukhti..

Saladin The Saracen said...

Andai diri ini punya salah serta kekhilafan, maafkanlah jua.

qudwaH_Humaira' said...

saladin the saracen...

bersalah dengan aisyah ke ni ?hehe

Yuyuisyunik a.k.a Nurul Syazwani said...

post menarik bila nak sambung?? huhuhu.......