Tuesday, June 23, 2009

AJALKU SEMAKIN HAMPIR

Dapatku rasakan ajalku semakin hampir

Yang segala didunia sekelip mata tidak lagi berguna

Terlalu banyak perkara sia-sia yang tiada nilai disisiNya


Tidak layak sungguh aku untuk apa pun sebenarnya

Aku masih gagal mengenal Penciptaku

Kerana jika aku berjaya aku tidak berbuat dosa


Bagaimana Ya Allah dengan amalanku

Kerana aku tidak pernah solat seperti ajal dihadapanku

Aku sering lupa bertanya khabar dan mengambil berat insan disekelilingku

Aku tidak pernah mengajak mereka kepada Islam sehingga mati tidak pernah mengenal Islam


Allah...

Aku dapat rasakan betapa peritnya libasan kubur tersedia untukku

Aku kini sentiasa berhadapan dengan manusia

Yang aku tidak berdaya berhadapan dengan perancangan mereka

Namun aku beriman pada ketentuanMu

Tiada manusia mampu menyentuhku tanpa izinMU


Berikanlah aku kekuatan

Agar tidak menjadi hambaMu yang menjadikan manusia Tuhan sebagai penentu kehidupanku

Manusia yang tunduk pada taghut dan kebatilan yang nyata

Berikanlah aku jalanMu

Supaya setiap ujian ke penghujung nyawaku aku menjadi lebih sempurna


Luluhkanlah hatiku dengan nikmat dunia Ya Allah

Supaya hidupku lupa kepada kezaliman manusia

Hingga setiap mehnah adalah ganjaran syurga menanti


Adakah aku dijalan yang benar Ya Allah?

Seperti jalan yang dilalui oleh Serikandi Islam sebenar

Dengan kejahilanku aku tahu aku tidak pernah layak untuk berada di sisiMu


Aku masih belum bersedia Ya Allah

Bagaimana hendakku berhadapan dengan kematian ini...


Ajalku semakin hampir

11 comments:

MUJAHEEDAH SOLEHAH said...

assalamaulaykum kak

MUJAHEEDAH SOLEHAH said...

assalamualaykum

akak sedih maryam bila membaca bait-bait yg tertulis...i2 memang impian kita kan kak berniat n bercita utk shahid bersama2... akak maryam sayang akak disaat maryam resah akak pengubatnya...pembela n penenang ketika first year...

Anonymous said...

sayang akak

Wan Nur Shuhada said...

“Allah ta’ala akan sentiasa menguji antum pada titik terlemah antum. Orang yang lemah dalam masalah harta, namun kuat dalam masalah pangkat dan wanita, tidak diuji dengan wanita dan pangkat. Orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah, akan diuji oleh Allah dengan dipertemukan dengan orang-orang yang sentiasa membuatnya tersinggung dan marah. Seseorang yang sentiasa berlambat-lambat dalam dakwah kerana alasan ‘isteri, mertua, tetamu’ akan sentiasa dihadapkan dengan alasan-alasan itu, ‘mertua datang, tetamu datang silih berganti,’ yang akan terus menundanya untuk bersegera menghadiri program dakwah, sampailah dia boleh mengutamakan agenda dakwah dalam kehidupannya” (K.H. Rahmat Abdullah,Episode Cinta Sang Murabbi)

Ehsan : http://ummuafeera.blogspot.com/2009/06/bebas.html

Sememangnya setiap detik yg b'lalu m'dekatkan kita dgn ajal...
Persoalannya mampukah kita terus bertahan di jalan ni atau mungkin terkandas di persimpangan?

"Ya Allah yang Maha membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami atas jalan(agama) ini..."

Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari, dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya...

p/s: trm ksh atas ingatan buat diri ini yg sentiasa alpa...

Jejaka UM said...

Bagus2...Ingatkan kematian akan mengingatkan kita untuk beramal...

aiman said...

sedih...
siapalah kita di dunia ini..
dunia tempat tumpangan utk kita..
..

p/s harap awak boleh memberi sebarang pandangan tentang post terbaru di blog saya..

Rahman said...

Salam....akak chat?? Minggu Haluan Siswa UM semakin hampir...Pastinya PM kolej sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk menerima kehadiran mahasiswa baru. Pelbagai pihak khususnya HEP sendiri tidak senag duduk menghitung hari MHS. Pastinya banyak perancangan yang dilakukan oleh pihak HEP untuk menghalang anasir luar yang boleh menggangu MHS nanti seperti kehadiran pihak tertentu khususnya yang cuba mempengaruhi pemikiran mahasiswa seperti mengedarkan riasalah dsb, dari pelbagai pihak seperti pmium persatuan agama diluar persatuan anak negari dsb. Tetapi dalam pada itu juga ada sesetengan pihak yang cuba menyebarkan ideologi politik mereka iaitu Penggerak Mahasiswa dengan kerjasama Pihak SPKUM, mereka telah ke kekolej kediaman 'road show'untuk mengarahkan PM kolej mengajarkan lagu Penggerak Mahasiswa semasa MHS nanti kepada junior.....

qudwaH_Humaira' said...

mujaheedah solehah :

berkejar-kejar dik..sape syahid dulu..akak kena lebih berusaha keras..

ooo..1st year je la..sekarang da x jadi penenang da ye ? hehe

qudwaH_Humaira' said...

wan nur shuhada :

Annur..aye rindu mahu syahid..

qudwaH_Humaira' said...

aiman:

ya..nak kenal la aiman ni..

qudwaH_Humaira' said...

Rahman:

Insya ALLAH..akak percaya ALLAH yang menggenggam hati-hati dan fitrah manusia sukakan kebaikan..

Akak beriman, jika kita JAGA ALLAH, ALLAH jua akan jaga kita..

Jika ALLAH kata JADILAH, maka TERJADILAH IA..

Jika perancangan manusia itu atas dasar kepentingan diri dengan membelakangkan ALLAH, ALLAH akan tunjukkan kepada mereka bala yang ALLAH janjikan..

AKak bagi sifir mudah..
AKak seorang muslim..
Hukum dakwah bagi seorang muslim adalah wajib..
Bertanggungjawab menyampaikan kebenaran..Dan kebenaran itu hanya datang dengan niat kerana ALLAH...

Beriman..insya ALLAH kemudian bersiasah..