FLASHBACK
Semalam Hajar MPPUSM datang ke bilik saya dan saya kongsikan beberapa video sepanjang kempen di UM. Beliau datang singgah ke UM sebelum saya meredah jalan KL menghantarnya ke Hentian Puduraya. Dan hari ni saya berniat hendak ke Kelana Jaya Park meninjau suasana Fiesta Femina di sana. Mungkin boleh dapatkan view suasana di sana. Ngee~
Saya buka kembali Folder Pilihanraya UM, dan melihat kembali video kempen di Kolej Kediaman sendiri. Rasa sayu menyelubungi, teringat betapa peritnya hati ketika itu, dan betapa hebatnya rasa kebergantungan pada ALLAH.
Yang turun mendengar, bukan calang-calang orangnya kerana mereka keluar daripada doktrin pelbagai ancaman, bertambah semangat apabila mereka turut membawa belon. Adik-adik tahun satu ketika itu berhadapan dengan ugutan buang kolej kediaman dan saya sempat berjanji, sekiranya mereka dibuang atas dasar ini, saya akan perjuangkan nasib mereka.
ALLAH MELUNASKAN JANJI HAMBANYA
Sebelum pelaksanaan merit dilaksanakan pada tahun ini, saya berjumpa pengetua kolej kediaman untuk perbincangan mengenai isu pemilihan pelajar, dan meminta supaya pemilihannya adalah telus. Pengetua yang pada saya bersikap terbuka ini menerima dengan lapang dada beberapa permintaan saya malah meminta saya mengemukakan nama mana-mana pelajar yang dirasakan layak namun tidak terpilih.
Alhmdulillah, melihat kembali kepada senarai nama yang dikeluarkan, saya cukup berpuas hati dengan bilangan pelajar yang dipilih, walaupun tahu kesulitan yang bakal dihadapi oleh pihak pentadbiran akibat tindakan ini. Pentingnya mempunyai tempat dalam mesyuarat dan mengetahui selok belok pentadbiran kolej kediaman.
Saya antara yang tidak dapat peluang menginap dikolej kediaman ini. Nampaknya, saya perlu pergi kerana mungkin hikmahnya lebih lama saya disini semakin banyak keburukan yang saya lihat. Allah tidak pernah menghampakan hambaNYA.
WANITA DAN KEBAJIKAN
Saya optimis untuk membantu mahasiswi naik ke satu tahap lebih baik. Insya ALLAH, saya harap saya dapat bertemu dengan Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 9hb ini kerana saya akan membentangkan tentang isu pembangunan wanita dii hadapan beliau. Insya ALLAH.
Cadangan penubuhan Majlis Mahasiswa Nasional (MASISNA) dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai platform pemerkasaan mahasiswi yang keanggotaan secara automatik bagi pimpinan siswi, Majlis Perwakilan Pelajar dan wakil pimpinan persatuan agama universiti saya kira mampu berfungsi sebagai medan pendedahan secara terus dan khusus kepada mahasiswi.
Inisiatif Dato’ Seri yang telah menubuhkan SENADA, Sekretariat Pemerkasaan dan Pembelaan Wanita Islam, bertujuan untuk mendapatkan suara wanita secara kolektif dan bersepadu yang mana keanggotaannya terdiri darpada pelbagai fahaman politik patut diberi pujian atas sikap terbuka beliau.
Dan saya kira penubuhan MASISNA ini adalah pada masanya. !
KEBAJIKAN SISWI KAMPUS
Saya bimbang dengan kebajikan mahasiswi kampus dan mahu keluar daripada orientasi Hal Ehwal Pelajar. Cukuplah semester yang lepas, sebagai pengajaran. Semangat hala tuju semester baru ini akan saya isi demi kepentingan dan kebajikan bersama.
Dan berjuang walaupun akan ada kongkongan pihak-pihak tertentu. Permudahkanlah Ya ALLAH.
PERANCANGAN DAN FOKUS
Saya akan lebih transparent dalam pembawaan kebajikan. Saya fokuskan kepada tiga team HELWA :
- Team Pusat Mahasiswi
Pihak HELWA merancang untuk mengiktiraf wakil HELWA di setiap kolej kediaman, persatuan anak negeri, kelab dan puspita(luar kampus). Melalui pengiktirafan ini, mereka akan berfungsi menjadi wakil MPMUM dalam menerangkan gerak kerja terkini dan membawa suara kebajikan mahasiswi di setiap lokasi. Bebanannya berat kerana melibatkan komitmen, namun saya optimis, dan akan bawakan ia sehingga ke peringkat Naib Canselor supaya, wakil-wakil ini akan sentiasa bersemangat.
Fungsi team ini adalah untuk mendapatkan maklum balas berkaitan kebajikan, malah pihak HELWA akan sentiasa turun padang bersama-sama dengan semua mahasiswi. Ya ALLAH, perkenankanlah.
- Team isu
Antara kelemahan yang kami dapati adalah tiadanya satu tindakan bersikap gerakan. Tiada figura-figura yang naik memberi respon terhadap isu semasa rakyat, dan apabila bercakap tentang isu semasa rakyat, ianya meliputi semua, isu kampus hingga kepada isu nasional dan rakyat yang ditindas.
Ini yang gagal HELWA wujudkan, sehingga tenggelam dalam masalah dasar semester sebelum.
Jadi, team ini sangat penting dan perlu bergerak segera. Team ini juga perlu mendepani massa dan tahu isu semasa.
- Team Pengurusan Korporat ( Corporat Management)
Pembaharuan keatas HELWA antaranya ialah penubuhan team ini. Saya mahukan HELWA MPMUM mampu melahirkan produk mahasiswi berkualiti ( fardhul muslimah). Dan team ini yang akan menghubungkan HELWA, dan mahasiswi kampus dengan tokoh-tokoh hebat Negara, NGO-NGO atau pimpinan mahasiswi kampus lain.
Antara aim saya yang paling awal ialah, ingin bertemu dengan Siti Nurhaliza, penyanyi yang berasal daripada kampung yang sama dengan saya. Terlalu besarkan perancangan ini ? Nak berduet dengan Siti lah..Ngee~
APA YANG HELWA PERLUKAN?
Biro Hal Ehwal Wanita memerlukan keanggotaan team yang sepadu, tidak perlukan kepakaran yang spesifik. Saya hanya mahukan mahasiswi yang mempunyai passion dalam bidang ini. Cukup hanya keprihatinan dan komitmen.
Marilah membantu saya untuk perubahan terhadap mengiktiraf mahasiswi ke satu peringkat yang lebih tinggi. Insya ALLAH