Sunday, February 8, 2009

KEADILAN NYATA BUKAN DIDUNIA

2 hari saya termenung dan cukup kesal atas apa yang berlaku terhadap seorang pimpinan pelajar yang saya cukup kagumi berikutan keberanian beliau menyatakan pendirian bagi pihak mahasiswa kebanyakan di Perak baru-baru ini.


Bagi yang masih belum mengetahui kisahnya, saya rumuskan kisah ”Rampasan Kuasa di Perak” :

Adun yang isytihar menjadi BEBAS namun akhirnya menyertai BN:

  1. Jamaluddin Radzi ( PKR – Behrang)= Exco Kerajaan Negeri = Menghadapi tuduhan jenayah rasuah
  2. Mohd Osman Jailu ( PKR- Changkat Jering)= Exco Kerajaan Negeri= Menghadapi tuduhan jenayah rasuah
  3. Hee Yit Foong ( DAP- Jelapang)= Timbalan Speaker Dun

Adun UMNO yang menyertai PKR dan Lompat semula kepangkuan BN :

  1. Dato’ Nasarudin Hashim

Kerusi :

PARTI

SEBELUM

SELEPAS

PKR

32

28

BN

27

28


Sepatutnya kerusi mereka kosong kerana telah melanggar aku janji yang dibuat ketika bersama PKR, dan hasil perletakan jawatan sepatutnya menjadikan mereka rakyat biasa, dan pilihanraya semula perlu dilakukan bagi memilih Adun baru.

Namun apa yang berlaku, pengisytaharan kemenangan BN dan angkat sumpah dilakukan mengetepikan Undang-undang Perlembagaan.Kasihan rakyat kebanyakan….

BEBERAPA PERKARA YANG MAHASISWA HARUS TAHU


Melalui beberapa pembacaan dan pemerhatian, suka ingin saya berkongsi dengan anda:

  1. Nabi Muhammad S.A.W apabila ditawarkan kepadanya sebuah negara, jawatan, kedudukan dan harta benda secara percuma, baginda menolak dengan tegas kerana apa yang ditawarkan itu tidak dibina atas landasan akidah yang betul
  1. Mahasiswa universiti telah didedahkan tentang perlembagaan Persekutuan dan memahami bahawa ianya merupakan dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi untuk wujudkan sistem kerajaan teratur.
  1. Dunia hari ini membuktikan kebenaran itu berada dalam tangan si kaya yang berkuasa, betapa pemimpin hanya mementingkan perut dan kepentingan sendiri malah lupa mereka diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir.
  1. Sejarah ”politik culik” menjadi agenda pihak tidak bertanggungjawab samada menggunakan wang ringgit, jawatan, ISA dan jika tidak berjaya juga BUNUH sebagai kegilaan. ( Ini telah terbukti : sejarah politik culik 60-an, 70-an hingga hari ini)
  1. Menunjukkan betapa AKUR dan TIDAK BERDAYA nya rakyat melawan PENCABUL perlembagaan !
  1. Mahasiswa yang juga rakyat adalah murid sekolah yang sepatutnya duduk dan belajar tanpa perlu mengambil tahu hal anak bangsa sedangkan mahasiswa inilah yang lebih terdedah dan mengkaji !


PEMIMPIN ISLAM

Baru-baru ini saya berkesempatan mendengar tazkirah berkaitan pemimpin Islam yang dan aplikasinya. Berdasarkan dalil ini jelas menunjukkan apakah peranan sebenar seorang pemimpin :

Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat darin jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan. ( shaad:26)

Dan sebagai hamba Allah, saya menolak pemimpin :

  1. Tidak meletakkan Islam sebagai akidah perjuangan ( kebenaran)
  2. Sanggup merendahkan maruah dan nilai sebagai manusia dengan harta =rasuah
  3. Mengetepikan keadilan terhadap ummat malah pentingkan diri sendiri = mengetapikan hak rakyat sedangkan dipilih oleh rakyat
  4. Tidak mempunyai dasar pendirian yang jelas = main lompat-lompat parti

MAHASISWA DAN KETAKUTAN

Hari ini, masih ramai mahsiswa yang mungkin mengambil jalan untuk keluar daripada sikap ambil tahu tentang apa yang berlaku dalam masyarakat luar. Sedangkan mahasiswa inilah yang akan menjadi generasi pemimpin negara.

Mahasiswa segolongannya menolak untuk terlibat dengan politik dan mendakwa kampus ini hanyalah tempat untuk menuntut ilmu, sedang lupa betapa perlu untuk bersedia sebelum terjun ke dalam masyarakat. Tidak memahami beza menjadi ahli politik dan memahami politik. Fobia dengan perkataan politik.

Hakikat, mahasiswa sepatutnya menjadi agen dikalangan cerdik pandai yang terdedah dengan pelbagai maklumat. Ketakutan yang dibina menyebabkan mahasiswa mengambil langkah berada dalam dunia sendiri dan lupa bahawa tanggungjawab menyampaikan kebenaran itu sangat dituntut dalam agama :

Sabda Rasulullah S.A.W :
” Barangsiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat perihat orang Islam maka is bukanlah dari golongan mereka”

Keadilan kini sudah tidak boleh dilihat lagi kerana disaluti lemak-lemak topeng manusia yang berTuhankan hawa nafsu. Itulah tanda kita sudah berada dipenghujung dunia.

12 comments:

Mohd Hafizan Mazuki said...

penjelasan yg jelas...huhu

Wan Nur Shuhada binti Wan Hasan said...

Budaya lompat-melompat ni dah jadi semacam trend pulak di kalangan 'Pak2 turut' yang menghambakan diri pada parti..

Bila la depa nak wat keje...yg rakyat lak bila masanya nak dibela?

Beginilah penghidupan masyarakat di Malaysia...

Tiba hari mengundi, kita pegi mengundi...setelah YB dipilih, die lompat sana-sini...kebajikan rakyat jgk yg t'abai...

x tetap pendirian langsung! huh!

p/s: jgn salah fhm ye..sy x mrh ayuni...sje nk lepaskan geram kat cni...huhu (^_^)v

Wan Nur Shuhada binti Wan Hasan said...

Dengan ini, saya ingin menyatakan kekesalan saya terhadap sultan perak merangkap canselor Universiti Malaya di atas ketidakadilan yang dipamerkan...

Amaran keras!!! Anda, YB Ayuni dilarang kerasss untuk melompat-lompat ke parti oposisi ibarat cacing kepanasan..

Jika tidak, NAHAS!

[wakil kepada bekas wakil calon umum U18 Shahrizul Ayuni]

Hehe...

qudwaH_Humaira' said...

matjang :

ini hanya pandangan peribadi..nantikan respon daripada MPMUM ya.

Anonymous said...

kalau perjuangan hanya berteraskan kepada semangat nasionalisme serta keadilan yang tidak berpaksikan kepada agama, inilah penanda aras yang wajar untuk di sempadani.

Satu artikel yang bagus Ya Humaira'...

qudwaH_Humaira' said...

annur :

ujian RM 100 Allah da turunkan untuk uji hati dan perjuangan..
insya ALLAH..moga sentiasa tetap dan diperteguhkan..

saladin:

barat telah berjaya dengan fahaman2 yang membawa Islam jauh daripada jalannya..yang sepatutnya indah..

Benci pada kepura-puraan

ShohwatuL_Islam said...

Salam..Betul2..ana pun panehh jer pasal kes kat Perak tu..Ntah apa yg dikejarnya..bak kata pepatah "yg dikendong tak dpt yg dikejar berciciran"..Pepun,ana doakan jenayah berat yg berlaku di Perak tidak menular ke kampus tercinta...jika berlaku (Nauzubillah),kami tidak teragak2 utk pertahankan keadilan hingga ke titisan darah terakhir...susuk tubuh ini sudah bersedia utk bermandi darah.
Allahuakbar!!

ShohwatuL_Islam said...

kalo nak ckp bab2 derhaka ni...ana pantang sgt...Masihkah kau ingat peristiwa perlantikan MB TRG? Masihkah kau ingat betapa biadapnya golgn tertentu menentang YG DiPertuan Agong? yelah kn..MELAYU MUDAH LUPA.
Andai kata RAJA yg sepatutnya menjadi payung rakyat telah membelakangkn suara rakyat, maka rakyat akan menjadi hujan batu yg terus menghentam payung tersebut sehingga koyak rabak...HIDUP RAKYAT!!

ShohwatuL_Islam said...

kalo nak ckp bab2 derhaka ni...ana pantang sgt...Masihkah kau ingat peristiwa perlantikan MB TRG? Masihkah kau ingat betapa biadapnya golgn tertentu menentang YG DiPertuan Agong? yelah kn..MELAYU MUDAH LUPA.
Andai kata RAJA yg sepatutnya menjadi payung rakyat telah membelakangkn suara rakyat, maka rakyat akan menjadi hujan batu yg terus menghentam payung tersebut sehingga koyak rabak...HIDUP RAKYAT!!

dr_w said...

Politik tanah air ku bergolak lagi....
Politik di Malaysia bergolak lagi.

Dalam keadaan rakyat terhimpit dengan krisis ekonomi dunia,krisis politik tanah air pula terpaksa rakyat hadapi.Sudah jatuh ditimpa tangga.

Pergolakan politik tanah air pastinya merugikan rakyat dan negara.Justeru politik tanah air perlu dipulihkan dan dijernihkan dengan menjadikan kepentingan rakyat maslahah ummat sebagai keutamaan dalam agenda perjuangan.

Politikus berakhlak mulia peribadi tauladan perlu diangkat sebagai pemimpin dan bukannya politikus yang mengabaikan aspek akhlak dan moral sehingga sanggup mengadaikan maruah diri menjadi perkakas nafsu serakah.

Politics without morality tends to corrupt.........

Anonymous said...

mantap btl pandangan YB..kita sebagai mahasiswa perlu celk politik gak..xkan x nk amk port lngsng lam politik yg sdg meruncing ni..jgn jadi mahasiswa yg hanya tahu study 24jam jewkk..huhuhuhu..Buka minda dan renung2kanlah apa yg sdg berlaku dkt Malaysia skunk...lu pikir ah sendiri laaaaa.....

Anonymous said...

Lagi teruk wajah yang elok rupa paras disaluti dengan lemak-lemak
penipuan dan lakonan!!