Sunday, February 22, 2009

MPMUM yang MENDIAMKAN DIRI




Saya mengambil masa untuk berkongsi gerak kerja yang telah dilaksanakan diperingkat MPMUM sekarang. Saya tahu dan faham ramai yang meluahkan MPMUM masih belum nampak PERUBAHANnya. Mana perubahan yang dijanji dulu ?

Sesi MPMUM sebelumnya memegang amanah bermula OKTOBER dan masih mempunyai masa untuk menjalankan perkampungan pada cuti semester (DISEMBER), membincangkan perancangan, urusan pentadbiran dan pengurusan, gerak kerja setiap biro dalam tempoh tersebut, seterusnya muncul dengan penuh yakin apabila sesi kuliah bermula pada tahun berikutnya.

Berlainan pula dengan MPMUM kali ini yang hanya menerima Watikah Perlantikan pada 5 Februari baru-baru ini perlu merancang gerak kerja dalam tempoh dua minggu tersebut, urusan pentadbiran yang penuh dengan prosedur dan gerak kerja program yang padat. Perancangan dalam jangkaan hingga OKTOBER.

SIAPA PEDULI

Ini yang saya doktrinkan dalam fikiran saya, mahasiswa lainnya tidak akan peduli tentang bagaimana teruknya kerja yang perlu dilakukan, mereka mahukan PERUBAHAN !! Ya, saya bersetuju. Saya memahami dan saya bertanggungjawab sepenuhnya. Kini, masa itu bagaikan EMAS PERMATA ZULIAN..(^_^)

ROADSHOW

Saya maklumkan terlebih dahulu bahawa MPMUM akan mengadakan ROADSHOW ke kolej-kolej kediaman bermula 22 februari hingga 2 Mac ini.

Roadshow kali ini akan digunakan sepenuhnya untuk mengumpul, mendengar aduan dan luahan daripada pihak rakan-rakan mahasiswa, sebelum kami mengadakan BENGKEL INDUKSI bersama pihak pentadbiran UM pada 6 hingga 8 Mac nanti.


TUNJUK AJAR

Alhamdulillah, saya diketemukan dengan akak-akak HEP yang sangat baik dan sentiasa membantu. Mr. Murthy and Puan Aziah yang sangat mengambil berat dan sedia mendengar.

Sekarang, saya perlu belajar menguasai selok belok pengurusan dan pentadbiran. Dan jangan lakukan kesilapan yang boleh menghancurkan MPMUM kali ini.

Bersungguh-sungguh !
Bersungguh-sungguh !

Belajar bersungguh-sungguh ! Cari kenikmatan beribadah dengan pertemuan manusia. Kelak Kau akan tahu bahawa tiada lain hanya Allah.

NOTED :

PEMILIHAN AJK MPMUM
BORANG PENILAIAN PERKHIDMATAN BAS SHUTTLE
BORANG APA YANG ANDA MAHUKAN DARIPADA MPMUM

9 comments:

syuhadah dzarawi said...

Salam...dalam teori pengurusan sendiri, sesebuah badan yang baru terbentuk atau naik memerlukan sekurang-kurangnya 6 bulan untuk perform. Sedangkan kalian masih terlalu baru.

Usah pedulikan kata2 orang kerana anda lebih tahu apa yang anda mahu laksanakan. Perubahan yang dijanjikan mungkin tidak akan terlihat dLam masa terdekat. Teruskan bergerak kerja, teruskan memahami kerja dan FAHAM apa peranan anda di sana. Ia akan membantu=)

FESKUM mungkin akan menjadi batu loncatan kaLian. Tidak salah merancang, kerana Allah sebaik-baik perancang dan Dia suka pada orang yang merancang.

Semoga Allah memberkati=)

Saladin said...

Bagi orang yang ingin melunaskan janjinya, Allah lebih mengetahui dan lebih mempunyai perancangan ke atas kita. Apa yang kita perlukan adalah sentiasa ingat pada janji-janji yang telah ditaburkan dan berusaha sehabis baik memenuhi tuntutan janji-janji tersebut.

Saya yakin, sebagai seorang Muslim, kita mengtahui bahawa tanggungjawab itu adalah amanah, dan amanah itu akan dipersoalkan oleh Allah kelak.

Moga dalam inayah ALlah selalu.(^_^)

fit@blonc said...

ayuni..
nak bagi idea bleh
tyme road show kt 4th ari 2 x sempat la, ad discussion..

1. berpakaian
dah ade rule n regulation,juz nak enforcement je/pelaksanaan
taun lepas zaim dah cuba buat tapi x dpt semua..
taun ni aku cadang start pada sesi kemasukan yg baru ni, 09/10 pada budak2 junior
dalam buku panduan peraturan pelajar bab berpakaian: pakaian hendaklah SOPAN
so,kalu semua awek2 UM ni bleh pakai sopan,aku yg pemalas nak pakai kasut pi kelas ni pon sanggup la sarung kasut kt kaki ni, hehehe..

fit@blonc said...

cadangan ke-2

pasal feskum
korang mpmum bincang la elok2 ngan e.apandi kalib 2 coz dia pegang feskum
kalo nak buat pape perobahan pon kena bincang la ngan dia bebaik..
x payah tunjuk2 pandai juz bagi idea n alternatif yg lebih meyakinkan dalam penambahbaikan..
feskum biasanya ahli mpm yg jadi pengarah,coz senang sket birokrasi..hehe

pastu pasal bas
rasanya tyme pick hour 4-6 pm perlu tambah lagi la bas
tapi kena tengok kapasiti driver la even last year dah tambah beberapa org driver bas lg,tp act x cukup lagi...
boleh gak cadang kempen guna basikal dalam kampus..
bincang la ngan e.murthy coz dulu ni idea dia,dah try buat dulu tapi bila dah beberapa kali tukar NC ni, polisi jadi berbeza
bincang ngan en. murthy,dia mesti teruja..hehehe
en.murthy yg sempoi..
oh,en. murthy gak pegang MHS,so..kalu nak buat pape perobahan,bleh gak bincang ngan dia agaknya..

qudwah_humaira said...

SYUHADAH :

Senarai nama FESKUM telah dikemukakan kepada pihak pengurusan. Tunggu dan lihat apa feedback..

wait n see for the feskum..
syud..aye da boleh suluh dan lihat dengan jelas pendidikan politik yang cuba diterapkan dalam mengawal MPMUM..

hebat manusia

qudwah_humaira said...

saladin..

tq..moga sentiasa bersemangat !!

qudwah_humaira said...

FIT:

Salam..TQ 4 the suggestion..susah nak tengok hang online sekarang..
aye akan take note..

limchoohan said...

kak yuni...huhuhu
bob nk buat survey student2 4th nie utk MPPUM..pasal latar belakang keluarga dan masalah kewangan~~harap akak sudi membantu~

qudwah_humaira said...

BOB:

insya ALLAH..arrange masa nanti kita jumpa untuk bincang ya.