Sunday, February 22, 2009

KU TAHU ENGKAU BERSAMAKU

Allah

Aku merintih lagi dalam sejuk dan sendu
Hina dan lemahnya diri ini dihadapanMU
Tidak tertahan, tidak tertanggung

Allah
Ampuni dosaku yang semakin banyak
Kusedari ujianMu Maha hebat
Kusedari aku gagal sabar dalam ujian

Allah
Aku hidup bertemu manusia
Yang kadang aku hidup terpedaya
Aku mohon petunjuk jalanMU
Moga makin sakit dan berat beban ini
Semakin aku ingat dan rasa dekat denganMU

Allah
Aku mohon kelembutan hati
Pada insan yang ingin aku cintai sepenuh hati
Aku bersedih atas kerasnya hati
Sungguh mereka tidak memahami

Allah
Kau janjikan jalan dakwahMU tidak pernah kan senang
Jihad itu bukan pada senjata dan pada kuasa semata
Jihad itu jelas bagiku apa-apa sahaja yang membawa aku pada jalanMU

Allah
Berilah aku kefahaman
Dan dalam kesempitan masa Kau panjangkan
Dalam kesusahan Kau tenangkan
Dalam kelemahan Kau tiupkan rohul jadid

Allah
Aku punya impian
Punyai zuriat pejuang agama
Aku punya hasrat
Membawa muslimah menjadi pendidik terhebat
Aku punya jiwa
Cintakan kasih sayang

Allah
Perkenankanlah doa-doaku
Aku rindu ingin bertemuMU

7 comments:

ShohwatuL_Islam said...

Assalamualaikum...
Warkah buat sahabat...

Kian lama kita tak bersua
Dipisahkan masa dan kerja yang berbeza
Namun hati tak pernah leka
untuk berdoa kesejahteraan bersama

Buka mata buka hati
Lupakan duka lupakan sepi
Ingat ALLAH yang sentiasa di sisi
Barulah jiwa kembali terisi

Ya ALLAH RABBUL I'ZZATI
Bantulah kami menjulang panji
Islam terus mekar di bumi
Menjadi toggak manusia ma'nawi
Menuju Alam akhirat nanti...

SALAM PERJUANGAN SALAM KEKUATAN SALAM KETABAHAN BUAT SAHABAT YANG KENTAL LAGI TERCINTA...

sya_ais said...

bila blog telah diceroboh...

AQIL said...

hahahha..
bukan bile blog diceroboh la..
even though die pandai ceroboh privacy org..


the right word is..
bile ada org terGIGIT CILI..
kih kih kih

nuwairahsafwa said...

salam..
jika kita terpisah selepas ini..
moga kita berjumpa lagi..
di alam sana yang kekal abadi..
di alam syurga yang hakiki..
menjadi impian semua manusia..
bersama sahabat2 yang ku sayangi..
ku doakan agar sahabat2 semua sentiasa aman sejahtera..
di dalam cahaya rahmatNYA..
di dalam pelihara hidayahNYA..
di dalam suka duka bersamaNYA..
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI..
AMIN..

qudwaH_Humaira' said...

shohwatulislam:
terima kasih..aye bersyukur sangat2 dikurniakan sahabat yang sangat memahami dan baik hati..

seperti biasa..warkahmu menenangkan hati dan meruntun jiwa..hehe

qudwaH_Humaira' said...

Syakila & Adik aqil:

ramai yang suka singgah blog akak..yang "ambil Berat sangat" tu yang sampai "menceroboh" tu..

Lepas ni, da taip2 post kena submit untuk disemak dulu la ye x..
huuu~

qudwaH_Humaira' said...

shikin:

tq dik