Saturday, January 31, 2009

RINTIH BATIN

Di malam dari malam-malam
Tidakku tahu apa yang menimpaku
Kegelapan menyelubungiku oh Tuhan

Bumi terasa sempit juga langit
Dan hatiku tidak ketahuan cahaya
Dan air mata pasti menangis Ya Ilahi

Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi

Kubermaksiat dan berdosa besar
Dan aku menjadi tawanan kesedihan
Terikat dengan dosa wahai Tuhan

Maka adakah berhak wahai Ilahi
Mengampunkan penjenayah
Yang mengaku dosa-dosa Ya Ilahi

Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi

Engkaulah Yang Menciptaku, Merahmatiku, Memberi Rezekiku,
Setiap masa oh Tuhan, Kau pernah bersamaku

Tetapiku menjauhi diri daripada-Mu
Kulupakan apa yang dahulu milik-Mu
Dan kumengikut jalanku sendiri Ya Ilahi

Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi

Dan hari ini wahai Tuhanku
Aku pulang dari kegelapan luar sempadan
Maka hatiku retak dan mataku bingung

Dan aku tenggelam maka aku tidak nampak sesiapa
Kecuali Engkau sebagai penyelamatku
Tiada penyelamat dan tiada penyelamat kecuali Engkau

Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi

2 comments:

Wan Nur Shuhada binti Wan Hasan said...

awak ok ke ni YB?

tatkala hatimu merasa gundah gulana, biarkanlah ucapan 'Alhamdulillah' melenyapkannya...

ya, Alhamdulillah tanda syukur pdNya kerana walau sebesar gunung pun ujian yg menimpa, sekurang2nya Allah masih memberi peluang kpd nadimu utk terus b'denyut...

Innallaha ma'assabirin.. (^^,)

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM...
congrats & may ALLAH bless all of MPMUM....bile dah ade jawatn ni mcm-mcm orng akan kata..hope ayuni tabahkan hati..anggap semua tu semua kritikan membina....go go chaiyok!!!!