Saturday, February 14, 2009

ISU TERKINI..RM125? PELAJAR TERBEBAN !

Sebilangan pelajar bertemu saya dan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap bayaran Malam Anugerah Bestari yang akan diadakan Mac ini. Peningkatan sebanyak RM 25 daripada harga sebelumnya RM100 bagi pelajar ianya membebankan. Jika dahulu, laungan ”student power” memang cukup membuatkan pihak berkuasa berjaga-jaga dan teliti untuk sebarang peningkatan harga walaupun 10 sen. Namun, hari ini, semuanya tunduk dan akur. Masa untuk berubah !

Saya tidak mahu dan tidak akan ambil pusing dengan isu kenaikan harga yang berlaku di kolej kediaman lain. Mungkin , pelajar di sana hanya akur ataupun terasa terbeban namun tidak berdaya untuk bersuara, ataupun memang tidak terasa terbeban ”langsung”!

LETAK JAWATAN


Saya mengambil keputusan meletakkan jawatan untuk projek ini sebagai Timbalan Pengarah selepas majlis watikah perlantikan sebagai setiausaha MPMUM sesi ini. Sebenarnya saya telah menyuarakan isu peningkatan harga ini kepada pihak pengurusan dan bertemu sendiri dengan pihak hotel iaitu Encik Fouzi yang merupakan Assistant Director of Catering Sales di Hotel Legend sebelum musim PRK lagi. Ketika itu, saya bersama Pengarah, dan dua orang Penyelia Penasihat.

PENERAPAN NILAI


Budaya yang cukup tidak saya sukai adalah apabila pandangan ditolak oleh sesetengah pihak yang terlalu bersikap defensif mempertahankan pendirian sendiri. Sekurang-kurangnya, ambil masa untuk mendengar, janganlah ditolak bulat-bulat. Rasa hormat bukan perlu diminta, ianya akan hadir dengan sendiri.


Saya tidak memahami mengapa batang tubuh yang disepakati fungsinya sebagai badan perantara penghuni kolej kediaman dengan pihak pentadbiran mengambil tindakan untuk diam dalam mesyuarat dan memberi alasan yang cukup tidak boleh diterima bahawa berfungsi kerana ”dilantik” dan bukan ”menawarkan diri”.


TIDAK BOLEH TERIMA

Saya memahami mengapa harga bayaran dinner kali ini meningkat. Dan antara penjelasan yang saya peroleh (ketika itu saya masih Timbalan Pengarah) :

  1. Harga sebenar bayaran dinner adalah RM 115 (menu yang lebih kurang sama seperti menu sesi lepas dengan nilai harga barang naik) + RM 10 (e-majalah, doorgift, lain-lain)-bermaksud tajaan yang dicari adalah kurang.
  2. Students mampu beli top up sehingga RM 30 sehari tak kan tambah RM 25 untuk dinner tak mampu.
  3. Dinner kolej adalah maruah kolej, inilah satu-satunya majlis penganugerahan berprestij kolej kediaman, kita mahukan yang terbaik dan menjadi kolej yang terbaik dalam sambutannya.


Saya menegaskan bahawa pasti akan ada pelajar yang marah. Duit sudah pasti akan dipotong, bagi sesetengah yang benar-benar tidak sukakan majlis yang terlalu berbentuk hiburan, dengan mudah akan mengambil keputusan untuk tidak hadir.


Ini bukan soal mampu atau tidak seorang pelajar itu membuat pembayaran, ini soal, mahasiswa tidak tahu menahu tentang percaturannya. Mereka mempunyai hak untuk mendapat penjelasan kerana yang dipotong bukan duit pihak pentadbiran, namun duit pelajar.


RESPON ?

Insya ALLAH..Moga ALLAH beri kekuatan..

17 comments:

Asyraf Faiz The Matahari said...

mari lihat gmana respon pentadbiran...

emosi atau diplomassi ?

Anonymous said...

salam ayuni...thx for ur post...masalh diKK4 adalah ada pihak yg x akn menerima pandangan org lain dan akan ada pihak yg akn memainkn peranan sbg "play safe" dan sekiranye ade pihak yg membangkitkan isu ni dlm meeting pihak tersebut akn dianggap mengargue or membangkang pihak pentadbiran kolej..kononnye pihak pentadbiran kolej cube utk wat yg terbaik utk menjaga nama kolej tp bagaimana dgn kebajikan pelajar??? ni lah masalah yg sedang dihadapi di KK4...

AnGeLFiRe said...
This comment has been removed by the author.
Shuk_devdas said...

hurmmmm..
ni la masalah klu jtk sendiri xnk dgr keluhan org bwhan..
pe tah fungsi dorg..
mmg la dilantik, tp bile da org berikan kepercayaan kpd kite, jlnkan la amanah tu dgn sebaeknye..jgn la nt de org pertikaikan kredibiliti kite sbg pemimpin..

Anonymous said...

buat memorandum bantahan!

Anonymous said...

Wuaaa, tetibe je rase cam tak rela juga duit ku di ambil untuk projek yg tak membawa pekdah langsung....

Di KK5 pula yurannye RM110. dan paling menyakitkan hati ialah tema yg dipilih... MERAIKAN CINTA dan color yg dipilih pink putih...contoh pakaian yg dipamerkan adalah pakaian untuk org y bercouple...BENCI,BENCI..program yg menggalak maksiat...nak membangkng pun tak de kuasa apatah lagi baru je menjejakkan kaki d kolej ni pada sem nie...

Kenapalah berleluasanya maksiat skrg nie...

Harap2 dgn tampuk pimpinan yg kita pegang skrg nie dapat mengubah sistem pemerintahan d varsiti tercinta ini pada masa akan datang....Amin

fit@blonc said...

slm timb.pres,knp harga byrn MAB taun ni mahal?dgr crite RM125,kolej laenx naek pun.kalu naek pun naek cket je.tlg bincng dalam miting. ~super senior.

msg yg aku sent pd lintau(0135782484)
17 feb 2009 22:30:53(tyme miting JIK rasanya)

so, ape dia reply..

byrn hotel rm115 n rm10 utk bus,doorgift n kad-kalu ada hotel 5 star yg lbh murah bgau la-tq

boleh terima ke?????

ok la dia reply drpd mr.pres yg x reply msg aku (ak msg dia sehari sblm,tyme miting JTK)

Saladin said...

Kadang-kadang saya hairan, mengapa sesetengah individu itu mahukan sesuatu perkara itu grand pada luarannya tetapi tidak grand pada dalamannya.

Jika program seperti ini mengambil kira hanya pandangan sesetengah pihak sahaja,pasti program ini akan kehilangan ruhnya. Atau lambat laun, kehilangan makna yang hanya bakal menjadi satu program untuk berhibur.

"Beban yang paling berat dalam hidup adalah apabila kita tidak mempunyai beban untuk dibawa"

qudwah_humaira said...

uPDATE :

Hasil perbincangan yang dibuat dan kajian terhadap jumlah bayaran dinner setiap kolej kediaman, didapati 4th kolej sahaja setakat ni yang paling tinggi ( saya belum dapat maklumat kolej 9 dan 2) sesiapa yang mahu tolong dapatkan maklumat bagus juga.

Buat masa sekarang,
saya memahami alasan dan mengapa harganya tinggi.
Namun, kita perlu serius supaya segala hal berkaitan mahasiswa dimaklumkan dahulu kepada mahasiswa tersebut.

Mereka ada hak untuk mengetahui kemana duit mereka pergi. Terima kasih.

Anonymous said...

crap!
if concorde or hilton bleh la
jgk nk trima harga rm125
bcoz of the 'name'
tapi legend hotel
unacceptable
but what to do
ajk tak memainkn peranan
yg baek dlm mencari tajaan
hands up n surrender!

super senior said...

Jangan hanya tuding jari pada AJK, dorg pnya tanggungjawab utama sbgai pelajar n mbawa harapan ibu bapa. Bersyukur la msh ada yg nk jd AJK. Bdk KK4 x penah nk bersyukur..Thn lps pn korg kutuk jgak fasa 1 walaupn AJK dh penat giler2.

Anonymous said...

setakat legend hotel tp nk kene byr smpai rm125 tu xmunasabah namenye.

dulu ms dkt palace of the golden horses dgn marriot pn byr rm100 je. 7 star tu.

legend 4 star je kot. xkan charge mahal lg dr 7 star hotel.
xde alasan yg lebih meyakinkan ke dorg ni????

AnGeLFiRe said...

sapa berani kutuk2 MAB mazuin n ajk2 die...?
ada bran ker..?

sapa penah mkn mcm tue kt Tasik titiwangsa..?

Usaha mereka x ternilai n x susahkn kite..
tajaan diorg yg membawa MAB ke situ..
Titiwangsa n Marriot..
Bleh buat lg Hebat?
ada Bran ke?

Tapi..
Tahun nie x tahula cmne..
mmg 125 tu berat..

X bleh nk salahkn sape (kata cegu2)
tp kena ckp gak..

sapa yg jd PENGARAH n PELAKSANA MAB nie..?
sapa wat KEPUTUSAN giler ni?

klu kos naik..
kena jd kn Hotel Marriot Putrjaya sbgi PEMALAR..
adakah tahun nie naik jugak?
bapa kenaikn nye..?

Bukan Mengata Bukan Mencela..
Hanya Berbisik dr Hati Kecik...

XOXO

AnGeLFiRe said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hm,mmg xbole salahkan ajk..
tp bukn ke hanye dorg yg bole bersuara tntg harga MAB nih..
tp fhm,mgkin dorg juga adalah suara minoriti..xsetegas mcm TAHUN LEPAS..apakan daya,mahasiswa kini hanya mampu berdiam diri dan pak turut jer...segala2nya dikawal oleh org yg berkuasa..apalah daya kita..
hm,tp tak leh ke wat perjumpaan n perjelaskan hal ni..oh!maybe dah lambat kot..mklumla dah tak lme lagi...
nak boikot xmo g pun apa gunanya,AKAUN KITA HAK KITA DAN KELUARGA MEREKA..
tp masa bayar duit PTPTN nnt 'AKAUN KITA,HUTANG KITA'...sakitnyer hati...kita tak byk pun gne duit tp kita gak la nnt bagai nak mati membayar nye...LU PK LA SENDIRI!!!

limchoohan said...

wow2~~Panas lah kat sini..panassssssss sgt2

huhuhuw...sape2 yg nk join crew tajaan MAB 08/09 nie cepat2 daftar dgn Marcus k~harap kalian yang MANTAP DAN SEMPURNA nie dpt menyumbang tenaga membela kebajikan pelajar2 4th tahun nie..boleh kerjasama dgn ajk tajaan MAB utk backup skit yuran dinner tu..hahaha


Ada berani sahut cabaran bob?sudah tentu kalian tidak berani sbb sume nk stdy pada bulan 3 yang bnyak dgn asegement dan test nie...So jgn tanye apa yg ajk MAB bagi kalian tahun nie tp tnye apa yg kalian bagi kat kolej...Perbanyakkan bersyukur dan ucap TERIMA KASIH sesama kita manusia kerana u not standing in their shoes(AJK MAB)...plzz jgn down kan semangat dieorg ajk fist year yang sanggup melaksanakan projek MAB tahun nie eventhoght MAB tahun nie bergerak lambat sbb bkn sume org yang sanggup buat mcm dieorg(U SANGGUP KE??)~~hehehehe...Dan tlg jgn samakan MAB tahun nie dgn MAB tahun lepas sbb pengarah berlainan..Tuhan cipta kita manusia berlainan mmg ade hikmahnya..nape DIA xcipta 200 org yg mcm Mazuin dlm kolej 4th nie senang citer...sume gempak...sume aktiviti projek gempak~~Learn how to repect other if u wan other repect u back~

Guest Who said...

Betolker Time penyelia masuk hang tgh tido ayuni?Betol Ke??

MAB?Komplen pandailah..Jadi la AJK MAB.Lepastu tolong cari sponsor.
Tu pon marcus sanggup jadi pengarah,
korang sanggup?

Hah Remove la komen nie.