Friday, February 13, 2009

MENCARI TITIK PERSIMPANGAN

Setelah membaca blog yang saya masuki secara rambang (bermaksud tidak mengenali empunya diri), timbul persoalan dibenak hati dan ditangkai minda, apa yang menyebabkan mereka berfikir seperti itu ?

Hakikatnya, saya telah lama menyukai fitrah perbezaan pemikiran dan melihatnya sebagai suatu yang bersifat optimis dan opurtunis. Mengapa ? Ia bertunjangkan didikan alami seseorang.

Mengapa saya berpendapat ia bertunjangkan didikan alami ? Ini kerana, pemikiran antara kita dibentuk dan dididik dengan cara hidup dan pengaruh persekitaran. Samada yang baik dan buruk itu dijadikan timbangtara sebelum membuat keputusan, atau ditelan bulat-bulat.

KE MANA HUJUNG JALAN PERSIMPANGAN ITU?


Huh..berat soalan ini. Saya pernah bertanyakan kepada seorang rakan pelajar kaum Cina yang mengakui dia menganut Atheis, teruja dengan perkongsian beliau yang tidak percayakan Tuhan, saya bertanya dalam kelas Kepimpinan Diri dan Organisasi ketika itu, apa sebenarnya tujuan dia hidup didunia jika dia sendiri tidak tahu apa penghujung kehidupan .

PERSIMPANGAN YANG DICARI


Ayat ini cukup menerangkan mengapa berlakunya perbezaan dalam berfikir. Kadang, apabila saya bertemu dengan individu yang mempunyai pemikiran yang sangat berbeza walaupun pada akidah dan kepercayaan yang sama, saya rasa penat namun redha.

Alhasil, tidak perlu saya memerah otak untuk memberi penjelasan mengapa jawapannya adalah begini dan bukan seperti yang dia fikirkan. Kerana akhirnya, tidak akan ketemu penghujung yang dia mahukan.

SAYA MESTILAH DAPAT MENGUASAI DIRI


Dalam kehidupan ini, insan bertarung dengan diri sendiri. Adakalanya menang, dan adakalanya kecundang atau ia tetap dalam pertarungan yang berterusan.

Hakikatnya, doa dan sujud memohon perlindungan dan kebaikan dunia akhirat perlu dijadikan amalan, kerana kebenaran itu hanya milik ALLAH. Sememangnya pertarungan ini berterusan sehinggalah ajal maut menjemputnya:

” Dan jiwa serta penyempurnaanya (penciptaannya) maka Allah akan mengilhamkan pada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya itu dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorinya”.

(surah al-syams :7-10)

Allahuakbar...
Kadang kita sangat yakin dan berbangga diri
Kita merasakan kita lah yang benar dan sebenar-benarnya
Lantas kita menolak pandangan yang selainnya
Astaghfirullahal ’azim
Ampunkan dosa-dosaku Ya ALLAH

Saya bimbangkan pada hati yang kotor dan dibelit dosa, malah rasanya tiada hari tanpa dosa. Dalam kesibukan, saya mencari-cari peluang untuk mengisi hati, walaupun hanya dengan bacaan.


Ampuni dosa-dosaku Ya ALLAH..
Kadang terlalu mudah menghukum manusia
Tanpa sedar hanya Engkau yang layak MENGHUKUM dan MENILAI

Ingin rasa dekat denganMU Tuhan.


Ingin berkongsi, insaf apabila membaca ayat ini :

“Dan di antara menusia itu ada orang-orang yang berkata;
“ Kami beriman kepada Allah: tetapi apabila ia disakiti ( kerana beriman) kepada Allah ia menganggap fitnah itu sebagai azab Allah dan jika pertolongan dari Tuhanmu mereka pasti akan berkata : ” Sesungguhnya kami adalah besertamu”. Bukan kah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia ? dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang munafiq”.

(surah al-‘ankabut : 10-11)

“ Dan sesungguhnya Kami akan benar-benar menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad da bersabar di antara kamu dan agar Kami menyatakan ( buruk baik) hal ehwalmu”.

(surah Muhammad: 31)

2 comments:

syuhadah dzarawi said...

Salam

Ayuni, syud agak keliru biLa baca artikel ni.

1. Persimpangan pertama yang Aye maksudkan nampak macam merujuk ke mana arah kita. Sebab kat situ Aye ada maksudkan pasal Cina Atheis.

2. Persimpangan kedua lebih merujuk pada biLa timbuL pertikaian pandangan. Yang ni syud macam tak faham sket.

Tapi, macam manapun syud setuju biLa Aye maksudkan macam mana sepatutnya kita menuju ke arah kesatuan dalam pandangan.

Dalam melontarkan idea dan pandangan kita seharusnya tak lupa bahawa segala-galanya datang daripada Allah. Sehebat manapun kita, tak lebih dari mendapat belas ehsan dan pertoLongan Allah semata-mata.

Kita hanya insan yang lemah.

Syud dulu tak berapa faham kenapa kita perlu mendapat keputusan syura bila sudah bermesyuarat. Rupa-rupanya di situ letaknya keberkatan.

Bila ada kuasa dominan dan mematikan pandangan2 lain, timbul pula persoalan wajarkah ia dipanggil mesyuarat atau medan mendapat arahan.

Hidup tidak lain tidak bukan hanya untuk mardhatillah.

*(^_~)..!! sYud was here

qudwaH_Humaira' said...

Syud:

Ya..banyak tafsiran persimpangan..mungkin aye x reti meluahkan dan membina ayat..

cuma yang kedua tu, ibarat kita ingin menerangkan kebenaran dan keadilan pada sekelompok masyarakat. Namun, kerana fikrah mereka telah diukir dan dibius dengan fahaman dan doktrin, maka mereka sukar melihat kebenaran itu...

disitu akan wujudnya persimpangan

im here too..(^_^)