Wednesday, February 18, 2009

ISU SPOT CHECK KOLEJ ; MAHASISWI TRAUMA

Dalam kesibukan dan rasa lemah, aku memohon ketenangan dan kekuatan hati.. Allah.Aku hanya ada ENGKAU..

Isu ini menjadi tumpuan saya baru-baru ini, malah saya percaya semua rakan mahasiswi kolej juga sangat sensitif dengan apa yang berlaku. Saya telah suarakan isu ini dalam mesyuarat JIK kolej dan mengharapkan satu kata sepakat yang akhirnya memberi kebaikan kepada wanita, namun jangkaan saya tepat, tiada jalan penyelesaian malah kata-kata yang cukup menggugat kesabaran telah saya terima.


PENDIRIAN

Pendirian saya terhadap isu ini jelas :

  1. Saya tidak menolak usaha spotcheck yang dilakukan oleh pihak pentadbiran, PERSOALANNYA, PERLUkah penyelia lelaki turut sama memasuki bilik pelajar perempuan ?

  1. Saya memberi pandangan bahawa selepas ini hanya penyelia wanita sahaja yang masuk ke dalam bilik. Cukuplah penyelia lelaki berada diluar jika memang begitu pengamalannya di kolej-kolej kediaman. Namun DITOLAK BULAT-BULAT tanpa memberi penjelasan yang bersifat PROFESIONAL. Semuanya berdasarkan EMOSI semata-mata. Bukan ini yang mahasiswi mahukan.

  1. Saya menolak jika isu ini DISAMAKAN dengan kes histeria, kes staf atau kontaktor yang naik ke aras untuk membaiki kerosakan bilik. Kaitan yang cuba di tunjukkan, ialah kedua-dua kes ini melibatkan penyelia lelaki. Namun, saya tegaskan beza keadaanya : Mereka masuk ke dalam bilik dengan pengetahuan pelajar wanita atau pengumuman dibuat terlebih dahulu ( that is the prosedure).

  1. Saya KECEWA pada sikap yang TIDAK SENSITIF terhadap isu melibatkan PRIVACY wanita, TERTIB, dan AIB wanita itu sendiri. Ini bukan SOAL AGAMA semata-mata yang menuntut pemeliharaan maruah, semua wanita tidak kira agama, kaum atau latar belakang akan rasa malu bila keadaan ini berlaku.

  1. Tuduhan diletakkan bahawa setiap bilik yang dimasuki, akan dipastikan semua ahli bilik yang sedang tidur bangun. Saya lontarkan persoalan, MEMANG BERLAKU ketika spotcheck ada bilik yang mahasiswinya sedang tidur ketika penyelia masuk ke dalam bilik. Saya diYAKINKAN bahawa mahasiswi tersebut dipastikan tertutup daripada terdedah auratnya. INILAH TITIK PERSOALANNYA, bagaimana sekiranya siswi tersebut TERJAGA ? Terkebil-kebil, bangun dan mendapati dalam keadaan separuh sedar dihadapan mereka ada penyelia lelaki ???? ? Sempatkah untuk ditutup auratnya ? Nauzubillah. Jalan apa yang mahu dipilih ? Sebab itu saya suarakan, MENGAPA PERLUNYA lelaki di dalam bilik perempuan ? Alangkah baik jika tidak masuk, tunggu diluar bilik. Malah saya yakin pimpinan JTK wanita juga ada untuk membantu.

  1. Saya tegaskan jika PERATURAN itu digariskan untuk kebaikan namun hakikatnya TIDAK membawa kebaikan dan tidak selari dengan sensitiviti manusia, sewajarnya ianya dikaji semula, kerana peraturan ini dibuat oleh manusia untuk manusia.

  1. Saya turut terkesan, apabila ada antara mahasiswi yang mula FOBIA dan rasa bimbang untuk MELELAPKAN MATA pada jam 2 hingga 3 pagi selepas peristiwa tersebut berlaku. Malah, bilik saya juga tidak terlepas di spotcheck, didenda atas kesalahan yang dilakukan ( tidak check in). Dalam keadaan mamai, bangun dan sempat mengenakan tudung, tidak lama kemudian melihat penyelia lelaki duduk atas katil menulis borang denda, cukup terkejut ! Sekadar menceritakan.


PROFESIONAL


Sehingga ke tahap hari ini saya belajar suatu nilai yang sangat penting dalam kepimpinan iaitu PROFESIONAL. Saya dikatakan tidak amanah dan sanggup mencanang jawatan kepada pihak lain, saya dikatakan sanggup memusnahkan diri sendiri semata-mata bercakap bagi pihak orang lain, saya diburukkan tidak menghormati orang yang lebih tua, dan macam-macam lagi kata hina.

Namun, saya sangat bersyukur, sekurang-kurangnya saya telah berusaha untuk membawa isu ini supaya ianya dilihat, pihak yang mentadbir tahu apa respon mahasiswa, membuat timbang tara dalam setiap keputusan, mengambil berat pandangan mahasiswa untuk kebaikan bersama dan yang paling penting, mesyuarat dirakam dan diminitkan (valid prove).

Its my responsibility, saya cuba menjaga kata-kata saya dan tidak terlalu keras dalam menyatakan pendirian, cuba berdiplomasi, namun ianya tidak kan pernah berakhir dengan kata putus penyelesaian kerana pandangan dilihat sebagai kritikan dan bukan pembuka kepada peluang mencari penyelesaian. EMOSI !!

BILA MAHU BERUBAH ?


Saya menyeru kepada semua mahasiswi supaya sensitif terhadap isu wanita. Hari ini pelbagai isu berlaku, isu bayi ditinggalkan dalam laci meja, isu ADUN yang disiarkan bogel, isu gadis cuba dilacurkan di negara jiran, isu keluarga yang dibunuh dan pelbagai lagi isu amat MENAKUTKAN kita.

Seandainya isu ini dibiarkan, saya yakin HIKMAHNYA selepas ini kita hanya akan diam apabila TERTIB dalam BERPERATURAN hilang !!


Saya membawa suara wanita. Kerana ia dekat dihati saya. Nampaknya, mesyuarat yang sepenting itu gagal membawa kata putus..Tidak boleh berdiam diri.

17 comments:

khalifah said...

why isu ini perlu diutarakan??u know da answer.....di mana terletaknya privacy kita as a mahasiswi....isu spot check amat menggusarkan hati mahasiswi...slps kjdian 2,ramai yg kaget & x dpt melelapkan mata.....hm.....apa lah nk jadi ngn 4th ni....dgn keadaan balai yg x semeriah dulu(xtvt2 balai),di tambah dgn isu spot check plak...sedey bangat sih.......to others,plz concern to diz issue.....

Anonymous said...

hurmmm..
Serious???
mcm2 hal la klu camni..
knp xsuh je penyelia pompuan yg wat spot check?? bkn ada 2 org penyelia pompuan ke??

bile kite bersuara, org ckp kite membantah+melawan+krg ajar ngan org tua..
bile kite diam, kite ditindas!!
so, cane??
tepuk dada, tanya akal!

Anonymous said...

X kn ada penyelesaian kalau ada perasaan buruk sangka & emosi. Balai nk meriah mcm mana kalau muka sama je turun. Sokong la program kempen solat berjemaah... Kpd yg dh dpt jawatan besar,anda ptt mainkan peranan...bukan hanya mgutuk. Kerana idealisme mahasiswa la mahasiswa hanya tahu membangkang n mengutuk... Hargai apa org buat,jgn dikutuk sgt walau nmpk kekurangan. Kalau rasa diri sempurna n Expert,buat je la. X perlu ada jawatan besar... Setiap org ada cara memimpin masing2... Kalau rasa diri serba boleh tawarkan diri...ni x, tahu mengutuk je. CERMIN diri kita tu...


X 4th...UM 06/07

ShohwatuL_Islam said...

Hidup ini tidak pernah lari dari isu2 hangat yang menggugat ketenteraman awam. Ana pun terkilan dengan apa yg berlaku. Sesungguhnya kami tidak menolak sebarang peraturan mahupun tuntutan yang membawa kesejahteraan bersama..itu pendirian kami. Namun, seandainya kami diperlakukan sedemikian rupa, ramai yang akan memberontak...isu ini sgt sensitif kerana betullah kata saudari humaira' ia melibatkan privacy dan adab...
Ana pun nak ceritalah ckit waktu sblm ana tahu adanya spot check...
BABAK 1-waktu tu ana duk kat KFC(kedai fourth college-nama glamour)...satu pemandangan yg aneh apab trdpt ramai sgt pak guard di depan pintu masuk 4th. ana pun naik hairan jgk..apasal plak? ada kejadian besar ke?namun rakan ana menyatakan pak guard dtg mkn je kot...tp masih curiga...jeng2
BABAK 2-lepas beli mknn,naik tangga ke bilik..nasib baik bersama seorg rakan, Ms.J. Alangkah terkejutnya nmpk 2 org pak guard duk sembang kemaih kat tangga...pesal plak pak guard kat cni?hairan bin ajaib bin takut...yelah waktu tu kul 2 pg lebih...siap nk menggatal lg...alkisahnya taulah ada spot check...timbul satu persoaln lg..perlukah pak guard tuk buat spot check ni???
Renung2kn ..selamat beramal.

Anonymous said...

alhamdulillah
sy sudah meninggalkn kk4
tp sy sgt kesian
dkt penghuni kk4 skrg
sesuatu yg sgt memalukan
penyelia lelaki itu sudah melampau
sy sudah membenci attitudenye
semenjak dari tahun pertama lg
alhamdulillah sy menyedari
kekebalan and sifat manipulasinye
pada tempoh yg awal
sebelum zaman 'kegemilangan'nya
sy berharap kpd semua jtk n jik n
semua org2 'kuat' di kk4 skrg
bukalah mata and pintu hati anda
'beliau' yg telah anda sanjungi
dan sayangi satu masa dahulu
telah showed his 'true colour'
sy bersyukur kalo anda sudah sedari
no offence ya
sy hny mengemukakn pendapat
setelah sy mendengar dr rkn 4th sy
dan setelah membaca post ini
'dignity is something that shouldn't be manipulated by mankind'

Anonymous said...

salam...ana pun tak terkecuali kena spot check 2hari...kenapa ler tindakan sebegini rupa...tak adil kepada mahasiswi....perempuan untuk perempuan sahaja...kami tak akan berdiam diri selagi kami ada suara..
jikalau ayahanda(PROF.DR.AHMAD SALIHIN HJ BABA)mesti amat murka dengan tindakan penyelia ini...mencabul hak asasi seseorang..

KiTa hAnYaLaH sEoRaNg HaMbA yAnG HiNa... said...

assalamualakum...

saya amat bersetuju bahawa spot check xbleh la nak dibuat sewenag2nya..dah la time2 pagi..
kalo awal sket xbleh ke???
xkannya semua rumet xde dalam masa yang sama...xkan 3 3 skalip meting jam 9-12 pm...
xtau la nak cakap macam mana
pasal memorendum tu setuju sangat la...
bukan kita sengaja nak embangkang tapi kita ada hak untuk bebuat demikian...
hope after this xde lagi isu2 yang tak sedap didengar timbul...
berfikirlah secara waras wahai insan2 pintar...
wallaualam

Saladin said...

Mengapa mereka tidak peka terhadap isu ini, maksud saya isu berkaitan dengan aurah ini. Apakah mereka dungu atau jahil ? Tiada sensitiviti langsung terhadap tuntutan agama.

Apakah penyelia wanita akan diganyang jika tidak bersama penyelia lelaki masuk ke dalam hostel/bilik mahasiswi ?

Inilah akibat daripada ketiadaan tarbiyah Islamiyah dalam jiwa orang yang memimpin. Jika hal sekecil(hak wanita) ini mereka tidak sensitif, apatah lagi isu2 yang berkaitan dengan wang ringgit.

Boleh jadi mereka ini(penyelia lelaki) tidak kisah nanti jika bilik anak perempuan mereka dimasuki oleh lelai yang bukan muhrim bila-bila masa sahaja.

Ya ALLAH, bukakanlah pintu hati mereka, agar dipermudahkan jalan hidayah dariMU.

qudwah_humaira said...

UPDATE :

Insya Allah, kita akan come up dengan memorendum..doakan isu ini akan dibincangkan dalam mesyuarat pengetua-pengetua DAA ISnin nanti..

Bantulah kami Ya ALLAH..

Penyelia lelaki saya tidak rujuk kepada spesifik individu ya..
Saya maksudkan sesiapa sahaja dia asalkan dia adalah lelaki..

Kita Profesional.

the hazim said...

ayuni..pasang la selak kunci dari dalam bilik..so orang diluar tak leh buka (keselamatan pun ya)..mcm tu lah abg hazim buat kat bilik abg hazim...tapi kalau tikus masuk macam mana?hehehe..serius je tatkala ini artikel ayuni ya...takpa, salam berjuang!

Adibah S said...

Sebagai bekas penghuni KK4, perkara ini cukup sensitif dan sangat tidak boleh diterima akal yang waras.

Penyelia lelaki masuk ke bilik mahasiswi dalam keadaan seperti yang diceritakan....saya bertanya, mereka ni berbudaya dengan budaya apa ni?

Common sense yang kian punah!Susah benar kah nak faham bahawa masuk ke bilik berlainan jantina pada waktu-waktu tertentu perlu ada syaratnya? -Rujuk dalil alquran.

Common Sense: Kebiasaan Yang Kini Luar Biasa (SAIFULISLAM.COM)

Adab ini sebenarnya telah diatur sendiri oleh Allah s. w. t. dalam al-Quran melalui firman-Nya yang
bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum
baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu
sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan
sesudah sembahyang isyak.

(An-Nur: 58-59)

Kalau tak tahu...bertanya. Jangan main redah jer.. Walaupun caranya sudah mengetuk pintu, tetapi masih ada mahasiswi yang tidur tidak sedarkan diri.Dalil ni cukup kukuh. Sah! Kisah ini bukan salah mahasiswi.

AnGeLFiRe said...
This comment has been removed by the author.
AnGeLFiRe said...
This comment has been removed by the author.
AnGeLFiRe said...
This comment has been removed by the author.
nuwairahsafwa said...

salam..
emm apa yag menyebabkan penyelia lelaki rasa mereka mesti gak masuk dlm bilik mahasiswi??
adakah mrk dah xcaye dgn jtk2 prmpuan yg ade??
yg plg trkejut,nape ade gak pak guard yg jage stiap floor??
adkh tkot kami akan lari..hehehe..
cm klaka plak...
emm ape pon,lpas ni,harap penyelia lbh peka..
bak kate kwn kite sorg,klu xtuju jgn duk kolj..
msalahnye klu duk luar,apakah jaminan keselamatan yg diorg bole bg..
kami brharap duk kolj akn lbh trjamin..
tp salah..
dr "dlm" sndiri dh ade gangguan cmni..
dpt x diorg bygkan klu diorg sbg llaki g oversea n tnggal isteri mrk kat rumh..
pastu ade llaki lain msuk rmh..
ok lagi kot klu msuk rmh,klu msuk bilik tdo diorg cmne??
xke rase 2 privacy bilik??
same la gak kami dcni..
emm ape pon,manusia kdg2 kite pon slalu wat salah..
ape2 pon,lpas ni kite sume blaja dr ksilapan k..
xslah nk wat spotchek,tp lpas ni,sape yg nk msuk ke bilik prmpuan 2,harap2 penyelia lbh ambk berat k..
harap2 sume dpt hikmah n pengajran trhadap apa yg brlaku..
k salam..

AnGeLFiRe said...

dah la kak
boring ar comment kt cni..
main bowling kt MIDval or Pin-J lg ok..
ada BRAN x nk lwn sy..?
hahahaha

(mintak maaf kpd pembaca2 diatas kekasaran ayat yg digunakan dlm comment sy..
well..what to say..comment ni utk suke suki jer..)

Anonymous said...

yg spok check korg penyelia kontrovesi an?

sy xsokong mne2 but from what i heard..sebelom penyelia tu masok..ade penyelie pmpuan yg msok utk soh anda sume siap2 berpakaian n else..

so..agak xlogik kalau dia serbu mcm tu..

sgt mengaibkan..

antara kamu dan dia..masing2 2x5

saling memfitnah..itu saja..