Saturday, March 20, 2010

MENGANDUNG TANPA SUAMI

Maaflah jika post kali ini dan sebelumnya berkait dengan rumah tangga. Saya amat terkesan sebenarnya apabila punya dua orang kekanda yang telah berumah tangga. Kini, kedua-duanya sedang mengandung.


Apa yang paling penting bagi seorang ibu yang sedang mengandung adalah sokongan dan dorongan suami di sisi. Awal tempoh pembentukan janin amat penting bagi seorang ibu. Ketika itu, pening, loya, emosi yang tidak stabil, dan penjagaan makanan amat perlu dititik beratkan. Suami sebagai pembantu, tempat bermanja, mendapatkan perhatian amat penting bagi seorang isteri.


JIKA TIDAK MAHU, TIDAK PERLU ADA ANAK


Syukur apabila memperoleh dua orang abang ipar yang cukup baik hati. Malah ringan tulang membantu isteri, tidak meminta perkara yang bukan-bukan ketika isteri sedang cuba menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan dalam diri.


Cukup kasihan apabila melihat ibu yang sedang sarat mengandung, diabaikan oleh suami mereka. Sedar atau tidak? Wanita ini bertarung dengan pelbagai kesusahan yang bukan dimintanya. Rasa loya, penat, pening, rasa tidak selesa dan emosi yang tidak stabil akibat perubahan hormon. Mereka amat perlukan sentuhan kasih sayang suami. Namun masalahnya, suami kadang mengabaikan perhatian ini.


Apa yang susahnya membantu isteri paling tidak membasuh baju, menjemur dan mengemas rumah ? Apa salahnya, membelai isteri dengan memicit kepala dan menyapu minyak diperut yang sedang gatal akibat tegangan apabila perut membesar.


CINTA BUKAN AWAL PERKAHWINAN SAHAJA


Inilah masalahnya apabila pasangan tidak memahami tujuan perkahwinan. Saya tidak faham mengapa niat perkahwinan hanya untuk menyalurkan syahwat pada jalan yang halal semata-mata tanpa memikirkan soal tanggungjawab dan kesusahan yang bakal ditempuh.


Tanya diri masing-masing apa tujuan perkahwinan yang sebenar? Dan mengapa zuriat yang diharapkan soleh dan solehah kononnya, tidak dididik melalui kasih sayang kepada ibunya? Dan mengapa anak pertama sahaja yang diberi perhatian penuh kasih sayang,namun bila tiba masanya untuk anak 2,3,4 dan seterusnya perhatian tidak diberikan sama seperti sebelumnya. Bosan? Anak itu anda yang punya.


KASIHAN MELIHAT IBU MENGANDUNG


Melihat kesusahan dua orang kekanda ini, membuatkan saya berfikir panjang untuk mendirikan rumah tangga. Melihat senior-senior yang juga mengandung membawa anak dalam perut ke kuliah. Melihat ibu yang berjalan seorang diri kepanasan menunggu bas, melihat wajah mereka pucat keletihan. Namun saya yakin Allah mengurniakan kesabaran yang tidak mungkin dapat ditanggung oleh seorang suami.


Sedarlah, bahawa tumbesaran anak-anak bermula daripada didikan seawal benih bercambah dalam rahim. Allahuakbar.


Belum lagi menyentuh berapa ribu urat pecah ketika melahirkan anak.


MENGAPA ADA IBU BUANG ANAK


Anda tidak adil, bila menghukum seorang wanita yang kejam membuang anak. Yang disalahkan ialah wanita bukan? Ada yang kata ini kejam sungguh lelaki yang mengandungkan wanita membuang anak tersebut? Saya yakin, mereka buang anak kerana mereka rasa kosong dan takut. Tiada siapa yang mahu bertanggungjawab apatah lagi dirinya.


ISTERI PERLUKAN SUAMI PENYAYANG


Inilah pentingnya pembentukan fardhu muslim sebelum membina baitul muslim. Memahami tuntutan dan bersedia susah senang bersama. Saling percaya dan meletakkan empati mendalam kepada pasangan. Allah akan membantu memudahkan urusan.

P/S: Kakde doakan along dan angah sentiasa tabah dan kuat semangat. Kakde kagum dengan along dan angah. Jadi ibu solehah insya ALLAH. Abang Long dan Abang Ngah, terima kasih kerana menjadi suami yang baik.

11 comments:

annisaNazifa said...

ni macam dah nak sampai seru je...hehe...akaknye bile lagi... ;p

mu'allim smkapedalaman said...

sungguh saya menyukai segala hasil tulisan saudari..InsyaAllah di kurniakan zauj yang soleh,serta permata hati yang mengiburkan diri satu saat nnt..=)

qudwaH_Humaira' said...

nisa:

belum sampai lagi dik. akak masih menyediakan diri.juga mencurah bakti pada ibu. (^_^)

mu'allim:
syukran, saya perlukan sokongan membina berterusan. ameen.

ummu_humaiirra said...

alhamdulillah...dulu udah matang, sekarang makin bertambah2 matang (^_^)..bila bonda nak bg adik ipar kat ummi?:p...nnti ummi sediakan satu hantaran untuk bonda yer..

qudwaH_Humaira' said...

ummu humaiira':

apa maksud bagi adik ipar pada ummi..x paham..(*_*)

abangngah said...

Pujian harus diberikan kpd angah..angah seorang yg kuat semagat..abgngah cuma penyambung amanah babah...

qudwaH_Humaira' said...

abang ngah:

ada yang tersiratnya post kali ini. berusaha ya ! aja-aja fighting !

Anonymous said...

sedih baca nukilan nie...sedih mlihat anak2 y dibuang merata2..

sungguh sokongan moral terutama yg bnama suami sgt ptg ketika situasi ini..

bersyukur dpt suami yg mgambil berat ttg kita

ummu_humaiirra said...

dah agak dah, mesti x faham punya..adik ipar tue stand for suami bonda nanti..ummi kan kenal dunia ni awal skit dari bonda..so, ummi nie kiranya kakak pada bonda la..(^_^)

Al-Fateh said...

Semoga ana tidak menjadi suami begitu... nauzubillah.

tanggungjawab...
amanah...

mengapa rasa sayu tiba-tiba...

qudwaH_Humaira' said...

anonymous:

ameen..

ummu_humaira':

yes ! hehe..adiah untuk aye jangan lupa..(^_^)

al-fateh:

insya ALLAH..nta akan jadi suami yang baik..ameen.