Sunday, March 7, 2010

MALAM ANUGERAH; MALAM BERBOGEL




Bulan ini, nampaknya mahasiswa seluruh kolej sibuk meraikan malam anugerah masing-masing dengan tema yang menarik. Tujuan malam anugerah ini diadakan mungkin boleh saya simpulkan sendiri.

  1. Majlis penghargaan kepada warga kolej kediaman yang berjaya mengharumkan nama kolej, berbakti.
  2. Majlis akhir sebagai tanda kenang-kenangan.

P/S : sila tambah sendiri jika ada lagi tujuan lain.


MALAM UNTUK BERBOGEL


Sesetengah pihak pasti melenting dengan pendapat saya kali ini. Terserah.


Jika ada satu malam dalam setahun menginap di kolej kediaman, mungkin ini adalah malamnya untuk yang bertudung menyingkatkan tudung mereka, atau menanggalkan terus tudung yang dipakai.

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir. “ (an-Nur: 31)


Jika ada satu malam dalam setahun bersusah payah menjayakan projek, mungkin ini adalah malamnya untuk bersuka-ria dengan memakai pakaian, paling cantik, paling seksi, paling jarang dan paling mahal.

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)


Jika ada satu malam dalam 2 semester mendapat ramai kawan lelaki dan perempuan, ini adalah malamnya untuk bergambar bersama rakan-rakan, bergesel sana sini, berpeluk dan bercium.

Hadits Rasulullah SAW Dari Ma`qil bin Yasar dari Nabi saw., beliau bersabda, "Sesungguhnya ditusuknya kepala salah seorang di antara kamu dengan jarum besi itu lebih baik daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (HR Thabrani dan Baihaqi)


Jika ada satu malam dalam 2 semester yang surau sentiasa kosong dengan barisan saf tidak sampai 3 di kolej, alhasil, ini adalah malamnya untuk bersedia awal, mekap seawal 1petang, asar, maghrib, isyak entah kemana.

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).


Jika ada satu malam dalam malam-malam di kolej yang diisi dengan pembelajaran dan tutorial, ini adalah malamnya untuk mencuci mata, melihat keindahan ciptaan Tuhan, perempuan-perempuan yang berpakaian namun sebenarnya berbogel.

“Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.”(Hadis Riwayat Muslim)


Jika ada satu malam dalam hari-hari hidup tidak pernah melihat persembahan life, ini adalah malam untuk menyaksikan penyanyi-penyanyi hebat, dan tarian paling hebat dengan lagu-lagu paling best.

Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik).”

(Hadis Riwayat Tarmidzi)


Kata orang “Jika kita tidak merasai majlis gah seperti ini,nanti bila dah bekerja, kita tidak dapat menyesuaikan diri bila company anjurkan dinner atau malam-malam penting”


Kata orang“ Ini adalah majlis yang paling berprestij dan pada malam inilah orang-orang kenamaan akan mengiktiraf malam anugerah kolej kita sebagai malam anugerah terbaik”


SAYA BERDOSA


Tahun dua, ketika Malam Anugerah Kolej Fasa 1 yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, saya masih ingat ketika itu masih ada Eye on Malaysia. Kami Jawatankuasa Tindakan Kolej dan Jawatankuasa Induk Kolej merancang untuk menyanyi di atas pentas, saya sehingga hari ini rasa berdosa, kerana gagal menggunakan jawatan yang ada untuk mengajak kearah kebaikan.


Saya hadir kerana saya ditugaskan untuk mengiringi penyelia kolej menyampaikan hadiah kepada pengarah projek terbaik. Pertimbangan untuk hadir saya putuskan, saya hadir lewat. Menyelinap masuk melalui meja-meja dan akhirnya tiba di meja bersama penyelia.


Tiba waktu untuk ke pentas, saya ajak sahabat baik untuk LARI ! Kami ke surau. Selesai solat, saya memeluk hidayah. Menangis. dayah turut menangis sambil menenangkan saya. Cukup kuat ujian Allah ketika itu. Kami tidak masuk ke dalam majlis, terus disitu sehingga tamat .


Esoknya, rakan-rakan bertanya kemana saya menghilang ketika semua JTK JIK sibuk membuat persembahan di atas pentas.


HATI BERKATA BEGITU


Bukankah Nabi SAW sudah mengajar kita, bahawa hati ini tenang dengan kebaikan, dan gelisah terhadap dosa dan kejahatan ?


Nabi saw pernah memberi amaran mengenai majlis yang tidak berzikir kepada Allah swt, sabdanya :-

" مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا لَمْ يَذْكُرُوا اللَّهَ فِيهِ وَلَمْ يُصَلُّوا عَلَى نَبِيِّهِمْ إِلَّا كَانَ عَلَيْهِمْ تِرَةً فَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُمْ وَإِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ " .


"Tidak duduk sesuatu kaum dimajlis yang tidak mengingati Allah atau berselawat keatas Nabi mereka, tetapi mereka akan menyesal, jika dikehendaki Allah akan mengazab mereka, dan jika dikehendaki Allah swt akan mengampunkan mereka" -[Hadith riwayat Tirmudzi, kata beliau bahawa hadith ini hadith hassan. Sheikh Al-Albani juga mengkelaskan hadith ini sebagai sahih didalam Sahih Al-Tirmudzi. 3/140].


Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :- Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah ra. berkata :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَا مِنْ قَوْمٍ يَقُومُونَ مِنْ مَجْلِسٍ لا يَذْكُرُونَ اللَّهَ فِيهِ إِلا قَامُوا عَنْ مِثْلِ جِيفَةِ حِمَارٍ وَكَانَ لَهُمْ حَسْرَةً " .


"Nabi bersabda : 'Kaum yang bangun dari majlis yang tidak mengingati Allah didalamnya, hanyalah mereka seolah-olah bangun dari bangkai keldai, akan menyebabkan penyesalan bagi mereka" - [Al-Nawawi didalam Riyaadh Al-Salihin #321 mengatakan ia sahih dan juga oleh Al-Albani].


Saya mengajak anda untuk membuat penilaian. Anda nilai sendiri. Adakah Majlis Anugerah di Kolej anda mengharapkan redha ALLAH ?


Kepada yang telah menghadiri majlis-majlis seperti ini tidak kiralah konsert, atau parti. Saya mengajak anda untuk berubah.

21 comments:

Mohd Hafizan Mazuki said...

tq utk perkongsian...

Shafika Anuar said...

alhamdulillah..akhirnya sye jumpe jwpn yg sye cari2 selama nie..terima kasih atas artikel nie..
Majlis anugerah di kolej sye, sye tak pergi..bila kwn2 tanya, sye x tahu nak jawab apa..sye cume berasakan ia hanya sia2..dunia semata-mata..lagha..tiada keredhaan didalamnya..tiada hujah yg baik tuk berikan kepd mereka..jadi sye senyapkan sahaja tnpa beri jwpan..
sye masih baru dlm dunia utk dtarbiah pastinya sye x nak cemarkan hati nie lagi ngan hal dunia sebegini..harap terus dtetapkan hati dlm tarbiyah islam..insyaAllah, Allah jua yg membolak-balikkan hati ini..
harap artikel nie dpt berikan jwapan yg jelas kpd mereka...
kak biarkan kalau mereka nak cemuh..terus kuat dlm Islam..
salam sayang ^_^
uhibbukifillah

qudwaH_Humaira' said...

mat jang:

lama x dengar khabar ^_^

24hours_7days:

maafkan akak andai penyampaian agak keras..susah nak lembut dah..
moga mendapat manfaat

ummu_humaiirra said...

ana sngt bersetuju dengan nti..InsyaAllah, Allah akan sentiasa menjaga kite dari menghadiri majlis2 yang lagha...Alhamdulillah, ana sangat bersyukur pada Allah swt kerana Allah sentiasa menyekat ana tuk menghadiri Malam Anugerah Kolej..Hingga satu tahap, tahun lepas ana mengalami pening kepala dan tidak dapat hadir ke Malam Anugerah Kolej..W/pun sakit, tp ana sangt bersyukur kerana Allah jaga ana tuk tidak terjebak dengan dosa dan maksiat..Allahuakhbar!!!!

kemboja putih said...

salam akk,
Telah lama menyedari, tp hanya sekadar sedar dan tanpa bertindak.
Alhamdulillah, kali ini mula bertindak. moga dikuatkan untuk waktu2 yg akan mendatang.

ShohwatuL_Islam said...

terimbau kembali peristiwa tu...hanya ALLAH tempat kami mengadu...dinner is good but not with the wrong way. Kita mampu membuat sesuatu tanpa melanggar syariat if we want to...but then, it is us who push ourselves towards those mungkar...May Allah forgive us for our sins...for those fren out there, there is still time to change ur mind.

qudwaH_Humaira' said...

ummu humaiira'

tahniah nti. semoga thabat dalam jalan dakwah. jadi isteri solehah dan ibu mithali (^_^)

shohwatul_islam:

emmmm....Allahuakbar.

kemboja_putih:

mari kita dakwah yang lain !

Al-Fateh said...

Ini jawapannya kepada tohmahan yang dikeluarkan oleh individu yang tidak senang anti berpolitik.

Ini jawapannya kepada individu yang mengatakan anti tidak menegur aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral di tempat nti.

Ini jawapannya kepada wanita yang ingin nampak anggun pada parti2 sebegini, berpakaian menjolok mata
dan menarik lelaki yang telah rosak hatinya. Kelak binasa mahkota mereka.

Semoga artikel ini memberi kesedaran kepada sesiapa yang membacanya. Moga Allah membalas hambanya dengan balasan yang baik.

qudwaH_Humaira' said...

al-fateh :

amanah dipundak bila digelar daie segala tanggungjawab diletak atas bahu kita..dipertanggungjawabkan atas diri kita..

hikmah,semakin besar dan gah universiti semakin rosaklah akhlak penuntutnya..

Aizat Salleh said...

Salam.sepanjang duduk di kolej tak pernah langsung pegi dinner. Sebenarnya bukan sebab program dia, tp bayaran tak setimpal sgn apa yg dapat...

Nur Aziemah said...

Salam kak Yuni.
Tak lama lagi kolej saya pun akan buat Dinner.. Dan saya pun bercita2 untuk tidak menghadirinya. Bukan kerana tak mahu meraikan, cuma saya sangat risau tentang status makanan halal, pergaulan di sana dan maksiat yang berleluasa(pakaian menjolok mata), serta temanya "Young and Glamourous". Saya dapat tahu pada tahun lepas, ada seorang student pergi ke dapur hotel tempat dinner, tengok2 berlambak botol arak yang diguna untuk menyedapkan makanan. Oh, alangkah berdosanya semua yang terlibat. halal haram diabaikan. Semuanya jadi boleh asalkan enjoy. Huh!

laoban said...

as a mature student, kt da tahu yg mana baik n yg mn buruk..but we still terikat dgn karenah birokrasi yg ingin mengaut keuntgn dgn "MEWAJIBKAN" semua student utk p ke mlm anugerah 2...bayaran x setimpal dgn ap yg diperolehi... apa extra yg kt dapat??tayangan MAKSIAT yg cukup membuat kita beroleh bergantang2 dosa....Nauzubillah...moga2 ALLAH SWT pekihara iman & hati kita
p/s: akak, satu lontaran pandangan yg cukup mendalam maknanya...tq 4 perkongsian....

Maisyarah said...

Terima kasih atas nasihat yang berguna. Terutamanya ade hadis dan ayat Al-Quran untuk menyokong. Tetapi saya juga harapkan kejujuran dalam dakwaan setiap orang.

Memang btul ape yg shohwatul ckp, keredhaan majlis terletak pada pnduan yg Islam tetapkan.

Tapi sye harap aziemah jgn asyik dengar je. Ayah saya pernah menjadi chef di hotel, tetapi tidak pernah pula menuang arak di dalam mknan yg dimasak. Tidak perlu jauh skali tanggapan begitu. Bukankah menuduh mkanan di hotel ade arak juga bermaksud, chef2 islam dan kakitangan yg terlibat memasak mknan haram untuk mengeyangkan perut muslim2?

Saya jawatan kuasa juga berharap majlis yg dijayakan diredhai dan berjalan dgn lancar. BEBAS daripada spekulasi2 buruk =)

Ismail Noh said...

Salam Cik Ayuni.

Tulisan yang Mail buat (tentang entri Cik Ayuni) adalah pendapat Mail, dan Mail menimbang atas perkara yang Mail rasa positif dan umum bagi seorang manusia biasa (dan juga seorang Muslim). Apa yang Cik Ayuni tulis adalah ilmu yang Mail baru sahaja ketahui dan orang lain tidak pula berbuat begitu melainkan Cik Ayuni. Mail rasa berhutang budi.

Jika Cik Ayu merasakan entri Mail kurang menyenangkan hati Cik Ayuni, mohon diberitahu agar Mail berbesar hati dan dengan rasa rendah diri memperbaikinya semula. Terima kasih.

qudwaH_Humaira' said...

aizat :

ana rasa tu pertimbangan masyarakat..dan tambahan kepada sebab mengapa ianya tidak perlu..

haziemah :

tahniah dik ..

laoban :

sebar-sebarkan

maisyarah :

insya ALLAH. ayah maisyarah akan masak makanan halal.

namun benar, pernah isu hotel halal ini dibangkitkan dalam dewan rakyat di parlimen, juga saya link kan makluman dari PPIM http://muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.423.2.

haram makanan bukan hanya kerana penggunaan arak, namun bahan perkakas yang bercampur, tempat letak ayam dicampur dengan daging khinzir, juga, ayam yang tidak disembelih.

isu halal haram ni berlegar-legar dalam masyarakat kita sekarang. jika was-was lebih baik jauhi.

wallahu'alam.

qudwaH_Humaira' said...

mail :

its ok..saudara ada hak untuk bersuara dan memberi pandangan. saya tiada kepentingan.

selingan dalil quran dan hadis adalah tanda bahawa ianya diturunkan oleh Tuhan bukan manusia lemah seperti kita.

tahniah kerana telah sebarkan dakwah. moga Allah nilai usaha mail sebagai pahala. sebar-sebarkan ya.

Nur Aziemah said...

Thanx maisyarah atas teguran=) Sedikit ulasan.

Sabda Nabi : "Yang halal sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas, di antara keduanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhat), ramai orang yang tidak tahu: apakah dia itu masuk bahagian yang halal ataukah yang haram? Maka barangsiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya, maka dia akan selamat, dan barangsiapa mengerjakan sedikitpun daripadanya hampir-hampir ia akan iatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah! Bahawa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan. Ingat pula, bahawa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan." (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi, dan riwayat ini adalah lafal Tarmizi).

Dalam soal arak dalam makanan, bukankah sudah dikira syubhah seandainya di satu tempat yang sama..disitulah juga dimasak makanan yang halal dan di situ jugalah yang haram?

Untuk pengetahuan,di Malaysia hanya 19 hotel mendapat pengiktirafan Halal Jakim. Rujuk web PPIM:
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.752

Lanjutan Isu Hotel halal
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.423

Pengakuan Chef Hotel 5 bintang
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.556

"Mencari yang halal adalah wajib"
p/s: Semua dijemput ke Expo Halal 13-14 Mac di Fak Perniagaan & Perakaunan=)

qudwaH_Humaira' said...

mail :

permintaan saya, jika saudara tidak keberatan, saya mohon delete kan gambar saya yang saudara photoshop kan.

sebab sama mengapa saya jarang letakkan gambar di blog saya. itu pun jika saudara tidak keberatan.terima kasih.

annisaNazifa said...

saya setuju...

penulisan yang menarik... Baru semalam meninjau-ninjau facebook mereka-mereka yang terlibat dengan 'pesta bogel kolej'. maaf kejam bunyinya..tapi itulah juga pertama kali ayat yang terkeluar dari akal fikiran saya dan beberapa orang sahabat lagi saat mula-mula terpandang gambar-gambar 'mereka' di FB...

sedihhh

Noor Maisyarah said...

terima kasih kak ayuni dan aziemah. =)
bagaimana pula ya apabila kita mendengar pendapat dari video2 ini?

Isu makanan halal dan haram
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1368402299181&ref=mf

Apa hukum makanan yg dimasak
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1368357898071&ref=mf

Anonymous said...

sangat suka post ini. semoga diberi kekuatan ~amin~