Showing posts with label fobia. Show all posts
Showing posts with label fobia. Show all posts

Sunday, November 7, 2010

ENTAH BILA ?


Selesai menyemak akhbar saya mula terasa bosan, sama sahaja kisarannya.

Entah bila kita hendak terbuka dalam soal kepimpinan.

Entah bila rakyat dapat memilih dengan penilaian terbaik.Sukarnya apabila kita tidak diberi ruang untuk mengetahui yang benarnya.

Entah bila media akan menjadi ejen penilai yang membantu rakyat memilih kebenaran bukan menyogok rakyat untuk faham salah.

Dan satu perkara yang saya terlalu ingin lihat, entah bila rakyat dapat melihat debat antara pemimpin. Yang akhirnya menyumbang kepada sedar fakta dan realiti pemikiran kepimpinan.

Entah bila..(perlu masuk ke dalam medannya)

Thursday, May 20, 2010

TIDAK PERLU FATWA



Perkara yang jelas lagi terang kadangkala tidak memerlukan lagi lampu dari suluhan lain untuk meneranginya. Sebenarnya, tidak perlu meminta mufti bermusyawarah memutuskan apakah hukum nya kerana ianya jelas haram. Lesen pertaruhan bagi kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 diluluskan dan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Datuk Seri Mohd Najib. Apakah maslahatnya kepada rakyat?


Ascot Sport telah diberi lesen sebagai pihak yang layak menjalankan operasi betting sukan, kononnya sebagai usaha untuk mengurangkan aktiviti pertaruhan haram yang berleluasa di negara ini. Sumber itu juga mendedahkan, pasaran pertaruhan sukan haram di Malaysia dikatakan berjumlah sehingga RM20 bilion setahun, sekali gus mengurangkan cukai pendapatan yang dikutip oleh kerajaan.


Astaghfirullahal’azim. Jangan biarkan kami hidup di bawah kezaliman ini ya Allah.


Masih ramai yang belum sedar, kerajaan (tidak kiralah mana-mana parti politik yang menerajui kepimpinannya) adalah pemegang amanah kepada hasil sumber tanah negara dan rakyat. Kerajaan menguruskan segala masalah rakyat. Memang cukup besar peranannya. Kuasa ini yang menentukan kebijakan dalam mengurus negara dan satu kelompok ummat yang Allah biarkan hidup.


Apabila pemegang amanah meluluskan sesuatu yang haram untuk rakyat, ummat akan hidup di dalam laknat Allah. Dunia ini semakin tua, janganlah mati dalam keadaan kufur. Keluarlah dari pemikiran sempit duhai anak muda.



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Maksudnya:

”Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya” (al-Quran al-Maidah 5:90).


Saturday, March 20, 2010

MENGANDUNG TANPA SUAMI

Maaflah jika post kali ini dan sebelumnya berkait dengan rumah tangga. Saya amat terkesan sebenarnya apabila punya dua orang kekanda yang telah berumah tangga. Kini, kedua-duanya sedang mengandung.


Apa yang paling penting bagi seorang ibu yang sedang mengandung adalah sokongan dan dorongan suami di sisi. Awal tempoh pembentukan janin amat penting bagi seorang ibu. Ketika itu, pening, loya, emosi yang tidak stabil, dan penjagaan makanan amat perlu dititik beratkan. Suami sebagai pembantu, tempat bermanja, mendapatkan perhatian amat penting bagi seorang isteri.


JIKA TIDAK MAHU, TIDAK PERLU ADA ANAK


Syukur apabila memperoleh dua orang abang ipar yang cukup baik hati. Malah ringan tulang membantu isteri, tidak meminta perkara yang bukan-bukan ketika isteri sedang cuba menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan dalam diri.


Cukup kasihan apabila melihat ibu yang sedang sarat mengandung, diabaikan oleh suami mereka. Sedar atau tidak? Wanita ini bertarung dengan pelbagai kesusahan yang bukan dimintanya. Rasa loya, penat, pening, rasa tidak selesa dan emosi yang tidak stabil akibat perubahan hormon. Mereka amat perlukan sentuhan kasih sayang suami. Namun masalahnya, suami kadang mengabaikan perhatian ini.


Apa yang susahnya membantu isteri paling tidak membasuh baju, menjemur dan mengemas rumah ? Apa salahnya, membelai isteri dengan memicit kepala dan menyapu minyak diperut yang sedang gatal akibat tegangan apabila perut membesar.


CINTA BUKAN AWAL PERKAHWINAN SAHAJA


Inilah masalahnya apabila pasangan tidak memahami tujuan perkahwinan. Saya tidak faham mengapa niat perkahwinan hanya untuk menyalurkan syahwat pada jalan yang halal semata-mata tanpa memikirkan soal tanggungjawab dan kesusahan yang bakal ditempuh.


Tanya diri masing-masing apa tujuan perkahwinan yang sebenar? Dan mengapa zuriat yang diharapkan soleh dan solehah kononnya, tidak dididik melalui kasih sayang kepada ibunya? Dan mengapa anak pertama sahaja yang diberi perhatian penuh kasih sayang,namun bila tiba masanya untuk anak 2,3,4 dan seterusnya perhatian tidak diberikan sama seperti sebelumnya. Bosan? Anak itu anda yang punya.


KASIHAN MELIHAT IBU MENGANDUNG


Melihat kesusahan dua orang kekanda ini, membuatkan saya berfikir panjang untuk mendirikan rumah tangga. Melihat senior-senior yang juga mengandung membawa anak dalam perut ke kuliah. Melihat ibu yang berjalan seorang diri kepanasan menunggu bas, melihat wajah mereka pucat keletihan. Namun saya yakin Allah mengurniakan kesabaran yang tidak mungkin dapat ditanggung oleh seorang suami.


Sedarlah, bahawa tumbesaran anak-anak bermula daripada didikan seawal benih bercambah dalam rahim. Allahuakbar.


Belum lagi menyentuh berapa ribu urat pecah ketika melahirkan anak.


MENGAPA ADA IBU BUANG ANAK


Anda tidak adil, bila menghukum seorang wanita yang kejam membuang anak. Yang disalahkan ialah wanita bukan? Ada yang kata ini kejam sungguh lelaki yang mengandungkan wanita membuang anak tersebut? Saya yakin, mereka buang anak kerana mereka rasa kosong dan takut. Tiada siapa yang mahu bertanggungjawab apatah lagi dirinya.


ISTERI PERLUKAN SUAMI PENYAYANG


Inilah pentingnya pembentukan fardhu muslim sebelum membina baitul muslim. Memahami tuntutan dan bersedia susah senang bersama. Saling percaya dan meletakkan empati mendalam kepada pasangan. Allah akan membantu memudahkan urusan.

P/S: Kakde doakan along dan angah sentiasa tabah dan kuat semangat. Kakde kagum dengan along dan angah. Jadi ibu solehah insya ALLAH. Abang Long dan Abang Ngah, terima kasih kerana menjadi suami yang baik.

Friday, March 5, 2010

E-VOTING BERGAYA SEBAGAI ‘WAITING PROJECT’



Melihat isu e-voting sebagai peluru yang sedang dibina perantinya, saya ingin cuba memberi satu sudut pandang sisi.


Horizon politik kampus kini rata-rata dikatakan mula melalui fasa kebangkitan. Saya setuju namun tidak menolak tentang tahap mahasiswa sedar yang masih nafsi-nafsi.


Tiada yang mustahil dalam politik.


E-voting pada nama memang nampak gah, mudah, senang, cepat, hebat, menyengat. Pendek kata bergayalah ! Jika mahu dibandingkan dengan pensel dan kertas yang dilorek, kena lipat, perlu masuk dalam kotak lagi, lambat, renyah. Pendek kata tidak bergaya !


Atas nama bergaya inilah MUNGKIN pihak berkuasa melihat ianya mampu membawa masyarakat kepada TAMADUN moden. Kita tidak akan malu kepada negara-negara besar yang telah menggunakan teknologi sebagai teknikal penyelesaian masalah rumit.


KOSMETIK


Ianya tidak terlihat. Teringat pula pada siri pembacaan strategi orientalis yang menggunakan medium halus menghapuskan keaslian ilmu.


Kosmetiknya adalah pada prinsip asas mengapa perlu wujudnya e-voting. Bagaimana kita mahu menerima sesuatu yang pada prinsipnya tidak masuk akal dan menyeleweng ? Malahan pukul rata penangan sang penguasa menolak penghujahan prinsip dan main tarik tali bercakap soal teknikal.


‘WAITING PROJECT’ SELEPAS RESULT EXAM DIKAMPUS CEMERLANG


Persoalan prinsip 1 :

Mengapa pihak universiti sampahkan PRINSIP dan PENDIRIAN MAHASISWA berkenaan E-VOTING yang merupakan penentu kepada penerimaan mahasiswa terhadap medium pilihanraya kampus yang merupakan hak mahasiswa, kerja mahasiswa, pemilihan oleh mahasiswa.


Persoalan prinsip 2:

Mengapa pihak universiti BERIA-IA mahu melaksanakan e-voting ? Habiskan masa berbincang syok sendiri organisasi pelaksanaan e-voting, mesyuarat sana-sini. Sedang lambakan isu kebajikan mahasiswa yang lebih kritikal, sangat memerlukan perhatian BERIA-IA diletak tepi meja, tidak terusik. ( maaflah kepada akak-akak dan abang-abang PTM, persoalan prinsip ini tiada kaitan dengan kesungguhan kerja akak dan abang)


Persoalan prinsip 3:

Mengapa berani bercakap SOAL DEMOKRASI dalam universiti a.k.a gedung ilmu a.k.a puncak menara gading sedangkan PIHAK PEMERINTAH sebenarnya telahpun berniat mencalitkan warna pada tengkuk mahasiswa ?


Persoalan prinsip 4 :

Mengapa bercakap soal ketelusan sistem dan pelaksanaan ? Membodohkan mahasiswa dengan teknikal teknologi yang gagal mahasiswa fahami, mencabar mahasiswa buktikan sistem telus dengan membuka komponen perisian komputer, terma-terma pelik memerlukan kamus khas. Membuat aduan dengan prosedur surat dan borang tentang salah laku pegawai yang berkerja untuk melaksanakan tugas menjayakan agenda sendiri.


JAWAPANNYA


Saya optimis melihat dari sudut politikknya tidak mustahil ini adalah antara agenda menjadikan pelaksanaan e-voting sebagai satu medium pemilihan untuk pilihanraya umum negara.


Sahih atau tidak kata-kata saudara Hishamuddin Rais tentang DS Najib telah dua kali ke Bangalore bertemu dengan expert IT membincangkan tentang proposal projek e-voting sebagai peluru menguasai pentadbiran negara ianya masih masuk akal jika dilihat dari kerakusan siri tindakan kurang bijak diperingkat pelaksana test di kampus-kampus.


JANGAN PELIK


Jika mahasiswa kini sudah punya momentum menggegarkan kampus-kampus tanda bangkit menentang usaha mematikan demokrasi. Ambillah iktibar tindakan berani masyarakat pengundi muda di kampus-kampus utama UM, UPM , UKM.


Jangan lupa catit siri gelombang kebangkitan untuk analisis post mortem sebelum bertindak lebih jauh melaksanakan ‘waiting project’ kepada masyarakat luar yang misteri momentumnya nanti.

Sunday, November 8, 2009

UKHUWAH DI LUTUT ?


Sejak dari kecil hingga besar saya menilai apakah erti ukhuwah yang sebenarnya, hingga akhirnya menemui satu erti yang membawa satu perubahan yang besar.


Saya yakin, pasti dikalangan sahabat-sahabat berhadapan dengan masalah ukhwah dikalangan teman rapat, dan ianya menjadi satu masalah besar apabila makhluk ALLAH yang bernama manusia meminta ukhuwah daripada anda tapi sebenarnya salah meletakkan penilaian.


PENGAJARAN DARIPADA AISHAH


Saya punya seorang sahabat, yang sentiasa mengambil berat tentang diri, malah meletakkan hak pada setiap sahabatnya . Kadang, saya malu dengan Aishah kerana pernah ditegur tidak membalas mesej yang diberinya. Berilah pelbagai alasan, hakikatnya saya memandang rendah pada sebuah persahabatan.


UKHUWAH ISLAM ?


Saya melihat siri-siri kehidupan yang amat menguji diri. Jauh hina daripada ukhwah Zainab, anakanda tercinta Rasulullah s.a.w yang mengorbankan cinta seorang suami (ketika itu sedang berbadan dua) hanya kerana aqidah Islam.


Masih ingat kisah-kisah rentetan sejarah Rasululllah yang panjang, bermula bai’ah-bai’ah kaum muslimin untuk hidup dan mati mempertahankan agama? Subhanallah.


Atau kisah ukhuwah Zainab Al-Ghazali dalam ikhwanul muslimin yang diseksa zalim dalam usaha memberi maklumat gerakan ?


Saya simpulkan dengan mudah, bahawa ukhuwah islam itu bukan didasari nafsu, iaitu ukhwah kerana kepentingan namun sebenarnya ia adalah kerana aqidah mentauhidkan ALLAH. Membuatkan saya terlalu ingin membawa adik-adik dan sahabat memandang lebih besar apakah tuntutan ukhuwah sebagai Islam.


Ya, ini hanya pandangan, dan anda berhak membuat pelbagai interpretasi sendiri. Namun saya berdiri atas paksi kecewa apabila melihat manusia sanggup menggadai masa sia-sia hanya kerana mahu menyelesaikan masalah ukhuwah yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan fahaman sirah !


** jangan minta saya berhenti menulis**

Friday, August 7, 2009

ANTARA HAK DAN KEWAJIPAN

25 aduan isteri jadi mangsa dera seks

Oleh Syuhada Choo Abdullah

Ramai wanita enggan lapor polis: WOA

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) menerima 25 aduan daripada isteri yang mengalami pelbagai bentuk keganasan seksual daripada suami masing-masing, tahun lalu, dengan sekurang-kurang dua mangsa diliwat.

Presiden WAO, Meera Samanther, berkata bagaimanapun kebanyakan isteri terbabit enggan membuat laporan polis, antara lain kerana masih dibelenggu perasaan keliru sama ada pihak suami sebenarnya berhak atau tidak untuk memperlakukan mereka sedemikian.

Selain itu, beliau berkata, ada juga mangsa yang tiada atau kurang mempunyai pendedahan mengenai perlindungan undang-undang bagi isteri yang menjadi mangsa penderaan seksual suami, di samping faktor tidak mahu perkara memalukan dalam rumah tangga mereka diketahui umum.

"Mereka ialah sebahagian daripada 62 aduan kes keganasan rumah tangga yang diterima WAO, tahun lalu. Isteri terbabit tampil untuk meluahkan perasaan kepada WAO kerana mahu penderaan yang dialami itu berhenti, tetapi tidak membuat laporan polis terhadap suami, termasuk kerana menganggap suami sebagai berhak.

"Dalam menangani aduan kes keganasan rumah tangga, WAO tidak menentukan apakah tindakan yang harus isteri berkenaan lakukan, sebaliknya memberitahu pilihan langkah yang boleh mereka ambil," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, seorang suami yang merogol dan meliwat isteri sambil mencekik mangsa dihukum penjara berjumlah 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Kuantan, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dilakukan pada April lalu.

Meera berkata, WAO meminta kerajaan meminda undang-undang dengan menjadikan perbuatan merogol oleh suami ke atas isteri sebagai satu kesalahan, iaitu tidak semestinya hanya apabila membabitkan kecederaan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan, Faridah Khalid, menyifatkan kes di Mahkamah Sesyen di Kuantan itu sebagai 'break through' kepada isteri yang menderita penderaan seksual daripada suami.

"Walaupun sebagai suami, mereka tidak berhak untuk mendera isteri kerana ia adalah perbuatan yang amat salah. Malah, dalam sisi agama, suami yang mendera isteri untuk kepuasan nafsu, juga adalah salah," katanya.

"Diharapkan kes ini akan menjadi pengajaran kepada golongan suami yang biasa mendera isteri secara seksual kerana menganggap itu adalah hak mereka. Suami seharusnya menjaga dan memelihara maruah isteri.

"Menjadi suami tidak bererti ada lesen untuk merogol atau melakukan penderaan seksual terhadap isteri. Hubungan intim antara suami dan isteri sepatutnya dalam keadaan penuh kasih sayang," katanya.

Sehubungan itu, Faridah berkata, diharapkan isteri yang mengalami keganasan rumah tangga berani untuk tampil menuntut pembelaan kerana kesan penderaan terpendam boleh mengakibatkan gangguan fikiran, emosi, kesihatan dan juga jasmani.

~ Di manakah perginya lelaki acuan Al-Quran ? ~

Saturday, April 4, 2009

SEJAUH MANA KITA MAMPU BERUBAH ?


Persoalan ini wajar ditanya pada diri setiap insan. Kerana perubahan tidak datang mudah, ia bermula dengan tekad dan keazaman. Saya berhadapan dengan sistem. Sistem yang telah digunakan sekian lama. Sistem yang telahpun dibudayakan oleh generasi pimpinan terdahulu, dan apabila saya dan rakan hadir dari kelompok yang dilihat berbeza, angin meletakkan semua pada undang-undang dan kembali mencari sistem yang benar pula menjadi objektif.


Saya cuba optimis. Ini bukan soal pelaksanaan. Jika pelaksanaan rosak, ia boleh diperbaiki dengan pendekatan baru, cara yang lebih efektif. Namun ini adalah soal dasar dan polisi.


Ya, sudah tentu saya bersedia untuk benar-benar berfikir secara kritis, apabila saya membuat keputusan untuk langsung tidak lagi melihat kepada cara pentadbiran generasi sebelum, bentuk-bentuk pengurusan organisasi. Namun, dalam kekangan masa yang saya alami, saya berhadapan dengan 2 cabaran !


  1. Membina sistem pengurusan benar mengikut AUKU, STATUT, TATATERTIB, PERATURAN, dan ARAHAN HEPA.
  2. Merangka/merancang gerak kerja keseluruhan kepimpinan tanpa sebarang rujukan.


APA SUDAH BERLAKU ?


Jangan tanya pada saya apa yang telah berlaku, apabila pihak tertinggi memanggil saya dan mengatakan apa yang saya lakukan tidak mengikut prosedur/salah, sedangkan ianya telah dibudayakan sejak 2 3 tahun kepimpinan sebelum. Jawapan terakhir yang saya peroleh :


>>You should not use those previous as your references, they were wrong.

Saya jawab: Oh ya? If they were wrong, means you allow them to do so.


MENGGUNUNG HARAPAN


Saya cukup marah apabila hak untuk diadili tidak diletakkan pada tempatnya, sedang manusia baik/jahat didunia akan diadili oleh Maha Adil kelak, jika bukan didunia pasti diakhirat kelak. Itu ALLAH, andai ALLAH adil, manusia lagi perlu adilnya.


Dan untuk perjuangan ini saya perlu bermain dengan undang-undang dan proposal penambahbaikan. Malah saya perlu berhati-hati dengan usaha “menggagalkan” nya. Ya ia boleh berlaku, dengan meletak halangan dihadapan, malah mungkin dengan mematikan! Saya optimis namun saya perlu berhati-hati.


  • Pilihanraya Kolej Kediaman
  • Pemilihan Penginapan Kolej
  • Spesifikasi Yuran Kolej Kediaman
  • Kebajikan luar kampus


UNDANG-UNDANG


Isu spot check yang saya bawakan ke peringkat pentadbiran HEP akhirnya selesai. Ketika saya membuat edaran borang sokongan surat kepada rakan-rakan kolej kediaman, ada rakan pelajar yang menyindir saya :


” Ayuni, apa you nak buat? ia ada dalam undang-undang. You pasti kalah !”


Isu yang dibangkitkan Pertengahan Februari itu berakhir April ini. Saya bertemu dengan pegawai perundangan HEP dan membuat beberapa penegasan, dan beliau turut bersetuju dengan hujah yang saya berikan.


Mengapa ?

Saya yakin, undang-undang dibuat untuk melahirkan masyarakat berdisiplin. Dan undang-undang tertinggi adalah hukum syariat Islam itu sendiri. Undang-undang perlu ditetapkan dengan menilai ciri dan kesesuaian.


Kami mendapat kemenangan atas kata sepakat dan keputusan :


  1. Isu dibawa ke dalam mesyuarat Pengetua-Pengetua
  2. Memastikan hanya pegawai wanita, dibantu oleh JIK, JTK atau floor rep wanita yang masuk ke dalam bilik-bilik pelajar siswi.
  3. Memastikan satu standard tatacara spot check untuk semua kolej kediaman. ( pihak ayahanda TNC sendiri memaklumkan bahawa pihak pengetua kolej sedang merangka satu guide line spot check yang akan digunapakai oleh semua kolej kediaman)


BANTU KAMI UNTUK MEMBANTU ANDA


Saya cukup kecewa baru-baru ini kerana kes pencerobohan di Kolej Kediaman Kelapan masih berlaku. Saya menyeru rakan siswi untuk membuat aduan terus kepada pihak polis dan pihak keselamatan, dan memaklumkan kepada kami, supaya kami boleh maklumkan terus kepada ayahanda TNC yang akan segera memberi respon panjangkan kepada pihak berwajib.


Pihak kami tidak mampu mambantu sekiranya, anda takut jika aduan dibuat imej kolej akan tercemar , trauma jika akan diugut oleh pihak-pihak tertentu, takut untuk turun naik balai polis, dan malu.


Antara dua, pilih untuk kami bawakan isu untuk dilihat secara serius oleh semua pihak, atau berdiam diri, dan akibatnya, isu tidak akan selesai, malah jika hari ini penceroboh berani curi laptop, barang kemas, jangan terkejut jika ”yang paling berharga” akan turut diceroboh.


”nauzubillahi min dzalik”


BETAPA KITA PERLU SALING MEMBANTU


Saya beriman pada kekuatan hidup berjemaah :

Rasulullah S.A.W bersabda :

” Tangan ( atau pertolongan ) Allah itu bersama jama’ah. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya).”

PENGALAMAN YANG MENGAJAR


Benar kata ibu, Allah meletakkan ujian yang hebat, kelak jika datang taufan kecil, kaki tetap gagah terpasak di bumi. Rasa sukar, mahu mengisi masa dengan sebaiknya, tatkala berat memikul amanah. Tiada lagi masa untuk bersuka-suka, segalanya ditumpukan untuk agama Allah.

Kesibukan ini menenangkan ya Allah..

Saturday, February 14, 2009

ISU TERKINI..RM125? PELAJAR TERBEBAN !

Sebilangan pelajar bertemu saya dan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap bayaran Malam Anugerah Bestari yang akan diadakan Mac ini. Peningkatan sebanyak RM 25 daripada harga sebelumnya RM100 bagi pelajar ianya membebankan. Jika dahulu, laungan ”student power” memang cukup membuatkan pihak berkuasa berjaga-jaga dan teliti untuk sebarang peningkatan harga walaupun 10 sen. Namun, hari ini, semuanya tunduk dan akur. Masa untuk berubah !

Saya tidak mahu dan tidak akan ambil pusing dengan isu kenaikan harga yang berlaku di kolej kediaman lain. Mungkin , pelajar di sana hanya akur ataupun terasa terbeban namun tidak berdaya untuk bersuara, ataupun memang tidak terasa terbeban ”langsung”!

LETAK JAWATAN


Saya mengambil keputusan meletakkan jawatan untuk projek ini sebagai Timbalan Pengarah selepas majlis watikah perlantikan sebagai setiausaha MPMUM sesi ini. Sebenarnya saya telah menyuarakan isu peningkatan harga ini kepada pihak pengurusan dan bertemu sendiri dengan pihak hotel iaitu Encik Fouzi yang merupakan Assistant Director of Catering Sales di Hotel Legend sebelum musim PRK lagi. Ketika itu, saya bersama Pengarah, dan dua orang Penyelia Penasihat.

PENERAPAN NILAI


Budaya yang cukup tidak saya sukai adalah apabila pandangan ditolak oleh sesetengah pihak yang terlalu bersikap defensif mempertahankan pendirian sendiri. Sekurang-kurangnya, ambil masa untuk mendengar, janganlah ditolak bulat-bulat. Rasa hormat bukan perlu diminta, ianya akan hadir dengan sendiri.


Saya tidak memahami mengapa batang tubuh yang disepakati fungsinya sebagai badan perantara penghuni kolej kediaman dengan pihak pentadbiran mengambil tindakan untuk diam dalam mesyuarat dan memberi alasan yang cukup tidak boleh diterima bahawa berfungsi kerana ”dilantik” dan bukan ”menawarkan diri”.


TIDAK BOLEH TERIMA

Saya memahami mengapa harga bayaran dinner kali ini meningkat. Dan antara penjelasan yang saya peroleh (ketika itu saya masih Timbalan Pengarah) :

  1. Harga sebenar bayaran dinner adalah RM 115 (menu yang lebih kurang sama seperti menu sesi lepas dengan nilai harga barang naik) + RM 10 (e-majalah, doorgift, lain-lain)-bermaksud tajaan yang dicari adalah kurang.
  2. Students mampu beli top up sehingga RM 30 sehari tak kan tambah RM 25 untuk dinner tak mampu.
  3. Dinner kolej adalah maruah kolej, inilah satu-satunya majlis penganugerahan berprestij kolej kediaman, kita mahukan yang terbaik dan menjadi kolej yang terbaik dalam sambutannya.


Saya menegaskan bahawa pasti akan ada pelajar yang marah. Duit sudah pasti akan dipotong, bagi sesetengah yang benar-benar tidak sukakan majlis yang terlalu berbentuk hiburan, dengan mudah akan mengambil keputusan untuk tidak hadir.


Ini bukan soal mampu atau tidak seorang pelajar itu membuat pembayaran, ini soal, mahasiswa tidak tahu menahu tentang percaturannya. Mereka mempunyai hak untuk mendapat penjelasan kerana yang dipotong bukan duit pihak pentadbiran, namun duit pelajar.


RESPON ?

Insya ALLAH..Moga ALLAH beri kekuatan..

Sunday, February 8, 2009

KEADILAN NYATA BUKAN DIDUNIA

2 hari saya termenung dan cukup kesal atas apa yang berlaku terhadap seorang pimpinan pelajar yang saya cukup kagumi berikutan keberanian beliau menyatakan pendirian bagi pihak mahasiswa kebanyakan di Perak baru-baru ini.


Bagi yang masih belum mengetahui kisahnya, saya rumuskan kisah ”Rampasan Kuasa di Perak” :

Adun yang isytihar menjadi BEBAS namun akhirnya menyertai BN:

  1. Jamaluddin Radzi ( PKR – Behrang)= Exco Kerajaan Negeri = Menghadapi tuduhan jenayah rasuah
  2. Mohd Osman Jailu ( PKR- Changkat Jering)= Exco Kerajaan Negeri= Menghadapi tuduhan jenayah rasuah
  3. Hee Yit Foong ( DAP- Jelapang)= Timbalan Speaker Dun

Adun UMNO yang menyertai PKR dan Lompat semula kepangkuan BN :

  1. Dato’ Nasarudin Hashim

Kerusi :

PARTI

SEBELUM

SELEPAS

PKR

32

28

BN

27

28


Sepatutnya kerusi mereka kosong kerana telah melanggar aku janji yang dibuat ketika bersama PKR, dan hasil perletakan jawatan sepatutnya menjadikan mereka rakyat biasa, dan pilihanraya semula perlu dilakukan bagi memilih Adun baru.

Namun apa yang berlaku, pengisytaharan kemenangan BN dan angkat sumpah dilakukan mengetepikan Undang-undang Perlembagaan.Kasihan rakyat kebanyakan….

BEBERAPA PERKARA YANG MAHASISWA HARUS TAHU


Melalui beberapa pembacaan dan pemerhatian, suka ingin saya berkongsi dengan anda:

  1. Nabi Muhammad S.A.W apabila ditawarkan kepadanya sebuah negara, jawatan, kedudukan dan harta benda secara percuma, baginda menolak dengan tegas kerana apa yang ditawarkan itu tidak dibina atas landasan akidah yang betul
  1. Mahasiswa universiti telah didedahkan tentang perlembagaan Persekutuan dan memahami bahawa ianya merupakan dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi untuk wujudkan sistem kerajaan teratur.
  1. Dunia hari ini membuktikan kebenaran itu berada dalam tangan si kaya yang berkuasa, betapa pemimpin hanya mementingkan perut dan kepentingan sendiri malah lupa mereka diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir.
  1. Sejarah ”politik culik” menjadi agenda pihak tidak bertanggungjawab samada menggunakan wang ringgit, jawatan, ISA dan jika tidak berjaya juga BUNUH sebagai kegilaan. ( Ini telah terbukti : sejarah politik culik 60-an, 70-an hingga hari ini)
  1. Menunjukkan betapa AKUR dan TIDAK BERDAYA nya rakyat melawan PENCABUL perlembagaan !
  1. Mahasiswa yang juga rakyat adalah murid sekolah yang sepatutnya duduk dan belajar tanpa perlu mengambil tahu hal anak bangsa sedangkan mahasiswa inilah yang lebih terdedah dan mengkaji !


PEMIMPIN ISLAM

Baru-baru ini saya berkesempatan mendengar tazkirah berkaitan pemimpin Islam yang dan aplikasinya. Berdasarkan dalil ini jelas menunjukkan apakah peranan sebenar seorang pemimpin :

Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat darin jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan. ( shaad:26)

Dan sebagai hamba Allah, saya menolak pemimpin :

  1. Tidak meletakkan Islam sebagai akidah perjuangan ( kebenaran)
  2. Sanggup merendahkan maruah dan nilai sebagai manusia dengan harta =rasuah
  3. Mengetepikan keadilan terhadap ummat malah pentingkan diri sendiri = mengetapikan hak rakyat sedangkan dipilih oleh rakyat
  4. Tidak mempunyai dasar pendirian yang jelas = main lompat-lompat parti

MAHASISWA DAN KETAKUTAN

Hari ini, masih ramai mahsiswa yang mungkin mengambil jalan untuk keluar daripada sikap ambil tahu tentang apa yang berlaku dalam masyarakat luar. Sedangkan mahasiswa inilah yang akan menjadi generasi pemimpin negara.

Mahasiswa segolongannya menolak untuk terlibat dengan politik dan mendakwa kampus ini hanyalah tempat untuk menuntut ilmu, sedang lupa betapa perlu untuk bersedia sebelum terjun ke dalam masyarakat. Tidak memahami beza menjadi ahli politik dan memahami politik. Fobia dengan perkataan politik.

Hakikat, mahasiswa sepatutnya menjadi agen dikalangan cerdik pandai yang terdedah dengan pelbagai maklumat. Ketakutan yang dibina menyebabkan mahasiswa mengambil langkah berada dalam dunia sendiri dan lupa bahawa tanggungjawab menyampaikan kebenaran itu sangat dituntut dalam agama :

Sabda Rasulullah S.A.W :
” Barangsiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat perihat orang Islam maka is bukanlah dari golongan mereka”

Keadilan kini sudah tidak boleh dilihat lagi kerana disaluti lemak-lemak topeng manusia yang berTuhankan hawa nafsu. Itulah tanda kita sudah berada dipenghujung dunia.