Monday, June 29, 2009

BONGKAH AIS DAN PEMIKIRAN


Pagi ini sangat menenangkan jiwa…Semalam selepas selesaikan beberapa kerja di pejabat MPM saya “merempit” ke Puchong, rumah kakak. Petang yang sibuk dengan kenderaan pulang ke rumah ( pasti mereka yang pulang daripada kerja ini sangat penat).


Semalam kepala saya terasa berat, banyak persoalan dan perkara yang memerlukan jawapan. Perkongsian Brother Nurudin banyak memberi kesan kepada diri saya. Sehingga akhirnya persoalan keluar daripada fikiran saya “ Apa yang perlu aku buat sekarang?” Allahuakbar..


Bantulah aku Ya ALLAH. Inilah masalahnya apabila terlalu banyak kejahilan. Ayuni , banyakkan membaca!


Apabila kita berada di atas sebuah kapal, kita hanya melihat bongkah ais yang berada di permukaan lautan. Dan bongkah ais di atas lautan kecil sahaja kan (seperti dalam gambar), pasti kita tidak nampak bongkah ais yang berada di bawah permukaan lautan, yang 10 kali ganda lebih besar lagi keras.


Bongkah ais dipermukaan ini saya analogikan sebagai sikap/attitude dan bongkah ais di bawah permukaan adalah pemikiran/thought/fikrah yang merupakan struktur bawahan yang menimbulkan bahagian bongkah atasnya.


Saya berhubung dengan manusia contohnya, samada yang mempunyai agenda baik atau tidak, sering bersangka buruk malah suka menceritakan tentang keburukan orang lain dihadapan masyarakat, mereka yang suka mempertikaikan gerak kerja,mengkritik dan mengutuk peribadi tanpa langsung mempedulikan perasaan orang lain, bergembira atas kesakitan orang lain, suka menyalahkan orang lain tanpa menyedari kesalahan sendiri dan banyak lagi. Dan akhirnya saya stress.


Mengapa perlu stress jika saya tau analogi bongkah ais ? Bahawa sikap seseorang terbentuk daripada pemikiran dan pemikiran ini terbentuk daripada kefahaman mereka. Dan kefahaman ini didasari jawapan matlamat diri dicipta iaitu ”tujuan hidup”. Jika manusia itu tahu tujuan kehidupan, maka mereka akan memahami apa peranan mereka di dunia ini. Dan jika manusia itu tahu betapa dunia ini akan berakhir antara syurga dan neraka.


Selepas saya memahami konsep bongkah ais ini, setiap kali saya termenung melihat sikap manusia yang pelbagai, saya mula melontarkan persoalan pada diri, ”Apakah tujuan hidupnya sehingga dia bertindak sedemikian ?” Dan setiap kali saya berhadapan dengan mehnah, saya akan tanyakan soalan asas ini kepada manusia.


Berfalsafahkah ? Soalan-soalan asas inilah yang mungkin tidak akan memberikan jawapan secaral vokalnya, namun cukup memukul jiwa dan nurani tentunya. Fahamlah saya bahawa tiada guna menghukum manusia kerana sikap mereka, kerana keunikan manusia itu adalah sentiasa merasakan diri adalah yang benar.

Tuesday, June 23, 2009

AJALKU SEMAKIN HAMPIR

Dapatku rasakan ajalku semakin hampir

Yang segala didunia sekelip mata tidak lagi berguna

Terlalu banyak perkara sia-sia yang tiada nilai disisiNya


Tidak layak sungguh aku untuk apa pun sebenarnya

Aku masih gagal mengenal Penciptaku

Kerana jika aku berjaya aku tidak berbuat dosa


Bagaimana Ya Allah dengan amalanku

Kerana aku tidak pernah solat seperti ajal dihadapanku

Aku sering lupa bertanya khabar dan mengambil berat insan disekelilingku

Aku tidak pernah mengajak mereka kepada Islam sehingga mati tidak pernah mengenal Islam


Allah...

Aku dapat rasakan betapa peritnya libasan kubur tersedia untukku

Aku kini sentiasa berhadapan dengan manusia

Yang aku tidak berdaya berhadapan dengan perancangan mereka

Namun aku beriman pada ketentuanMu

Tiada manusia mampu menyentuhku tanpa izinMU


Berikanlah aku kekuatan

Agar tidak menjadi hambaMu yang menjadikan manusia Tuhan sebagai penentu kehidupanku

Manusia yang tunduk pada taghut dan kebatilan yang nyata

Berikanlah aku jalanMu

Supaya setiap ujian ke penghujung nyawaku aku menjadi lebih sempurna


Luluhkanlah hatiku dengan nikmat dunia Ya Allah

Supaya hidupku lupa kepada kezaliman manusia

Hingga setiap mehnah adalah ganjaran syurga menanti


Adakah aku dijalan yang benar Ya Allah?

Seperti jalan yang dilalui oleh Serikandi Islam sebenar

Dengan kejahilanku aku tahu aku tidak pernah layak untuk berada di sisiMu


Aku masih belum bersedia Ya Allah

Bagaimana hendakku berhadapan dengan kematian ini...


Ajalku semakin hampir

Friday, June 19, 2009

SEEK UNDERSTANDING TO BE UNDERSTOOD

CHOOSE CHOICES

Today seems black to me, always hoping for somebody maybe try to understand me. I always demand for respect, without me myself try to respect and accept others. Yes, life is given by Allah, Allah give me roads and paths that should I choose the choices. How easily life isn’t?

Understanding others means respect plus visualizing great and big circle of life so that we may see beauty in every little thing done.

Bulky burden I’ve taken, in the name of learner. Sometimes, tend to forget others and break up bonding by not contact as simple as asking for health.

GADOH

GADOH express everything which emotionally could harsh unity but for me its tackle all races with respective culture and religion to really understand what actually important to be gained. Understand, not tolerant.

What do you think? It’s either two possibilities, nurtured since childhood or you get to know friends from other races closer, than you will really appreciate similarities and accept differences. Very significant.

HOW SHOULD I ACT? CHAMPION’S MENTALITY?

Nice to learn new term of victim’s mentality and champion’s mentality. I believe a leader with vision has a clear, vivid picture of where to go, as well as a firm grasp on what success looks like and how to achieve it. But it’s not enough to have a vision; leaders must also share it and act upon it. But now, how am I going to be a visionary leader at the same time like a transformer in learning?

OH ALLAH

I’m muslim. My religion is my faith, and my faith is my life. What do I call this faith? The faith of believing that there is a higher power than I, and that the higher power created all of creation. The faith of believing in the innate goodness of humanity, and the immense capability of humanity.

The faith of believing in kindess, righteousness, honour and love. The faith of believing that this world is but one small one, and that there will be a next world. The faith of seeing the light of the creator in all things, at all times. The faith of knowing that in all creation are there signs of the creator, and knowing that the creator is in all things. The faith of knowing that the creator does exist, and that I submit to the will of the creator.

GOOD MUSLIM

Am I a good muslim ALLAH?

As I had gigantic jahiliyah without scraping them off

I really worry of time left without meaning

Allah,

I’m seeking understanding to be accepted and appreciated by LIFE

LIFE that will be the field of tests

Full pray and hope

The last breath with no regret but happiness

ameen

Wednesday, June 17, 2009

CINTA PERTAMA

Aisyah menangis tanpa sedar. Air matanya terasa panas mengalir dipipi. Astaghfirullahal’azim. Aisyah beristighfar beberapa kali, sememangnya Aisyah tersentak apabila kakaknya menelefonnya pagi tadi. “ Ummi, dah bersetuju untuk temukan adik dengan anak, rakan sepengajian ummi”. Kakaknya memulakan bicara.

“ Tapi, kakak dengar anaknya tu baru putus tunang dengan seorang muslimah, 5 tahun bercinta dik, tapi kakak pun tak berapa jelas sangat. Kalau adik nak tau, adik tanyalah ummi kemudian ya”. Masih terngiang-ngiang ditelinga Aisyah.

”Allah, apa yang sedang aku fikirkan.” Aisyah terus bangun menyeka air matanya. Malam itu Aisyah bangun bertahajjud. “Allah, terasa segenap urat nadiku, rasa cinta padaMu. Walau kuatpun aku pada jalan jihad perjuanganku memikul agamaMU, namun lemah jua aku apabila hati ini diuji dengan cinta lelaki.”

Aisyah jua ada impian. Dirinya thabat memelihara diri pada segenap cinta lelaki kerana tekad mahu dirinya dipunyai hanya untuk suaminya. Kerana keyakinan Aisyah pada cinta abadi. Mahunya pada cinta pertama hanya untuk suaminya. Aisyah mahu suaminya adalah cinta pertamanya, juga mahu dirinya menjadi cinta pertama bagi suaminya.

Malu untuk Aisyah utarakan pada ummi. Bahawa Aisyah tidak mahu pada seorang pemuda muslim yang sudah pernah bercinta. ”Melampaukah keinginan diriku ? Benaknya memberontak. Salahkah jika hanya ini mahuku?, Allah bantulah diri ini, jika benar ini yang terbaik bagi ummi, aku redha..

bersambung...

NADIA, ADIKKU...SYURGALAH HENDAKNYA

Innalillahi wainna ilaihira ji’un..

Lena tidurku di kejutkan oleh sms yang sama, ku terima sebanyak 5 kali daripada berlainan nombor. Astaghfirullahal ‘azim..Benarkah ?

Pantas tangan mendail nombor telefon rakan yang memaklumkan, akhirnya diangkat. Akak, apa yang berlaku ? betul ke apa sms ni ? Dada terasa sempit.. Ya Allah..

Nur Nadia Salehuddin, mahasiswi tahun kedua, Perniagaan dan Perakaunan , bertubuh kecil, berkaca mata dan ceria orangnya. Bermula daripada kenangan aku menjadi Pembantu Mahasiswa kolej, Nadia bersama-sama Azyan dan Chern Khai adalah anak unit akademik. Susah senang sentiasa bersama.

Nadia yang kukenali, walaupun aku bukanlah insan yang rapat dengannya, adalah seorang gadis yang mudah bergaul dan baik hatinya, bijak malah sentiasa memberi pandangan yang baik.

Nadia, Kak Yuni doakan semoga adik akak ditempatkan bersama-sama dengan hambaNya yang dicintai. Moga Allah nilai setiap yang adik lakukan dengan pahala dan syurga. Ameen.

Yang hidup pasti akan pergi..Allah, berikanlah arwah ketenangan yang abadi. Al-Fatihah..

Saturday, June 6, 2009

MAHASISWI BANGKIT !

FLASHBACK

Semalam Hajar MPPUSM datang ke bilik saya dan saya kongsikan beberapa video sepanjang kempen di UM. Beliau datang singgah ke UM sebelum saya meredah jalan KL menghantarnya ke Hentian Puduraya. Dan hari ni saya berniat hendak ke Kelana Jaya Park meninjau suasana Fiesta Femina di sana. Mungkin boleh dapatkan view suasana di sana. Ngee~

Saya buka kembali Folder Pilihanraya UM, dan melihat kembali video kempen di Kolej Kediaman sendiri. Rasa sayu menyelubungi, teringat betapa peritnya hati ketika itu, dan betapa hebatnya rasa kebergantungan pada ALLAH.

Yang turun mendengar, bukan calang-calang orangnya kerana mereka keluar daripada doktrin pelbagai ancaman, bertambah semangat apabila mereka turut membawa belon. Adik-adik tahun satu ketika itu berhadapan dengan ugutan buang kolej kediaman dan saya sempat berjanji, sekiranya mereka dibuang atas dasar ini, saya akan perjuangkan nasib mereka.

ALLAH MELUNASKAN JANJI HAMBANYA



Sebelum pelaksanaan merit dilaksanakan pada tahun ini, saya berjumpa pengetua kolej kediaman untuk perbincangan mengenai isu pemilihan pelajar, dan meminta supaya pemilihannya adalah telus. Pengetua yang pada saya bersikap terbuka ini menerima dengan lapang dada beberapa permintaan saya malah meminta saya mengemukakan nama mana-mana pelajar yang dirasakan layak namun tidak terpilih.

Alhmdulillah, melihat kembali kepada senarai nama yang dikeluarkan, saya cukup berpuas hati dengan bilangan pelajar yang dipilih, walaupun tahu kesulitan yang bakal dihadapi oleh pihak pentadbiran akibat tindakan ini. Pentingnya mempunyai tempat dalam mesyuarat dan mengetahui selok belok pentadbiran kolej kediaman.

Saya antara yang tidak dapat peluang menginap dikolej kediaman ini. Nampaknya, saya perlu pergi kerana mungkin hikmahnya lebih lama saya disini semakin banyak keburukan yang saya lihat. Allah tidak pernah menghampakan hambaNYA.

WANITA DAN KEBAJIKAN

Saya optimis untuk membantu mahasiswi naik ke satu tahap lebih baik. Insya ALLAH, saya harap saya dapat bertemu dengan Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 9hb ini kerana saya akan membentangkan tentang isu pembangunan wanita dii hadapan beliau. Insya ALLAH.

Cadangan penubuhan Majlis Mahasiswa Nasional (MASISNA) dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai platform pemerkasaan mahasiswi yang keanggotaan secara automatik bagi pimpinan siswi, Majlis Perwakilan Pelajar dan wakil pimpinan persatuan agama universiti saya kira mampu berfungsi sebagai medan pendedahan secara terus dan khusus kepada mahasiswi.

Inisiatif Dato’ Seri yang telah menubuhkan SENADA, Sekretariat Pemerkasaan dan Pembelaan Wanita Islam, bertujuan untuk mendapatkan suara wanita secara kolektif dan bersepadu yang mana keanggotaannya terdiri darpada pelbagai fahaman politik patut diberi pujian atas sikap terbuka beliau.

Dan saya kira penubuhan MASISNA ini adalah pada masanya. !

KEBAJIKAN SISWI KAMPUS



Saya bimbang dengan kebajikan mahasiswi kampus dan mahu keluar daripada orientasi Hal Ehwal Pelajar. Cukuplah semester yang lepas, sebagai pengajaran. Semangat hala tuju semester baru ini akan saya isi demi kepentingan dan kebajikan bersama.

Dan berjuang walaupun akan ada kongkongan pihak-pihak tertentu. Permudahkanlah Ya ALLAH.

PERANCANGAN DAN FOKUS

Saya akan lebih transparent dalam pembawaan kebajikan. Saya fokuskan kepada tiga team HELWA :

  1. Team Pusat Mahasiswi

Pihak HELWA merancang untuk mengiktiraf wakil HELWA di setiap kolej kediaman, persatuan anak negeri, kelab dan puspita(luar kampus). Melalui pengiktirafan ini, mereka akan berfungsi menjadi wakil MPMUM dalam menerangkan gerak kerja terkini dan membawa suara kebajikan mahasiswi di setiap lokasi. Bebanannya berat kerana melibatkan komitmen, namun saya optimis, dan akan bawakan ia sehingga ke peringkat Naib Canselor supaya, wakil-wakil ini akan sentiasa bersemangat.

Fungsi team ini adalah untuk mendapatkan maklum balas berkaitan kebajikan, malah pihak HELWA akan sentiasa turun padang bersama-sama dengan semua mahasiswi. Ya ALLAH, perkenankanlah.

  1. Team isu

Antara kelemahan yang kami dapati adalah tiadanya satu tindakan bersikap gerakan. Tiada figura-figura yang naik memberi respon terhadap isu semasa rakyat, dan apabila bercakap tentang isu semasa rakyat, ianya meliputi semua, isu kampus hingga kepada isu nasional dan rakyat yang ditindas.

Ini yang gagal HELWA wujudkan, sehingga tenggelam dalam masalah dasar semester sebelum.

Jadi, team ini sangat penting dan perlu bergerak segera. Team ini juga perlu mendepani massa dan tahu isu semasa.

  1. Team Pengurusan Korporat ( Corporat Management)

Pembaharuan keatas HELWA antaranya ialah penubuhan team ini. Saya mahukan HELWA MPMUM mampu melahirkan produk mahasiswi berkualiti ( fardhul muslimah). Dan team ini yang akan menghubungkan HELWA, dan mahasiswi kampus dengan tokoh-tokoh hebat Negara, NGO-NGO atau pimpinan mahasiswi kampus lain.

Antara aim saya yang paling awal ialah, ingin bertemu dengan Siti Nurhaliza, penyanyi yang berasal daripada kampung yang sama dengan saya. Terlalu besarkan perancangan ini ? Nak berduet dengan Siti lah..Ngee~

APA YANG HELWA PERLUKAN?

Biro Hal Ehwal Wanita memerlukan keanggotaan team yang sepadu, tidak perlukan kepakaran yang spesifik. Saya hanya mahukan mahasiswi yang mempunyai passion dalam bidang ini. Cukup hanya keprihatinan dan komitmen.

Marilah membantu saya untuk perubahan terhadap mengiktiraf mahasiswi ke satu peringkat yang lebih tinggi. Insya ALLAH

Thursday, June 4, 2009

AMAL ISLAMI DAN MPMUM


Alhamdulillah, kerana ALLAH masih memberi ruang dan kesempatan mencorak dunia. Bermula 30 -31 saya tidak dapat berhubung dengan dunia blog kerana menghadiri Career summit di Pan Pacific Hotel KLIA, disambung bengkel organisasi bermula 1 hingga 3 hb. Semalam pula saya ambil kesempatan sepenuhnya untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah MPMUM saya. Rasa sedih juga tidak dapat pulang ke rumah.

Satu slot bersama bekas pemimpin, Ustaz Nazree Yunus yang merupakan pengerusi Gerak Malaysia mungkin dapat saya kongsikan pengisiannya.

SISTEM TARBIYAH MEMBENTUK DIRI

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya merupakan taklifan dan kampus ini adalah medan pengaplikasian tarbiyah. Sistem tarbiyah diri ini menjawab persoalan akidah dan ibadah. Apakah maksudnya ? MPMUM adalah kepimpinan teratas mahasiswa dikampus, dalam erti memegang amanah mencegah yang mungkar dan mengajak kearah makruf, tarbiyah ruhaniyyah pemimpin itu pastilah perlu lebih kuat berbanding mad’u.

Seterusnya ia membawa kepada persoalan sejauh mana kita memperkasakan diri daripada sudut fardhul muslim. Dan peranan setiap pemimpin sendiri adalah mewujudkan/melahirkan lebih ramai fardhul muslim dan mengajak mereka kepada menegakkan hukum ALLAH.

ANALOGI MUDAH FAHAM

Jika universiti meletakkan perbagai akta, statut, peraturan di peringkat kolej kediaman yang perlu dipatuhi, malah jika tidak patuh akan dikenakan tindakan. Sama juga dengan peraturan dan hukum ALLAH yang perlu ditunaikan oleh setiap jiwa bergelar muslim, dan jika tidak patuh malah lalai dalam menegakkan hukumNYA, balasan pedih diakhirat nanti. Pendidikan ini yang perlu MPMUM bawakan kepada masyarakat mahasiswa.

NEGARAWAN

Saya beriman dan berniat pada setiap perbuatan supaya ianya dinilai sebagai ibadah kepada ALLAH, walaupun hanya dengan menghantar surat kepada pihak pentdbiran, saya perlu yakin ianya adalah sebahagian daripada tuntutan akidah dan ibadah. Kerana apa ? Kerana saya lakukannya untuk kebajikan mahasiswa dan ianya adalah sebahagian daripada amal makruf. Lalu ianya akan memenuhi tuntutan syahadah akidah.

Apa kaitannya dengan NEGARAWAN ?

Ustaz Nazree menceritakan tentang mengapa beliau mencetuskan GERAK MALAYSIA. Kerana tuntutan mencegah rasuah dan memastikan pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan rakyat, memegang kuasa ini terdiri daripada fardhul muslim yang tidak melakukan rasuah yang jelas HARAM . Dan integriti ini hanyalah satu cabang daripada banyak . Tidak kira siapa dan parti mana, kerana ISLAM itu sendiri akan melahirkan muslim yang memahami kepetingan memakmurkan Negara.

PERANAN MPMUM

Saya kini lebih yakin, bahawa dalam kesusahan berhadapan dengan mehnah posisi MPMUM yang selama ini terlalu bergantung kepada pihak pentadbiran dan banyak menerima suapan kemudahan perlu distruktur semula. Dan ianya bukan mudah dan mungkin saya akan tercedera.

Saya akan bersemangat menjadikan MPMUM sebagai platform pembentukan lebih ramai fardhul muslim di samping bersikap adil kepada semua. Saya tekad tidak mahu mulakan MPMUM kali ini dengan LEMAH.

Aim MPMUM : Create space and opportunity to make up another fardhul muslim