Wednesday, March 24, 2010

BERSYUKUR LAH ALLAH TIDAK JADIKAN KAMU PONDAN !



Tidak dinafikan golongan-golongan pondan, “mak nyah” semakin ramai dan mempunyai kumpulan-kumpulan dengan aktiviti-aktiviti bersama.Maafkan jika saya salah meletakkan definisi, kerana apa yang saya faham pondan ini merupakan golongan lelaki yang mempunyai beberapa trend menyerupai perempuan, manakala maknyah pula adalah lelaki yang ditransformkan menjadi perempuan sepenuhnya.


KISAH MALAM MERDEKA


Dua tahun berturut-turut saya tidak melepaskan peluang menyertai ekspidisi OPS Masih ada Yang Sayang disekitar KLCC. Masih segar dalam ingatan kami berjalan dalam kumpulan untuk membawa anak muda yang masih ”tersadai” ke masjid As-Syakirin.


Pertama kali saya melihat anak muda terhuyung hayang mabuk. Ketika itu di Bukit Bintang, ramai adik-adik belasan tahun yang bersidai ditepi-tepi jalan, ada yang berdua-duaan, malah ada yang berkumpulan.


“ Ayuni !” saya tersentak apabila satu suara lembut memanggil saya. Berseluar pendek. Rambutnya cantik. Kurus. Saya sangat mengenali dirinya.


“Cici?” saya berpaling. “ Macamne boleh kena tahan ni?” saya bertanya pada dirinya. Dia adalah rakan satu OPKIM di Pekan Pahang. Cici adalah salah seorang mahasiswa Pusat Kebudayaan. Baik orangnya.Seorang lelaki.


“ Aku jalan-jalan je. Tak tahu pulak sampai jadi macamni. Aku takutlah. Dorang nak bawa ke mana Ayuni?” Cici kelihatan cemas.


“Bawa Cici ke rumah ALLAH. Sebab dah lewat sangat ni. Ikut je ya. Ramai ada sekali.”


Episod malam merdeka antara episod usaha membenteras gejala tidak sihat berlaku walaupun agak keras. Namun ianya adalah pencegahan khusus dan terlihat. Saya tidak tahu berapa ramai golongan maknyah kampus menjual badan pada malam merdeka.


Tidak pelik, di kampus Malaya, lelaki yang nampak keras dan sasa juga mungkin taksub seks kelakian.(homoseks). Namun, aktiviti ini tidak terlihat. Terselindung dan tersimpan. Ia berlaku dicelah kebosanan anak muda ini tanpa haluan. Haluannya tiada kerana tiada tujuan kehidupan dan mungkin kerana iman goyah dek persekitaran dihidangkan dengan medium seks mudah dapat(internet) antaranya.


KAMPUS JUGA BEGITU


Saya bertuah dapat mengenali Amira(bukan nama sebenar). Perkenalan kami ketika Pilihan Raya Kampus yang lalu. Hampir seluruhnya seperti seorang perempuan. Rambut yang lurus rapi, lemah lembut, sopan, cantik namun tersalah memilih jalan.


Baru-baru ini, saya dimaklumkan dia diaibkan dihadapan kelas, diburuk-burukkan dihadapan pensyarah kerana keadaannya. Dimarahi pensyarah dan pelbagai lagi perkara yang memalukan. Mungkin ada sesetengah daripada kita rasa puas, dan berkata:


“ Inilah akibatnya! Siapa suruh engkau jadi pondan!” Anda kira anda layak berkata begitu? Bersyukurlah Allah SWT tidak menguji kita seperti Amira. Kerana, belum tentu kita tahan menanggungnya.


Sudahlah begitu keadaannya, kita matikan lagi diri mereka dengan merendah rendahkan motivasi akademik yang mereka ada. Sekurang-kurangnya mereka masih boleh dirawat dan kita masih punya masa. Tidakkah kita kasihan?


BENAR ALLAH MURKA


Ya, Menurut Islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah swt malah sirah Nabi Lut menceritakan bagaimana Allah menterbalikkan bumi mereka sehingga menjadi laut.


“Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas".(Surah Al-Araf : 80 - 81)

”Maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu”(Surah Hud : 82)

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi s.a.w.;

“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)” (Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)


MENGAPA TIDAK KITA?


Mungkin anda juga punya rakan sekuliah yang mempunyai aliran keinginan berbeza. Mana tahu anda tinggal satu kolej dengan rakan yang suka dan bernafsu pada sejenisnya. Dan anda tahu, mereka tidak tahu mereka melakukan dosa, atau mereka tersalah memilih jalan, atau mereka tidak tahu mencari jalan pulang.


Sepatutnya tindakan paling utama yang kita ambil bukanlah menghukum dengan celaan dan ejek sindir. Memulaukan mereka. Tiada manusia didunia yang menginginkan kebinasaan.


Bagaimana tidak kita? Kita tahu Allah murka, dan kita kasihan pada mereka. Akuilah, bahawa kita ada rasa meluat dan benci melihat mereka.


Bantulah mereka ! Mulakan dengan MENGUBAH SUDUT PANDANG dan berbuat baik terhadap mereka.


Masalahnya, kita menganggap diri lebih mulia dan mereka paling terhina.


Saya mengajak DIRI saya dan anda berfikir mengHUKUM tidak MENYELESAIKAN masalah ummat. Kerana kita hanya akan menang pada TUDINGAN namun KALAH TERUK dalam TANGAN.

7 comments:

anak halal said...

if kita tgk statistik sal pondan n mak nyah ni, org melayulah yg memegang ranking paling top...knp hal ini berlaku???adakah disebabkn oleh dorongan kwn2?sikap ibu bapa?ataupun terlalu mengikut kata hati@ nafsu sendiri???
p/s amik langkah dekati golongan ini...bukan memulaukan@mencaci mereka...gapai tangan golongan ini dan selamilah hati mereka...INSYAALLAH kita dapat menarik mereka kembali ke jalan ALLAH SWT..apa guna jadi ISLAM jika tidak tahu apa makna di sebaliknya???????renungkan2...

alyanaharir said...

Syukran entri kak~ bisa menjadi rujukan tuk assignmnt yana..huhu

qudwaH_Humaira' said...

anak halal:

tahniah kerana telah tunjukkan contoh yang baik pada rakan-rakan. sekarang boleh ambil the next step.

yana:
mengapa begitu dik? (^_^)

asrar said...

aye syg...
jannah nak mintak izin copy mane2 post aye bole..
termasuklah post ni..
bukan ape..jannah xpandai nak susun ayat supaya pembaca yg baca tu lembut hati...tp kalau jannah baca post aye,jannah sendiri terusik dan muhasabah diri...
so,jannah ingat nak copy post2 aye, tp xsemua la...nak ltk kat facebook or my blog...bole?

qudwaH_Humaira' said...

asrar:

jannah sayang, besar tapak tangan padang hoki kat depan amjal aye tadahkan..(^_^)sila-sila.

ShohwatuL_Islam said...

susahnya nak jadi 'baik'...

qudwaH_Humaira' said...

shohwatul_islam:

asyik susah je ni..ni bukan akhlak islam ustazah..