Friday, March 5, 2010

E-VOTING BERGAYA SEBAGAI ‘WAITING PROJECT’



Melihat isu e-voting sebagai peluru yang sedang dibina perantinya, saya ingin cuba memberi satu sudut pandang sisi.


Horizon politik kampus kini rata-rata dikatakan mula melalui fasa kebangkitan. Saya setuju namun tidak menolak tentang tahap mahasiswa sedar yang masih nafsi-nafsi.


Tiada yang mustahil dalam politik.


E-voting pada nama memang nampak gah, mudah, senang, cepat, hebat, menyengat. Pendek kata bergayalah ! Jika mahu dibandingkan dengan pensel dan kertas yang dilorek, kena lipat, perlu masuk dalam kotak lagi, lambat, renyah. Pendek kata tidak bergaya !


Atas nama bergaya inilah MUNGKIN pihak berkuasa melihat ianya mampu membawa masyarakat kepada TAMADUN moden. Kita tidak akan malu kepada negara-negara besar yang telah menggunakan teknologi sebagai teknikal penyelesaian masalah rumit.


KOSMETIK


Ianya tidak terlihat. Teringat pula pada siri pembacaan strategi orientalis yang menggunakan medium halus menghapuskan keaslian ilmu.


Kosmetiknya adalah pada prinsip asas mengapa perlu wujudnya e-voting. Bagaimana kita mahu menerima sesuatu yang pada prinsipnya tidak masuk akal dan menyeleweng ? Malahan pukul rata penangan sang penguasa menolak penghujahan prinsip dan main tarik tali bercakap soal teknikal.


‘WAITING PROJECT’ SELEPAS RESULT EXAM DIKAMPUS CEMERLANG


Persoalan prinsip 1 :

Mengapa pihak universiti sampahkan PRINSIP dan PENDIRIAN MAHASISWA berkenaan E-VOTING yang merupakan penentu kepada penerimaan mahasiswa terhadap medium pilihanraya kampus yang merupakan hak mahasiswa, kerja mahasiswa, pemilihan oleh mahasiswa.


Persoalan prinsip 2:

Mengapa pihak universiti BERIA-IA mahu melaksanakan e-voting ? Habiskan masa berbincang syok sendiri organisasi pelaksanaan e-voting, mesyuarat sana-sini. Sedang lambakan isu kebajikan mahasiswa yang lebih kritikal, sangat memerlukan perhatian BERIA-IA diletak tepi meja, tidak terusik. ( maaflah kepada akak-akak dan abang-abang PTM, persoalan prinsip ini tiada kaitan dengan kesungguhan kerja akak dan abang)


Persoalan prinsip 3:

Mengapa berani bercakap SOAL DEMOKRASI dalam universiti a.k.a gedung ilmu a.k.a puncak menara gading sedangkan PIHAK PEMERINTAH sebenarnya telahpun berniat mencalitkan warna pada tengkuk mahasiswa ?


Persoalan prinsip 4 :

Mengapa bercakap soal ketelusan sistem dan pelaksanaan ? Membodohkan mahasiswa dengan teknikal teknologi yang gagal mahasiswa fahami, mencabar mahasiswa buktikan sistem telus dengan membuka komponen perisian komputer, terma-terma pelik memerlukan kamus khas. Membuat aduan dengan prosedur surat dan borang tentang salah laku pegawai yang berkerja untuk melaksanakan tugas menjayakan agenda sendiri.


JAWAPANNYA


Saya optimis melihat dari sudut politikknya tidak mustahil ini adalah antara agenda menjadikan pelaksanaan e-voting sebagai satu medium pemilihan untuk pilihanraya umum negara.


Sahih atau tidak kata-kata saudara Hishamuddin Rais tentang DS Najib telah dua kali ke Bangalore bertemu dengan expert IT membincangkan tentang proposal projek e-voting sebagai peluru menguasai pentadbiran negara ianya masih masuk akal jika dilihat dari kerakusan siri tindakan kurang bijak diperingkat pelaksana test di kampus-kampus.


JANGAN PELIK


Jika mahasiswa kini sudah punya momentum menggegarkan kampus-kampus tanda bangkit menentang usaha mematikan demokrasi. Ambillah iktibar tindakan berani masyarakat pengundi muda di kampus-kampus utama UM, UPM , UKM.


Jangan lupa catit siri gelombang kebangkitan untuk analisis post mortem sebelum bertindak lebih jauh melaksanakan ‘waiting project’ kepada masyarakat luar yang misteri momentumnya nanti.

6 comments:

Anonymous said...

ingatkan selepas ayah meninggal, akan jadi seorang insan yang sentiasa muhasabah, fikirkan akhirat, fikir pasal amal, ingat mati...ingat masa depan selepas grad nanti.rupanya tak habis2 bercakap pasal politik, membangkitkan isu panas. sekarang ni mahasiswa sibuk dengan test, assignment dan tak lama lagi exam.
sepatutnya bawa mahasiswa kesedaran tentang pentingnya menuntut ilmu, jangan belajar last minit, ingat jasa MAK dan AYAH, mengajak mahasiswa berbakti pada ayah dan mak selagi mereka masih ada....
tapi lain yang jadi.
kalau betul anda seorang 'muslimah sejati', mahasiswa akan nampak anda orang yang mengajak kepada akhirat...berbicara mengenai keruntuhan moral, kes pembuangan bayi yang menjadi2...dll
saya hilang respect pada anda dan tidak bersimpati sama sekali dengan anda.
muhasabahlah diri kita di samping ajak kawan yang lain bermuhasabah sekali.
terima kasih.
berjuang lah...pergi lah berjuang dalam politik kalau dah minat sangat politik.........

ShohwatuL_Islam said...

apa maksud 'calit warna'?

E-voting adalah satu usaha membodohkan mahasiswa...dan ia merentasi sempadan ideologi.jika anda seorang mahasiswa, anda perlu bersatu utk menentang E-voting. if not, you know whose your life belongs to...saya sokong sekiranya tahun depan no more competition between students but students against the HEP...whose with me?raise your fingers and start to type...:)

qudwaH_Humaira' said...

anonymous :

saya lebih suka kalau anda bercakap dengan hujah atau dalil.

mengapa di asingkan politik dengan kehidupan ? sedangkan banyak rentetan ayat-ayat Allah turun berkenaan hukum hakam, keadilan dan mentauhidkanNya kerana siasah(politik), cara mengadili manusia, bermasyarakat.

saya cadangkan anda supaya baca buku politik dan agama tulisan Prof. Yusof Qardhawi.

terima kasih atas nasihat. saya tidak akan mengajak mahasiswa kepada akhirat semata-mata. kerana isi dunia juga penentu mata akhirat. ini juga pesan ayah untuk dakwah.

p/s: saya x perlukan title muslimah sejati, simpati, dan respect dari anda atau sesiapa pun.

wallahu'alam.

qudwaH_Humaira' said...

shohwatul islam:

satu pencerahan yang baik. calit warna yang ana maksudkan, pihak pentadbiran minta kita tidak berpartisan, independent. tapi sebenarnya mereka da siap2 halakan kita ke arah mana.

Al-Fateh said...

Kepada anonymous, apabila anda berkata tentang ingati mati kepada tuan punya blog ini, ingin saya ingatkan anda pula bahawa adakah cukup dengan mengasingkan politik daripada agama, telah menyebabkan anda bersedia dan telah mengingati mati.

Hidup di dunia ini hanya persinggahan. Dengan kuasalah kita perlu membentuk kebaikan. Sekurang-kurangnya, apabila kita mati, tanggungjawab terhadap kuasa telah ditunaikan.

Keruntuhan moral berpunca daripda sistem pemerintahan yang korup. Sistem pemerintahan yang tunduk kepada Amerika dan sekutunya dan dibuasi dengan nafsu. Itukah yang anda mahukan ?

Jika anda suka mengingatkan manusia. Tolong ingatkan isteri PM bahawa pemakaian tudung itu satu kewajipan bagi wanita, untuk memelihara mereka dari lelaki yang rosak hatinya.

Tolong ingatkan isteri PM...

qudwaH_Humaira' said...

al-fateh :

terima kasih atas ingatan..ana suka bila nta katkan dengan konspirasi barat. ana tahu nta punya ilmu meluas tentang perancangan yahudi laknatullah yang berjaya mendoktrin pemikiran masyarakat dunia..

dengan menjadikan agama berpecah-pecah..