Monday, November 2, 2009

ISU DEWAN MAKAN KOLEJ KEDIAMAN


Saya tidak tahu samada saya layak untuk bercakap tentang isu ini kerana JIK/JTK kolej mungkin lebih arif berkenaan permasalah yang berlaku di kolej kediaman. Namun selepas beberapa kali dihubungi oleh mahasiswa kolej kediaman yang mengadu berkenaan isu ini, saya mula berasa perlu untuk bertindak.


Saya cuba menghubungi beberapa presiden untuk mendapatkan maklumat berkenaan isu ini kerana tidak mahu dikatakan “menceroboh”, namun saya mula bimbang apabila tiada respon malah jawapan playsafe “ keadaan terkawal” diberikan.


MAKANAN SAHAJA


Saya punyai banyak maklumat yang mungkin boleh dikongsikan bersama pembaca berkenaan :


1. Mengapa yuran kolej kediaman UM mahal ?

2. Mengapa kolej kediaman mengalami defisit?

3. Isu renovasi dan salah faham JPPHB dan Kolej Kediaman

4. Meritokrasi pelajar dan dasar pemilihan

5. Bidang kuasa dan peraturan kolej kediaman

6. Pelantikan JIK dan JTK

7. Politik Kampus

** mungkin boleh dirungkai kemudian, dan saya boleh kemukakan dengan hujah**


REVIEW ISU MAKANAN


Bagi Kolej yang mempunyai dewan makan di universiti hanya ada 7 kini(jika salah, betulkan saya), iaitu :

1. Kolej Kedua

2. Kolej Ketiga

3. Kolej Keempat

4. Kolej Kelima

5. Kolej Keenam

6. Kolej Ketujuh

7. Kolej Lapan


Setiap pelajar kolej kediaman perlu membayar makanan sebanyak RM 3.50 untuk jumlah makanan sebanyak 3 kali iaitu pagi, tengah hari dan petang. RM 10 ringgit sehari akan melibatkan pengeluaran wang sebanyak lebih kurang RM 1260 ( Kolej kediaman Keempat) belum termasuk cas tambahan yang dikenakan untuk barangan elektrik dan lain-lain.


RM 3.50 untuk tujuan makanan memang tidak masuk akal jika kita lihat kini ( untuk 3 kali makan), saya memahami masalah yang membebani para pengetua yang turut terlibat dengan masalah defisit yang semakin teruk.


Bayaran selebihnya RM 6.5 adalah bertujuan memenuhi tuntutan pentadbiran seperti kos air, elektrik, penyelenggaraan bangunan, bayaran gaji pekerja, dan lain-lain bayaran.


INFO


Yuran kolej kediaman untuk makanan adalah sama untuk beberapa tahun yang agak lama, walaupun negara kita mengalami masalah ekonomi yang memberi kesan kepada beberapa sumber terutamanya bahan mentah (makanan), secara rasionalnya memang bermasalah apabila harga sumber ini mahal dan yuran masih statik.


Namun saya tidak bersetuju sekiranya penipuan dilakukan. Seperti menukar menu masakan untuk cut cost belian makanan yang dibeli secara borong (kebanyakan kolej mendapatkan bahan mentah daripada tender borong yang sama). Lebih dahsyat sekiranya menyediakan kuantiti makanan yang terhad kepada pelajar sehingga ada yang tidak dapat makanan. Memalukan sekiranya, makanan diberikan berdasarkan saiz badan pelajar.


Semua berpunca daripada jumlah bayaran yang kecil untuk memenuhi hakikat yang lebih besar. Keputusan menutup dewan makan juga perlu dipertimbangkan buruk baiknya dan disinilah pandangan, suara daripada pelajar yang mengalami sendiri keadaan dan penderitaan bangun memaklumkan. Kadang pihak pentadbiran tidak maklum atas beberapa isu, dan kadang, ada jalan penyelesaian yang bukan dibawah kuasa/kemampuan pihak pentadbiran kolej kediaman, namun boleh diambil oleh pihak lain. Dan ianya masih boleh dibincangkan.


BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU ?


Saya merasa kasihan kepada rakan-rakan yang tinggal dikolej kediaman, saya pernah bawakan isu-isu ini ke meja perbincangan bersama pihak pengetua, namun jawapannya adalah sama (akan dibincangkan dalam mesyuarat pengetua-pengetua, Dewan Asrama-Asrama (DAA). Akhir pertemuan kami adalah pada bulan Ogos yang mana ketika itu pihak pengetua perlu mengemukan laporan belanjawan kolej kediaman sesi hadapan untuk diluluskan diperingkat Lembaga Pengurusan Universiti (LPU). (rujuk perlembagaan universiti).


Saya amat mengharapkan agar pihak JIK/JTK betul-betul berusaha membawa isu ini, tambahan ada beberapa ahli MPMUM yang memegang jawatan penting di Kolej Kediaman Nashruddin ( Presiden Kolej 5), Hidayah ( Setiausaha JTK Kolej Kediaman Kedua), Mohd Afiq( Presiden Kolej Kediaman Kesembilan). Rakan-rakan yang tinggal dikolej kediaman boleh membuat laporan lengkap (beserta bukti, memorandum, persetujuan mahasiswa kolej , beserta cadangan) supaya saya boleh bawakan isu ini keperingkat yang lebih tinggi.


Masalah yang saya hadapi apabila bertemu dengan rakan-rakan yang kebanyakannya mengeluh, namun tidak mahu membantu/takut untuk menjadi saksi. Tidak molek sekiranya saya turun ke kolej dan buat pemeriksaan makanan sedangkan saya bukan pelajar yang menginap jauh sekali berjawatan JKPKEMAS atau JIK Dilantik Kolej.


Bagaimana saya mahu kemukakan isu kepada pihak Naib Canselor atau SUHAKAM atau Kementerian sekiranya saya tiada perkara asas ini ?


TAHNIAH SPKUM


Tahniah saya ucapkan kepada pihak Sekretariat Presiden Kolej Kediaman UM, atas usaha untuk membawa isu kebajikan ini. Memang kalian sepatutnya membawa isu ini kerana lebih berautoriti dan arif berkenaan masalah dalaman kolej kediaman. Janganlah meletakkan semua bebanan kepada MPMUM, sehinggakan hal yang menjadi tanggungjawab pelajar diperingkat kolej dan boleh diselesaikan dengan budi bicara baik anda masih mengharapkan MPMUM.


Saya sangat yakin pihak pengetua juga tidak berapa selesa jika masalah kolej ini dicampuri oleh pihak kami.


Saya tidak mahu ulangi kesilapan yang pernah berlaku dahulu apabila pihak MPMUM turun padang untuk bertanyakan isu kebajikan mengenai pelajar yang dibuang kolej kediaman, dan dikatakan tidak mengikut saluran yang betul ( tidak berbincang dengan JTK/JIK ) terlebih dahulu. Masih teringat kata pepatah seorang bekas presiden kolej kediaman “MPMUM ni Menteri, dan JTK ni macam ADUN, kalau menteri nak masuk kawasan ADUN, eloknya minta kebenaran dahulu, baru katanya ada adab” **mesyuarat MPMUM, NC dan TNC HEP berkenaan layanan HEP terhadap MPMUM**


Saya bersedia untuk bawakan isu ini keperingkat lebih tinggi, atau jika pihak SPKUM mahu bawakan sendiri, saya boleh bantu untuk uruskan pertemuan/dialog/perbincangan dengan pihak NC, SUHAKAM mahupun Kementerian Pengajian Tinggi, jika tidak mahu juga saya uruskan pertemuan, saya boleh bantu untuk memberikan nombor untuk dihubungi kepada pihak SPKUM.


HAKIKAT


Saya juga dulu pernah menjadi pimpinan Kolej Kediaman sebelum memegang amanah yang sungguh jauh lebih mencabar kini. Merasai kedua-dua jawatan JTK dan JIK Dilantik. Dan pengalaman saya membawa saya kepada seorang manusia berpendirian. Saya tidak memahami memang ada antara kita yang memikirkan berkenaan survival, masa depan yang cerah dengan jawatan yang ada. Namun saya lebih bernafsu untuk bercakap soal kebenaran dan ketelusan. Kadang kebatilan depan mata, namun lebih ramai yang mengambil jalan untuk diam (atas dasar kepentingan peribadi).Na’am, ana uwafiq . Ini bukan soal ideologi, namun soal kebajikan.


TINDAKAN SEGERA


Kepada rakan-rakan yang sedang menderita, bersabar, dan saya mohon untuk bantu saya, lantik salah seorang dikalangan anda untuk uruskan laporan. Saya boleh serahkan softcopy laporan dan memorandum jika mahu. Dimanakah “pemimpin” yang akan keluar daripada kesusahan rakyat itu? Hope to hear good news soon. You choose.


Sirru ‘Ala Barakatillah.

8 comments:

Anonymous said...

Bagus usaha yang harus dipuji.
Saya dah tak berapa arif tentang dewan makan sebab lama dah meninggalkan kolej. Teruskan membawa isu kebajikan mahasiswa agar sama2 dapat manfaat. Tapi harus diingat tentangan dan bantahan mestilah dengan fakta ye..bukan terburu2..go on..
Shbt lama=)

anak halal said...

harap JIK n JTK mainkan peranan anda di kolej msng2...jgn jd "pak n mak turut" org jew....ap cer klu x bley bwa suara dak2 kolej?????bek xyah jd JIK n JTK..bl bdk2 ckp korang x buat kejew...korang nek hangin...mla nk trk mka ngan bdk...4 JIK n JTK korang pikirlah sndr ap yg "SEPATUTNYA" korang buat....jgn biarkan dak2 kolej" MENDERITA" dicozkan korang yg x jg kebajikan kami....
p/s buat keje krn ALLAH SWT bkn krn kpntingan diri sendiri...pkr ah sndr bro....

qudwaH_Humaira' said...

anonymous

insya ALLAH..

setakat ni isu yang dibentangkan kepada ayahanda VC sentiasa bersama fakta dan bukti.

Anonymous said...

anak halal ckp mmg sedap sbb xprnh jd jtk dan xlayak pun. kalo btul2 dia layak knapa x ditonjolkan kpimpinan dlm jkp. buat keje mmg krn Allah tp yg kritik tu krn Allah atau pun krn nafsu??
Sedap mengkritik tp x prnh bg cdangan.slalu nk mberontak.pjuangkan hak konon..tp hak org lain ada nk amik pduli.jtk susah payah jd org tgh atr pngurusan dan plajar. diorg pun nk kena jaga 2 pihak xleh dgr ckp plajar je. pikir la kalo anda jd jtk mcm mane??
mulut mengata mmg sedap...

Anonymous said...

jgn ingat org xknal anak halal!!! depan je baik tp bahase rupenye mcm ni..hrp tudung je labuh..
ayuni hipokrit!!!

qudwaH_Humaira' said...

anonymous:

terlalu ramai yang memberi pandangan/ kritikan belakang tirai ni.

saya lebih suka jika pandangan dan kritikan berdasarkan hujah.

tentang kritikan saya hipokrit. terima kasih ya. alhamdulillah.

Shukstarz said...

khas utk Anonymous:
"jgn ingat org xknal anak halal!!! depan je baik tp bahase rupenye mcm ni..hrp tudung je labuh..
ayuni hipokrit!!!"

pandangan saya: perlu ke nak melenting sampai camtu sekali..rileks la..itu bkn sifat pemimpin ye bang.

cane boleh ckp ayuni camtu..kenal ayuni ke?? da bape lama ek?? suke suki je ngutok org...dosa tau..

pe maksud ko dgn ckp "harap je tudung labuh"...amboiiii...org2 tudung labuh ni xle nak memberi pendapat or jd org2 besar ke??? sgt xphm dgn org2 yg berfikiran SEMPIT camni...

itu saje...

p/s: spjg ak kenal ngan ayuni ni, die adalah seorg pemimpin yg sgt komited dan sgt2 bgs dalam kerja!! amanah yg dipikul dilaksanakan dgn bijak dan tip top!!

sorry la ye anonymous yg berkata sedemikian...wpon xkenal sape anda, tp, cam da melampau plak komen ko!!

anak halal said...

2 anymous:-
ko org jtk of coz nk tgakkan kroni2 ko...
1 lg-sama2 muhasabah diri, jgn dok tunding jari dkt org len jew...ckp org bek pnyer cdap...dr sndr x cermin...dah la wey...pkr n muhasabah byk...
2 k.ayuni: fight 4 kbnaran...kami mnyokong sgla yg anda buat...