Friday, November 6, 2009

GERAKAN FREEMASONRY ; PEMAHAMAN RINGKAS JATUHNYA SEBUAH KHILAFAH


JALAN MANA YANG ANDA PILIH ?

GERAKAN FREEMASONRY ; PEMAHAMAN RINGKAS JATUHNYA SEBUAH KHILAFAH


Saya baru sahaja tamat membaca buku ini (Karangan Hj. Nik Azran Muhamed merupakan pengarah markaz Pengumpulan Kajian dan hasilan penyelidikan Persekutuan melayu republik Arab Mesir, Kaherah dan Hj. Mohd Mahadi Isa) dan sebenarnya banyak lagi buku-buku berkaitan Yahudi dan Zionis yang belum dibaca. Ianya satu pembacaan berat namun menarik. Jika hendak dirungkai satu persatu rentetan kisah dan cerita ianya memerlukan masa, justeru saya mengajak semua untuk mendapatkan buku-buku ini dipasaran. ( Terima kasih adikku adyani kerana bagi pinjam buku ni (^_^) )


Salah satu pendidikan khas yang amat perlu dikagumi yang ada pada diri seorang Yahudi ialah, pendidikan awal sedari kecil yang bermatlamat. Bagaimana pendidikan ini diterap dalam jiwa mereka ?


Anda tahu pendidikan bagaimana yang Mustafa Kamal Atarturk peroleh sehingga mampu menjatuhkan sebuah khilafah Islam dan menukarkan Turki kepada sebuah republik ?


Mari kita telusuri :


Dilahirkan di Salunik, tempat tinggal penduduk Yahudi Daunamah. Yahudi daunamah merupakan sekumpulan Yahudi yang berasal daripada Sepanyol dan berhijrah ke Salunik. Salunik pula merupakan satu Bandar dalam negara Yunani yang tunduk dibawah kekuasaan Kerajaan Turki Uthmaniyah pada ketika itu.


Mereka berhijrah ke Salunik bertujuan membalas dendam atas kekalahan mereka dalam perang Salib dan keengganan Khalifah Turki Uthmaniyah untuk memberikan mereka hak kewarganegaraan di Palestin.


Mereka telah menyembunyikan aqidah mereka dengan memeluk Islam dan memakai nama-nama Islam. Mereka bertanggungjawab melakukan kerosakan ke atas kerajaan Turki Uthmaniyah dengan memasukkan budaya barat terutamanya ke dalam angkatan tentera bagi menggulingkan khilafah !


Ayah nya berasal daripada kawasan pergunungan Albania, dekat sempadan Serbia. Penduduknya amat memusuhi Kerajaan Turki Uthmaniyah. Ibunya pula berasal daripada Makedonia. Sekiranya benar demikian, maka Mustafa Kamal Attaturk berasal dari keturunan Yahudi.


Mendapat pendidikan pertama di Sekolah Fatimah, sekolah agama yang begitu mahsyur. Tidak lama selepas itu, ayahnya yang amat membenci syeikh-syeikh agama telah memindahkannya ke sekolah yang lain yang menggunakan sukatan pelajaran barat. Di sekolah inilah Mustafa Kamal Attaturk mula diasuh dengan fahaman sekular.


Umur 17 tahun, melanjutkan pelajaran ke sekolah tentera Monaster. Sekolah ini digunakan oleh freemasonry untuk melatih kader-kader mereka. (betapa pentingnya memilih pusat pendidikan anak-anak yang betul) Semasa belajar disekolah ini, Pertubuhan Ittihad wat Taraqqi yang berada di bawah kawalan Britain ditubuhkan.


Lalu, Attaturk menyertai pertubuhan itu dengan harapan mendapat jawatan. Pun begitu, beliau tidak disenangi oleh anggota pertubuhan itu dan tidak dibenarkan mengikut setiap perancangan yang berbentuk rahsia.


Seluruh masanya dihabiskan dengan melakukan pelbagai maksiat. Judi, minum arak dan zina adalah perkara biasa dan rutin hariannya.(Kematian Attaturk juga jika dilihat amat mengerikan dan antara sebab kesan ketagihan arak dan seksual, Attaturk mengidap penyakit peparu dan kelamin )


Syeikh Mustafa Sabri di dalam kitabnya, An Nakir ‘ala Mungkiri Ni’mah min addin wal Khilafah wal Ummah, memberi contoh kerosakan agama dan keburukan sejarah hidupnya apabila ditemuramah oleh seorang wartawan Perancis dan dia mengatakan “ Sesungguhnya nabi kami pernah menyuruh murid-muridnya menyeru ummat lain kepada agama Islam bukannya membina kerajaan.” Syeikh menjawab kejahilan Mustafa Kamal Attaturk dengan katanya : “Panggilan murid-murid ditujukan kepada sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w seolah-olah baginda hanya seorang syeikh atau guru sekolah pada pandangannya” **boleh kaitkan dengan beberapa jawapan pemimpin negara yang memperlekehkan hukum Allah**


KEPENTINGAN KHILAFAH


Freemasonry membuat kesimpulan akhir bahawa punca kekuatan Islam yang sebenar ialah Khilafah Islamiyah. Perkara ini telah diputuskan oleh Presiden Amerika Syarikat: Wilson, di Paris dan dihadiri oleh Perdana Menteri Britain: Louid George dan perdana Menteri Perancis : Clement Sou.


Keputusan kedua mereka dengan khilafah Islamiyah hanya boleh dimusnahkan dengan menggunakan rakyat Turki sendiri yang telah dilatih sedari kecil sebagai anggota Freemasonry, sangat bencikan Islam dan Khilafah Islamiyah malah berpotensi diangkat sebagai pemimpin.


Setelah tamat persidangan ini, anggota Freemasonry telah pergi ke Kedutaan Britain di Instabul untuk mencari calon dan akhirnya ‘Mustafa Kamal’ yang sedang menjawat jawatan Panglima Tentera dan diangkat menjadi Pemeriksa Umum Tentera. ( Kitab Kaifa Saqatot al Khilafah al Islamiyah, m/s 45-47)


PERJALANAN SEBAGAI DAIE


Saya yakin dan percaya kebanyakan gerakan-gerakan Islam di Malaysia berpegang kepada matlamat penubuhan negara Islam bukan hanya pada perlembagaan malah kepada seluruh isi sistem kerana memahami hanya dengan tertubuhnya sebuah khilafah (yang merangkumi negara-negara Islam) pelaksanan hukum Allah dapat dilaksanakan secara menyeluruh, undang-undang negara adalah undang-undang Allah bukan undang-undang ciptaan manusia.


Malah masalah kekal yang dihadapi kini ialah perpecahan. Saya melihat PAS sebagai sebuah parti yang benar-benar menggunakan manhaj Islam bukan hanya untuk masyarakat Melayu semata-mata(sekarang dengan kebijksanaan pemimpin Islam mampu menarik golongan bukan Islam untuk memeluk Islam), namun lebih kepada mengembalikan ummat kepada pegangan Islam sebenar. Walaupun parti ini dilihat masih lemah daripada sudut meyakinkan ummat dalam melaksanakan hukum Islam secara menyeluruh, namun saya letakkan keyakinan HANYA DENGAN BERSAMA MANHAJ YANG BERPEGANG KEPADA SISTEM TARBIYAH ISLAM SEPENUHNYA lah, jalan kita di dunia akan tetap dengan agama.


Ya, kita mendapat pendidikan hasil daripada penerapan Yahudi. Sedarlah sistem-sistem pemahaman sekular, liberal, nasionalisme dan lain-lain fahaman membawa kearah penerimaan Islam secara serpihan adalah kejayaan terbesar laknatullah ini.


SETELAH SEDAR


Muhasabah melihat gerakan-gerakan yang tumbuh seperti cendawan dengan pendekatan dan fokus yang berbeza, membuat saya insaf betapa mencabarnya hidup sebagai seorang pemimpin Islam dalam menyatukan gerakan-gerakan ini. Dan ianya adalah cabaran kepada pemimpin-pemimpin muda. Bukan membawa negara kepada One Malaysia, namun kepada Islam, kepada Tuhan kita.


Betapa peri pentingnya para daie yang sedar ini mempunyai impian melahirkan Al-Fateh kedunia dan usaha mendidik pemimpin Islam seperti ini perlu dimulakan dengan seorang daie yang memahami tuntutan Islam semasa. Daie, tidak kira muslimin atau muslimat.


USAHA MASIH TERLALU SEDIKIT


Apabila perjuangan membawa nama Islam memegang satu tampuk kepimpinan, saya melihat betapa sukarnya berdiri tanpa tarbiyah diri yang kuat. Cabarannya bukan sahaja pada perjuangan dakwah, namun kepada mengajak manusia hasad kepada kebenaran.


Saya yakin, semua yang memahami tuntutan dakwah akan berusaha dengan kapasiti yang ada untuk melaksanakan tuntutan Allah ini. Ujian perlu dihadapi dengan ilmu kerana sungguh Rasulullah s.a.w. bersabda :


“Orang mukmin sentiasa di ambang lima dugaan yang susah :

1. Mukmin yang dengki padanya

2. Munafiq yang benci padanya

3. Kafir yang memeranginya

4. Syaitan yang menyesatkannya

5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

( Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dari hadith Anas dalam tajuk ; akhlak yang luhur)


Saya mengajak sahabat-sahabat kepimpinan untuk muhasabah, dengan ujian yang dihadapi, sungguh keindahan dalam perjuangan adalah pada kebergantungan padaNYA. Sungguh, bukan manusia selayaknya untuk menilai, tapi ALLAH. Jangan berputus asa dengan tomahan dan maki keji, sungguh ianya akan mematangkan diri sebagai daie.


Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka(orang-orang Islam).”


GERAKAN FREEMASONRY ; PEMAHAMAN RINGKAS JATUHNYA SEBUAH KHILAFAH

JALAN MANA YANG ANDA PILIH ?

4 comments:

aiman said...

salam..
world rite now conquer by this societies..secret societies...
i suggest u to read this book "the secret societies"..

nuwairahsafwa said...

salam..
post yg menarik..
sekarang saya tgh bc buku Ali Bin Abi Talib-Mutiara Ilmuan Islam..
tgh2 exam ni,lg seronok bc buku ni..hehe..
dalam buku ni,Ali berkata,"insan tidur diatas kematian anaknya,tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya"
saya nk kaitkan hidup didunia ni stelah br2 ni dididik untuk mnjadi seorg daie,amatlah sedar..
Allah pon dh jnjikan,hidup seorg pendakwah xdibentangkan dgn karpet merah..
ALLAH..cmne klu trlalu memikirkan harta dunia,sempat ke manusia utk fikirkan tntang islam dan org lain??
apatah lagi klu nk membentuk khilafah..masyaallah..
muhasabah diri..doakan saya..
sedang membina minat untuk baca buku2 sejarah islam..

qudwaH_Humaira' said...

aiman :

syukran..

nuwairahsafwa:

Allahuakbar !

nuwairahsafwa said...

"janji ku pada MU abdikan seluruh jiwa..
sehingga masanya kau seru hujung nyawa KU.."
ini lah jalan yg kami pilih..
ALLAH,tetapkan hati kami utk terus berada di jalanMU..
AMIN...