Kekasih Allah, Muhammad Al-Amin dalam lambaian terakhir haji wida’. Baginda menyampaikan amanat terakhir kepada hamparan muslimin di Arafah dan bersaksikan atas segala ajaran yang baginda sampaikan pada ummatnya.
Dalam khutbah terakhir tersebut, Rasulullah S.A.W menjelaskan bahawa tidak ada sebarang kuasa tunggal tersendiri pada pemimpin atau ketua di sebalik batas-batas hukum kitab Allah dan Sunnah RasulNya.
Malah tidak boleh dengan sifatnya sebagai seorang ketua menggerakkan walau seurat rambut atau sehelai daun untuk mengatasi Manhaj dan hukum Islami.
Pada hakikatnya seorang penguasa atau ketua tidak boleh menikmati dan bermewah hidup dengan sifatnya sebagai penguasa atau ketua, tetapi penguasa adalah pemegang amanah dari pihak Muslimin untuk melaksanakan hukum Allah Ta’ala.
Itulah gambaran ketua/pemimpin/penguasa yang Rasulullah maksudkan dalam khutbah terakhir baginda. Namun, cuba kita lihat berapa ramai pemimpin hari ini yang perutnya buncit dengan wang rakyat.
Mari menelusuri erti pemimpin dari konteks mahasiswa. Kadang ada yang faham, namun gagal membuat penilaian. Ada yang berjaya membuat penilaian namun gagal membuat pilihan. Oleh itu, kita harus mengorak langkah mencari dan mengkaji.
Musim hangat lagi getir akan tiba tidak lama lagi. Mahasiswa perlu memainkan peranan untuk memilih pemimpin mereka, wakil mereka, kerana pemimpin inilah yang akan mencorakkan suasana kehidupan samada mengHIDUPkan polisi dengan berlandaskan HUKUM TUHAN yang sebenar, meMERIAHkan maksiat atau MENGUBURkan mukaddimah jihad tertinggi (syahid).
Mungkin saya dapat membantu anda sekurang-kurangnya membuat penilaian awal.
APA ITU IDEALISME MAHASISWA SEBENAR ?
1. Bebas daripada dikongkong atau digula-gulakan oleh mana-mana pihak.
2. Mempunyai pandangan tersendiri yang tidak dipengaruhi.
3. Melihat agenda masyarakat sebagai ”key point”
4. Mengambil usaha hanya untuk kepentingan mahasiswa dan bukan memenuhi atau menjalankan perintah pentadbiran semata-mata. Bukan mengikut ARAHAN, namun BEKERJASAMA dengan.
5. Idealisme perjuangan yang mempunyai misi keTuhanan. Pelaksanaan rukun negara yang selama ini hanya propaganda (Kepercayaan Kepada Tuhan)
SIAPA PEJUANG IDEALISME MAHASISWA?
1. Mereka yang bersuara untuk mahasiswa= JURUBICARA UMMAH
2. Menegakkan kebenaran walaupun berhadapan dengan kesukaran dan ugutan
3. Aktivis yang jiwanya bukan menuntut kesenangan hidup, pangkat dan kemewahan, namun mencari jalan memperjuangkan kebajikan mahasiswa.
4. Kelompok mahasiswa yang sentiasa peka terhadap isu global, nasional, setempat dan berusaha membantu ke arah kebaikan.
5. Bebas bersuara dan tidak boleh dimanipulasi oleh mana-mana pihak.
Oh Tuhan, aku ingin menjadi pemimpin yang akhirnya bertemuMu dengan cahaya
- qudwahHumaira’
9 comments:
SALAM PERJUANGAN BUAT MAHASISWA...
Tidak dinafikan memilih pemimpin memerlukan timbang tara yang holistik...dari segi kewibawaannya,sahsiahnya,jati dirinya...pemilihan ini haruslah dipimpin oleh hati yang bersih,yang menginginkan kebaikan...Sebagaimana yang kita tahu, mahasiswa sepatutnya menjadi pressure group kepada kerajaan, juga check and balance kepada masyarakat dan sesebuah sistem...Mahasiswa perlu memecahkan dinding2 kaca di menara gading...
Buat renungan semua: Masa depan yang lebih baik bukanlah terletak pada MPMUM mahupun HEP tapi...
Masa depan yang lebih baik terletak pada tangan2 anda semua..
Gud Luck!!!
explore satu lg sisi diri ko..
bykan bersabar ketika m'hadapi segala dugaan dan cabaran...
hehehehehe...
dah baca blog junaidi???
FITNAH & TUDUHAN YANG TIDAK BERASAS YANG DILEMPARKAN OLEH PRO-MAHASISWA
ayuni, semoga berjaya daripada kak ija dan kak sumi, wah wah adikku ini sudah glamour di mana mana termasuk lah poster nya sudah ditampal di kawasan rumah sewa ku haha... insyaAllah binnajah... keep on writing sis !!!
Salam.
Perjuanngan yang tidak akan mengenal erti putus asa apabila meletakkan Allah sebagai matlamat terakhir.
salam...
cikgu nak bertanya camana nak but kotak2 pada ayat tu.hehehehe
harap sudi tunjuk ajar
ayuni..finally i found ur blog..hehe
saya pilih pemimpin yg tegar menegakkan kebenaran...yeah!
ALLAH memerintahkan kita supaya meraikan kemenangan dengan bertasbih kepada ALLAH dan memohon keampunan dari ALLAH. Mengucap tasbih ketika meraikan kemenangan adalah kerana kemenangan adalah amanah dan tanggungjawab, melalaikannya adalah dosa dan kesalahan besar di sisi ALLAH. Moga ALLAH memberi kekuatan dan pertolongan kepada kita.....
http://www.sujudterakhir.blogspot.com/
Post a Comment