Friday, January 23, 2009

GADIS KONTROVERSI PRK UM

AWALAN

Bermula kehidupanku di Universiti tercinta, ku pasangkan tekad dan azam dalam diri untuk berubah menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Hakikat kehidupan yang aku lalui bukanlah indah namun manis jika dihayati dengan pandangan mata iman……..

BERMULA

Bulan-bulan akhir 2008, saya mula merasai beban amanah yang dipikul semakin berat. Sahabat dan kekanda mula bertanyakan khabar untuk bertanding dalam pilihanraya yang kini ditukar kepada pemilihan perwakilan mahasiswa.

ASPIRASI VS PRO MAHASISWA

Jika ditanya tentang pendirian selama berada dalam pimpinan kolej kediaman, pengalaman banyak mengajar, saya belajar daripada sekecil-kecil perkara hingga belajar membina ukhwah. Mula membina pendirian dan persepsi.

PERSOALAN

Apa itu ASPIRASI ?

Apa pula PRO MAHASISWA ?

Apa bezanya dengan PIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN ?

Adakah jika merupakan PIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN tidak boleh menyokong pendirian PRO MAHASISWA ?

Atau memang jika menjadi PIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN, WAJIB menjadi sebahagian ASPIRASI ?

PENGKHIANAT jika PIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN adalah BUKAN ASPIRASI?

TIDAK AMANAH jika PIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN adalah PRO MAHASISWA ?


JAWAPAN TERBAIK

Saya ingin berkongsi rasa hati…
Keputusan saya untuk bertanding bagi FRONT PRO MAHASISWA adalah atas dasar SEDAR dan FAHAM
Bukan keputusan MEMBABI BUTA dan BERSIKAP PENTINGKAN DIRI SENDIRI
Saya melihat terlalu banyak KEBROBROKAN dalam PENTADBIRAN yang TIDAK ADIL
KORUPSI, KRONISME, PEMBONEKAAN MAHASISWA.
Saya melihat mahasiswa hanya mengikut arahan dan DICENGKAM dengan ARAHAN dan CAKAP PATUH.
HILANG IDEALISME
Bukan bermakna mahasiswa perlu sentiasa MENJADI PEMBANGKANG, MENENTANG.
Namun IDEA dan MOBILASI sepenuhnya dengan bantuan PENSYARAH dan PIHAK PENTADBIRAN itu yang sebaiknya berlaku..

KOTORNYA berlaku apabila ADA INDIVIDU-INDIVIDU yang BERKEPENTINGAN menggula-gulakan MAHASISWA untuk kepentingan sendiri. Saya sangat MARAH..
Jika anda tidak disukai, dibuang dan dihapuskan
Jika anda disukai, gunakan sepenuh pengaruh dan kuasa untuk mendapatkannya
Suara mahasiswa kebanyakan tidak KEDENGARAN lagi, kerana PIMPINAN MAHASISWA sibuk memenuhi CAKAP PATUH pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Tambahan, PIMPINAN sebelum menceritakan MAHA BANYAKNYA pecah amanah duit pelajar yang dilakukan oleh pihak-pihak yang sangat LICIK ini.

BUKAN UNTUK MENANG

Ada pihak yang tertanya-tanya mengapa saya perlu memilih jalan yang SAKIT dan lagi MENYUSAHKAN..

Ya, saya boleh menerima tawaran yang diberikan dengan MUDAH, dapat WANG SAGUHATI, MAKANAN yang ENAK-ENAK, PENGINAPAN yang pastinya SELESA dan JAMINAN keselamatan VIP.

Jujur, menjadi FRONT PRO MAHASISWA tiada yang istimewa, malah saya mengeluarkan duit sendiri untuk wang FOTOKOPI MANIFESTO, DUIT MINYAK kereta, MAKAN, KOT sendiri , jika tidak menginap di kolej kediaman tercinta, saya akan tingggal dengan sahabat di rumah mereka, tidur secara jemaah atas lantai.

Jadi mengapa memilih jalan ini ? Kerana jalan ini lebih MENENANGKAN JIWA. Malahan sepanjang tempoh ujian, jiwa saya cukup tenang. Rasa bertuah kerana BERDIRI ATAS KAKI sendiri. Biar susah sedikit namun, jalan ini BERSIH dan BENAR.

Saya bertanding atas kapasiti sendiri, seharusnya penilaian dibuat atas kebolehan dan pencapaian kerana saya ingin menyumbang untuk rakan mahasiswa yang TERBEBAN.

KES WANG RM 100

Pengalaman ini adalah yang paling dahsyat selama 22 tahun kehidupan. Pertama kali menerima wang tunai dalam sampul, pertama kali ke pejabat polis membuat aduan, pertama kali berita hangat diperkatakan seMALAYSIA.

Mungkin ada yang menganggap ini isu remeh yang sengaja diperbesarkan. Mari berfikir diluar kotak pemikiran.

Saya memang menerima wang dan surat itu, dan surat itu bersampul Universiti Malaya. ”Sahabat saya” telah membuat kajian ke atas laporan polis yang dibuat, kajian dibuat berdasarkan FAKTA yang bertunjangkan PERSEPSI, satu persatu saya teliti.

Dan akhirnya saya membuat keputusn, untuk tidak marahkan dia walaupun telah menampal salinannya di board JTK malah di kaunter PEJABAT. Kerana dia TIDAK TAHU KEBENARAN..bersangka baik walaupun sakit..


Saya juga baru belajar tentang cara membuat aduan dan bagaimana kajian kes dibuat oleh pihak polis.

imbau satu persatu…..
Minggu sebelum minggu PRK

Saya dihubungi oleh beberapa individu yang saya kenali menawarkan saya untuk bertanding bagi pihak aspirasi, namun telah saya tolak atas pendirian saya (ketika itu saya telah membuat keputusan untuk bertanding bagi pihak PRO M).

Sepanjang tempoh, saya dapat rasakan saya sering diekori, sehingga pada 13 Januari, sehari sebelum penamaan calon saya menerima SMS yang memaklumkan bahawa terdapat surat untuk saya di pejabat kolej, saya membaca SMS yang dihantar pada 4.12pm selepas selesai Practical Lab bagi subjek Human Biology ( kira-kira jam 5 petang)

Selesai sahaja lab, saya pun pulang ke kolej kediaman dan bertanya kepada kerani pejabat (malah turut berbual dengan mereka), apabila dimaklumkan tiada, saya terus ke pigeon hole pelajar yang terletak berdekatan tangga, dan ternyata surat itu berada dalam bakul merah..(ni detail statement ni)

Tidak disangka-sangkakan, hari-hari yang kadang kita anggap sebagai hari biasa, boleh disabitkan sebagai hari yang penting. Selesai sahaja solat asar, saya buka sampul tersebut, surat beserta wang kertas RM50 sebanyak 2 keping, saya tunjukkan surat tersebut kepada dua orang junior dan rumate lain. Surat bertajuk ” Tawaran menjadi calon bagi Pemilihan Perwakilan Mahasiswa sesi 0809”. Antara tawaran yang diberikan tempat penginapan, makan dan jaminan keselamatan. Wang yang berjumlah RM100 itu adalah wang saguhati permulaan tawaran tersebut.

Tidak cukup dengan itu, saya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita dalam lingkungan jam 6.30 yang memperkenalkan diri beliau daripada HEP dan jika bersetuju untuk menerima tawaran ini, sila ke pejabat HEP. Saya jawab, baiklah saya akan ke HEP untuk PULANGKAN SEMULA sampul ini !! Marah !

Apa yang anda fikirkan ?

Ini bukan kes picisan…

Politik wang sudah berleluasa dalam kepimpinan politik nasional, dan hari ini, pemikiran mahasiswa yang sepatutnya genuine juga mahu di sogokkan dengan KEKOTORAN dan JIJIK perbuatan TERDESAK pihak tidak bertanggungjawab. ALLAHUAKBAR..Jika tiada iman dihati, wang tersebut boleh saya senyapkan malah saya boleh anggap surat tersebut tidak pernah wujud.

Ekoran…

Pendirian saya menolak tawaran, diekori, mendapat surat dan wang, malah dihubungi supaya ke pejabat HEP. Bersama nasihat sahabat-sahabat pimpinan untuk pertahankan diri dengan membuat report POLIS. Jika anda? Apa tindakan anda ?

( Masih ada yang mempertikaikan mengapa saya perlu buat report POLIS..Cukup menyedihkan)

REPORT POLIS

Pengalaman pertama ke Balai Polis ketika itu, di Pejabat Polis Pantai Permai, saya bersama 3 orang sahabat bertemu dengan 2 orang pegawai polis dikaunter. Sayalah yang menaip laporan itu, apabila diminta oleh pegawai disitu untuk memudahkan report dibuat. Selesai menaip report, pegawai polis wanita tersebut terus membuat panggilan kepada pegawai atasan, membuat salinan fotostat bahan bukti, dan meminta saya menandatangani report yang telah dibuat. Polis wanita itu memaklumkan bahawa seorang Inspektor akan mengambil alih kes ini dan akan menghubungi saya untuk siasatan lanjut.

Hebat ALLAH, kini, saya sudah belajar dan tahu beberapa perkara berkaitan aduan dan gerak kerja siasatan polis, mengenali SB dan mengetahui kepakaran sesebuah cawangan polis. Campur hari ini, saya telah pun turun naik ke pejabat polis sebanyak 5 kali, termasuk semalam menyerahkan telefon bimbit dan simcard untuk tujuan pengenalpastian nombor telefon yang menghantar SMS dan wanita HEP yang menghubungi saya.

TAHUN YANG SILAP

Antara isu yang dibangkitkan oleh ramai pihak ialah kesilapan menulis tahun dalam report tersebut. Dan saya akui memang kesilapan saya. Mahu tahu ? Sebenarnya borang penamaan calon saya juga telah diharu birukan oleh saya sendiri.(^_^). Silap-silap pencalonan saya boleh terbatal.Kerana tarikh dihujung borang diisi dengan tahun 2008 juga.

Allah Maha Besar, dihadapan pegawai yang menerima borang, sahabat wakil calon terperasan dan minta saya betulkan kembali tahun tersebut dan telah disahkan semula. Dan kerana rasa bimbang tahap tertinggi wakil calon saya ini, beliau meminta saya mengisi satu lagi borang baru dan ingin membuat pendaftaran semula kerana bimbang tahun 2008 yang dipotong dan digantikan dengan 2009 boleh dipertikaikan oleh pihak lain ketika sesi bantahan.

SURAT YANG SALAH

Ramai juga yang meragui mengapa saya perlu membuat laporan sedangkan jika saya benar-benar arif tentang surat-menyurat sudah pasti saya sedar kesilapan yang dilakukan. Malah yang cukup menyedihkan apabila saya dituduh membuat surat tersebut dan sengaja memFITNAH TNC. Itupun dalam musim pilihanraya yang saya sendiri sibuk untuk membuat persediaan. Dalam report yang dibuat juga saya tidak sekalipun menuduh TNC HEP malah dalam mana-mana further statement yang dilakukan saya tidak akan sesekali membuat tuduhan kepada sesiapapun, inikan pula menCANANG-CANANG nama.

Malah saya turuti nasihat pihak polis supaya tidak membuat apa-apa press statement, ya, hari penamaan calon sahaja saya telah cuba ditemuramah oleh beberapa wartawan akhbar, namun saya tolak untuk kebaikan dan elakkan keadaan menjadi semakin keruh.

Kini, biar pihak POLIS yang cari, SIAPA DALANGNYA..Mereka lebih pakar..

TANGGUNGJAWAB

Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja
Jika kita tidak mengambil tindakan berani
Pihak yang JAHAT dan JIJIK akan terus rasa GEMBIRA
Kerana langsung TIDAK TERGUGAT
Eleh…Mahasiswa itu, aku bagi RM 100 senyap la dia..
Walaupun RM 100 !!!
Ini bukan soal berapa banyak wang yang diberikan
Tapi bagi saya ini adalah MURAHNYA NILAI DIRI MANUSIA
Tidak mengapalah kita mencetuskan KEPANASAN untuk isu yang datang daripada wang RM 100
Namun apa yang ingin ditunjukkan di sini
JANGAN BERANI MENGGUGAT MAHASISWA !!!
Saya yakin dan percaya
Jika diperingkat MAHASISWA yang tahap INTELEKTUAL NYA sentiasa berkembang
Kita mudah dijual beli…
TIDAK MUSTAHIL…Negara kita akan DIJAJAH juga dengan cara JUALBELI..

BERANI KERANA BENAR

Sehari selepas aduan dibuat saya dimaklumkan pihak pimpinan bertemu dengan pihak TNC HEP untuk meminta penjelasan, saya dimaklumkan bahawa TNC HEP membuat report polis berkaitan pemalsuan DOKUMEN, dan beliau menafikan tandatangan beliau.

Ada isu dikolej kediaman, berkaitan pertandingan forum antara IPT. Memandangkan pertandingan ini diadakan dalam tempoh saya sedang berkempen dan saya tidak mahu ada pihak yang mempolitikkan keadaan, saya berbincang dengan pihak jawatankuasa secara telus samada saya perlu terus untuk menyertainya atau tidak.

Keputusan akhirnya, mereka mahu saya menyertai pertandingan ini seperti mulanya. Hari penyampaian hadiah diadakan di kolej kesayangan, selesai sahaja berkempen di kolej 11, saya terus bergerak ke kolej 4, saya dimaklumkan bahawa ayahanda TNC akan menjadi perasmi majlis pada malam tersebut. Saya mengambil keputusan untuk berada dalam majlis.

ALLAHUAKBAR…

Saya telah jangkakan, ucapan dasar perasmian adalah ucapan berkaitan isu fitnah terhadap beliau, dan, ketika itu mungkin ayahanda tidak perasan saya turut sama serta dalam majlis. Sahabat peserta yang lain memberi semangat dan kata-kata penguat. Saya tersenyum. Terlalu jauh ucapan dasar itu pergi sehingga kepada peribadi saya, siapa ayah saya, malah menyentuh tentang ibadah. Allah bersama hambaNYa yang sabar..

Benarlah Ya ALLAH janji-janjiMu…
Benarlah Ya ALLAH, manusia itu mudah marah..
Benarlah Ya ALLAH, manusia itu lemah..
UM mendapat tempat ketiga dalam pertandingan forum kali ini. Alhamdulillah, walaupun berlatih tidak sampai sehari. Saya turut naik ke pentas untuk mengambil hadiah, dan tersenyum kepada ayahanda. BERANI KERANA BENAR….

DIBUANG DIKOLEJ SENDIRI

Akan saya jadikan pengalaman ini sebagai kenangan yang paling indah…
Dikolej kediaman ini….
Saya dinafikan hak sebagai seorang mahasiswa…
Saya melihat lemahnya manusia kerana terpaksa…
Saya gagal membawa keluar adik-adik daripada PLAY SAVE SYNDROM yang saya tekankan ketika Kursus Kepimpinan Kolej
Saya melihat adik-adik yang tidak sedar malah hanya akur dan patuh..
Saya merasai kasih sayang atas nilai ukhwah yang hilang kerana buta pada KEBENARAN

Saya diberikan masa hanya 10 minit sahaja untuk berkempen..
( Namun lain di barisan penggerak yang dibenarkan untuk menggunakan platform apa sahaja untuk berkempen, tidak pula dikira masa, start and stop, malah diraikan.ALLAH..hebatnya keadilan)

Saya menerima SMS bahawa setiap aras diletakkan jentera, apabila saya bertanya mengapa, kepada ketua jentera (tahniah kerana telah melaksanakan tugas dengan baik dik) mengapa menghalang pelajar untuk turun mendengar kempen, jawabnya jentera diletakkan untuk elak calon naik ke bilik-bilik. ( saya juga tahu larangan berkempen).

Setibanya di dewan santapan, hanya ada pelajar India tarian, kemudian bacaan yassin disurau pula kedengaran kuat dispeaker luar, ALLAH…muzik tarian semakin lama semakin kuat…ALLAH..Tidak lama terdengar pengumuman diinterkom kolej.. ALLAH….

ALLAH MAHA HEBAT !!

Semakin lama semakin ramai

Semakin ramai..dan ramai yang turun untuk memberi sokongan. Sahabat-sahabat dengan semangat dan saya yakin tidak rasa gentar membawa turun belon-belon yang ditulis kata-kata semangat. Malam kempen itu menjadi malam kempen bersama linangan air mata, ramai yang menangis malah memberi kata-kata semangat yang tidak pernah putus. Terima kasih semua. Antara amanat yang saya sampaikan:

  1. Biar diri ini hancur jika ianya BENAR untuk ISLAM
  2. Tidak perlu takut akan ugutan, kerana setiap daripada mahasiswa punya hak.
  3. Don’t PLAY SAVE

Sehingga di sini dahulu...
Tunggu...
Akan saya ceritakan kenangan paling bermakna...

HARI PEMBUANGAN UNDI UNIVERSITI MALAYA.(^_^)

27 comments:

shahidah said...

huhu~
pjg lebar tapi menarik
"don't play safe"
setia menanti entri seterusnya!
=D

asyraffaiz said...

sokongan 110 % kepada ayuni dan perjuangan nya :D

--Teacher oh teacher-- said...

assalamualaikum..pertama sekali,k zati nak ucapkan tahniah atas kemenangan anda..kemenangan anda adalah kemenangan Islam...

walaupun kurang mengenali ayunni sms di Fak Sc,tetapi kzati sudah menjangka akan kehebatan ayunni..

Begitulah pengalamn menjadi seorang calon..rasa macam berperang sungguh2 time PRK ni...dan masa nilah kita kenal siapa kawan dan lawan kita...

Apa yg plg penting, NIAT ikhlas kerana Allah..jgn lupa. Anggaplah musuh sebagai mad'u,semoga mereka diberi hidayah utk memahami sebagaimana yg kita faham

cheekylulu said...

salam dr ukm
tahniah kak~~

-harapan baru mahasiswa-

the hazim said...

salam dik ayuni..
kagum dgn apa yang ayuni buat..
tapi nak tnya lah..awat p report kat polis bukannya SPRM? SPRM kan untuk kes rasuah2 macam tu..

bulat said...

berani kerana benar.

Wan Nur Shuhada said...

Subhanallah...

Maha suci Allah yg m'ciptakan insan tegar dalam menegakkan kebenaran...

Sy saksikan semuanya..sy jg merasainya...tp berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul...

smg Allah membayarnya kelak..

pelajaran yg t'baik adalah apabila anda memilih utk tdk b'ada dlm 'comfort zone' itu...

namun harus diigt, Allah akan sntiasa m'uji insan yg d'sygiNya...jgnlh b'henti b'hrp pdNya...

"Ya Allah, lindungilah kami dr keputus asaan terhadapMu..."

Syahid nss said...

Assalamualaikum aye,

Segala terjadi di muka bumi ini di dalam perancangan ALLAH...yang Maha Menguruskan segala sesuatu..

Mohon padaNya selalu semoga terus berada di atas jalanNya...

"Ya Muqallibal qulub, thabbit qulubana 'ala tha'atik wadinik"

Semoga terus istiqamah dalam perjuangan..

ceria2 selalu :)

matjang said...

dugaan....anggaplah bekal utk masa depan
semoga lebih tabah pd masa akan datang
Allahuakbar
akhirnya kebenaran akan timbul
slmt menjadi YB
slmt mengisi kemenangan...

paktam@jengka said...

salam..

tahniah kepada nty...

kuatkan smgt, ckalkan hati dn truskan perjuangan.. sluruh mahsiswa UM di blkng anda, prcyalah..

pnglaman mndwasakan kta..

Castrucio Castracani said...

Takbirr!!!!
semangt bgini la y kte mhu..
tidak gentar dgn sgla tikaman..
Tahniah untuk enti...
smga kmngn ini memberi pluang utk kte(pro-m) memasarkan islam dgn jayanye di kampus perdana ini...
Chayuk!!Chayuk!!Chayuk!!!!

Z a F said...

congrats kak ayuni!!
u'll always have our support~~
ekekekek

:D

qudwah_humaira said...

Shahidah :

doakan akak istiqamah dalam perjuangan..tunggu ya..akak pun mencari masa untuk entri seterusnya...(^_^)

asyraffaiz:

abang acap...
knapa x 200% ?
hehe

teacher oh teacher:
macamne boleh buat jangkaan tu..?
hehe..
akak, belanja makan !!
baru bole kenal..(^_^)

qudwah_humaira said...

cheekylulu:

syukran ya ukhti..

the hazim:

salam ya akh hazim...
kenapa x bawa ke BPR ?
kerana niat laporan untuk mempertahankan diri..
elok nak bawa ke BPR ada bukti kukuh kan...
by the way...
happy to read ur comment !
alhamdulillah

qudwah_humaira said...

Bulat :

ya..benar dan berani dong..
Allahuakbar !

Wan Nur shuhada:
Boleh x jangan bagi komen yang touching2...
oh naw...
huuu..nanti aye sedih lagi..
bla nak belanja mamam ?
terima kasih atas kasih sayang na..

qudwah_humaira said...

syahid :

syahid pernah kata pada aye, syahid susah nak ramah dengan orang mcm aye..ats sebab tuuuttt...
aye sangat bertuah kerana dapat berjiwa dengan syahid..
syahid sangat baik (^_^)..
tq my wakil calon !!

mat jang :
syukran 'ala barakatillah..

paktam @jengka:
mak ngan abah kat umah da suh bertanding PRK UMUM adun BENTA...
huuu..jangan la begini..

castrusio:
tq..
marilah bersama menuju kejayaan...
jangan lupa akademik..
nak jadi PA AKademik ana pun bagus juga..hehe

ZAF :
Tq dik..
i will try my best (^_^)
kena belanja makan ni dik...hehe

matjang said...

http://matjang.blogspot.com/2009/01/pilihanraya-umintai2-dari-dekat.html

link di atas gmbr semasa saudari berkempen di 12th....hehehe

sHi said...

salam ziarah ayuni yang dikasihi kerana Allah. moga tetap tsabat di atas jalanNya. tak kira di mana kite berada, tegakkan hak dan musnahkan yang batil ye. akak sentiasa mendoakan smoga kite sume mendapat hidayah dariNya. love u sys~

LuxAeterna said...

salam ayuni.
dicelah persengkataan, akan ada pihak yang mengambil kesempatan. mohon petunjuk dari Allah S.W.T supaya sentiasa ditunjukkan yg batil dan yg benar.
sy tidak akan nyatakan samada saya menyokong atau membantah perjuangan ayuni. tapi saya menghormati pendirian dan keberanian yg telah ayuni perolehi.
ingat, usaha bukan tangga kejayaan. tapi keikhlasan dan ketaqwaan atas namaNya. berani kerana benar...tapi hati2 supaya keberanian kita tidak diambil kesempatan oleh pihak yang berkepentingan...
sebagai rakan siswi, dan saudara seagamamu, saya meyakini kebolehan ayuni..but i plead for you to LOOK AT THE BIGGER PICTURE.

salam perjuangan.
ikhlas.

qudwah_humaira said...

LuxAeterna :

Tq for ur advice..
realiti kehidupan jalan yang kita pilih tidak akan selalunya disukai...
biarlah dibenci manusia tika mana insya ALLAH disukai ALLAH..

saya menerima tanda..
Tanda keteguhan hati selama PRK..ketenangan yang makin meresap walaupun keadaan sangat kritikal...

doakan yang terbaik untuk Islam..
Untuk Islam

qudwah_humaira said...

Shi:

kak shi...
tq kak..i love u..

nuwairahsafwa said...

salam...
tahniah sbb akhrnye dpt juge melepasi sgala cbaran dan dugaan dariNYA..
namun ekin rase,slps ini barulah bermula sgala cubaan n dugaan yg sbenarnya...
semoga tabah harungi sgala halangan...
slalula brgantung harapan n berserah kpd ALLAH..
ingtkn ekin skali psal ni ye...
heheehhehehe..
mase PRK ni la br ekin sedar mane yg btol2 same2 ngan kite dlm prjuangan ni...
ade juge yg same2,tp nk brjuang dlm keadaan selesa je..
xsame2 dlm susah...
hmm pelbagai ragam manuisa...
baru kite tau mane sahabat,mane kwn,dan mane satu bkn kwn...
time kasih ajar ekin tntg ukhwah n persaudaraan..
ekin rase seronok sgt time PRK ni..
w'pon ade rase mkn hati ngan sesetgh pihak...
time kasih juge kpd kk2 yg lain..
yg ajak ekin same2 brjuang...
yg rase ekin mmg diperlukan..
time kasih ats keprcayaan 2..
akan ekin ingati saat2 manis ni..
hehehehe..
k salam..

Anonymous said...

salam ayuni semoga aye tabah hadapi semua dugaan ini...kami semua ade disisi aye dgn sokongan x berbelah bagi...

"don't play safe!!!!!"
~sha~

akak said...

=)

cahaya said...

uhuk..uhuk..so touching...

LuxAeterna said...

Salam..
Untuk Islam..kerananya kita berjuang.
tapi pastikan ianya betul2 kerana Islam.

All the best

ka-ii said...

=)