Sunday, November 8, 2009

UKHUWAH DI LUTUT ?


Sejak dari kecil hingga besar saya menilai apakah erti ukhuwah yang sebenarnya, hingga akhirnya menemui satu erti yang membawa satu perubahan yang besar.


Saya yakin, pasti dikalangan sahabat-sahabat berhadapan dengan masalah ukhwah dikalangan teman rapat, dan ianya menjadi satu masalah besar apabila makhluk ALLAH yang bernama manusia meminta ukhuwah daripada anda tapi sebenarnya salah meletakkan penilaian.


PENGAJARAN DARIPADA AISHAH


Saya punya seorang sahabat, yang sentiasa mengambil berat tentang diri, malah meletakkan hak pada setiap sahabatnya . Kadang, saya malu dengan Aishah kerana pernah ditegur tidak membalas mesej yang diberinya. Berilah pelbagai alasan, hakikatnya saya memandang rendah pada sebuah persahabatan.


UKHUWAH ISLAM ?


Saya melihat siri-siri kehidupan yang amat menguji diri. Jauh hina daripada ukhwah Zainab, anakanda tercinta Rasulullah s.a.w yang mengorbankan cinta seorang suami (ketika itu sedang berbadan dua) hanya kerana aqidah Islam.


Masih ingat kisah-kisah rentetan sejarah Rasululllah yang panjang, bermula bai’ah-bai’ah kaum muslimin untuk hidup dan mati mempertahankan agama? Subhanallah.


Atau kisah ukhuwah Zainab Al-Ghazali dalam ikhwanul muslimin yang diseksa zalim dalam usaha memberi maklumat gerakan ?


Saya simpulkan dengan mudah, bahawa ukhuwah islam itu bukan didasari nafsu, iaitu ukhwah kerana kepentingan namun sebenarnya ia adalah kerana aqidah mentauhidkan ALLAH. Membuatkan saya terlalu ingin membawa adik-adik dan sahabat memandang lebih besar apakah tuntutan ukhuwah sebagai Islam.


Ya, ini hanya pandangan, dan anda berhak membuat pelbagai interpretasi sendiri. Namun saya berdiri atas paksi kecewa apabila melihat manusia sanggup menggadai masa sia-sia hanya kerana mahu menyelesaikan masalah ukhuwah yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan fahaman sirah !


** jangan minta saya berhenti menulis**

14 comments:

anak halal said...

Sesungguhnya ukhwah itu nikmat jika kita berjaya memperoleh ukhwah yg sebenar..nmn hakikatnya ramai di antara kita yg berukhwah coz nafsu dan atas dasar kepentingan msng2...
Apa yg jelas ukhwah dgn Allah SWT xkan putus smpai bl2.....

moja mojako said...

teruskan menulis sis.. im on ur back (^_^)

qudwaH_Humaira' said...

anak halal:

beriman dengan surah an-nazi'at :46..insya ALLAH ya.

mujahid :

subhanallah..hari ini akak sedar sesuatu..(^_^)

Al-Fateh said...

Berkenaan dengan ukhwah ini, tahap keperluannya berbeza antara individu. Namun, sememangnya isu ukhwah ini bagai kemuncup dalam perjuangan dan perkara ini perlu awal2 lagi diselesaikan.

Ada pihak yang menganggap isu ukhwah ini merupakan isu yang remeh, tetapi inilah kemelut yang melanda mereka2 yang sedang berjuang.

Teruskan menulis ya Humaira'.

qudwaH_Humaira' said...

al-fateh :

sirru 'ala barakatillah..(^_^)

nuwairahsafwa said...

selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sabat yang telah di cari-saidina ali

ShohwatuL_Islam said...

ukhwah itu halwa dan peria. yang ada waktunya terpaksa dimamah dan dicerna untuk islam kembali berbunga

qudwaH_Humaira' said...

nuwairahsafwa:

ana minta nti syarahkan maksud sahabat..syukran

shohwatul_islam :

sungguh aku mencintaimu..

syuhadah dzarawi said...

Salam

Ayuni, syud terfikir mengenai emosi perempuan. Orang kata perempuan ni emosi, tapi syud rasa ia perkara biasa. Tapi biLa cuba renungi baLik mana2 persatuan, dmpp, atau mana2 organisasi wanita syud rasa memang ada masalah. Kita bermain di sekitar emosi yang memang agak tidak sTabiL (^_~)!!

Begitu juga daLam ukhwah-emosi banyak mempengaruhi ukhwah antara sesama perempuan. Semoga berjaya mencapai kematangan emosi, supaya kelak menjadi pemimpin yang berjaya.

Yup, jangan berhenti menuLis. Selagi ia punya manfaat buat yang lain teruskan menyumbang.

p/s: my final semester-teringat masa first year [METEOR]

qudwaH_Humaira' said...

syud:

uwafiq jiddan..

meteor..kenangan pertama cukup yang manis

moja mojako said...

sedar apa??? huh..

moja mojako said...

eh.. sedar apa???

qudwaH_Humaira' said...

sedar, mujahid follow akak secara x langsung..tq dik(^_^)

Beard & Books said...

eh.. ye ke??

ye la kot (^_^)