Saturday, April 4, 2009

SEJAUH MANA KITA MAMPU BERUBAH ?


Persoalan ini wajar ditanya pada diri setiap insan. Kerana perubahan tidak datang mudah, ia bermula dengan tekad dan keazaman. Saya berhadapan dengan sistem. Sistem yang telah digunakan sekian lama. Sistem yang telahpun dibudayakan oleh generasi pimpinan terdahulu, dan apabila saya dan rakan hadir dari kelompok yang dilihat berbeza, angin meletakkan semua pada undang-undang dan kembali mencari sistem yang benar pula menjadi objektif.


Saya cuba optimis. Ini bukan soal pelaksanaan. Jika pelaksanaan rosak, ia boleh diperbaiki dengan pendekatan baru, cara yang lebih efektif. Namun ini adalah soal dasar dan polisi.


Ya, sudah tentu saya bersedia untuk benar-benar berfikir secara kritis, apabila saya membuat keputusan untuk langsung tidak lagi melihat kepada cara pentadbiran generasi sebelum, bentuk-bentuk pengurusan organisasi. Namun, dalam kekangan masa yang saya alami, saya berhadapan dengan 2 cabaran !


  1. Membina sistem pengurusan benar mengikut AUKU, STATUT, TATATERTIB, PERATURAN, dan ARAHAN HEPA.
  2. Merangka/merancang gerak kerja keseluruhan kepimpinan tanpa sebarang rujukan.


APA SUDAH BERLAKU ?


Jangan tanya pada saya apa yang telah berlaku, apabila pihak tertinggi memanggil saya dan mengatakan apa yang saya lakukan tidak mengikut prosedur/salah, sedangkan ianya telah dibudayakan sejak 2 3 tahun kepimpinan sebelum. Jawapan terakhir yang saya peroleh :


>>You should not use those previous as your references, they were wrong.

Saya jawab: Oh ya? If they were wrong, means you allow them to do so.


MENGGUNUNG HARAPAN


Saya cukup marah apabila hak untuk diadili tidak diletakkan pada tempatnya, sedang manusia baik/jahat didunia akan diadili oleh Maha Adil kelak, jika bukan didunia pasti diakhirat kelak. Itu ALLAH, andai ALLAH adil, manusia lagi perlu adilnya.


Dan untuk perjuangan ini saya perlu bermain dengan undang-undang dan proposal penambahbaikan. Malah saya perlu berhati-hati dengan usaha “menggagalkan” nya. Ya ia boleh berlaku, dengan meletak halangan dihadapan, malah mungkin dengan mematikan! Saya optimis namun saya perlu berhati-hati.


  • Pilihanraya Kolej Kediaman
  • Pemilihan Penginapan Kolej
  • Spesifikasi Yuran Kolej Kediaman
  • Kebajikan luar kampus


UNDANG-UNDANG


Isu spot check yang saya bawakan ke peringkat pentadbiran HEP akhirnya selesai. Ketika saya membuat edaran borang sokongan surat kepada rakan-rakan kolej kediaman, ada rakan pelajar yang menyindir saya :


” Ayuni, apa you nak buat? ia ada dalam undang-undang. You pasti kalah !”


Isu yang dibangkitkan Pertengahan Februari itu berakhir April ini. Saya bertemu dengan pegawai perundangan HEP dan membuat beberapa penegasan, dan beliau turut bersetuju dengan hujah yang saya berikan.


Mengapa ?

Saya yakin, undang-undang dibuat untuk melahirkan masyarakat berdisiplin. Dan undang-undang tertinggi adalah hukum syariat Islam itu sendiri. Undang-undang perlu ditetapkan dengan menilai ciri dan kesesuaian.


Kami mendapat kemenangan atas kata sepakat dan keputusan :


  1. Isu dibawa ke dalam mesyuarat Pengetua-Pengetua
  2. Memastikan hanya pegawai wanita, dibantu oleh JIK, JTK atau floor rep wanita yang masuk ke dalam bilik-bilik pelajar siswi.
  3. Memastikan satu standard tatacara spot check untuk semua kolej kediaman. ( pihak ayahanda TNC sendiri memaklumkan bahawa pihak pengetua kolej sedang merangka satu guide line spot check yang akan digunapakai oleh semua kolej kediaman)


BANTU KAMI UNTUK MEMBANTU ANDA


Saya cukup kecewa baru-baru ini kerana kes pencerobohan di Kolej Kediaman Kelapan masih berlaku. Saya menyeru rakan siswi untuk membuat aduan terus kepada pihak polis dan pihak keselamatan, dan memaklumkan kepada kami, supaya kami boleh maklumkan terus kepada ayahanda TNC yang akan segera memberi respon panjangkan kepada pihak berwajib.


Pihak kami tidak mampu mambantu sekiranya, anda takut jika aduan dibuat imej kolej akan tercemar , trauma jika akan diugut oleh pihak-pihak tertentu, takut untuk turun naik balai polis, dan malu.


Antara dua, pilih untuk kami bawakan isu untuk dilihat secara serius oleh semua pihak, atau berdiam diri, dan akibatnya, isu tidak akan selesai, malah jika hari ini penceroboh berani curi laptop, barang kemas, jangan terkejut jika ”yang paling berharga” akan turut diceroboh.


”nauzubillahi min dzalik”


BETAPA KITA PERLU SALING MEMBANTU


Saya beriman pada kekuatan hidup berjemaah :

Rasulullah S.A.W bersabda :

” Tangan ( atau pertolongan ) Allah itu bersama jama’ah. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya).”

PENGALAMAN YANG MENGAJAR


Benar kata ibu, Allah meletakkan ujian yang hebat, kelak jika datang taufan kecil, kaki tetap gagah terpasak di bumi. Rasa sukar, mahu mengisi masa dengan sebaiknya, tatkala berat memikul amanah. Tiada lagi masa untuk bersuka-suka, segalanya ditumpukan untuk agama Allah.

Kesibukan ini menenangkan ya Allah..

15 comments:

khalifah said...

we can change if we really2 want 2 change......bl nk bt prbhn ckt mst kn ktk sdgkan prbhn yg kt nk buat 2 adlh sesuatu yg btl.....bl nk maju??klau asyk dgr ckp org yg juz th mngutuk jew...mrk bkknye th ap2...ckp jew lbh....so...sm2 brgndg bahu dlm m'buat prbhn ke ats bumi UM niee..
p/s: buat report la klu x mau maruah anda tergadai...jgn heran klu pasni ad dgr pljr UM yg kn raped free2 dkt kolej...nauzubillah..sgl tndkn anda mampu mngbh segalanya.....

Unknown said...

Saya sokong saudara Ayuni.Bilik saya juga telah diceroboh oleh penyelia lelaki.Kebetulan sy tiada dalam bilik kerana menghadapi ujian pada belah petang.Namun ,saya gusar.Sekiranya saya ada dlm bilik,bagaimanakah keadaanya?.Semoga saudara Ayuni berjaya membawa suara-suara pelajar kerdil seperti saya.Allahuakbar!Perubahan perlu untuk kebaikan!!

Wan Nur Shuhada binti Wan Hasan said...

Ayuni, kpd golongan2 yg sentiasa cuba merencatkan perjuangan ni, juz butakan mata, pekakkan telinga and follow the right path...

kt juga pernah b'jaya suatu ms dahulu...perlu jgk utk kt lihat k blkg, bljr drpdnya dan terus bergerak...bak kata pepatah inggeris, "Look at the past, learn from it, then move on!".

Sy yakin dgn smgt Ayuni n jiwa yg kental, 'cahaya' itu akan tersebar jgk ke seluruh kampus.

sebaliknya, ayuni kene bkk mata seluasnya2 dan psg telinga utk lihat dan dgr rintihan2 warga kampus yg meletakkan kpcyaan kat korang...

as for me, i'll try my very best 2 support...ngeehehe... ",

Saladin the Saracen said...

Ana ada satu cadangan berkaitan dengan hal ini. Mungkin boleh diterima atau mungkin boleh ditolak. Atau mungkin sudah terlaksana di sana.

Dalam usaha menunggu peraturan dan undang-undang tercipta, satu usaha diperlukan sesegera mungkin untuk menangani masalah ini.

Adakah pasukan patrol dari kalangan siswa & siswi sudah di bentuk ? Pasukan yang bertindak seperti pasukan RELA ini bertanggung jawab utk mengisi kekosongan dan keterlewatan pihak pentadbiran.

Memang kita tahu, pihak admin ini agak lemban dalam isu2 sebegini. Hatta isu2 serius pun mereka lambat utk mengurusnya, inikan pula isu2 yang kurang serius.

Jadi pada ana, mungkin pasukan patrol dari kalangan mahasiswa perlu dibentuk. Juga senaraikan langkah2 keselamatan utk pasukan patrol ini.

Sekadar cadangan ana, jika sudah ada tindakan sebegini, harap diteruskan dan diperkasakan.

"mencegah lebih baik daripada mengubati"

Student Victa !

ASMUM said...

Salam~YB, letak la shout box kat sini...senang nak bagi makLumat@inFo.

Jemputan Ke Kelas Wanita dan MasaLah Seharian (WIMAS'09)

Tarikh: 10/04/09
Jemputan: Kak Mas Nisa'
Tajuk: Wanita dan Emosi

Maklumat lanjut siLa laYari :
http://um-asmum.blogspot.com

AKU WANITA~~!

qudwaH_Humaira' said...

khalifah :

confius sebenarnya khalifah cakap ditujukan kepada siapa..

p x pe..saya ambil input khalifah ni.Insya ALLAH..

syukran..

Syahidah Roslam :

Teruskan sokongan dan jadi ejen perubahan na (^_^)

annur :

such a lovely bestfrenz..
aye memang x dapat tandingi annur dalam kehebatan mengambil berat sahabat yang lain..

Jangn rendah diri, tapi rendah hati
sayang annur !!

qudwaH_Humaira' said...

saladin the saracen :

terima kasih atas keikhlasan memberi komen. Bersemangat nta ni ya.(^_^)

ana lihat juga..alangkah baiknya jika tindakan menjaga pintu pagar, jaga tangga kolej tidak dilakukan ketika pilihanraya kampus sahaja, malah diteruskan..

sekarang, gate kolej makin terbuka luas..

ana akan ambil input nta, tapi pelaksanaannya akan memakan masa..doakan ana istiqamah..

ana doakan yang terbaik untuk nta dan sahabat pimpinan UIA yang lain juga (^_^)

qudwaH_Humaira' said...

ASMUM :

Maafla.YB memang sengaja x letak shoutbox..terasa hilang privacy
kalau nak bagi info, terus kepada ym ya :

qudwah_humaira (add me)-YM

nuwairahsafwa said...

salam..
akak..
emm xde nk ckp ape kot..
sume dh dismpaikan org..
ape pon yg dpt ekin tgk cni kdg2 manusia ni menghalakan cara yg xelok untk kpentingan diri sndiri..
jd kite msti mngambil iktibar supaya pd lain hr,bile kite telah jatuh,xde org akan ungkit ape yg tlah kite wat dn lakukan pada masa lepas..
ingt, TANGGUNG amanah ni..
n wat yg trbaik untk JAWAB di akhrat kelak..
ape pon gd luck..
moga brjaya untuk yg kedepan ni..
faham2 la ye sndiri..
hehe..
k jage diri..
salam..

Anonymous said...

Untuk pengetahuan saudari Ayuni, anda tidak berada di kolej 8, jd anda tidak tahu apa yang kami dh usaha buat.

Pertama, disebabkan pencerobohan berlaku kerana penghuni meninggalkan kunci atas meja, kami bersama pihak penugursan kolej telah memasang grill, supaya pencuri tidak lagi dapat mencuri kunci mealui tingkap.

Kedua, disebabkan pencuri masuk ikut pintu belakang, pihak JTK bersama pihak pengurusan telah memasang tombol pintu di mana org luar tidak akan dapat masuk ke dalam floor, melainkan pelajar di floor tersebut sendiri yang membuka. dalam kes baru2 ini, terdapat pelahar yang menyendal pintu tersbeut dengan botol yang emmbolehkan pncuri masuk. Dan bilik pelahar terbbait jugak tidak berkunci.

Ketiga, pihak JTK bersama pihak pengruusan telah bertemu dan bermesyuarat bersama pihak keselamatan, dan telah merancang strategi. Akan ade pengawal berpakaian preman yang akan meronda di bahagian belakang. Sekiranya tak percaya hubungi En Rashid : 0126540450. Beliau adalah pegawai khas keselamatan

Keempat, pihak kolej telah mencerahkan lg bhgian blkg kolej dgn sportlight dan lampu. Selain itu, pagar2 dibaiki, serta peruntukan baru memasang pagar kawad (saya xingt nama pagar kawad) ni.

saudari Ayuni seolah2 mengatakan phak kolej 8 tidak buat ape2.Jadi sila siasat sebelum pndai2 sendiri buat kenyataan.kami telah melakukan pelbagai cara, sehinggala kami dapat kerjasama pej keselamtan dengan arahan TNC utk ditempatkan pegawai peronda. Ingt kes ini JTK KOLEJ 8 yg bertungkus lumus selesaikan. Apa yyg sedih, pihak mpp terutama saudari ayuni hny bercakap tapi tidak turun pdg bertemu jtk tentg masalah ini. ape pun, saya sekadar memberitahu pihak ayuni. di peringkat mpp harus dilaksanakan juga, kerana byk kolej juga, mengalami kes kecurian.bukan hny bermain kata.maaf andai terkasar.HARAP DI PIHAK MPP TURUT ADE GRAK KRJA BAGI KESELMATAN SISWI SEMUA KOLJ

qudwaH_Humaira' said...

anonymous :

terima kasih atas teguran membina. saya setuju dengan pandangan saudara/i.

Insya ALLAH saya dan rakan2 MPM akan berusaha mengatasi miscommunication antara pihak MPM dan JTK kolej..

Usaha kami masih tidak mencukupi.
Malah saya juga maklum, bahawa pihak JTK lebih berautoriti untuk menyelesaikan masalah berkaitan kolej kediaman.

Alhamdulillah, untuk makluman saudara/i, baru-baru ini dlam pertemuan bersama ayahanda NC, pihak kami dimaklumkan berkaitan penambahan 22 post untuk pegawai keselamatn, dan pengesahan 140,000 selak pintu.( diumumkan sendiri oleh ayahanda TNC)

saya sedar usaha keselamatn ni tidak akan berjaya jika tiada sikap cakna dalam diri setiap mahasiswi.

Dan saya yakin pihak saudara/i juga bimbang dengan keadaan ini.

Apa-apa pun, maafkan saya mewakili pihak MPM jika tindkan kami tidak menyenangkan pihak JTK. Saya mohon kerjasama yang lebih baik pada masa akan datang. Segalanya demi kebajikan mahasiswi.

selamat belajar.

Anonymous said...

Saudari Ayuni, ini bukan masalah pihak JTK lebih berautoriti atau tidak di kolej,tetapi adalah masalah bersama.Pihak MPP yang sering menge;uarkan kenyataan seolah2 pihak JTK xbuat keja. Kami amat sedih dgn perkara ini, kerana kami bertungkus lumus cuba menyelesaikan maslaah ini. Tetapi pihak MPP yg lgsg tidak trun pdg sewenang2nya menuding jari. Sya harap pihak MPP lebih mengutamakan kerja dari hnya berkata2. Dan sy berharap pihak MPP yang menang dgn undian dan kepercayaan kami,yg lebih authoriti bertemu dgn NC menggalas amanah ini dgn pnuh tggjwb. Tapi di ;ihak kami, telah jalankan ape yg termampu. kami sendiri telah berpuas hati dgn kerjasama phk pengurusan kolej, yg menerima apa jua cdgn kami untuk menambahkan keselamtan kolej. termasuk memasang gate automatik tetapi telah dirosakkan oleh phk xbrtggjwb. Tetapi skrg dlm proses pembaikan.Akhir kata, maaf andai tersalah bhsa. trun pdg jika ingin maklumat sebenar. hrgai usaha JTK bukan setakat menempelak kami.Tapi untuk kebajikan dan kebaikan bersama.nway, GOOD LUCK 4 ur exam miss ayuni.sekali lagi mhon maaf andai tersalah bhsa.sekian.

qudwaH_Humaira' said...

anonymous :

insya ALLAH

saya akan usaha perbaiki kelemahan..
terima kasih atas teguran..

dan akan maklumkan kepada pihak MPM lain..

tanggungjawab saya adalah amanah yang akan ditanya kelak..
saya optimis dengan teguran yang diberi..

insya ALLAH..saya sangat menghargai usaha JTK Kolej 8 bersama membantu dalam menjaga kebajikan mahasiswa/i.

tahniah juga, kerana kolej 8 adalah antara kolej kediaman yang aktif dengan program2 berbentuk dakwah..

semangat !!

Anonymous said...

Salam akak,sy harap akak dapat bawa keadilan di kolej kediaman keempat. Pemilihan PM dan KKB sepenuhnya kroni...nape hal ini terjadi,kerana PRESIDEN Junaidi nak meninggalkan pengaruhnya dalam jtk KK4. Apa hak dia melobi budak2 yg rapat dgn dia untuk menerajui kolej n JTK.
Pemilihan pemimpin kolej sebegini akan memusnahkan organisasi.
Tolong la akak,kami dh muak dgn putera bestari.

Anonymous said...

Aku sokong presiden..korang dan termasuk ayuni label dia macam2. Dalam hati korang terlalu ada syak wasangka. Aku tahu apa yang dia buat dan apa yang dia alami sekarang. Dia buat kerja selalunya tak bagi tau orang, kalau dah berjaya baru dia bagitau. Tp korang ckp saje banyak, bagi sumbangan taknak. At least pemimpin mcm dia dah tunjuk contoh tauladan yang baik. Dia dapat hidupkan surau dengan begitu hebat suatu ketika dulu tapi disebabkan korang dia jadi down sbb korang ngata dia mcm2. Fikir la sendiri. Sdr ayuni, akan terpalit di hati anda satu titik hitam yang akan menjadi ingatan sampai bila2 apa yang anda lakukan. Muka2 ini akan terbayang diwajah anda sampai ke tua : tnc, en syed,dll
Isu menceroboh itu isu bodoh. Perkataan ceroboh tak sesuai kalau nak kaitkan dengan isu ini. Awak banyak tukarkan statement dalam blog apabila perasan statement tu salah cthnya "sempat mengenakan tudung..."sudah lah ayuni. Hipokrit.Berlindung di sebalik tudung labuh