Pernah anda dengar tentang hati wanita susah dierti dan dimengerti ? Saya suka mengkaji kerana yakin bahawa kekuatan dan kelemahan itu satu anugerah yang tidak ternilai.
Saya pernah bergurau dengan sahabat saya :
“ Ana kalau dapat jadi madu ngan nti pun ana tak kisah, bahagia insya ALLAH.” mulalah sahabat saya menjegilkan mata dan mendoakan agar dijauhkan. Yalah, sahabat baik. Hati pun dah saling mencintai, jika berkongsi suami dalam kiraan, insya ALLAH bahagia.
“ Ana ambil bahagian memasak, nti ambil bahagian mengemas rumah. Haa, nti pula ambil menjaga anak-anak.” Tambah korum seorang lagi menjadi mangsa gurauan.
Ameen...
Mudah bukan untuk jadikan ia gurauan ? Namun tidak jika benar-benar berlaku.
Saidatina Aisyah, Ummul Mukminin merupakan wanita sungguh peri istimewanya bagi seluruh umat Islam, sehingga saat Aisyah meninggal dunia, riwayat mengatakan rumah Aisyah ketika itu dipenuhi penduduk seperti hari raya.
Saya cermati kisah Aisyah yang dibait cukup indah Oleh Sulaiman An-Nadawi, seorang Ulama’ yang mempunyai salasilah keluarga yang pertaliannya sehingga kepada Ali bin Abi Talib disebelah ibu dan bapanya.
Dua ciri paling menonjol dalam diri Aisyah adalah sifat manja dan cemburunya yang tebal. Dan sumbangan yang paling hebat bagi seorang pendidik dan pengasuh umat Islam adalah periwayatan hadis. Aisyah sungguh pintar. Subhanallah.
Aisyah hidup bermadu dengan 9 orang wanita selepas Siti Khadijah meninggal dunia. Namun kehidupan dalam rumahtangga Aisyah dan isteri-isteri Nabi yang lain didasari ketaqwaan yang hebat pada ALLAH.
Aisyah paling mencemburui Siti Khadijah,
” Saya tidak pernah rasa cemburu pada seorang wanita sebesar rasa cemburuku pada khadijah. Beliau meninggal sebelum pesuruh ALLAH mengahwiniku. Tetapi, beliau selalu menyebut namanya dan mengenang kebaikannya. ALLAH pun menjanjikannya sebuah rumah di syurga yang dibuat daripada batu permata. Setiap kali menyembelih kambing, pesuruh ALLAH selalu membahagikan sebahagian dagingnya kepada keluarga Khadijah.” Hadis dicatat oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah.
Namun, ada sesuatu menarik berkaitan sikap Siti Aisyah kepadanya. Anda tahu, semua kisah berkenaan jasa-jasa Khadijah dalam dakwah Islam paling awal termasuk bagaimana beliau membela, menghibur dan membantu Nabi Muhammad diketahui melalui kisah yang diceritakan Aisyah. Hebat !
Bagaimana pula dengan cemburunya wanita hari ini ya ? Ada sehingga sanggup mencurahkan asid ke wajah suami, atau menyihir madu kerana cemburu. Nauzubillah..Terlalu jauh dengan sunnah rumahtangga pesuruh Allah.
Sirah ini hikmahnya menjadi teladan bagi seluruh wanita Islam yang percaya pada Zat dan sifat-sifat Allah. Kita sendiri boleh telitikan ayat-ayat Allah yang menegur sikap wanita yang disandarkan kepada wahyu yang diturunkan oleh ALLAH dalam sirah junjungan sebagai teladan.
Rindunya pada Rasulullah..
Apabila saya telusuri sikap qanaah dalam diri Aisyah, saya terpaku melihat diri yang sentiasa hidup serba kemewahan. Sifat qanaah (berasa cukup dengan apa yang ada) sebenarnya bertentangan dengan fitrah seorang wanita.
Aisyah pula hidupnya memakai hanya satu pakaian, dan mempunyai satu pakaian cantik yang sering dipinjamkan ketika itu kepada wanita muslimah yang ingin bernikah.Subhanallah.
Saya termenung... Sedang belum berumah tangga, minta macam-macam dengan ayah dan ibu. Jika tidak dapat apa yang dihajatinya, mulalah muncung panjang. Andai perut tiba-tiba mengidam nak makan sesuatu, hajat tak dipenuhi, alamatnya merajuk sepanjang hari. Bagaimana mahu dididik sifat qanaah? Kecut perut dibuatnya.
Apabila memegang kalimah Lailahaillah. Pada pengertian sebenarnya seorang wanita akan menafikan segala kekuasaan makhluk dan membuangnya keluar dari hati. Meletakkan kekuasaan ALLAH secara sempurna.
Ini baru satu sikap keperibadian Aisyah...Saya tidak sebutkan lain-lain peribadi mulia ummul mukminin ini..Allahuakbar..
Jikalau aku sebiji batu, jikalau aku sehelai daun kering, jikalau aku sebatang pokok...
" selawat ke atas nabi"

11 comments:
wuan(good evening)...satu topik yg sgt menarik yg dibincangkan...kitorang x sbr2 nk tahu story sal mlm2 Rasullah SAW brsm isteri Baginda yg sgt dikasihi... mcmn Humaira' itu dibelai...Sesungguhnya seseorang wanita itu ingin disayangi dan menyayangi...Cinta itu sgt indah jikalau kita bnr2 fhm apa ertinya... satu penyampaian yg sgt baik...keep it up my dear....huhuhuhuhuuuu...
Antara satu sifat bagaimana nti boleh menjadi wanita solehah adalah bercukupan dengan sesuatu yang dipunyai.
Benar apa yang dicoretkan, jika diteliti, sifat qanaah itu adalah sifat-sifat yang amat diperlukan oleh seorang wanita yang inginkan status solehah.
Jika diberi, ia berterima kasih, jika tidak diberi, tidak pula ia meminta.
Atas kesedaran ini, nti kena perkasakan lagi sifat qanaah ini. Semoga terus istiqomah dan thabat dalam perjuangan.
khalifah...
cau an...khalifah..
x sabar2 ya ? haa..
jumpa di surau nanti..
kita sambung cerita k dik..
saladin the sarasin..
insya ALLAH
sebab tu ana x layak untuk berumah tangga lagi...syukran atas peringatan..(^_^)
tak layak lagi berumah tangga?
emmm kak ija pikir sat
kak ija:
ye...da tau da akak nak cakap apa..beli penyapu (~_~)..huuu
madu di tgn kanan ku, racun d tgn kiriku...huhu...
em, mustahil...cobaan...puas jgk kalo duk memasak je sepanjang hari...=)
Umar Bin Abdul Aziz berkata, "Tuntutlah ilmu kerana itu hiasan bagi orang kaya dan penolong bagi orang fakir. Tidak aku katakan bahawa kekayaan dicari dengan ilmu, tetapi yang ku maksudkan adalah ilmu itu mengajak kepada qana'ah(kerelaan hati)"
annur :
mendalam maksud annur ni...ehem.ehem
saladin the saracen:
insya ALLAH..doakan..
ya tepat sekali, ingat penyapu ingat kak ija dan kak sumi
ayu gud luck exam... bila lagi mahu ketemu? jom p makan ;)
Kak Yuni dah UBM kan. Ana dengar la gosip tu. Skrg ni adala juga heboh di kampus kita
Post a Comment