Thursday, April 16, 2009

API KRISIS EKONOMI ; NAIB CANSELOR UM


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera..


9 April yang lalu (hari ini, baru saya berkesempatan untuk menulis) saya dan rakan-rakan MPMUM telah bertemu dengan ayahanda Naib Canselor. Selepas hampir 3 minggu membuat permohonan, akhirnya kami dikurniakan rezeki ini, di Bilik Court, Canseleri, dipengerusikan sendiri oleh ayahanda Timbalan Naib Canselor. Kenangan yang tidak akan saya lupakan.


LONTARAN MINDA SEORANG AYAH



Selepas selesai suai kenal, ayahanda NC bertanyakan kepada kami beberapa soalan yang saya kira cukup kritis :


” Sejauh mana pimpinan mahasiswa sedar keadaan ekonomi dunia semasa?”


” Adakah selepas mengetahui keadaan yang semakin serius ini, anakanda masih berasa selesa? Jika anakanda masih berasa demikian, ada sesuatu yang tidak kena pada anakanda semua.”


” Bagaimana kita mahu bersedia menghadapi cabaran? Ayahanda yakin, pimpinan pelajar pasti sedar akan perkara ini. Namun, bagaimana pula dengan hampir 17 ribu rakan-rakan anakanda yang lain ? Bagaimana, anakanda mahu bawa mereka turut sama sedar dan bersedia berhadapan dengan krisis yang sedang berlaku ?”


ANALOGI PERBUALAN



Sepanjang pertemuan, ayahanda membawa kami menyelami analogi.


” Ibaratnya, anakanda semua dalam bilik ini, selesa, ada penghawa dingin, ada makanan dan minuman. Namun, diluar bilik, ada api yang besar dan semakin membesar, jika anakanda keluar daripada bilik, pasti anakanda terkorban. ”


Anakanda mahu terkorban ? Ramai yang telah hangus. Anakanda perlu buat persediaan, tidak kiralah samada dengan mengecilkan api menggunakan pemadam api, atau apa sahaja untuk pastikan bila keluar nanti, anakanda terselamat.”


Cermati kata-kata kiasan membawa erti peranan sebagai pemimpin, MPMUM perlu merencana agenda menyedarkan mahasiswa kampus berkaitan jati diri. Setiap daripada mahasiswa perlu sedar keadaan ekonomi yang sangat membimbangkan, yang mana realitinya saban hari, ramai dibuang kerja dan yang akan keluar daripada universiti pula berhadapan dengan masalah tidak mendapat kerja.


Jalan penyelasaian sepatutnya ada. Sekarang, kita tidak boleh hanya respon, namun bertindak.


MOTIVATION TO QOUTE !



” Man that think differently than others”

“ Where is the crisis, there is opportunity”

“ We are playing games, but we are playing different games.”


RESPON



Dialog antara kami dan ayahanda berlaku harmoni sekali. Yang Dipertua menyebut berkaitan galakan kepada graduan untuk menyambung pelajaran keperingkat tertinggi oleh pihak KPT. Usaha yang diletakkan dalam FESKUM ( Festival Konvkesyen UM 2009) yang memfokuskan agenda intelek, kebajikan dan keusahawanan, menekankan aspek kesedaran berkaitan persediaan mahasiswa menghadapi alam pekerjaan.


KAYU UKUR



Ayahanda melontarkan hasrat beliau, supaya MPMUM berfungsi sebagai badan pemimpin pelajar yang progresif dalam mewujudkan suasana sedar. Bukan hanya 41 orang yang sedar, namun 17,000 pelajar kampus ini sedar dan membuat persediaan berhadapan dengan cabaran krisis ekonomi ini.


TIMBALAN NAIB CANSELOR dan KEUSAHAWANAN



Saya mengkagumi kegigihan ayahanda TNC yang sentiasa bersedia bersama mahasiswa, apabila semalam dalam majlis ramah mesra bersama persatuan dan kelab, beliau menceritakan progres usaha pihaknya untuk mengajak mahasiswa menceburi bidang keusahawanan. Bidang yang kejayaannya dicetuskan sendiri oleh usahawan. Syabas.


MPMUM dan KRISIS EKONOMI



Bakal pendidik juga harus bersedia berhadapan dengan krisis ekonomi ayuni. Mungkin perlu kaitkan kimia dan keusahawanan, atau pendidikan dan keusahawanan? Ya, saya perlu mula fikir-fikirkan walaupun bukan dijiwa..Huuu.(^_^)

8 comments:

Shukstarz said...

huhuhu...
hurmmmm...
alamak!!
smlm br shopping sakan..bile terbaca blog ni, cam tersedar lak skit..

da lama fikir pasal nk bukak kedai andaman selain nak jd cikgu..huhu..
nak join venture???

tgh mencari pengalaman di majlis2 kawin ni..ckp ngan dayah ekk..mn tau nak dpt kan perkhidmatan aku nanti!!!

rahman said...

Waalaikummussalam...syabas dan tahniah diucapkan kepada saudari yang telah memenangi kerusi umum mpmum. Kecekalan dan ketabahan jiwa saudari amat mengagumkan saya dan saya sebagai seorang lelaki tidak segan mengatakan bahawa saya telah memilih saudari sebagai calon pilihan bersama barisan calon pro M yang lain. Krisis ekonomi yang berlaku banyak menyedarkan kita bahawa dunia sekarang berada di ambang kejatuhan sistem kapitalis. Sebagai seorang mahasiswa perlulah cepat melatah dengannya dan tidak sesekali berputus asa.

rahman said...

Waalaikummussalam...syabas dan tahniah diucapkan kepada saudari yang telah memenangi kerusi umum mpmum. Kecekalan dan ketabahan jiwa saudari amat mengagumkan saya dan saya sebagai seorang lelaki tidak segan mengatakan bahawa saya telah memilih saudari sebagai calon pilihan bersama barisan calon pro M yang lain. Krisis ekonomi yang berlaku banyak menyedarkan kita bahawa dunia sekarang berada di ambang kejatuhan sistem kapitalis. Sebagai seorang mahasiswa perlulah cepat melatah dengannya dan tidak sesekali berputus asa.

limchoohan said...

Setuju bahawa Mahasiswa perlu berani mengambil risiko menceburi bidang Keusahawanan~Harap2 Penternakkan ikan keli di 4th menjadi perintis kepada Usahawan2 muda yang berjaya nanti...huhuhuw

qudwaH_Humaira' said...

shuk_devdas:

alhamdulillah...telah kembali kepangkal jalan...hehe

bukak kedai andaman...na suh aye jadi cashier ok je...p nak suh mengandam orang,,aye minta ampun awal2

dayah ? comfirm x nak abang shukor..hehe

rahman:

alhamdulillah...
doakan yang terbaik untuk saya dan sahabat2 yang lain ya..

limchoohan:

ya..bagus..harap semangatnya berpanjangan..

Head Shot said...

sebab krisis:

pengurusan kewangan seperti pinjaman yang menggunakan riba.

harta rakyat disalahgunakan untuk kepentingan tertentu

pendidikan dan perubatan menjadi satu perniagaan yang menguntungkan

dan lain-lain.

Anonymous said...

Dengar kata presiden nak giatkan lagi usahawan pada tahun hadapan? wah..mantap! Masih ada semangat nak sumbangkan sesuatu pada pihak kolej. Ini lah yang kita cari. Hidup presiden!!!

Anonymous said...

Dalam cuti semesta ni apakah agenda yang diaturkan oleh pihak mpmum?
Semestinya saudari sibuk dengan perancangan mpmum semesta depan...