Thursday, April 9, 2009

~*Nafsuku pada Cinta*~

Hati terlalu inginkan cinta

Kerana aliran basuhannya yang mendamaikan...



Begitukah sarat cinta sang bidadari syurga

Yang menanti dengan penuh rela

Malah memarahi cinta dunia dan seisinya

Kerana tidak pandai menghargai cinta...



Bukan darjatku bercakap soal cinta bidadari

Kerana tempatnya dikamar-kamar berseri

Sedang aku hanya kotoran tiada erti

Ingin berangan memegang selimut syurgawi..



Oh jiwa Oh Cinta..

Izinkan aku memujukmu oh jiwa, oh cinta

tidak akan luput hebat cinta itu jika tautan Ilahi menjadi akar

Hingga kematian menjadi nikmat cinta puncak teragung

Ingin sekali kurasai kenikmatan yang hebat pada kematian

Hingga asyik dibuai janji-janji keindahan....



Ya Lathif Ya Rahim

Aku beriman pada keresahan titisan keringat tubuh badanku

Yang takut pada gementar cinta kematian

Walaupun sedar cinta cinta di sekelilingku

Gagal ku pimpin kearah tekad cintaku

Berikan aku peluang sekali lagi dan sekali lagi

Untuk ku resapi dan ku teladani hingga akhir nanti...



Ya Ilahi

Ku rayu padaMU

Aku ingin menjadi ahli-ahli pecintaMU

Agar aku mencintai kejahilanku dan kebodohanku

Kelak aku tidak riak dan bongkak dengan dunia

Dan sentiasa hebat bernafsu memenuhi kekosongan cinta itu...



Ya Allah

Sesungguhnya kuyakini hamparan medan cinta hari ini

Menjadi semangat cinta ke syurga

Aku saban hari bercinta dengan ujian manusia

Semakin hari membuatkan aku semakin tenggelam dengan cinta Esa...



Ini sajalah yang kupunyai ya Rabbi

Untaian tasbih, tahmid dan takbir

Yang menjadi gelungan pendinding hati yang sarat dengan cinta

Reranting pepohon doa dan harapan setiap sujud padaMU

Yang entah apalah sempurnanya

Tidak sanggup ku bayangi entah apalah penilaianMu pada hina diriku...



Ya Tuhan

Ku tunggu saat itu

Tika mendapat cinta nakhoda

Yang menjadi lautan kocakan cinta terindah...



Izinkan aku mengecapi detik itu Ya Allah

Walaupun matiku tika itu dihujung rahim cinta

Yang akan ku salut dengan cinta menyembahMU...



Rendahkan lah hati ini Ya Ilahi

Penuhilah cinta hati dengan keimanan

Segenap urat nadi percaya Engkau Maha Mendengar

Rintihan hati pada cintaMU..

Cinta Abadi untukku....


~*memacu tarbiyah cinta syurgawi*~


16 comments:

Head Shot said...

sasterawan sungguh...

Mohd Nur Ikhmal B. Salehmin said...

ala ni copy paste je kan..panjang semacam je..

qudwaH_Humaira' said...

abang hazim :

bahasa bersama ALLAH..

ikhmal :

uit ! memang la..penat2 aye buat, ada ke patut kata main copy paste.baca semula ! ni la budak sains..ish...ish...ish...

Saladin the Sarasin said...

setiap bait2 mempunyai erti yang tersendiri. kan Humaira ? Motto yang kat bawah sekali tu ana macam pernah dengar...

"Memacu tarbiyah cinta syurgawi"

Semoga sentiasa bersemangat ya!

-12.4-

Muslimah Optimis said...

heheh...
ikhmal nak gurau2 je tu aye..
hehe..
luahan hati aye ye...
pada Ya RABBi...

but at the same time,
luahan ni untuk siapa ye??
siapa jejaka bertuah itu yang berjaya menambat hati saudari Shahrizul Ayuni???

jgn lupa jemput ke walimah antum ber2 ya...

wassalamah

qudwaH_Humaira' said...

saladin the saracen :

pertama ana faham maksud 12.4. Alhamdulillah, nta jangan bimbang. Ana anggap ini amanah ana dan ana dah laksanakan amanah tu. Subhanallah, hasilnya sangat menggembirakan hati. ( ana dah take note)

"memacu tarbiyah cinta syurgawi" adalah motto/tema ke arah kesejahteraan hidup.insya ALLAH. jangan curik..(^_^)

qudwaH_Humaira' said...

kita hanya seorang hamba yang hina :

aima ya ?
assalamualaikum..
alhamdulillah..

aima kena tekun belajar bahasa kiasan ya..(^_^)
yang ni aye pasti orang laki pasti x faham punya..

ni walimah tang mana ni aima..?
memang ramai senior aye akan nikah dalam tahun ni..

namun masih jauh perjalanannya bagi aye..

tapi kan, aye nak quote satu ayat sorang akak ni,

" dah sampai jodoh ayuni, tak boleh nak ditahan, tak boleh nak lari lagi"

fahamla aye maksud..cinta itu HEBAT bila kena pada masa, cara, tempat dan ketikaNYA..

Allahuakbar !
selamat study aima(^_^)

Saladin the Sarasin said...

Ana tak cakap nak curik. tapi macam pernah dengar la. Kata mane ek.(^_^). sudah take note ? Alhamdulillah. Semoga berjaya dalam exam yang akan datang. Technology in Science. Ma'a taufik wan najah alaik ya Humaira'. Innallaha ma'a assobirin.

Anonymous said...

Salam akak,sy harap akak dapat bawa keadilan di kolej kediaman keempat. Pemilihan PM dan KKB sepenuhnya kroni...nape hal ini terjadi,kerana PRESIDEN Junaidi nak meninggalkan pengaruhnya dalam jtk KK4. Apa hak dia melobi budak2 yg rapat dgn dia untuk menerajui kolej n JTK.
Pemilihan pemimpin kolej sebegini akan memusnahkan organisasi.
Tolong la akak,kami dh muak dgn putera bestari. KAmi yakin JTK sem akan datang tak mampu berdiri teguh kalau masih ada bayangan mantan presiden dibelakang..Bagi kami,gabungan JTK sesi 08/09 masih ok. Tapi sem depan...bila kroni bsama bayangan Putera Bestari...rsnya....
Setiap org ada cara memimpin masing2.

KAMI TUNTUT KEADILAN...HARAP KAK AYUNI MAMPU BUAT SESUATU.

qudwaH_Humaira' said...

salam

anynomous:

tq for raising issues...
ia bukan semudah yang dikata untuk menegakkan keadilan.sebab dunia hari ini orang yang adil ni da dicampak ke tepi..

sebab definisi adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya...

insya ALLAH..
banyak-banyak doa

Muslimah Optimis said...

YE AYUNI..SETUJU2...KALAU DAH SAMPAI MASA TU LA, JGN LUPA JEMPUT KE WALIMAH AYE LA N SI DIA (SIAPA2 SAJA)..MANA TAU TGK JIRAN SEBELAH UMAH LAK..HEEHHE...

Anonymous said...

Jgn nak tuduh presiden secara membabi buta sedang tak tahu hal yang sebenar..

Anonymous said...

spt mana yg di beritahu, semua peserta kkb pengerusi jkp yang hantar nama, pemilihan pm master dan penyelia yang decide.kalo presiden yang decide maknanya dia lbh berkuasa dr pengetua. takke bodoh namanya tu. Ayuni jgn nak berlagak baik!!!
Awak jik yang banyak pecah amanah dengan memburukkan pihak pengurusan kolej sewaktu berkempen, memfitnah tnc dll.
tiada adab dengan orang yang lebih tua.

ShohwatuL_Islam said...

Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda "Apabila urusan(umat) diserahkan kepada mereka yang tidak layak,tunggu kehancuran hari kiamat)"..Riwayat Bukhari.

"sesungguhnya Dajal membawa air dan api. Apa yg dilihat manusia sbg air, sebenarnya ia adalah api yg membakar. Apa yg dilihat sbg api, sbnrnya itu adalah air yg sejuk lagi lazat"..hadis bukhari dan muslim

Berwaspada dgn golongan yg ada mata tetapi buta (buta hati)...

ujian yg dahsyat memerlukan benteng yg kukuh. Fitnah Dajal serta Yakjuj dan Makjuj amat mencabar. Mereka yg tidak kental iman dan taqwa mudah mengalah dan berputus asa.

Renung2 kn buat manusia yg lupa dan mempunyai jiwa karat jahiliyah.

Saladin the Sarasin said...

kepada anonymous,

Dalam Islam, jika keburukan itu boleh membawa kemashlahatan kepada ummah jika dibocorkan, ianya adalah diperlukan.

Mengapa anda berbicara tentang 'pecah amanah' dengan menonjolkan isu ayuni memberitahu hal-hal berkaitan kebobrokan pihak pentadbiran kolej ? Adakah ianya satu amanah jika kita menyimpan rapi perbuatan buruk orang lain ?

Jika apa yang diperkatakan benar, ianya bukan pecah amanah, sebaliknya MENUNAIKAN AMANAH.

Sekian lama keburukan itu membusuk oleh tangan-tangan kotor anda, apakah ianya satu kesalahan jika keburukan itu dicarik satu persatu untuk kebaikan pihak yang tertindas ?

Anda sudah lihat report yang ada pada polis atau belum jika nak berkata ayuni memfitnah tnc ?

Setahu saya, Ayuni tidak pernah memfitnah tnc, sebaliknya hanya menginginkan isu ini diselesaikan sebaik mungkin, kerana ia melibatkan nama TNC.

Anonymous said...

saya atau mereka yg keliru...?
kenapa presidenjtkkk4.blogspot terminate blog dia?
x sempat den nak baca tajuk last blog dia nie...
dah la kawan2...
jgn bebankan k.ayuni ni lagi
pakcik ju ni mmg x sefikrah ngan si s/u ni (s/u mpm+jtk+kinabalu+kembara siket)
kalu x dh 'kapel' dah dorang ni..
aku tau k.ayuni paling kenal isi hati junaidi ni..tapi dia pun x dapat nak faham...
so...
kita yg x tau sebenar harap bertenang..