Thursday, May 21, 2009

KONVENSYEN KEBANGSAAN DAN MAHASISWA YANG DIKOTAKKAN

 

Assalamualaikum WBT dan salam mesra

 

Beberapa rakan sudah mula bertanyakan kepada saya bila mahu mengupdatekan blog, dan saya memohon maaf atas ketidakderasan saya melakukan kerja meng”update” blog. Kebelakangan ini, suka pula menggunakan perkataan kederasan selepas diberi penangan oleh Dr. Abu Hasan Hasbullah berkaitan fokus gerakan mahasiswi kearah kederasan. Ngee~

 

KONVENSYEN KEBANGSAAN

 

Ya, saya juga salah seorang peserta Konvensyen Kebangsaan MPP IPTA yang diadakan selama tempoh 6 hari bermula 15 Mei sehingga 20 Mei. Seramai hampir 400 pimpinan mahasiswa seluruh kampus Malaysia menghadiri konvensyen ini.

 

Berkongsi pengalaman bersama saya dan rakan pimpinan daripada universiti lain banyak membincangkan soal kepimpinan, akademik, sahsiah dan ekonomi sepanjang berada di sana. Malah, alhamdulillah Yang Dipertua MPMUM sendiri membentangkan kertas kerja yang bagi saya mampu memberi satu lontaran sedar kepada kepemimpinan sedia ada dalam berfungsi dengan sebaiknya.

 

Sepanjang Konvensyen saya menanti tiga tika, iaitu Dialog bersama Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi YB Dato’ Saifuddin Abdullah, pembentangan Kertas Kerja MPMUM yang mengharungi pelbagai dugaan dan kerenah dan resolusi yang menyimpulkan keseluruhan Konvensyen ini.

 

Saya bersetuju penganjuran kali ke-3 ini mempunyai kekuatan yang tersendiri, malah pujian harus diberikan kepada Pihak UTHM yang telah memberi layanan terbaik sepanjang kami di sana, ditambah dengan Baktisiswa yang telah membawa kami ke kawasan perkampungan, ditambah dengan sambutan Hari Guru pada 16 Mei, yang sedikit sebanyak memberi cetusan rasa suka dalam diri saya.

 

DIALOG BERSAMA DATO’ SAIFUDDIN ABDULLAH

 

Saya amat menantikan saat ini, malah saya rakam seluruh isi dialog bersama dengan YB Dato’,  sungguh beliau berjaya membawa anak muda mahasiswa suka pada idealismenya. Masakan  tidak ? Beliau juga bekas pimpinan mahasiswa UM satu ketika dulu. Beliau bercakap soal AUKU yang mempunyai 3 mazhab iaitu mazhab yang ingin MANSUHKAN AUKU (katanya beliau tidak sama pemikiran denga mazhab ini), mazhab yang bersetuju dengan AUKU YANG DIPINDA (nampaknya ini mazhab yang YB Dato’ pilih) dan mazhab yang ingin kekal dengan AUKU ( beliau mengatakan ini golongan mazhab yang benar-benar Bodoh). Menarik bukan ?


cukup bercakap soal AUKU, YB Dato’ memuji YDP MPMUM yang telah bercakap soal AUKU dalam akhbar NST, Takdir Allah dan perancangannya, diterbitkan pada paginya iaitu perbincangan antara Saudara Ridzuan dengan Hishamuddin Rais, seorang aktivis mahasiswa dahulunya.

 

Saya juga sempat bertanyakan soalan berkaitan INTEGRITI dan POLITIK KAMPUS.

 

KEBIMBANGAN BERTEMPAT

 

Saya meneliti pandangan dan buah fikiran seorang pemimpin kerajaan, dan memahami perubahan dalam kepimpinan mahasiswa yang telah dikotakkan sekian lama bukan mudah untuk dibuka semula. Saya melihat produk mahasiswa yang telah dikotakkan, ingin membuat penafian namun saya lahir dikalangan mahasiswa kotak ini.

 

Saya mendengar sendiri persoalan  aktivisme, idealisme dan perjuangan bukan berdasarkan kepentingan sesetengah pihak, soal pimpinan mahasiswa tidak boleh berparti. Bentuk-bentuk kotak ini lah yang telah kita terima wahai rakan-rakan mahasiswa.

 

Kebimbangan saya, kita berbangga atas kemudahan yang ada disetiap kampus, kadang tanpa sedar kita tidak memperjuangkan golongan sedikit yang ditindas, namun memperjuangkan golongan yang sudah selesa yang mahu lebih banyak keselesaan. Masalah yang kita hadapi hari ini, bagaimana ingin mengajak yang tidak pedulisme ini kearah SEDAR dan PEDULI ?

Sukar  menapakkan, memijakkan, memasakkan nya dibumi yang nyata.


REVOLUSI MAHASISWA  DAN ‘POLITIK BARU’ MALAYSIA

 

Tajuk pembentangan ini bila saya rujuk kembali membuatkan saya tersenyum, pancaroba yang perlu dilalui hanya untuk membentangkan kertas kerja. Amat memenatkan, namun sejurus selesai pembentangan dan soal jawab, hati saya berasa lapang.

 

Kertas kerja yang dikatakan ditolak oleh pihak urusetia kerana unsur politiking sedangkan ianya disebabkan oleh tindakan ’pihak yang tidak bertanggungjawab’ berkata MPMUM menarik diri, dan pihak saya hanya maklum berkaitan tindakan ini melalui YDP universiti lain, bukan melalui pihak ’tidak bertanggungjawab’ tersebut.

 

Bengkel yang sepatutnya dihadiri oleh YDP sendiri, tidak dimaklumkan kepada pihak saya sebagai setiausaha. Namun, saya melihat hikmahnya apabila hari selepas isu ini dinaikkan dimahasiswakini, YB Dato’ Saifuddin sendiri mengulas isu Hal Ehwal Pelajar yang sepatutnya lebih mesra pelajar, malah mencadangkan agar di rebranding namanya kepada Pembangunan Mahasiswa. 


Saya sendiri telah bercakap soal Integriti dan kerenah birokrasi kepada YB Dato’ dalam kesempatan dialog Konvensyen tersebut. Suara ini bukan hanya saya bawakan atas nama MPMUM dan MPP lain, namun hakikat realiti persatuan dan kelab atau mana-mana aktiviti dibawah nama kemahasiswaan  dilihat seperti tikus dan dilayan remeh, tidak profesional.


Inilah cerita disebalik pembentangan Kertas Kerja....


Saya dihubungi oleh Dr. Mustaffa, urusetia Pembentangan Kertas Kerja berkaitan buku prosiding yang tidak akan memuatkan hasil kertas kerja MPMUM, saya rasa sedih dan membuat keputusan untuk membuat 500 salinan fotostat untuk dibawa ke UTHM. Selesai memfotostat 100 salinan, pihak urusetia menghubungi saya lagi untuk memaklumkan bahawa hasil mesyuarat mereka, mereka bersedia membut salinan selebihnya untuk edaran kepada semua peserta.


Alhamdulillah.

 


Saya berpuas hati dengan pembentangan Ridzuan, dengan harapan pimpinan mahasiswa lain terbuka hati untuk menilai semula peranan mahasiswa dan memberi amaran kepada pihak sepatutnya untuk berhenti melabelkan mahasiswa yang menentang dan mengkritik kerajaan sebagai agen pembangkang.

 

RESOLUSI

 

Kecewa dengan resolusi yang mentah, tidak cukup masak. Resolusi yang tidak dibahaskan satu persatu kerana alasan masa yang singkat. Saya simpulkan bahawa konvensyen ini tidak cukup mencapai objektif dasar. Konvensyen pada pemahaman saya, setiap pembentangan akan dibukukan malah fakta dan hasil kajian boleh dijadikan bukti pembawaan sehingga ke dewan parlimen.

 

Resolusi tidak cukup mendesak, hanya bercakap soal kami bersetuju mencadangkan, membuktikan kotak yang diberikan kepada kami, sudah menutup terus pandangan, kotak tidak mampu dikoyakkan pun. Namun, saya terima hikmahnya, mungkin perlu tindakan BERBEZA. Oleh yang demikian, izinkan golongan yang menolak pemberian kotak ini bertindak mengoyakkan kotak dan membebaskan sebahagian mahasiswa yang telah berkurun lama tinggal selesa dalam kotak tersebut.

 

PERJUANGAN

 

Banyak kenangan manis yang ingin dikongsi, malah bertambah manis apabila dapat bertemu dengan pimpinan universiti lain yang tersayang. Ya, saya rasa lebih segar. Pengurusan MPMUM perlu dilihat semula, kerana saya membawa amanah undian rakan mahasiswa seramai 5000 orang ramainya. Semangat !

8 comments:

Anonymous said...

=) satu perkongsian yg menarik,sungguh itu lah hakikatnya,yang mendengar dan melihat sudah terasa beban berat yg di pikul apatah lagi org yg memikulbeban berat itu sendiri...moga allah mempermudahkan urus.yakin dan percayalah dengan pertolongan ALLAH.do the best =)

Anonymous said...

Sangat baik tulisan ini. Teruskan usaha.

Saladin the Sarasin said...

Salam...

Tahniah kerana telah menulis dengan sepatutnya apa yang sudah tersurat. Perkara seumpama ini perlu dihebahkan agar mahasiswa tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Tentang resolusi tersebut, ana juga kurang bersetuju dengan apa yang berlaku. Apa yang ana khuatirkan telah terjadi iaitu;

Resolusi daripada bahagian kepimpinan yang terlalu banyak dan ada yang berulang.

Entah mampu atau tidak ianya dilaksanakan, kita telah mengusulkannya kepada KPT dan kita lihat samaada KPT akan bertindak atau tidak.

Sunanputra said...

Apa pun, pembentangan saudara Ridzuan sangatlah bagus dan mampu buka mata semua pihak.penuh dengan input dah hujah yang bernas.

Tahniah diucapkan kepada warga MPMUM.

Sunanputra.

Wan Nur Shuhada binti Wan Hasan said...

Salam...

Kadang2 kita mengeluh dengan tepuk tamparnya dunia kampus UM ni...dengan pihak pentadbirannya yang berat sebelah, kerenah birokrasi yang x berkesudahan...

Tp bile bce tntg dunia luar drpd kampus UM ni, rupenye lbh hebat lg sepak terajangnya...

Perkongsian yang baik dan cemerlang...terpancar kematangan dari penulisan...hehe

All the best for the next event...

qudwaH_Humaira' said...

Anonymous :

moga ALLAH permudahkan urusan anda juga.

Zainulfaqar:

Syukran ustaz kerana sentiasa memahami

Saladin the sarasin :

kebimbangan ana pada ketetapan dan ketegasan mahasiswa sendiri. Moga kita semua lebih segar dan tidak lesu.

Sunanputra :

YDP MPMUM sangat menekankan soal intelek dikalangan kami. lebih bersemangat.

Wan Nur Shuhada:
Terima kasih atas komen, aik,guna sepak terajang ni...tau la baru balik ehem..ehem..hehe

nikafiq said...

salam ukhwah..
suatu perkongsian yg bagus untk shbt2 yg laen..mgkn sesi resolusi yg agk singkt tidak dpt untuk dihadamkn btol2 permasalahn dan penyelesaianya..malah ia mgkn hnye skdr retorik smata2 bg menampakn ada usaha shj..jd kte perlu bertegas..menegakkn apa yg perlu ditegakkn..bkn skadar dlm konvesyen shj..malah meneruskn agenda diluar sne..smoga sme2 dpt berjuang tanpa kengkangan batasan2 ciptaan...

Hafizhilmi said...

salam.. enti ada rakam ke dialog yg dato saifuddin malam tu?
ana mohon nk copy.. tp cmne crenye ek? hehe.. jp2 nk fikir