Thursday, March 5, 2009

USROH PENGUAT TARBIYAH MPMUM

Sudah sekian lama saya gagal mengupdate blog ini, dan hari ini saya ingin berkongsi. Saya dikelilingi kesibukan yang masih “terkawal”, bebanan assignment yang semakin tiba ke penghujung tarikh penghantaran dan pembentangan yang semakin membanyak. Urusan kerja-kerja pentadbiran, jemputan-jemputan segera, dan roadshow MPMUM yang telah berakhir semalam.

Alhamdulillah,

Dalam kesibukan MPMUM sendiri pada sesi ini merancang pengisian tarbiyah yang diketuai oleh Saudara Aizat yang merupakan Pengerusi Biro Kepimpinan, Kerohanian dan Pembangunan Insan yang juga merupakan seorang hafiz.

Jemputan yang amat saya kagumi, Ustaz Azlan membuka usroh dengan penceritaan sejarah kenabian yang Agung.Subhanallah..Hari ini kami berpuasa sunat dan berbuka bersama-sama selepas berusroh dengan tajuk “Nasihat kepada Pemimpin”. Alhamdulillah, makan roti pun sedap.(^_^)

Usroh yang dimulakan untuk pimpinan PMIUM insyaALLAH akan kami panjangkan kepada 41 pimpinan mahasiswa yang lain. Insya ALLAH. USROH akan kami jadikan sebagai pusat MOMENTUM bagi MPMUM kali ini. PERUBAHAN ROHANI !!

NASIHAT KEPADA PEMIMPIN

Saya ingin berkongsi dalam simpulan usroh kami “Nasihat kepada pemimpin”:

  1. Sunnah teragung Rasulullah S.A.W adalah DAKWAH dan PERJUANGAN berhadapan mehnah dan tribulasi manusia.

  1. Rasulullah S.A.W dalam lipatan sejarah berhadapan dengan pelbagai jenis ancaman, kisah berhadapan dengan wanita Yahudi tua yang amat membenci Rasulullah S.A.W mencuit hati saya. Rasulullah akan lebih mahu dan mendekati insan yang membenci dirinya. Lagi dibenci, lagi Rasulullah akan dekati.

  1. Kepimpinan Islam yang terbaik bukan kepimpinan yang bersikap ESKLUSIF tapi INKLUSIF. Pemimpin itu perlu duduk bersama masyarakat, mendekati dalam menyampaikan ajaran suci. Inklusif di sini bermaksud kalau dalam konteks kampus, pemimpin yang bukan sekadar memenuhi jemputan, namun lebih turun padang dan merasai bebanan mahasiswa.

  1. Amanah itu adalah perkara yang akan ditanya oleh ALLAH samada kepimpinan kita berjaya atau pun tidak. ( sangat mengesan hati)

  1. Keputusan syuro ada hikmah alamiah kerana Islam itu bersifat Rahmatan lil’alamin, sebagai contoh kita rasakan keputusan kita lebih baik daripada apa yang diputuskan dalam syuro namun hikmahnya yang perlu diimani, keputusan syuro adalah lebih baik daripada keputusan individu.

Terasa bebanan yang semakin berat di atas bahu ini. Allah, bantulah aku Ya ALLAH.

Saya tekad tidak akan membiarkan ujian yang menimpa tidak kira kata-kata nista dan keji, perancangan demi perancangan untuk mengganggu dan melambat-lambatkan gerak kerja dakwah atau apa bentuk gangguan untuk menenggelamkan perjuangan saya dan rakan-rakan.

Kuasa hanyalah alat untuk menegakkan syari’at ALLAH. Alhamdulillah..Dalam MPMUM sendiri terdiri daripada pimpinan pelbagai agama yang boleh diserasikan dan satukan dibawah kebaikan beragama. Tarbiyah dari ALLAH. SEMANGAT !!

"Ya Rasulullah..aku cinta padamu"

12 comments:

Anonymous said...

keep it up YB......ap yg YB buat pastinya adlh yg terbek a all mahasiswa.....jgn mdh mengalah dlm mprjuang ISLAM......takbir ALLAHUAKBAR.....DIA MAHA MENGETAHUI apa yg YB lakukan...juz do ur work!

Wan Nur Shuhada binti Wan Hasan said...

Pengisian yang bermakna...

Thx 4 sharing...kalo ade usroh lagi share la lagi..huhu

sharing is caring... (^.~)y

Anonymous said...

aii YB..banyak projek dan aktiviti kolej yang student kk4 buat.tapi tak nampak pon muke YB.Bz yer YB.Maklumlah YB.Dulu beriye-iye kempen,sebelum jadi YB senang jer nak jumpe.Sekarang?huh payah.Maklumlah YB!!
Hope n Change kan..

Anonymous said...

Saya terkesan dengan nasihat pada urutan kedua iaitu semakin Rasulullah dibenci, semakin Rasullullah mendekati...

Teringat kisah bagaimana baginda memberi makan kepada orang yahudi buta walaupun baginda dicerca oleh yahudi buta berulangkali sepanjang hayat baginda.

Dan teringat juga bagaimana berhikmahnya Rasullullah ketika menguruskan situasi genting seorang arab badwi kencing di dalam masjid Nabawi.

"Rasulullah idola sepanjang zaman"

Anonymous said...

Maka karena itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita)."

Mujahid_syahid said...

Salam YB, knape delete komen saya? Saya just nak tau adakah pihak hep berbohong dgn saya? Mereka menyatakan MPM kali ini ada memohon elaun yang suratnya ditandatangani oleh YB sendiri. Tp saya yakin dan percaya YB tidak seperti itu kerana YB buat kerja dengan ikhlas..begitu juga MPP yang lain kerana dlm manifesto yang lepas ada menyebut 'tidak akan menerima sebarang elaun'.so nak mintak kepastian dr YB sendiri mungkin hep nak melaga-lagakan kita..

qudwaH_Humaira' said...

mujahid_syahid :

1. dalam manifesto kami jelaskan kami bersedia memotong wang elaun MPMUM untuk dimasukkan kedalam tabung pelajar.

2. Kalau terus ptong daripada HEP bermaksud duit tu masih di HEP dan kami tiada kuasa untuk transfer duit.

3. Jadi perkiraannya, semua MT telah bersetuju termasuk Benjamin dan Kokilavani, honorarium kami mohon, selepas dapat elaun, kami akan keluar kan elaun masing2 untuk dimasukkan kedalam tabung bwah MPMUM dan akan diuruskan oleh pihak bendahari.

4. Kalau potong terus daripada HEP, saudara pun faham2 la apa yang akan berlaku. sukar nak dapatkan wang kembali.

Harap jelas
p/s : saya tak delete komen saudara, saya hanya dapat komen ini sahaja.syukran

qudwaH_Humaira' said...

Mujahid syahid:

3. bendahari yang saya maksudkan bendahari MPMUM

qudwaH_Humaira' said...

Guest Who:

saya memang banyak tertinggal aktiviti kolej, tapi saya usaha untuk maklumkan pada pengarah sebab saya x dapat hadir. Kekangan masa yang saya hadapi. Terima kasih atas teguran.

nuwairahsafwa said...

salam..
alhamdulillah..
bgs gak wat cmtu..
sekurang3 nya kite dpt cr titik persamaan yg slame ini mgkin menyebbkan ade diantara ajk2 MPM sndiri trsimpang dr tujuan asal msg2..
tp ape2 pon,moga berjaya..
prbanyakkan lagi pengisian rohani..
cube untk dekati non-muslim yg lain..
bak kate ustaz cute mlm td,umat islam adlah ............ peramah..
hehehe..paham2 la..

ShohwatuL_Islam said...

kita lebih mudah melabel dan berprasangka dgn seseorg berbanding kita bersangka baik dgn seseorg... Peringatan buat insan yang alpa...

Anonymous said...

manusia mmg mudah lupa jasa orang
dulu kawan
kini lawan
dulu kitalah yang di cari
kini kitalah yang dibenci
dulu kitalah yang dipuji
kini kitalah yang dicaci
dulu,kini dan selamanya
yang tak pernahnya sama...
dunia..dunia..