Saturday, March 14, 2009

TERBUDAYA ; BIAR IANYA MENJADI KULIT JANGAN JADI TABIAT

Dua minggu sarat dengan pembelajaran kehidupan yang pastinya membawa saya ke dimensi baru mengenal Tuhan.


TERBUDAYA ; BIAR IANYA MENJADI KULIT JANGAN JADI TABIAT


Saya menyertai Kursus Pengurusan Organisasi baru-baru ini yang menghimpunkan pimpinan mahasiswa seluruh Malaysia. Dan antara pengisian berbentuk team building kami dituntut untuk melakukan aktiviti berair.


Huh..Dan saya tidak bersedia !

Saya membawa pakaian outdoor namun bukan pakaian Sukan. Hajat dihati jalan terakhir yang akan saya lakukan, ku redah jua dengan jubah atau kurung. Namun saya masih mampu meminjam pakaian sahabat-sahabat pimpinan muslimat lain.


Kami semua dipisah-pisahkan mengikut team besar A, B,C dan D dan dipisahkan lagi kepada B1, B2, B3, dan B4. Nah, saya dikumpulan B4. Kami berkenal-kenalan sehingga saya dimaklumkan kami akan memasuki tasik untuk aktiviti berakit !


Selepas berakit kami diminta untuk melakukan aktiviti water confidence. Saya panik, kerana memakai tudung bewarna putih dan pastinya akan basah. Aktiviti ini tidak mengasingkan lelaki perempuan.Petang hari !


TEGURAN PEMIMPIN AGAMA ALLAH


Saya bercakap soal budaya dan kulit kemudian tabiat, apa kaitannya ?


” Ana tak setuju nti masuk dalam air”

” Nti sepatutnya menolak dahulu”

” Nti tau apa keadaanya jika seorang muslimah masuki air dan keluar dalam keadaan basah?”

” Dan yang melihatnya adalah lelaki-lelaki yang berpenyakit hatinya”

”Moga Allah memelihara maruah nti ”


Saya terfikir sejenak.. Di kampus Uni Malaya, bagi saya aktiviti ini biasa, malah saya pernah lakukan aktiviti yang lebih teruk, direndam dalam kolam dalam tempoh yang lama, panjat pokok, terkangkang-kangkang, dan banyak lagi.


Saya renung kembali. Bagi pimpinan muslimin yang berada dalam waqi’ yang solehah tidak akan memahami keadaan di tempat saya kini. Saya meluahkan bahawa saya juga ada malu, dan terpaksa membuang malu itu untuk tujuan dakwah.


Jika saya tidak berani menyahut cabaran-cabaran manusia yang sentiasa memandang rendah kepada muslimah bertudung labuh, menganggap mereka lembik dan bodoh teknologi, perubahan dalam kepimpinan itu akan diisi dengan pemimpin-pemimpin ”lain”.


Saya cuba rungkaikan persoalan ini.. Tiadakah jalan untuk keluar ?

Saya ingin menjadi contoh bagi segenap pemikiran mahasiswa yang pelabagai ragam minda, dan pada masa yang sama ingin memelihara malu dan berjalan atas syariat.


Ya, saya faham dan tidak mengatakan UM teruk, malah banyak mengajar saya erti kehidupan. Cuma kadang cemburu dengan muslimah di UIA dan Universiti lain.


ADIK YANG MENGAJAR


Saya masih mencari titiknya..Saya YM adik pada suatu petang, ketika itu, hati saya masih diganggu dengan persoalan ini. Mendapatkan nasihat daripadanya yang akhirnya menenangkan jiwa :


” Ooo..Kakde, ateh pun pernah alami perkara ini”

”Kena masuk dalam air”

”P ateh berkeras tak nak”

” Ateh bagitau pada fasi tu untuk dua pilihan, samada dipisahkan laki pompuan tempatnya, dan ateh akan turun atau ateh akan fight. Tak kiralah nak cop ape pun, malu ah”

”Nasib baik time tu ada muslimin yang bantu ateh terangkan pada fasi”

” Kakde, kalau kakde memberontakkan, pasti best..hehe”


Adikku, USIM (quran Sunnah)


Petang itu....saya berteleku ama... menangis..ALLAH..


Baru saya memahami erti “ Jadikan ia kulit dan bukan tabiat“

Saya sudah terlalu biasa dengan aktiviti begini, sehingga lupa orang yang bertaqwa itu akan bersungguh-sungguh memelihara dirinya.


” Ana faham waqi’ nti di sana”

”Nti dituntut untuk berhadapan mehnah, dan nti telah teruji”

“Ana maksudkan kulit, jadikan ia hanya sebagai bentuk siasah, nti perlu bertindak luar daripada malu nti untuk siasah“

“Ana maksudkan tabiat, jangan jadikan apa yang nti buat sebagai sebahagian daripada jiwa nti“


------------------moga muhasabah dalam redha ALLAH----------------------------

6 comments:

Mohd Hafizan Mazuki said...

apa sambungan cerita ni....sila hbskan...

Mohd Hafizan Mazuki said...

dah fhm dah...bila maca 2 kali baru fhm...tabahlah dlm menjadi pemimpin...Islam pasti tertegak...

Unknown said...

hurmmm...

SHUKOR here..

I cried right after I read this POST..

I dunno maybe..the 'sacrifices' TOUCH my soft side..

GUD LUCK GIRL

qudwaH_Humaira' said...

mat jang..

saya nampak saudara ketika Forum APM dan AGM PMIUM..

moga tenang juga

abang shukor :

terima kasih..
Pengorbanan itu perlu untuk dakwah..
aye yakin abng shukor juga pernah bekorban untuk mengajak manusia ke arah kebaikan..
peranan kita sebagai pendidik..
tq bro..!

ShohwatuL_Islam said...

Sungguh,
begitu sukar liku-liku hidup yang dilalui...
Sungguh,
begitu payah denai-denai dakwah yang ditempuhi...
Sungguh,
begitu becak lopak-lopak malu dan maruah yang perlu dicabuli

Namun,
nilai diri yang hina disisi manusia tetap berharga disisi Allah Yang Esa

Doa senjata setia buat diri
Agar sentiasa dilindungi dan dirahmati
Agar tidak dipesongkan hati
Agar diberi petunjuk Ilahi
Agar menjadi muslimah sejati...

Buat renungan sahabat yang dekat di hati serta diri yang sentisa diuji (^_^)

moja mojako said...

erm.. betul gak kak.. sian ana tgk muslimat yang 'thiqah2'... (kadang2 tak setuju gak..) tapi rugilah sekiranya sudah ditarbiyah sebegitu rupa tetapi pendekatan dakwah masih lagi statik.. mungkin mereka yg mahukan dinamika dakwah yang lebih sesuai dalam waqi' kampus.. tapi yang ana lihat dinamiknya bukan dakwah tapi siasah semata.. dakwah bila lagi?? erm... :(