Monday, March 16, 2009

UJIAN BERTIMPA LAGI ; MATI

5 hb yang lalu genap sebulan tempoh perkenalan saya dan skuter kesayangan saya MUSKITO yang dihadiahkan oleh ahli keluarga. Mereka berkongsi wang ( mama, babah, along, abang long, angah, ateh) untuk membeli Kito selepas kemenangan dalam Pilihanraya baru-baru ini.

Berkongsi video sepanjang PRK dulu, babah dan mama keduanya menangis.

Telah lama saya mengadu, kurang efektif melakukan kerja kerana masa banyak dihabiskan untuk berjalan , menunggu teksi dan mencari topi keledar(jika dapat pinjam motor kawan), yang kadang menuntut untuk ke tempat yang jauh juga.

Kemuncaknya, hadiah ini diberikan selepas sah ditaklifkan sebagai wakil MPMUM.

KECELAKAAN

Semalam saya keluar ke bandar untuk ke bank atas urusan MPMUM. Kelmarinnya, sahabat saya memaklumkan bahawa nat pemegang ekzos motor telah tercabut, akibatnya apabila Kito melalui bumper atau laluan tidak rata, ia akan bergoyang.

Saya yang cetek pengetahuan tentang motor, memaklumkan pada abang long saya untuk menghantar motor ke kedai.

pagi itu, saya perhatikan ada satu salur getah hitam yang terjuntai keluar daripada bahagian bawah motor. Hati sudah ragu-ragu untuk menaiki motor ke kelas. Namun, saya putuskan juga untuk ke kelas dengan motor kerana saya perlu menyelesaikan beberapa urusan segera.

KEMATIAN

Petang itu, saya keluar dengan Kito, selepas selesai urusan, saya pulang mengekori motor Yang Dipertua, sehingga laluan trafik seksyen 14, saya dapat rasai kelainan pada Kito, mula menderau, dan terasa seperti digesek sesuatu, saya mula gagal mengimbangi motor ( Kito agak berat).

Terus membelok-belok kereta yang ada dan berhenti ditepi jalan, saya lihat ada minyak keluar.

“ Dik, ekzos tu patah !” sebuah kereta proton wira melintasi saya.
“ Allahuakbar” Hati merintih..
“ Ujian” memujuk hati.

HUJAN RENYAI

Saya mula mencari jalan. Malam ini saya perlu pengerusikan mesyuarat, kerja-kerja Setiausaha masih banyak yang belum selesai. Kepala mula berkira-kira.

Saya terus menelefon sahabat, sungguh mereka terkejut.

Hod dan sahabat-sahabat baikku datang menghulurkan bantuan, dan bersungguh untuk menghantar Kito ke bengkel.

HIKMAH

Allah berikanlah hati yang sentiasa mengagungkanMU
Yang merasai nikmat pada ujian
Allah, aku ingin menjadi hamba yang diredhai
Yang merasa bahagia dengan ujian

Allah, aku tidak tahu perancangan manusia
Dan aku hanya mengharap perlindungan daripadaMU

Allah, jika manusia berniat mematikan aku
Tiadalah mereka mampu berbuat begitu, selain daripada itu adalah ketetapanMU.

Sahabat-sahabat menasihatiku untuk lebih berhati-hati, kenderaan, ,makanan dan apa sahaja.

Bersangka baik dengan ALLAH..

11 comments:

matjang said...

hurmmm...lepas ni pakai kete je...hehehe

sya_ais said...

assalammualaikum akak...

sy tahu ttg hal ini semalam dr kak dayah....

byk2 kn bersabar dan berhati-hati

Syahid nss said...

tabah ye ayuni... Insyaallah, di sebalik ujian allah itu ada janji Allah yang lebih baik utk kita.. Yakin ye..

the hazim said...

masya allah..macam mana boleh jadi macam ni motornya dik?? kena la jaga betul-betul dan risau-risau motor tu jika ada yang tak kena. lagi2 pemberian daripada keluarga.

NURUL SYUHADAH MOHAMED DZARAWI said...

oho~saYa tdk mengetahui anda punYa skuTer...

MAHARCINTA said...

sudah sunnah orang berjuang...mengembara dan berkelana...
susah sakit jadi tradisi..
sentiasa diuji Ilahi...

nak suh beli kete plak tue...Kito terdedah pada bahaya..kena amik kancil lak..heheheheh (n_n)

Wan Nur Shuhada said...

AWAS! anda sedang diperhatikan...
Beruntunglah hati, sentiasa diperhatikan sang Pencipta, sang pemilik nyawa...

diberikan pula tarbiyah pendidik jiwa berupa ujian tak kunjung malap...

sori la yb...sy x sempat nk jd wonderpets smlm...ade org len yg perlu diselamatkan..huhu

pesanan penaja: musuh sentiasa mencari peluang jatuhkan pemimpin hebat...berwaspada dlm setiap langkah ye...

pasal Kito tu x yah sedih sgt la ye...sume nye milik Allah, diberikan pd kita utk melangsaikan hutang pdNya...

kalau diambil, redha + sabar...kalau diberi, syukur + wat keje! ngeehehe...(^_^)y

yg patah psti akan tumbuh, yg hilang bakal b'gnti...
[tp ekzos yg patah tu x mgkn tumbuh ye..(^^,)]

ShohwatuL_Islam said...

Ajal maut ditangan ALLAH...berpantang maut sebelum ajal...ungkapan ini biasa kita dengar. Namun, tidak pernah merasai sendiri. Bukan maksud meminta, tapi perlu sentiasa bersedia. Mereka yang tidak takut akan hukum ALLAH sanggup melakukan apa saja hatta membunuh...
Tunggu saja di akhirat kelak, kulit mereka akan disiat2, daging mereka akan rentung dibakar, otak mendidih kepanasan, hati dan jantung direntap...Sume itu kan diterima di NERAKA JAHANNAM...NAUZUBILLAH

Saladin said...

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. :) Justeru, apa kata kita lihat kembali di mana hikmah yang Allah mahu tunjukkan itu berada.
Teruskan bersemangat !

nuwairahsafwa said...

salam..
k.yuni..
jage diri k..
akak skrg sgt diperhatikan..
sapela yang dengki sangat 2 ek..
amaran kepada yang berani ganggu k.yuni!!!!
kalau sesiapa berani ganggu dia,bersedia la hadapi tentangan hebat dari kami..
mungkin anda nampak kami diam,senyap n wat xtau..
tapi anda blom ckup knal sape kami..
ingat tu!!!!!
AMARAN KERAS!!!
Wat k.yuni,baik2 ye..
jage diri walau di mana anda berada..
Allah sentiasa bersama2 dgn org yang benar..
Amin..

khalifah said...

kita hdp di dunia ni smntr je kak......ap2 yg kt buat salah n clap bnda 2 yg manusia akn bicarakan wlau sejuta thn sekalipun...kebaikan?????alah diorang ttp mate jee........ssh nk puaskan ht mnsia nh...ad je x kn..TABAH kak r-u-ni...WORK 4 ALLAH.....Dia sentiasa brsm anda....