Monday, March 30, 2009

HUTAN>>PENGAJARAN ALAM

coursemates
subahannallah
titian gantung..saya tak gayat cikgu ! (^_^)
antara yang menarik..apa pandangan anda?
pokok ni nama dia elephant sitting down

LAWATAN KE FRIM

Ahad lepas saya dan rakan-rakan jurusan Sains Pendidikan dan Persatuan anak-anak Pahang mengisi ruang masa ke Institut Pennyelidikan Perhutanan Malaysia, Kepong. Dengan jumlah hampir 40 orang semuanya. Aktivi release tension yang bagus.(^_^)



Antara aktiviti yang kami sertai ialah jungle trackking ke puncak canopy walk, merentasi pelbagai jenis flora yang menyejukkan pandangan mata. Keistimewaan tempat ini ialah ia merupakan kawasan perladangan pokok, bermakna pohon yang ditanam diletakkan mengikut jenis dan tahap komersial nya.


MENARIK



Usaha memelihara sumber fauna dan flora ini sangat diperlukan, bukan itu sahaja, pendidikan terhadap kehijauan alam yang seimbang perlu ditekankan. Kini, kawasan yang lewat 80 tahun dahulu merupakan kawasan lombong, kebun sayur dan belukar menjadi kawasan pembelajaran kerana menjadi salah sebuah pusat rujukan yang terkemuka dalam penyelidikan hutan.


PENGAJARAN DARIPADA ALAM



Saya mula mencemburui pelajar yang mengambil jurusan sains yang melibatkan alam sekitar, namun saya beriman kepada Al- Musowwir yang berkuasa meletakkan minda kreatif pada setiap bidang. Anda pelihara hidupan dan mengkaji alam dengan Al-Quran, dan saya dan rakan-rakan Sains Pendidikan akan mendidik kain putih anak kecil dengan ilmu berkaitan alam dan keTuhanan.(^_^)


"Katakanlah: ‘Adakah sama orang-orang yang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?’ Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran".

(az-Zumar 39: 9).



BERKONGSI


Saya kongsikan beberapa pemandangan dan laluan kami sepanjang ekspidisi ini. Terima kasih kepada Pengarah, saudari Syahida dan Kak Nabila, juga rakan-rakan lain...ALLAH memang HEBAT!


12 comments:

Wan Nur Shuhada binti Wan Hasan said...

alamak nape gmbr sy yg comel tu pn ade kat cni...hehe

em, kenangan yg indah! jakun gle ble bdk math msk utan...huhu

hargailah alam sekitar...SUBHANALLAH..

qudwaH_Humaira' said...

annur :

hehe.nasib baik i x letak gambar kita sekeluarga ..hehe

ShohwatuL_Islam said...

Alhamdulillah...ana pun rasa sgt bersyukur.walaupun pada mulanya bnyk kali bertangguh utk setuju join trip ni, tapi Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNYA...Utk lebih dekat dgn Al-Khalik, lihatlah pada kebesaran ciptaan alam ini. Maka kita akn rasa kita hanyalah makhluk yg kerdil. satu teka teki utk dikongsi dgn shbt2..hehe.
1. Apakah rumput yg paling besar?
Fikir2kn...

kekanda13 said...

huu..best2..berjalan menambah iman..hehehehe

Shukstarz said...

hahahaha...
laaa~~~~
ak pun pergi FRIM on that day!!
kami pg atas ajakan oleh pegawai FRIM yg mengikuti kempen kitar semula ke sekolah2 rendah ni..
BEST la...
jungle trekking..mandi air terjun..tgk crown shyning..canopy walk (kt tmn negara pahang lg SERAMMM)..
BTW, pengalaman yg BEST!!!
weekend ni nk g NIGHT WALKING lak kat sane..hehehe

qudwaH_Humaira' said...

shohwatul_islam:

ampun buk..jangan terasa hati tidak diletakkan gambar ibuk ya

kekanda13:

ya..tambah iman..moga amal juga

shuk_devdas:

aye ingat abang shukor g sekali

budak SPAS said...

x perlu cemburu ngan pelajar SPAS.....masing2 ade kelbihan n kekurangan....chemistry pun ade kelebihan tersendiri.....=)

ShohwatuL_Islam said...

x mengapa...bukan gambar menjadi ukuran kpd pershbtn..hehe.:)

Abg syukor nk gi night walking, hati2 ckit karg takut terlebih plak anggota kump yg balik..huhu..seram x?

limchoohan said...

Salamz kak...teringat kembali kenangan semasa "kursus Kempimpinan Bestari 07/08"di Woodland resolt,Taman Negara Pahang selepas tgok gambar akak canopy walking tu...Best giler masa tu,walaupun keje dlm tekanan tp pengalaman masa tu tetap xkan bob lupakan....hehehe...nasib baik bob xgayat tinggi~mane yang lebih tinngi kak?

qudwaH_Humaira' said...

bob:

taman negara lagi tinggi dik. tapi kan, akak nampak rebung menara TM daripada titian gantung..tu yang x boleh ketinggalan tu...

semangat bob !

qudwaH_Humaira' said...

BUDAK SPAS :

aye pernah ambil subjek SPAS.memang menaikkan kesedaran juga keimanan..hehe..

BUDAK SPAS said...

ooo..patut laa..tp npe tukar kos???