Mari berdoa "Ya Allah, jadikanlah cintaMu sebagai perkara yang paling aku cintai & jadikanlah rasa takut kepadaMu sebagai perkara yang paling aku takuti.Putuslah dariku keperluan-keperluan dunia dengan rasa rindu akan hari pertemuan denganMu.Apabila Engkau jadikan penyejuk mata orang yang cinta dunia dengan dunia mereka, maka jadikanlah penyejuk mataku dgn beribadah kepadaMu..." (HR Abu Nu'aim dari Haitham bin Malik Ath-Tha'i r.a dalam Al-Hilyah)
Friday, April 3, 2009
BUDAK LIMA TAHUN DICABUL DI TADIKA
Panas berita mengenai ayahanda Dato’ Seri Najib Tun Razak yang melangkah masuk menimbang nama, memegang tampuk kepimpinan Negara yang saya yakin satu cabaran yang sangat mencabar bagi dirinya ( ayat apa ni ayuni..), satu lagi berita lain, yang lebih menarik perhatian saya berkaitan seorang budak lima tahun yang dicabul di tadika.
Melampau bagi saya, kerana hari ini, tadika, pusat asuhan kanak-kanak yang kita yakini mampu memberi nilai keselamatan pada anak-anak kecil sudah tidak boleh dipercayai. Andai tadika, sebagai pusat utama penjagaan anak-anak pun kes seperti ini boleh berlaku,bagaimana pula tempat lain?
PENDIDIKAN TERBAIK ANAK-ANAK DI ERA “ ”
Kebimbangan saya bertempat rasanya,
Kerana saya yakin, saya akan berkeluarga dan mempunyai anak-anak
Kerana saya beriman, saya tidak boleh mengawal anak-anak saya sepenuhnya, (saya kira)
Kerana saya percaya, saya perlu menyumbang untuk dunia pendidikan negara
Kerana semua tempat tidak selamat, ish..tadika pun tidak selamat
Hati mahukan anak generasi yang terbaik
Hati mahukan mujahid mujahidah ni...
Cabarannya sangat besar!
Mengapa ??
Sebab dunia hari ni kita tidak boleh percaya pada sesiapa kecuali tekad dan pergantungan pada Nya
Saya sangat bimbang...Oh anak..moga pendidikan yang terbaik untukmu..
Saya sangat kesal dan turut bersimpati dengan kanak-kanak yang dicabul, malah menurut berita yang saya baca, pembantu ditadika tersebut memasukkan jari ke dalam kemaluan kanak-kanak tersebut. Allah..kasihannya anak...
PUSAT PENDIDIKAN TERBAIK ANAK-ANAK
Kemudian , timbul dibenak saya..
Dimanakah pusat pendidikan terbaik bagi anak-anak ?
Dan saya yakin, pusat pendidikan (tarbiyah) anak-anak adalah ibu dan ayahnya...
Ibu dan ayahnya..
Anak-anak perlukan ibu, ibu dalam erti kata manusia yang berhati ibu, tidak kira pengasuh tadika, guru sekolah ataupun ustazah mengajar Al-Quran.
Inilah yang memacu hati dan iman saya untuk terus tekad atas jalan pendidikan...
Kerana saya inginkan yang terbaik untuk anak didik saya..lebih-lebih lagi anak saya sendiri..(^_^)
Moga kesibukan tidak menghalang hati untuk menerima tarbiyah terbaik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam...
satu artikel yang melontarkan perhatian ke arah masa depan.
Ana agak terkilan bila dengar kisah ini. Siapa lagi yang boleh diharapkan tatkala seorang ibu dan ayah keluar berkerja. Moga tempat pergantungan yang paling selamat adalah kepada ALLAH.
Kalau nti ada sumber2nya, ana sarankan nti lihat kepada dokumentari THE ARRIVALS(menceritakan detik2 kedatangan dajjal dan Imam Mahdi).
Ada satu part dari dalam dokumentari ini yang menceritakan
bagaimana zionis laknatullah mengawal minda
anak2 kita dengan kartun yang dilakar daripada organ seks.
Pada mulanya mereka akan melukis genital organ ini dan kemudiannya lukisan itu disambung2 menjadi lakaran manusia, burung2 dan haiwan2 lain. Memang nampak comel, tapi apabila diteliti, unsur unsur itu diterapkan tanpa kita sedari. Nauzubillah.
Apa tujuan mereka ?
Agar si anak kecil ini melihat apa yang kita selaku orang dewasa tidak perasan iaitu pendedahan seks secara halus dan ini akan mengaktifkan minda seksual mereka lebih awal daripada sepatutnya. Akibatnya, aktiviti yang melibatkan
pornografi dan lucah kini meningkat dikalangan anak2 kecil. Ingat lagi kisah seorang budak lelaki di barat yang berumur 13 tahun sudah berzina dan mendapat anak ? Itu adalah konsekuensi yang boleh kita lihat.
Jadi, apa yang boleh kita bantu ?
1st, undang2 Islam wajar tertegak agar manusia seperti pengasuh itu mendapat hukuman yang setimpal.
2nd, perbanyakkan munajat kepada ALLAH agar insiden seperti ini tidak berlaku pada diri kita dan orang-orang disekitar kita.
"memacu tarbiyah cinta syurgawi"
saladin :
salam..
nak dokumentari tu boleh x ?
...atau bagi ana linknya kalau ada..
syukran
Post a Comment