Detik itu bermula pada 19 Januari 2009..Saya bermalam di rumah wakil calon yang disayangi. Tamat malam munajat di Akademi Islam, yang mana malam itu saya sempat memberi ucapan dihadapan penyokong
(malah amat mengharukan adik-adik juga ada ), pulang sahaja, malam itu kami semua kepenatan dan semua tidur dalam keadaan penat. ~~~
Pagi 19 Januari 2009..
Tenang kerana saya tidak perlu lagi berkempen, saya sempat menyiapkan lab report untuk diserahkan kepada pensyarah, juga sempat melayari internet untuk update isu terkini di beberapa laman web. Hari ini saya berpakaian oren.
Lab report siap !
Kami tumpang kereta Annur (sahabat baik merangkap wakil calon terhebat! Hehe) untuk ke kampus, lebih kurang 10 minit perjalanan, saya teus ke makmal komputer jabatan kimia untuk print lab report ( penting ni) dan bertemu dengan pensyarah di Makmal Kimia. Beliau mengucapkan selamat dan saya berjalan kaki pulang ke kolej kediaman.
TERKEJUT
Setibanya saya dibilik saya menerima SMS. Sila sebarkan, nombor calon terbaru telah ditukar <> AYUNI U18. Allah !
Ujian sekali lagi menimpaku Ya Allah...
Terus terduduk. Satu lagi SMS masuk, hati mula berdebar
” Kak Yuni, saya minta maaf, saya tak sedar nombor akak dah bertukar, saya dah pangkah U17, lepas tu baru saya perasan nombor akak U18, nak nangis”
Saya menarik nafas dalam-dalam..
Istighfar.....
Panggilan masuk..
”Ayuni dah tahu berita ?”
”Ya”
”Ok, sekarang saya nak Ayuni tenang, bersedia mental fizikal untuk segala kemungkinan, banyakkan bersabar, sekarang kami sedang usaha untuk foward messege pada yang lain.”
” Ok” saya
Ya Allah, aku tawakkal Ya Allah,
Seandainya ini takdir yang telah Engkau tetapkan bagiku,
Andai kemenangan itu adalah yang terbaik, aku redha,
Andai kekalahan itu yang terbaik bagiku, aku berserah.
Aku hanya ada Engkau Ya Allah.
Saya mula mengumpul semangat kembali, menggagahkan kaki. Saya menghubungi Annur dan mula merancang untuk pergi ke setiap kolej-kolej kediaman membuat lawatan ke tempat pembuangan undi.
Sebelum pergi, saya sempat membuang undi di kolej sendiri, dan Ya, nombor saya bukan U17 namun U18. Padahal, saya menggunakan U17 sepanjang kempen, almaklumlah nama pun seperti lelaki ( bukan saya cakap, orang lain yang cakap ya ). Flyers yang diedar dan ditampal juga diwar-warkan nombor yang sama.
Entah, hati saya seperti sudah lali, selepas kejadian-kejadian yang mengejut saya hadapi.Hati sudah tidak mahu rasa apa-apa lagi.
TERTANYA-TANYA
Sejak hari penamaan calon saya tertanya-tanya, mengapa selepas proses bantahan selesai, pengumuman calon layak bertanding tidak dibuat? Semua calon terpinga-pinga menanti keputusan, samada ada atau tidak yang terbatal pencalonannya, siapa yang menang tanpa bertanding, dan adakah kami semua layak untuk bertanding ?
( Bersangka baik, mungkin mereka lebih alert dan bijak)
Kami terus ke DTC ternyata saya berjumpa dengan rakan-rakan calon yang lain. Pagi itu agak suram kerana bilangan yang turun mengundi masih sedikit.
Pihak wartawan mula mencari peluang untuk mengorek cerita. Saya hanya bertegas dengan pendirian. Kenyataan yang dikeluarkan adalah sama untuk mengelakkan sebarang masalah, namun saya berusaha memberikan kerjasama kepada mereka.
Wartawan Malaymail (Joseph), Malaysiakini (Abang Rahim), Oriental. Wah, ini pengalaman pertama.
LAWATAN
KIRA UNDI
Berhenti solat maghrib, kiraan undi diteruskan, dimulakan dengan peti undi fakulti dan UMUM akhir sekali.
Kami ada bacaan kami ( setelah dikumpul daripada semua meja kira undi), dan pihak berkuasa ada bacaan sendiri. Saya ke meja 4, iaitu meja kiraan undi Kolej kediaman saya. Ramai yang tidak turun mengundi
(mungkin kerana pening kesan isu panas di kolej sendiri), dan banyak undi rosak !
Terdapat beberapa isu, kiraan semula undian bagi pusat kebudayaan, kiraan semula bagi fakulti sastera. Barulah pengumuman keputusan di buat.
(hehe..oh no)
KEMENANGAN SEBENAR !!
Apabila diumumkan kemenangan 8 kerusi daripada 9 kerusi UMUM, terasa bagaikan kaki lemah. Allah, sahabat –sahabat terus memeluk saya.
”Ayuni, Allah dah buktikan kebenaran!”
”Ayuni, kita menang !”
”Ayuni, Janji Allah benar !”
” Adik, YB ni selalunya memang pandai cakap aje, janji manis, nanti kerja tak nak buat, makan duit rakyat, rakyat hidup terbeban, perut sendiri dibuncitkan”
Saya tersenyum...(^_^)
Ini baru permulaan, saya punya impian untuk saya sendiri realisasikan.
Allah, bantulah aku ya Allah.
Allah, bantulah aku dalam dakwahku.
DAKWAH ! DAKWAH !
7 comments:
salam taniah ayuni atas kemenangan ayuni..teruskan perjuangan ayuni..buktikan kate2 ayuni bkn omong2 kosong yer sahabat..sha doakan yg terbaik utk ayuni=)
p/s:all the best ayuni...
yer...kak yuni menang dan wajah kak yuni sgt lain pd pg kemenangan itu...
pg tu..akhirnya kak yuni balik tido dgn tenag di 4th hehehhe...
Sha:
terima kasih kerana menjadi sahabat setia yang tidak pernah lekang memberi semangat...sesungguhnya senyuman sha sangat bermakna bagi aye..(^_^)
syakila :
ye la....sape yang amik akak balik kan...tuuttt....terima kasih dik atas pengorbanan..
ALLAH maha hebat...
alhamdulillah sgala usaha kite membuahkan hasil..
terima kasih YA ALLAH..
hmm nmpak raut wajah akak yg tenang
selepas kemengan..
akak smpai kat bilik,ekin nmpak segala kesediahan n kepedihan yg akak tanggung rase trlepas dari wajah akak..
tenang ekin tgk..
klu x,xhilang kesan mate lebam di mata..
kalah bear LEBAM..
hehehe..
ALLAH..
indahnya islam tu...
kami di kolej yg memastikan kertas yg di bagi sbg amanah n memastikan kertas 2 di edar w'po brisiko kami ni akan di tangkap or di buang kolj..
tp prasaan sume 2 xde bile di fikirkan ape yg nk ditakutkan klu di buang kolj atau di "perli" oleh sesetengah pihak klu di bndingkan dgn knk2 kcil di palestin yg tiap2 hari diburu oleh bom n pluru...
ALLAHUAKBAR..
kecilnya klu nk di bandingkan perjuangan kami..
alhamdulillah kami smpat gak edar w'pon last mint..
akak pon tau cter kn yg mlm 2 ekin ade bncng2 kat bilik kite ngan k.manje tntng strategi..
hehehe..
smpai begitu skali..
k ape2 pon slamat brkhidmat..
smoga brtanggungjawab k..
buktikan kat 'org2' yg pndg serong kat akak..
SEMANGAT K!!!!
k chaiyok!!
BERUSAHA!!!
Ayuni..malu la saya..
name saye disebut2 plak kat cni...
yg tdo lam kete tu pn die citer gak..aduss..
org dh tau dh sy kuat tdo..
mmg dh t'bkti..kalo x caye, follow this link --> http://wannurshuhada.blogspot.com/2008/06/kenangan-pahit.html
neway, yup..this is a kinda biggest appreciation for me..
i wud say thx 4 this..
but i dun really need it..
it's actually more than enough 2 have such a new super unique best friend!!
SUBHANALLAH! fantastic! =)
salam..ayuni matriks melaka kan?
kenal saya? ummu afeera zainulabid?
assalamualaikum..
CONGARTULATION!!!!
dpt gak bertegur sapa ngan ayuni even dlm blog je...sebenarnye dah bnyk kali terserempak kat UM ni..tp tak berkesempatan nak tegur....hmm b4 that sy izzah.. awak tk knl sy..tp izyan knl sy..sy senior dia kat SMAPT...oo lp,akak sy saadah kirim salam kat awak & said congrat pd awak...dia senior awak kt clifford...so lps ni jd la pemimpin yg dpt menegakkn kebajikan mahasiswa kat um ni...& sy harap sngt pihak MPMUM buat forum ke talk ke dngn student UM utk th lebih mendalam mslh student ni..again CONGRATULATIOn.... (^_^) wasalam
Post a Comment