Thursday, December 30, 2010

KONGSI DIARI



Sekadar perkongsian, apabila saya melihat kebanyakan kanvas muslimat berkisarkan pengalaman dan corat coret diri sendiri. Kadang saya terfikir saya terlalu serius dalam berpena..ada isu yang saya ingin lakarkan pendapat sendiri namun akhirnya batal begitu sahaja kerana khuatir nampak kedangkalan berfikir kerana ceteknya maklumat dan hadaman isi lalu yang dihamburkan hanya kata kosong.


Hari ini saya berniat untuk kongsikan kenangan 2010. Ia sekadar ingatan bahawa kita hanya merancang, dan Allah lah sebaik-baik perancang. Ia buat kita mengerti masa meninggalkan kita begitu sahaja jika tidak dimanfaatkan. Ia buat kita faham dalam kehidupan kita sentiasa harus membuat pilihan. Dan mengajar kita erti belajar daripada pengalaman.


Kita bisa faham mengapa Allah mentakdirkan kita lahir bukan pada era zaman kebangkitan Islam tapi ya, kita berada pada binasanya ummat akhir zaman.

Kita bisa ngerti mengapa Allah tidak mentakdirkan kita menjadi ahli sufi taqarrub tinggi padaNya tapi menjadi manusia biasa yang kita tahu akan merasa neraka.

Kita bisa tahu bahawa bentangan umur yang ada kita gagal usaha untuk menghargai nikmat Islam yang subur menyinar dalam tubuh sedari kecil.

Kita bisa jelas dengan mata betapa melata maksiat dan kezaliman berlaku diluar upaya kita untuk menahannya.


2010 hanyalah setahun yang pendek, saya berada di tahap terakhir pengajian Universiti, melepaskan amanah sebagai setiausaha perwakilan mahasiswa. Jujur masa yang diberikan untuk menyempurnakan amanah itu tidak pernah cukup. Saya tidak pernah merasa begitu sesak selain masa ini. Pengalaman bermakna saya rakamkan untuk bekalan mendatang. Lalu saya simpulkan, tidur tidak akan pernah lena tika bahu memikul amanah dan tanggungjawab. Ia diluar kawalan dan upaya, hanya Allah tahu samada amanah itu disinsing tepi atau ditatang penuh.


Awal tahun 2010 diari saya catatkan penuh dengan kesedihan. Lalu saya sedar bahawa saya tidak cukup ikhlas beribadah pada Allah kerana saya sukar redha dengan pemergian ayah. Allah hanya tarik satu nikmat dalam jutaan nikmat yang saya rasai, sedangkan setiap nikmat itu hanyalah pinjaman. Saya adalah anak yang mula-mula mengesyakki penyakit ayah, namun saya diamkan kerana saya juga sebenarnya tidak mahu menerima hakikat itu jika ia adalah benar. Kini hampir 8 bulan ayah dijemput Allah. Sedarlah saya bahawa tiada satu pun didunia ini adalah milik mutlak manusia. Tapi manusia sering berlagak seperti mereka memiliki segalanya. Astaghfirullahal’azim. InsyaAllah mungkin esok lusa kakde akan menyusul pula bertemu Allah.


Hebat Allah dalam mentadbir hidup manusia, saya menghabiskan hujung masa saya di Kuala Lumpur dengan ditarbiyah Allah bersama anak muda Sekolah Sains Alam Shah. Saya belajar bagaimana melihat potensi dan mempengaruhi minda dengan ilmu sains dan dakwah. Dan kemudian menghadiri majlis konvokesyen di UM. Oh, sudah 4 tahun rupanya saya di sini. Tahun 2010 saya telah bergelar graduan dan hujung tahun saya menjadi penanti kerja.


Selesai Ogos sehingga hujung tahun 2010, Allah mentarbiyah saya dengan anak-anak, saya menjaga anak-anak daripada 2 orang kakak yang bersalin hanya selang 2 bulan. Subhanallah, inilah yang paling menenangkan hati dalam takjub melihat bayi sedari lahir sehingga mencapai umur bulanan membesar saban hari didepan mata. Hebat Allah mencipta manusia, bulu mata dan rambut yang panjang dari hari ke hari, badan yang semakin berisi hari ke hari, esakkan mahu susu atau pelukan, bagaimana beribadah dalam keadaan uzur berpantang, amalan-amalan soleh perlu diterap buat anak sedari kecil. Menakjubkan sungguh! Hebat Allah!


Kasih sayang Allah dirasakan tidak pernah sirna, dalam usaha setiap minggu menziarahi pusara ayah, 2 bulan saya mengambil peluang menyumbang untuk masyarakat sekitar, menyertai Rukun Tetangga dan mengadakan tuisyen dirumah buat anak-anak jiran. Allah sentiasa membantu dan menjaga hambaNya, lalu saya merasa cukup gembira mengisi masa tidak bekerja dengan mendidik mereka.


Mengapa agaknya saya berkongsi hal peribadi di kertas blog? Hanya satu, kerana apabila kita belajar melihat kembali perjalanan hidup, laluan yang kita ambil sebagai nilaian kehidupan sekurang-kurangnya kita sedar betapa mewahnya hidup ini dengan Kasih Sayang Allah..Segala puji bagi Tuhanku yang menjadikan aku muslim.


Bisa ini adalah tahun terakhir berada di dunia, jadi mungkin menjadi diari terbuka berkongsi kasih sesama manusia. Moga hari ini lebih baik dari semalam.

4 comments:

Syahadah Hafeezah said...

gak apa2 kalau mau mencoret tentang wacana sendiri juga kanvas hidup sehari.. terpulang aja dik.. paling pentingnya, "menulis dari hati.. jangan pernah takut menjadi diri sendiri..moga2 semuanya bermanfaat buat insani.. " salam sayang dari akak =)

qudwaH_Humaira' said...

saya cuma khuatir apabila bercakap soal isu yang saya sendiri belum hadam isinya..lalu saya menyampaikan omongan kosong, risalah kosong dan bukan ilmu. tapi mungkin juga perkongsian pengalaman punya ilmu tersirat kan kak..hehe.thanks kakak^^

Cikgu Fieza said...

Membaca di sini rasanya sama macam tengah borak dengan yuni. Terbayang-bayang mimik muka yuni bercerita. Terngiang-ngiang je kat telinga suara yuni. Amazing lah. Gaya cerita kat sini sama macam gaya cakap kat luar. Rindu saat tinggal bersama. Anugerah Allah yg tak terhingga dapat kenal yuni dari dekat. :) Alhamdulillah. Ukhwahfillah~~

qudwaH_Humaira' said...

fieza:

ye ke dengan mimik muka sekali? sebab suara aye nyaring kot fieza..hehe..anugerah x terhingga juga dapat kenal fieza, banyak sungguh yang aye belajar, terutamanya hak2 rumah tangga..^_^insya Allah, jumpa nanti di Johor.hoho