Sunday, August 16, 2009

KUFUR NIKMAT!


Mengapa orang Islam selalu mungkiri masa ? Kenapa kalau mesyuarat dengan non muslim, muslim hadir lambat kadang hampir satu jam lewat ?! Adakah ini akhlak yang dianjurkan Islam? Sedang Allah sangat murka dan membenci hambaNYA yang mensia-siakan masa, malah Allah Subhanahu wa ta’ala telah bersumpah di permulaan Al-Quran dalam beberapa surah menerangkan kepada manusia betapa bernilainya masa dan kesan-kesan peredaran masa.

Demi malam apabila menutupi (cahaya siang), dan siang apabila terang –benderang (surah al-lail:ayat 1-2)

Demi Fajar, dan malam yang sepuluh (surah al-fajr:ayat 1-2)

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian! ( surah al-’asr: ayat 1-2)

Allahuakbar. Betapa pentingnya masa. Saya juga kadang leka dan lalai dengan nafsu sehingga terlalu banyak masa dibazirkan dengan perkara yang langsung tiada faedah untuk islam. Hakikat kepantasan peredaran masa membuatkan manusia merasakan dunia hanyalah impian ? Anda tahu mengapa ?

Seolah-olah di hari mahsyar kelak mereka baru dapat rasakan hidup di dunia, lama masanya hanyalah di antara semalam atau sehari semalam ( surah Al- Nazi’at: ayat 46)

Saya tersedar betapa pentingnya masa muda ini diisi dengan ilmu dan perlunya berkejar-kejar kearah kebaikan. Betapa pentingnya dakwah dan pengurusan masa, malah Islam menuntut setiap individu muslim mempunyai jadual harian. Sesungguhnya, beruntunglah bagi manusia yang mempunyai ‘aqal.

Saya adalah insan yang tidak boleh tahan sabar jika menunggu ! Kerana saya paling tidak suka menunggu, tambahan jika melibatkan komitmen pihak lain. Namun kadang kala tidak terlepas juga menjadi manusia pembazir masa yang terancang.

Menjadi pencinta masa bukan sahaja memerlukan komitmen, namun menuntut kefahaman secara mengakar kerana ia juga merupakan salah satu cabang akhlak yang didasari akidah. Mengapa kita boleh hebat bercakap soal kepimpinan, hukum Islam, kebajikan dan ketidakadilan terhadap wanita namun soal menepati waktu kita gagal ?

Saya mencabar diri sendiri supaya amalkan asas tuntutan agama. Berubah dan istiqamah.

Sabda Rasulullah S.A.W :

“ Sungguh ajaib situasi orang mukmin! Sesungguhnya semua pekerjaannya itu baik. Kebaikan ini tidak diperoleh oleh sesiapapun, kecuali hanya untuk orang mukmin sahaja. Iaitu jika dia memperolehi nikmat dia bersyukur, maka adalah suatu kebaikan dari dirinya. Dan jika dia mengalami kesusahan, dia bersabar, maka adalah kebaikan juga buat dirinya.”

Maha hebat Allah menjaga mukmin. Pada solat lima waktu yang membersih diri daripada kekotoran, qailullah dan qiamullail, bulan-bulan yang dijanjikan penuh barakah dan pertukaran siang dan malam. Subhanallah, semuanya telah disusun.

Saya menyeru kepada setiap jiwa muslim untuk sama-sama berubah dan menghayati detik kehidupan yang singkat. Sungguh Allah telah rakamkan dalam ayat suciNya betapa manusia dipenghujung nyawa dan diakhirat akan menyesal atas masa di dunia yang sia-sia. Allahuakbar !

2 comments:

ShohwatuL_Islam said...

sangat setuju dgn ayun...kadang2 kita kita membiarkan diri membentuk tabiat "LEWAT"...bila da jd tabiat, mulalah susah nak tinggal.bak kata pepatah 'habits die hard'. Tapi tak mustahil utk berubah...kena berjihad utk tepati masa. Sama2 kita syukuri nikmat masa.

Wan Nur Shuhada said...

penantian adalah satu penyeksaan...

'punctuality is da mother of success'

...jom jd da'ie yg menepati masa...=)