Friday, August 7, 2009

ANTARA HAK DAN KEWAJIPAN

25 aduan isteri jadi mangsa dera seks

Oleh Syuhada Choo Abdullah

Ramai wanita enggan lapor polis: WOA

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) menerima 25 aduan daripada isteri yang mengalami pelbagai bentuk keganasan seksual daripada suami masing-masing, tahun lalu, dengan sekurang-kurang dua mangsa diliwat.

Presiden WAO, Meera Samanther, berkata bagaimanapun kebanyakan isteri terbabit enggan membuat laporan polis, antara lain kerana masih dibelenggu perasaan keliru sama ada pihak suami sebenarnya berhak atau tidak untuk memperlakukan mereka sedemikian.

Selain itu, beliau berkata, ada juga mangsa yang tiada atau kurang mempunyai pendedahan mengenai perlindungan undang-undang bagi isteri yang menjadi mangsa penderaan seksual suami, di samping faktor tidak mahu perkara memalukan dalam rumah tangga mereka diketahui umum.

"Mereka ialah sebahagian daripada 62 aduan kes keganasan rumah tangga yang diterima WAO, tahun lalu. Isteri terbabit tampil untuk meluahkan perasaan kepada WAO kerana mahu penderaan yang dialami itu berhenti, tetapi tidak membuat laporan polis terhadap suami, termasuk kerana menganggap suami sebagai berhak.

"Dalam menangani aduan kes keganasan rumah tangga, WAO tidak menentukan apakah tindakan yang harus isteri berkenaan lakukan, sebaliknya memberitahu pilihan langkah yang boleh mereka ambil," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, seorang suami yang merogol dan meliwat isteri sambil mencekik mangsa dihukum penjara berjumlah 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Kuantan, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dilakukan pada April lalu.

Meera berkata, WAO meminta kerajaan meminda undang-undang dengan menjadikan perbuatan merogol oleh suami ke atas isteri sebagai satu kesalahan, iaitu tidak semestinya hanya apabila membabitkan kecederaan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan, Faridah Khalid, menyifatkan kes di Mahkamah Sesyen di Kuantan itu sebagai 'break through' kepada isteri yang menderita penderaan seksual daripada suami.

"Walaupun sebagai suami, mereka tidak berhak untuk mendera isteri kerana ia adalah perbuatan yang amat salah. Malah, dalam sisi agama, suami yang mendera isteri untuk kepuasan nafsu, juga adalah salah," katanya.

"Diharapkan kes ini akan menjadi pengajaran kepada golongan suami yang biasa mendera isteri secara seksual kerana menganggap itu adalah hak mereka. Suami seharusnya menjaga dan memelihara maruah isteri.

"Menjadi suami tidak bererti ada lesen untuk merogol atau melakukan penderaan seksual terhadap isteri. Hubungan intim antara suami dan isteri sepatutnya dalam keadaan penuh kasih sayang," katanya.

Sehubungan itu, Faridah berkata, diharapkan isteri yang mengalami keganasan rumah tangga berani untuk tampil menuntut pembelaan kerana kesan penderaan terpendam boleh mengakibatkan gangguan fikiran, emosi, kesihatan dan juga jasmani.

~ Di manakah perginya lelaki acuan Al-Quran ? ~

2 comments:

khalifah said...

salam kak.....skunk ssh ah nk cari lelaki yg baik n jujur....btl x????huhuhu...tp yg pasti kak..ana harap kak dapat lelaki yg selayaknya 4 diri akak....amin....
p/s ciri2 lelaki idaman same cam Rasulullah SAW...(caring n loving)

Syuwari Azhar Azman said...

Lelaki acuan al-quran itu sentiasa ada.
Tetapi yang sukarnya adalah mencarinya.
Hati yang benar-benar mencari cinta suci akan dapat mencarinya.
Insya`Allah..