Wednesday, March 25, 2009

SETIAP AIR MATAKU MENGALIR..


Ya ALLAH, tiada Tuhan yang ku sembah melainkan Engkau

Ya ALLAH, ku beriman dengan setiap kalimahMu

Ya ALLAH, ku beriman dengan setiap hukumMU


Benar Ya ALLAH, kejahilanku tidak pernah berkurang

Yang akhirnya aku gagal memperbaiki diri

Benar Ya ALLAH, terasa dunia ini sempit dan kecil

Hingga terasa tidak sabar untuk bertemuMU


ALLAH, Engkau Yang Maha Agung

Aku ini lemah Ya ALLAH

Lemah dan hina segenap tubuh dan pekertiku

Tangisku gagal menginsafi diri

Kerana aku masih sentiasa dekat dengan membuat dosa


ALLAH, Engkau Yang Maha Mengetahui Hati ini

Tiupkanlah semangat kesabaran Khadijah yang membawa kekasihMU sentiasa rindu padanya

Bimbinglah jiwa ini seperti Aisyah menjadi dirinya sangat dicintai kekasihMU

ALLAH….


Aku hanyalah hambaMU yang hayatnya dihujung-hujung dunia

Yang Kelilingku dipenuhi syakwasangka dalam beragama

Yang dikelilingku manusia tidak berasa malu untuk meninggalkan suruhanMU

Yang dikelilingku wanitanya berbangga dengan menunjukkan aurahnya


ALLAH…

Iman ini hanya pinjaman ya ALLAH

Ilhamkanlah kebaikan kepadaku

Sesungguhnya aku terlalu ingin menjadi mulia disisiMU….



Setiap air mataku mengalir…

ALLAH jangan tinggalkan aku lagi

Aku cinta ALLAH

3 comments:

rojak buah said...

Setiap manusia pasti diuji..kerana DIA inginkan hambanya yang terpilih sahaja merasai nikmat KASIH-SAYANG NYA...

hARGAI SETIAP KASIH SAYANG yang ALLAH BERIKAN DENGAN MENEMPUHINYA DENGAN PENUH GAGAH DAN TABAH.

BERSABAR ATAS SETIAP DUGAAN DAN CABARAN.KERANA DI PENGHUJUNGNYA ADA KEMANISAN YANG TAK DAPAT DIRASAI OLEH MANUSIA BIASA.


TERUSKAN BERSABAR DAN TERUS BERSABAR DENGAN PENUH `STRATEGI`.

CHAYYOK :)

nuwairahsafwa said...

andaikan..
diriku bisa..
seperti yang lain..
yang Kau sayang..
yang Kau ridukan..
yang Kau cintai..
ak lemah..
tanpaMu aku lelah..
ak sungguh tak berdaya..
tolong ku..
tolong ku..
Ya ALLAH...
setiap air mata..
ku mengalir..
ALLAH aku lemah dan tak bererti..
setiap derai tangi,membasahi..
ALLAH jangan tinggalkan ku lagi..
ak sayang ALLAH..
aku rindu ALLAH..
aku sayang ALLAH..

dh bagi lirik penuh..
lepas ni bole lg menghayati ye..
hehehe..
salam sayang..

Anonymous said...

"ALLAH menuntut kita untuk jadi luar biasa
yang penting nti tahu apa yang nti buat
dan nti hasilkan sesuatu untuk diri nti juga,
untuk kebaikan nti.
Hanya kita yang mampu ubah nasib kita
bukan pensyarah
atau kawan-kawan
atau sahabat-sahabat
walau bagaimana sibuk pun kita
kita ada tanggungjwab yang tidak boleh tidak perlu diselesaikan
dan menyiapkan tugasan merupakan salah satu tanggungjawab
tanggungjawab kita
sama ada siap cepat atau lambat
Ana faham masing-masing ada kekangan
yang penting
kita buktikan
walaupun pun sibuk
kerja kita TIP TOP !!!
semangat !!
Jadi…kita perlu berbeza daripada insan lain,
Jika ada ujian yang menimpa, percayalah ia adalah tanda kasih dan sayang daripada ALLAH SWT..."

Ingat lagi nasihat pembakar semangat seperti di atas?

jadi, La Tahzan, Wa La Tansa an Mas'uliatuk.