Saturday, January 31, 2009

RINTIH BATIN

Di malam dari malam-malam
Tidakku tahu apa yang menimpaku
Kegelapan menyelubungiku oh Tuhan

Bumi terasa sempit juga langit
Dan hatiku tidak ketahuan cahaya
Dan air mata pasti menangis Ya Ilahi

Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi

Kubermaksiat dan berdosa besar
Dan aku menjadi tawanan kesedihan
Terikat dengan dosa wahai Tuhan

Maka adakah berhak wahai Ilahi
Mengampunkan penjenayah
Yang mengaku dosa-dosa Ya Ilahi

Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi

Engkaulah Yang Menciptaku, Merahmatiku, Memberi Rezekiku,
Setiap masa oh Tuhan, Kau pernah bersamaku

Tetapiku menjauhi diri daripada-Mu
Kulupakan apa yang dahulu milik-Mu
Dan kumengikut jalanku sendiri Ya Ilahi

Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi

Dan hari ini wahai Tuhanku
Aku pulang dari kegelapan luar sempadan
Maka hatiku retak dan mataku bingung

Dan aku tenggelam maka aku tidak nampak sesiapa
Kecuali Engkau sebagai penyelamatku
Tiada penyelamat dan tiada penyelamat kecuali Engkau

Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi

Thursday, January 29, 2009

HARI KEMENANGAN PRO-M

Detik itu bermula pada 19 Januari 2009..Saya bermalam di rumah wakil calon yang disayangi. Tamat malam munajat di Akademi Islam, yang mana malam itu saya sempat memberi ucapan dihadapan penyokong

(malah amat mengharukan adik-adik juga ada ), pulang sahaja, malam itu kami semua kepenatan dan semua tidur dalam keadaan penat. ~~~

Pagi 19 Januari 2009..

Tenang kerana saya tidak perlu lagi berkempen, saya sempat menyiapkan lab report untuk diserahkan kepada pensyarah, juga sempat melayari internet untuk update isu terkini di beberapa laman web. Hari ini saya berpakaian oren.

Lab report siap !


Kami tumpang kereta Annur (sahabat baik merangkap wakil calon terhebat! Hehe) untuk ke kampus, lebih kurang 10 minit perjalanan, saya teus ke makmal komputer jabatan kimia untuk print lab report ( penting ni) dan bertemu dengan pensyarah di Makmal Kimia. Beliau mengucapkan selamat dan saya berjalan kaki pulang ke kolej kediaman.


TERKEJUT


Setibanya saya dibilik saya menerima SMS. Sila sebarkan, nombor calon terbaru telah ditukar <> AYUNI U18. Allah !


Ujian sekali lagi menimpaku Ya Allah...
Terus terduduk. Satu lagi SMS masuk, hati mula berdebar
” Kak Yuni, saya minta maaf, saya tak sedar nombor akak dah bertukar, saya dah pangkah U17, lepas tu baru saya perasan nombor akak U18, nak nangis”

Saya menarik nafas dalam-dalam..
Istighfar.....

Panggilan masuk..
”Ayuni dah tahu berita ?”
”Ya”
”Ok, sekarang saya nak Ayuni tenang, bersedia mental fizikal untuk segala kemungkinan, banyakkan bersabar, sekarang kami sedang usaha untuk foward messege pada yang lain.”
” Ok” saya cuba menenangkan diri..

Ya Allah, aku tawakkal Ya Allah,
Seandainya ini takdir yang telah Engkau tetapkan bagiku,
Andai kemenangan itu adalah yang terbaik, aku redha,
Andai kekalahan itu yang terbaik bagiku, aku berserah.
Aku hanya ada Engkau Ya Allah.


Saya mula mengumpul semangat kembali, menggagahkan kaki.
Saya menghubungi Annur dan mula merancang untuk pergi ke setiap kolej-kolej kediaman membuat lawatan ke tempat pembuangan undi.


Sebelum pergi, saya sempat membuang undi di kolej sendiri, dan Ya, nombor saya bukan U17 namun U18. Padahal, saya menggunakan U17 sepanjang kempen, almaklumlah nama pun seperti lelaki ( bukan saya cakap, orang lain yang cakap ya ).
Flyers yang diedar dan ditampal juga diwar-warkan nombor yang sama.


Entah, hati saya seperti sudah lali, selepas kejadian-kejadian yang mengejut saya hadapi.Hati sudah tidak mahu rasa apa-apa lagi.

TERTANYA-TANYA

Sejak hari penamaan calon saya tertanya-tanya, mengapa selepas proses bantahan selesai, pengumuman calon layak bertanding tidak dibuat? Semua calon terpinga-pinga menanti keputusan, samada ada atau tidak yang terbatal pencalonannya, siapa yang menang tanpa bertanding, dan adakah kami semua layak untuk bertanding ?

Senarai yang layak bertanding perlu ditampal ! Tapi tiada.

Malah, hampir jam 6 petang hari penamaan calon, baru kami dimaklumkan bahawa kami boleh mengambil borang kempen, cop pada manifesto dan kain rentang. Dan menakjubkan hanya “kami” sahaja di situ. Calon Penggerak kebanyakannya sudah pulang !

( Bersangka baik, mungkin mereka lebih alert dan bijak)
Allahuakbar...


DEWAN TUNKU CANSELOR


Kami terus ke DTC ternyata saya berjumpa dengan rakan-rakan calon yang lain. Pagi itu agak suram kerana bilangan yang turun mengundi masih sedikit.


Pihak wartawan mula mencari peluang untuk mengorek cerita. Saya hanya bertegas dengan pendirian. Kenyataan yang dikeluarkan adalah sama untuk mengelakkan sebarang masalah, namun saya berusaha memberikan kerjasama kepada mereka.

Wartawan Malaymail (Joseph), Malaysiakini (Abang Rahim), Oriental. Wah, ini pengalaman pertama.

Saya sangat berterima kasih kepada semua sahabat-sahabat jentera yang bertungkus lumus membantu dalam kempen mahupun ketika hari pembuangan undi.


LAWATAN

Setelah selesai ke DTC, saya dan Annur mula bergerak ke kolej-kolej kediaman, dari KK3, KK7,KK8, hingga ke KK10 dan setibanya di DTC semula, saya dan Annur tertidur dalam kereta ! (^_^). Baik punya tidoq.


KIRA UNDI

Petang itu, kira-kira jam 6, semua peti undi telah pun berada di dalam DTC. Saya hanya memandang jauh dari bahagian atas DTC, hari ini saya banyak termenung. Pengalaman pertama menjadi Counting Agent dalam DTC memang menarik, saya mengambil keputusan untuk berada di meja kiraan undi DTC, meja 21, iaitu meja bagi pelajar luar kampus.

Berhenti solat maghrib, kiraan undi diteruskan, dimulakan dengan peti undi fakulti dan UMUM akhir sekali.

Kami ada bacaan kami ( setelah dikumpul daripada semua meja kira undi), dan pihak berkuasa ada bacaan sendiri. Saya ke meja 4, iaitu meja kiraan undi Kolej kediaman saya. Ramai yang tidak turun mengundi

(mungkin kerana pening kesan isu panas di kolej sendiri), dan banyak undi rosak !

Saya mengamati trend undian. Dan saya dapat simpulkan undian yang dibuat masih tidak matang. (Full stop )


PENGUMUMAN


Terdapat beberapa isu, kiraan semula undian bagi pusat kebudayaan, kiraan semula bagi fakulti sastera. Barulah pengumuman keputusan di buat.


Saya menjangkakan peluangnya sangat tipis, tambah kecewa sahabat saya, Hidayah menunjukkan raut wajah yang cukup melukakan hati

(hehe..oh no)

Namun, hati saya tenang. Entah mengapa. Allah Maha Kuasa Menggenggam hati ini. Ketenangannya sukar untuk digambarkan. Terasa manis dan sejuk.

KEMENANGAN SEBENAR !!

Apabila diumumkan kemenangan 8 kerusi daripada 9 kerusi UMUM, terasa bagaikan kaki lemah. Allah, sahabat –sahabat terus memeluk saya.

”Ayuni, Allah dah buktikan kebenaran!”
”Ayuni, kita menang !”
”Ayuni, Janji Allah benar !”

Jujur, bagi saya kemenangan dan kemanisan ini adalah BONUS bagi ujian yang saya rasakan sangat berat. Saya tidak perlu katakan apa-apa lagi, segala tohmahan dan kata keji mereka yang prejudis akan tertutup sendiri.

Kemenangan ini, adalah kemenangan tautan ukhwah antara setiap jiwa , saya juga rasai kemanisan ukhwah bersama teman yang lain, Sasikumar, Chong, Jun, U-jie, ustaz-ustaz yang menang, fitrah.

TAHNIAH DAN TAKZIAH

Sehingga pulang ke rumah bagi cuti raya cina, saya kongsikan video sepanjang hari Pilihanraya Kampus bersama keluarga. Akan saya ingat kata-kata keramat sebagai refleksi diri yang keluar daripada mulut ayah saya.

” Adik, YB ni selalunya memang pandai cakap aje, janji manis, nanti kerja tak nak buat, makan duit rakyat, rakyat hidup terbeban, perut sendiri dibuncitkan”


Saya tersenyum...(^_^)
Ini baru permulaan, saya punya impian untuk saya sendiri realisasikan.
Allah, bantulah aku ya Allah.
Allah, bantulah aku dalam dakwahku.

DAKWAH ! DAKWAH !

Wednesday, January 28, 2009

MY DESICION

YOU HAD MADE THE RIGHT DECISION. YOU CHOOSE TO VOTE FOR US. YOU HAD JUDGED US JUSTLY.

I SINCERELY THANK YOU FOR YOUR VOTES. YOU HAD CAST ANY DOUBT YOU INITIALLY HAD ABOUT ME. ITS NOW MY TURN TO FULFILL MY COMMITMENT AND MANIFESTO PROMISES TO YOU.

TOWARDS A CAMPUS OF CARE & OPPORTUNITY. HOPE AND CHANGES WILL BE TRUE.

STAND BY ME AND I WILL STAND UP FOR YOU

~THANK YOU~

Monday, January 26, 2009

SEKEJAP AJE...







Terus terang saya sebenarnya tidak berasa selesa meletakkan gambar sendiri di blog sendiri...
Namun saya kotakan atas permintaan sahabat-sahabat..
sekejap aje tau..(^_^)


Friday, January 23, 2009

GADIS KONTROVERSI PRK UM

AWALAN

Bermula kehidupanku di Universiti tercinta, ku pasangkan tekad dan azam dalam diri untuk berubah menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Hakikat kehidupan yang aku lalui bukanlah indah namun manis jika dihayati dengan pandangan mata iman……..

BERMULA

Bulan-bulan akhir 2008, saya mula merasai beban amanah yang dipikul semakin berat. Sahabat dan kekanda mula bertanyakan khabar untuk bertanding dalam pilihanraya yang kini ditukar kepada pemilihan perwakilan mahasiswa.

ASPIRASI VS PRO MAHASISWA

Jika ditanya tentang pendirian selama berada dalam pimpinan kolej kediaman, pengalaman banyak mengajar, saya belajar daripada sekecil-kecil perkara hingga belajar membina ukhwah. Mula membina pendirian dan persepsi.

PERSOALAN

Apa itu ASPIRASI ?

Apa pula PRO MAHASISWA ?

Apa bezanya dengan PIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN ?

Adakah jika merupakan PIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN tidak boleh menyokong pendirian PRO MAHASISWA ?

Atau memang jika menjadi PIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN, WAJIB menjadi sebahagian ASPIRASI ?

PENGKHIANAT jika PIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN adalah BUKAN ASPIRASI?

TIDAK AMANAH jika PIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN adalah PRO MAHASISWA ?


JAWAPAN TERBAIK

Saya ingin berkongsi rasa hati…
Keputusan saya untuk bertanding bagi FRONT PRO MAHASISWA adalah atas dasar SEDAR dan FAHAM
Bukan keputusan MEMBABI BUTA dan BERSIKAP PENTINGKAN DIRI SENDIRI
Saya melihat terlalu banyak KEBROBROKAN dalam PENTADBIRAN yang TIDAK ADIL
KORUPSI, KRONISME, PEMBONEKAAN MAHASISWA.
Saya melihat mahasiswa hanya mengikut arahan dan DICENGKAM dengan ARAHAN dan CAKAP PATUH.
HILANG IDEALISME
Bukan bermakna mahasiswa perlu sentiasa MENJADI PEMBANGKANG, MENENTANG.
Namun IDEA dan MOBILASI sepenuhnya dengan bantuan PENSYARAH dan PIHAK PENTADBIRAN itu yang sebaiknya berlaku..

KOTORNYA berlaku apabila ADA INDIVIDU-INDIVIDU yang BERKEPENTINGAN menggula-gulakan MAHASISWA untuk kepentingan sendiri. Saya sangat MARAH..
Jika anda tidak disukai, dibuang dan dihapuskan
Jika anda disukai, gunakan sepenuh pengaruh dan kuasa untuk mendapatkannya
Suara mahasiswa kebanyakan tidak KEDENGARAN lagi, kerana PIMPINAN MAHASISWA sibuk memenuhi CAKAP PATUH pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Tambahan, PIMPINAN sebelum menceritakan MAHA BANYAKNYA pecah amanah duit pelajar yang dilakukan oleh pihak-pihak yang sangat LICIK ini.

BUKAN UNTUK MENANG

Ada pihak yang tertanya-tanya mengapa saya perlu memilih jalan yang SAKIT dan lagi MENYUSAHKAN..

Ya, saya boleh menerima tawaran yang diberikan dengan MUDAH, dapat WANG SAGUHATI, MAKANAN yang ENAK-ENAK, PENGINAPAN yang pastinya SELESA dan JAMINAN keselamatan VIP.

Jujur, menjadi FRONT PRO MAHASISWA tiada yang istimewa, malah saya mengeluarkan duit sendiri untuk wang FOTOKOPI MANIFESTO, DUIT MINYAK kereta, MAKAN, KOT sendiri , jika tidak menginap di kolej kediaman tercinta, saya akan tingggal dengan sahabat di rumah mereka, tidur secara jemaah atas lantai.

Jadi mengapa memilih jalan ini ? Kerana jalan ini lebih MENENANGKAN JIWA. Malahan sepanjang tempoh ujian, jiwa saya cukup tenang. Rasa bertuah kerana BERDIRI ATAS KAKI sendiri. Biar susah sedikit namun, jalan ini BERSIH dan BENAR.

Saya bertanding atas kapasiti sendiri, seharusnya penilaian dibuat atas kebolehan dan pencapaian kerana saya ingin menyumbang untuk rakan mahasiswa yang TERBEBAN.

KES WANG RM 100

Pengalaman ini adalah yang paling dahsyat selama 22 tahun kehidupan. Pertama kali menerima wang tunai dalam sampul, pertama kali ke pejabat polis membuat aduan, pertama kali berita hangat diperkatakan seMALAYSIA.

Mungkin ada yang menganggap ini isu remeh yang sengaja diperbesarkan. Mari berfikir diluar kotak pemikiran.

Saya memang menerima wang dan surat itu, dan surat itu bersampul Universiti Malaya. ”Sahabat saya” telah membuat kajian ke atas laporan polis yang dibuat, kajian dibuat berdasarkan FAKTA yang bertunjangkan PERSEPSI, satu persatu saya teliti.

Dan akhirnya saya membuat keputusn, untuk tidak marahkan dia walaupun telah menampal salinannya di board JTK malah di kaunter PEJABAT. Kerana dia TIDAK TAHU KEBENARAN..bersangka baik walaupun sakit..


Saya juga baru belajar tentang cara membuat aduan dan bagaimana kajian kes dibuat oleh pihak polis.

imbau satu persatu…..
Minggu sebelum minggu PRK

Saya dihubungi oleh beberapa individu yang saya kenali menawarkan saya untuk bertanding bagi pihak aspirasi, namun telah saya tolak atas pendirian saya (ketika itu saya telah membuat keputusan untuk bertanding bagi pihak PRO M).

Sepanjang tempoh, saya dapat rasakan saya sering diekori, sehingga pada 13 Januari, sehari sebelum penamaan calon saya menerima SMS yang memaklumkan bahawa terdapat surat untuk saya di pejabat kolej, saya membaca SMS yang dihantar pada 4.12pm selepas selesai Practical Lab bagi subjek Human Biology ( kira-kira jam 5 petang)

Selesai sahaja lab, saya pun pulang ke kolej kediaman dan bertanya kepada kerani pejabat (malah turut berbual dengan mereka), apabila dimaklumkan tiada, saya terus ke pigeon hole pelajar yang terletak berdekatan tangga, dan ternyata surat itu berada dalam bakul merah..(ni detail statement ni)

Tidak disangka-sangkakan, hari-hari yang kadang kita anggap sebagai hari biasa, boleh disabitkan sebagai hari yang penting. Selesai sahaja solat asar, saya buka sampul tersebut, surat beserta wang kertas RM50 sebanyak 2 keping, saya tunjukkan surat tersebut kepada dua orang junior dan rumate lain. Surat bertajuk ” Tawaran menjadi calon bagi Pemilihan Perwakilan Mahasiswa sesi 0809”. Antara tawaran yang diberikan tempat penginapan, makan dan jaminan keselamatan. Wang yang berjumlah RM100 itu adalah wang saguhati permulaan tawaran tersebut.

Tidak cukup dengan itu, saya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita dalam lingkungan jam 6.30 yang memperkenalkan diri beliau daripada HEP dan jika bersetuju untuk menerima tawaran ini, sila ke pejabat HEP. Saya jawab, baiklah saya akan ke HEP untuk PULANGKAN SEMULA sampul ini !! Marah !

Apa yang anda fikirkan ?

Ini bukan kes picisan…

Politik wang sudah berleluasa dalam kepimpinan politik nasional, dan hari ini, pemikiran mahasiswa yang sepatutnya genuine juga mahu di sogokkan dengan KEKOTORAN dan JIJIK perbuatan TERDESAK pihak tidak bertanggungjawab. ALLAHUAKBAR..Jika tiada iman dihati, wang tersebut boleh saya senyapkan malah saya boleh anggap surat tersebut tidak pernah wujud.

Ekoran…

Pendirian saya menolak tawaran, diekori, mendapat surat dan wang, malah dihubungi supaya ke pejabat HEP. Bersama nasihat sahabat-sahabat pimpinan untuk pertahankan diri dengan membuat report POLIS. Jika anda? Apa tindakan anda ?

( Masih ada yang mempertikaikan mengapa saya perlu buat report POLIS..Cukup menyedihkan)

REPORT POLIS

Pengalaman pertama ke Balai Polis ketika itu, di Pejabat Polis Pantai Permai, saya bersama 3 orang sahabat bertemu dengan 2 orang pegawai polis dikaunter. Sayalah yang menaip laporan itu, apabila diminta oleh pegawai disitu untuk memudahkan report dibuat. Selesai menaip report, pegawai polis wanita tersebut terus membuat panggilan kepada pegawai atasan, membuat salinan fotostat bahan bukti, dan meminta saya menandatangani report yang telah dibuat. Polis wanita itu memaklumkan bahawa seorang Inspektor akan mengambil alih kes ini dan akan menghubungi saya untuk siasatan lanjut.

Hebat ALLAH, kini, saya sudah belajar dan tahu beberapa perkara berkaitan aduan dan gerak kerja siasatan polis, mengenali SB dan mengetahui kepakaran sesebuah cawangan polis. Campur hari ini, saya telah pun turun naik ke pejabat polis sebanyak 5 kali, termasuk semalam menyerahkan telefon bimbit dan simcard untuk tujuan pengenalpastian nombor telefon yang menghantar SMS dan wanita HEP yang menghubungi saya.

TAHUN YANG SILAP

Antara isu yang dibangkitkan oleh ramai pihak ialah kesilapan menulis tahun dalam report tersebut. Dan saya akui memang kesilapan saya. Mahu tahu ? Sebenarnya borang penamaan calon saya juga telah diharu birukan oleh saya sendiri.(^_^). Silap-silap pencalonan saya boleh terbatal.Kerana tarikh dihujung borang diisi dengan tahun 2008 juga.

Allah Maha Besar, dihadapan pegawai yang menerima borang, sahabat wakil calon terperasan dan minta saya betulkan kembali tahun tersebut dan telah disahkan semula. Dan kerana rasa bimbang tahap tertinggi wakil calon saya ini, beliau meminta saya mengisi satu lagi borang baru dan ingin membuat pendaftaran semula kerana bimbang tahun 2008 yang dipotong dan digantikan dengan 2009 boleh dipertikaikan oleh pihak lain ketika sesi bantahan.

SURAT YANG SALAH

Ramai juga yang meragui mengapa saya perlu membuat laporan sedangkan jika saya benar-benar arif tentang surat-menyurat sudah pasti saya sedar kesilapan yang dilakukan. Malah yang cukup menyedihkan apabila saya dituduh membuat surat tersebut dan sengaja memFITNAH TNC. Itupun dalam musim pilihanraya yang saya sendiri sibuk untuk membuat persediaan. Dalam report yang dibuat juga saya tidak sekalipun menuduh TNC HEP malah dalam mana-mana further statement yang dilakukan saya tidak akan sesekali membuat tuduhan kepada sesiapapun, inikan pula menCANANG-CANANG nama.

Malah saya turuti nasihat pihak polis supaya tidak membuat apa-apa press statement, ya, hari penamaan calon sahaja saya telah cuba ditemuramah oleh beberapa wartawan akhbar, namun saya tolak untuk kebaikan dan elakkan keadaan menjadi semakin keruh.

Kini, biar pihak POLIS yang cari, SIAPA DALANGNYA..Mereka lebih pakar..

TANGGUNGJAWAB

Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja
Jika kita tidak mengambil tindakan berani
Pihak yang JAHAT dan JIJIK akan terus rasa GEMBIRA
Kerana langsung TIDAK TERGUGAT
Eleh…Mahasiswa itu, aku bagi RM 100 senyap la dia..
Walaupun RM 100 !!!
Ini bukan soal berapa banyak wang yang diberikan
Tapi bagi saya ini adalah MURAHNYA NILAI DIRI MANUSIA
Tidak mengapalah kita mencetuskan KEPANASAN untuk isu yang datang daripada wang RM 100
Namun apa yang ingin ditunjukkan di sini
JANGAN BERANI MENGGUGAT MAHASISWA !!!
Saya yakin dan percaya
Jika diperingkat MAHASISWA yang tahap INTELEKTUAL NYA sentiasa berkembang
Kita mudah dijual beli…
TIDAK MUSTAHIL…Negara kita akan DIJAJAH juga dengan cara JUALBELI..

BERANI KERANA BENAR

Sehari selepas aduan dibuat saya dimaklumkan pihak pimpinan bertemu dengan pihak TNC HEP untuk meminta penjelasan, saya dimaklumkan bahawa TNC HEP membuat report polis berkaitan pemalsuan DOKUMEN, dan beliau menafikan tandatangan beliau.

Ada isu dikolej kediaman, berkaitan pertandingan forum antara IPT. Memandangkan pertandingan ini diadakan dalam tempoh saya sedang berkempen dan saya tidak mahu ada pihak yang mempolitikkan keadaan, saya berbincang dengan pihak jawatankuasa secara telus samada saya perlu terus untuk menyertainya atau tidak.

Keputusan akhirnya, mereka mahu saya menyertai pertandingan ini seperti mulanya. Hari penyampaian hadiah diadakan di kolej kesayangan, selesai sahaja berkempen di kolej 11, saya terus bergerak ke kolej 4, saya dimaklumkan bahawa ayahanda TNC akan menjadi perasmi majlis pada malam tersebut. Saya mengambil keputusan untuk berada dalam majlis.

ALLAHUAKBAR…

Saya telah jangkakan, ucapan dasar perasmian adalah ucapan berkaitan isu fitnah terhadap beliau, dan, ketika itu mungkin ayahanda tidak perasan saya turut sama serta dalam majlis. Sahabat peserta yang lain memberi semangat dan kata-kata penguat. Saya tersenyum. Terlalu jauh ucapan dasar itu pergi sehingga kepada peribadi saya, siapa ayah saya, malah menyentuh tentang ibadah. Allah bersama hambaNYa yang sabar..

Benarlah Ya ALLAH janji-janjiMu…
Benarlah Ya ALLAH, manusia itu mudah marah..
Benarlah Ya ALLAH, manusia itu lemah..
UM mendapat tempat ketiga dalam pertandingan forum kali ini. Alhamdulillah, walaupun berlatih tidak sampai sehari. Saya turut naik ke pentas untuk mengambil hadiah, dan tersenyum kepada ayahanda. BERANI KERANA BENAR….

DIBUANG DIKOLEJ SENDIRI

Akan saya jadikan pengalaman ini sebagai kenangan yang paling indah…
Dikolej kediaman ini….
Saya dinafikan hak sebagai seorang mahasiswa…
Saya melihat lemahnya manusia kerana terpaksa…
Saya gagal membawa keluar adik-adik daripada PLAY SAVE SYNDROM yang saya tekankan ketika Kursus Kepimpinan Kolej
Saya melihat adik-adik yang tidak sedar malah hanya akur dan patuh..
Saya merasai kasih sayang atas nilai ukhwah yang hilang kerana buta pada KEBENARAN

Saya diberikan masa hanya 10 minit sahaja untuk berkempen..
( Namun lain di barisan penggerak yang dibenarkan untuk menggunakan platform apa sahaja untuk berkempen, tidak pula dikira masa, start and stop, malah diraikan.ALLAH..hebatnya keadilan)

Saya menerima SMS bahawa setiap aras diletakkan jentera, apabila saya bertanya mengapa, kepada ketua jentera (tahniah kerana telah melaksanakan tugas dengan baik dik) mengapa menghalang pelajar untuk turun mendengar kempen, jawabnya jentera diletakkan untuk elak calon naik ke bilik-bilik. ( saya juga tahu larangan berkempen).

Setibanya di dewan santapan, hanya ada pelajar India tarian, kemudian bacaan yassin disurau pula kedengaran kuat dispeaker luar, ALLAH…muzik tarian semakin lama semakin kuat…ALLAH..Tidak lama terdengar pengumuman diinterkom kolej.. ALLAH….

ALLAH MAHA HEBAT !!

Semakin lama semakin ramai

Semakin ramai..dan ramai yang turun untuk memberi sokongan. Sahabat-sahabat dengan semangat dan saya yakin tidak rasa gentar membawa turun belon-belon yang ditulis kata-kata semangat. Malam kempen itu menjadi malam kempen bersama linangan air mata, ramai yang menangis malah memberi kata-kata semangat yang tidak pernah putus. Terima kasih semua. Antara amanat yang saya sampaikan:

  1. Biar diri ini hancur jika ianya BENAR untuk ISLAM
  2. Tidak perlu takut akan ugutan, kerana setiap daripada mahasiswa punya hak.
  3. Don’t PLAY SAVE

Sehingga di sini dahulu...
Tunggu...
Akan saya ceritakan kenangan paling bermakna...

HARI PEMBUANGAN UNDI UNIVERSITI MALAYA.(^_^)

Wednesday, January 21, 2009

TEPU DENGAN UJIAN

Bismillahirrahmanirrahim…

Setelah lama tidak update blog ini, saya ingin kembalikan jiwanya..

Kehidupan saya kali ini jauh berbeza daripada sebelumnya..Alhamdulillah..Inilah takdir dan hamparan ujian yang Allah berikan..Allah mendengar doa-doa saya.Malah saya dapat rasakan betapa dekatnya Allah dengan jiwa ini. Andai saya sering berdoa ingin bersama-sama dengan saudara di Palestin, kali ini Allah menguji kesungguhan saya dengan menyuntik ujian yang Maha Hebat bagi saya sebagai MUKADDIMAH perjuangan.

ADA APA DENGAN PERJUANGAN ?

Ramai disekeliling saya sentiasa bertanya, perjuangan apa yang saya bawa selama ini, sehingga mengambil keputusan yang pastinya berhadapan dengan kesusahan.

Hakikatnya, perjuangan itu tidaklah didasari UKHWAH, KESENANGAN, dan DUNIA tetapi bertunjangkan KEBENARAN, KEBERANIAN dan AKIDAH.

Mengapa tidak didasari UKHWAH ? Kerana ukhwah itu bukanlah dicari kerana manusia, namun hadir kerana Tuhan. Jika dahulu saya pernah ada rasa takut kehilangan insan yang saya sayangi disekeliling saya, namun setelah berhadapan dengan ujian, saya sebenarnya memperoleh lebih ramai sahabat, malah lebih menghayati nilai UKHWAH yang sebenar. Ukhwah itu milik Allah.

Mengapa tidak didasari KESENANGAN ? Kerana hakikat jalan yang saya pilih adalah sukar, dilempar dengan maki hamun dan cacian, difitnah dan dituduh tidak amanah. Saya boleh memilih jalan yang senang itu, namun hakikatnya kesenangan itu bukanlah kebenaran.

Mengapa tidak didasari DUNIA ? kerana hakikatnya dunia itu tidak kekal lama malah merupakan singgahan sementara sebelum bertemuNYA. Renungkan, DUNIA ini jika dijadikan TUAN kelak akan memakan BADAN, sebaiknya jadikan TEMAN kelak akan menjadi UKURAN.Syurga neraka.

Mengapa bertunjangkan KEBENARAN? Kerana kebenaran itu membuatkan jiwa menjadi TENANG. Maha Hebat ALLAH, selam tempoh diuji saya sentiasa berdoa agar ALLAH tunjukkan jalan yang benar dan berikan keteguhan hati dalam membuat penilaian dan itulah yang saya peroleh. Malah hebat diuji, semakin tenang hati ini. Hebat Ya ALLAH !

Mengapa bertunjangkan KEBERANIAN ? Kerana ketakutan seorang hamba hanyalah pada PENCIPTANYA. Seandainya perjuangan atas nilai KEBENARAN itu dihalang dengan rasa takut pada manusia, akhirnya saya yakin kita tidak akan bertemu dengan KASIH SAYANG ALLAH.

Mengapa bertunjangkan AKIDAH ? kerana inilah beza seorang muslim dan mukmin, seorang mukmin kekuatannya adalah pada pegangan AKIDAH yang bulat dan jitu pada ALLAH. Nafsu menegakkan ISLAM dan menyebarkan DAKWAH semakin tidak tertahan-tahan lagi. Dan Akidah inilah yang membawa hati menilai perbuatan diri.

Ya ALLAH..Teguhkan hati dalam perjuanganMU..Kini beban dakwah ini semakin berat Ya ALLAH.

Jangan KAU biarkan seisi hidupku sebagai BALA yang akan MENGHANCURKAN timbangan dihujungnya

Nantikan..saya akan berkongsi pengalaman berada dalam MEDAN Pilihanraya kampus..Tunggu

Saturday, January 3, 2009

SIAPA PEMIMPIN YANG ANDA PILIH ?

Kekasih Allah, Muhammad Al-Amin dalam lambaian terakhir haji wida’. Baginda menyampaikan amanat terakhir kepada hamparan muslimin di Arafah dan bersaksikan atas segala ajaran yang baginda sampaikan pada ummatnya.

Dalam khutbah terakhir tersebut, Rasulullah S.A.W menjelaskan bahawa tidak ada sebarang kuasa tunggal tersendiri pada pemimpin atau ketua di sebalik batas-batas hukum kitab Allah dan Sunnah RasulNya.

Malah tidak boleh dengan sifatnya sebagai seorang ketua menggerakkan walau seurat rambut atau sehelai daun untuk mengatasi Manhaj dan hukum Islami.

Pada hakikatnya seorang penguasa atau ketua tidak boleh menikmati dan bermewah hidup dengan sifatnya sebagai penguasa atau ketua, tetapi penguasa adalah pemegang amanah dari pihak Muslimin untuk melaksanakan hukum Allah Ta’ala.

Itulah gambaran ketua/pemimpin/penguasa yang Rasulullah maksudkan dalam khutbah terakhir baginda. Namun, cuba kita lihat berapa ramai pemimpin hari ini yang perutnya buncit dengan wang rakyat.

Mari menelusuri erti pemimpin dari konteks mahasiswa. Kadang ada yang faham, namun gagal membuat penilaian. Ada yang berjaya membuat penilaian namun gagal membuat pilihan. Oleh itu, kita harus mengorak langkah mencari dan mengkaji.

Musim hangat lagi getir akan tiba tidak lama lagi. Mahasiswa perlu memainkan peranan untuk memilih pemimpin mereka, wakil mereka, kerana pemimpin inilah yang akan mencorakkan suasana kehidupan samada mengHIDUPkan polisi dengan berlandaskan HUKUM TUHAN yang sebenar, meMERIAHkan maksiat atau MENGUBURkan mukaddimah jihad tertinggi (syahid).

Mungkin saya dapat membantu anda sekurang-kurangnya membuat penilaian awal.

APA ITU IDEALISME MAHASISWA SEBENAR ?

1. Bebas daripada dikongkong atau digula-gulakan oleh mana-mana pihak.

2. Mempunyai pandangan tersendiri yang tidak dipengaruhi.

3. Melihat agenda masyarakat sebagai ”key point”

4. Mengambil usaha hanya untuk kepentingan mahasiswa dan bukan memenuhi atau menjalankan perintah pentadbiran semata-mata. Bukan mengikut ARAHAN, namun BEKERJASAMA dengan.

5. Idealisme perjuangan yang mempunyai misi keTuhanan. Pelaksanaan rukun negara yang selama ini hanya propaganda (Kepercayaan Kepada Tuhan)

SIAPA PEJUANG IDEALISME MAHASISWA?

1. Mereka yang bersuara untuk mahasiswa= JURUBICARA UMMAH

2. Menegakkan kebenaran walaupun berhadapan dengan kesukaran dan ugutan

3. Aktivis yang jiwanya bukan menuntut kesenangan hidup, pangkat dan kemewahan, namun mencari jalan memperjuangkan kebajikan mahasiswa.

4. Kelompok mahasiswa yang sentiasa peka terhadap isu global, nasional, setempat dan berusaha membantu ke arah kebaikan.

5. Bebas bersuara dan tidak boleh dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

Oh Tuhan, aku ingin menjadi pemimpin yang akhirnya bertemuMu dengan cahaya

- qudwahHumaira’