Wednesday, November 12, 2008

TERLEBIH RASA ?


Hidup bersama manusia pasti akan ketemu dengan pelbagai wajah dan sikap. Ada yang SERASI dengan diri kita, juga ada yang KURANG SERASI, malah ada yang TIDAK SERASI LANGSUNG.

Bagi saya secara peribadi, ia berkait rapat dengan bagaimana kita mengenal diri kita, dan berusaha untuk menerima insan lain dalam hidup kita.

Secara teorinya mudah, tapi kalau berhadapan sendiri dengan manusia terlebih rasa”, haru dibuatnya..Kali ini saya mungkin membuat penilaian dari satu aspek/pihak.

Soalan pertama..Mengapa saya gunakan istilah ”terlebih rasa” ? Sebab rasa ia sesuai, mungkin.

Baiklah..Bagi menjelaskan lagi apa yang saya ingin maksudkan, mari saya bawa anda melihat beberapa contoh kes:

KES 1:

Lelaki A ada seorang member ( lelaki B ). Lelaki B anggap lelaki A ni sahabat baik. Kalau demam si A ni, dia akan menjaga sehingga mengelap badan si A (agak pelik bagi lelaki), kalau si A sakit, dia nak tengok sakitnya tang mana, mudah sangat kecil hati jika si A berkawan baik dengan member lain (cemburu), kalau jumpa si A ni memang layanan 1st class..

Sehingga menyebabkan si A ni rasa tidak selesa, dan terkongkong hidupnya.Ialah, nak buat apa-apa kena jaga hati B. Kesian pun ada..

KES 2 :

Seorang kakak X ada adik Y (junior), adik ni baik dengan kakak ni, dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapat perhatian akak X ni, andai tak kena sikit adik Y ni akan tarik muka masam, merajuk. Adik Y ni akan belikan apa sahaja untuk kakak X ni ( macam peminat setia la), kalau nak tidur, pasti nak tidur dengan akak X ni sehingga mengabaikan teman sebilik sendiri (hostel).

Sehingga akak X ni, rasa tidak selesa dan penat nak melayan kerenah adik Y.

Adakah anda mempunyai karakter yang sama seperti lelaki B dan adik Y ?

Allah Maha Pengasih dan Penyayang mencipta manusia dengan pelbagai karakter. Namun niat saya untuk artikel kali ini ialah, jika kita antara yang terlebih rasa, kita merenung beberapa perkara :

1. Jika kita benar-benar sayang kan sahabat kita, sebagai mukmin, mendoakan adalah tanda CINTA yang TERBESAR dan yang TERBAIK tentunya.

2. UKHWAH sebenar antara dua sahabat adalah pada AKIDAHnya. Jika kita teliti sirah Rasulullah S.A.W, kita akan dapati, pengorbanan dan bai’ah yang dilakukan oleh kaum Ansar adalah kerana keyakinan mereka pada yang ESA. Barulah mereka sanggup berkorban harta dan nyawa.

- Dan daripada akidah itulah akan munculnya kasih sayang, yang bertunjangkan Maha Esa-

3. Letakkan pertimbangkan antara MENYAYANGI dan MENYUSAHKAN atau MENGONGKONG sahabat.

4. MEMAHAMI dan MENERIMA sahabat seadanya dia. Kadangkala kita bersahabat dalam sedar atau tidak kita terlalu banyak meminta, dia perlu jadi begini, perlu begitu.

*** Mengapa si B ni buat tak faham dengan perasaan saya ?

*** Mengapa akak X ni tak bagi perhatian pada saya ?

Mungkin kerana ”saya” terlebih rasa. Sehingga sebenarnya mencarik sayang daripada jiwa sahabat.(Nauzubillahiminzalik)

Alhamdulillah, Allah mendengar doa-doa saya. Saya bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang sangat mulia hatinya. Sentiasa mendengar, menegur, memahami.


Pentingnya untuk mencari sahabat yang baik. Kerana sahabat walaupun mereka jauh, atau tidak pandai mempamerkan kasih sayang, sekurang-kurangnya, ikatan hati utuhnya adalah pada DOA.


Bagi saya, sahabat yang soleh/solehah, tidak perlu selalu berjumpa atau berkepit ke sana sini, cukuplah. Sahabat yang membawa kita sentiasa di JALANNYA !!


Sahabat-sahabat, andai saya pernah ”terlebih rasa”, sedang tika itu, sahabat-sahabat tidak menyukainya, maafkan saya ya.(^_^)

Dont say, Oh GOD, look how BIG my PROBLEM are,

But say, PROBLEMS, Look how BIG my GOD is

– monolog qudwahHumaira’

23 comments:

Afandy Bin Sutrisno Tanjung said...

salam....

bagus..banyakkan menulis tentang fikrah ini lebih menjiwai bagi sesiapa yang membacanya...insyaAllah...

teruskan usaha...
dakwah melalui penulisan yang mudah dan jelas maknanya mudah2an memberi 1001 pengertian kepada yang membacanya..

monolog dalaman umpama pena...
pernahkan kita mendengar bahawa kdg2 pena itu lebih tajam daripada lidah? ya itu jika siapa yang pandai menggunakan penanya...teruskan usaha..

salam...

qudwaH_Humaira' said...

abang fandy..

syukran..
apabila menulis..pasti kita sebenarnya mencari pengertian untuk pemahaman sendiri...

selamat mula menulis juga (^_^)

Anonymous said...

knp terlebih rasa???ape maksud terlebih rasa???pnh ke anda mengalaminya...

sHi said...

sahabat ialah cermin diri kita tul ayuni? =)

sya_ais said...

salam........

kak shi,nk kongsi ayat dgn kak shi la...
betul2..sahabat adalah cermin diri kita...

sy ingatkn terlebih rasa pa la td...
tp rasa2 sy la kn, mmg wujud pn kat keliling kita situasi ni danmmg byk situasi ni berlaku...

nasihat utk lelaki A dan Kakak tu la kn, byk2 la bersabar yer....kalau dh rasa tak larat sabar tu, hentam jer labu.....
Kalau rasa boleh mengubah orang2 terlebih rasa ni, silalah ubah...

Teman x sio nak ubah la orang2 cam ni...penat badan dan jiwa jer...
last2 skali mmg tawakal dan doa jer agar org2 terlebih rasa ni dpt petunjuk ALLAH utk berubah...ameen...

hehhehe...ala...pa la yg syakila dok merapu meraban lagi ni...ish2 syakila ooo syakila..berubah la merapu-rapu ni....arap2 sy x merapu la yer...

smoga da iktibar....insyaALLAH..
p/s bt kakyuni n kak dayah : nanti sy buat novel, akak2 kena beli yer...hahahhah

qudwaH_Humaira' said...

kak shi...

setuju 100%.memang benar sahabt adalah cermin bagi diri kita..

ingat hadis Rasulullah tentang penjual minyak wangi ?

akak, wangi laaa..hehe

qudwaH_Humaira' said...

sya_ais...

nak kena tunggu novel ni yang akak x tahan...

solute la dik !!
ni kalau buat novel kalah kisah ayat-ayat cinta..

jadi karangan cinta...
jangan biarkan dirimu tertipu..

sya_ais said...

kak yuni, pa kaitan dgn jgn biarkn dirimu tertipu plak???

tunggu la blik umah nti boring2 sy bt novel yerk...
hehehhehe....

nk jugak wangi...nk jugak minyak wangi(bahasa kiasan jer)

huhuhu....

Anonymous said...

Ayat ayat yang dicoretkan untuk entri kali ini agak mendalam dan mempunyai maksud yang tersendiri.

Bila kita menyayangi sahabat itu, mendoakannya adalah kasih sayang yang terbaik.

Setiap insan mempunyai hima (tanah larangan) yang mana orang lain perlulah menghormatinya.

Dalam bersahabat, sabar itu tunjang utama. Hatta dalam keadaan yang meruning sekalipun, sabar itu ibarat penyucian jiwa.

Semoga artikel yang bermanfaat ini dijadikan sandaran dalam bersahabat.

Ana rasa ana tahu siapa yang dimaksudkan dalam kedua-dua kes ini.(^_^)

Assalamualaikum(^_^)

qudwaH_Humaira' said...

saladin the saracen...

puas juga ana memikirkan terma apa yang sesuai untuk digunakan...

moga dapat manfaat bersama..
nta ada cadangan penyelesaian x ?
andai kita ambil tindakan berbincang mungkinkah ia merupakan tndakan yang terbaik ?

Anonymous said...

Ana setuju juga dengan kaedah berbincang tu. Tapi kalau ana, ana lebih suka dakwah bil hal. Seperti dakwah nabi.

Tunjukkan contoh atau beri signal. tapi tak tegur indirectly. Tapi kena tgk dulu orang yang menjadi prospek kita tu.

Ana juga berpendapat, berbincang itu memerlukan persetujuan antara dua belah pihak. Kalau seorang tu bersedia untuk berbincang tetapi yang seorang lagi buat tak tahu je, agak sukar untuk mencapai kata sepakat. Lebih2 lagi kalau dah buat salah tapi tak mengaku dah buat salah. Tinggi betul ego sesetengah orang ni. Kadangkadang ana pun pening. :)

Salah satu sifat yang perlu ada pada sahabat adalah, dia perlu peka dengan keadaan sahabatnya.

Jika kukuhnya persahabatan, angin yang berlalu pun boleh memberi khabar berita sahabatnya. Begitu kuatnya chemistry. Walaupun seorang di pantai barat dan seorang lagi di pantai timur.

p/s:
cikgu ada exam last arini kan ? buat yang terbaik ya cikgu. Pasni jadul dah bertukar pula kan. Setiap hari kita perlu berazam untuk jadi anak yang soleh. Baru tenang hatinya :)

nuwairahsafwa said...

salam..
akak,mngkin ade ssetngah org ni,dia xdpt ksh ayg dr kluarganya..
namun dia akn dpt ksh syg ni dr kwn @ sahabt2nya..
kita xtau ape yg trsirat di dlm hatinya..
mngkin ini caranya bg nye untk dptkn ksh syg..
insyaALLAH bkn nk dptkn ksh syg lbh dr ALLAH..
syg dr ALLAH adlh sgala2nya..
emm ape yg pnting,mgkin kita lpas ni dpt blaja mmprbaiki diri..
ekin pon mntk maaf klu ekin ade trlebih rase ngan akak..
MAAf YA!!
ct jgn lupe plak kat kita..
hehehe..
k salam..
cyg akak..

Anonymous said...

salam...dlm hidup ni ada mcm2 org..nk xnk kena terima..myb di pihak sana merasakn begitu tetapi di pihak sini tidak..manusia mcm2 ragam..drp byk ragam manusia 2 la kita boleh belajar..kalau betul2 diamati,direnungi di fahami ragam manusia la yg byk mengajar kita..jika kita benar2 peka pd apa yg berlaku di sekeliling kita..alam ni cukup indah dan pelbagai..tatapi lh betul2 kerana itulah panduan terbaik dlm hidup yg akan mematangkn lg perjalanan hidup yg sementara ini...wassalam

Shukstarz said...

wahhh...

i think this is your best post!!

klu terlebih rasa kat yg berlainan jantina lak cane??hahahaha =)

comment?

fit@blonc said...

salam..

istilah sahabat...
jangan salah guna
biar la lebih memberi daripada menerima..

kalu x leh x yah berkawan..
x yah susahkan orang...
senang criter

p/s: yg kes lelaki 2 mmg x pernah wujud rasanya.huh.

qudwaH_Humaira' said...

anonymous...

benar...
ini hanya cebisan kisah yang ana harap kita boleh ambil iktibar...

seperti dalam post kali ni..
ana dah bagitahu ana hanya melihat dari satu sudut sahaja...

sebab tu penyelesaiannya pelbagai...

qudwaH_Humaira' said...

fit@blonc...

ana x salah guna istilah kali ni..

sebelum ana publish..ana da fikir dulu adakah sesuai ana guna istilah sahabat atau x...

niat ana, penggunaan sahabat dalam artikel ini adalah doa..

"ingin mendapat sahabat"
"sahabat sebenar"
"mencari adakah aku ini sahabat atau bukan"
"doa untuk menjadi sahabat"

by the way..
tq..

p/s: ha..maksudnya hang x cukup memerhati lagi la ni....

qudwaH_Humaira' said...

shuk_devdas...

mak aih...
x baik tau...

sebab abang shukor malas nak baca post lain..

terlebih rasa pada lain jantina ?
komen ?

hehe...
mudah aje...
jumpa orang tuanya...masuk meminang dan kahwin pak....

fit@blonc said...

istilah sahabat...
jangan salah guna
biar la lebih memberi daripada menerima..

kalu x leh x yah berkawan..
x yah susahkan orang...
senang criter

(saya xda kata pun enti yg salah guna istilah kali ni..)

hhmm..
akan lebih memerhati

peace no war

Mujahid_syahid said...

Sahabat..dalam situasi skrg agak sukar nak mencari sahabat yang sefikrah dgn kita. Sahabat datang dan pergi. Sahabat ibarat bintang yang menjadi petunjuk dlm pelayaran..Emm, tak tau la..sedang belajar lebih memberi dr menerima...ayuni jugak sahabat saya...

qudwaH_Humaira' said...

fit@blonc...

eh ?
malu la gini...
gaya macam tuju ke ana je..
ana pun terasa la...
tu yang kena betulkan statement tu..

AQIL said...

Kak Yuni..
If we have a perfect frenz, that would be such a great of whole world right..

alkisah nyer..
kwn sy mase di matrix dlu..
die x nk ade kwn rapat or Best frenz nie..

U knwo why..?
akak mestila x taw kn..huhuhu..
bcoz she dont want any heart broken or complicated problems.

so she can live a better life without bounded to any besfrenz tie line..

(saje melawat blog akak nie..menarik isinya..)

ShohwatuL_Islam said...

wah..penatnya.ni marathon respon...bnyk jgk post yg ana kena respon ni.huh..tak pe..utk sahabat tersayang..huhu.alhamdulillah, ana tak pernah terjebak dlm situasi ini. namun, ana rasa ana faham kenapa mereka bersikap sebegini. pertama kita lihat dr aspek latarbelakang keluarga...mgkn mereka kurg kasih sayang keluarga. kedua dari aspek melahirkan kasih sayng tersebut.mgkin mereka tidak pandai guna cara lain utk ekspresikan perasaan itu...Oleh itu kedua-dua pihak harus saling memahami dan terbuka dlm menangani perkara ini. Dalam kita menyayangi/mengasihi seseorg, kita harus BERSEDERHANA krn Rasulullah suka pd perkara yg sederhana...Andai suatu masa nanti org yg disayangi dipanggil menghadap ALLAH, waktu itu kita akan REDHA krn kita bertemu dan berpisah adalah kerana ALLAH...