Sunday, November 16, 2008

JOM RESPON ! KAJIAN PENGANGGUR !

Alhamdulillah…


Semalam saya dan rakan-rakan diberi peluang untuk menghadiri satu talkshow yang dipancarkan terus melalui RTM 2. Rancangan Generasi Y yang di hostkan oleh pelakon kacak Awal mengupas isu Pasca Graduan.


KAJIAN PENGESAHAN GRADUAN ( 1.Bergambar bersama Prof. Dr (tengah), dan Encik Rahmat (kiri sekali)
( 2. menanti sebelum masuk ke dewasa, muka-muka baru habis exam)

Ahli panel kali ini ialah Profesor Dr. Mohd Yusof, merupakan Pengerusi Kajian Pengesahan Graduan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Encik Rahmat Ismail, Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Kerja, di Kementerian Sumber Manusia,

Talkshow yang memakan masa kira-kira satu jam ini bagi saya amat memuaskan. Prof. Dr. Menyentuh berkaitan usaha yang cuba digarapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi dalam meletakkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai kualiti modal insan yang tinggi.

Encik Rahmat pula menekankan peluang yang boleh diambil oleh para graduan dalam mengetahui potensi pekerjaan mengikut bidang dan kebolehan serta kepentingan data maklumat status para graduan selepas tamat menuntut di sesebuah institusi pengajian tinggi.

MENGAPA PERLUNYA KAJIAN ?

Pihak KPT memandang serius masalah pengangguran yang berlaku dikalangan para graduan Malaysia, malah Prof. Dr. berkata, masalah ini sebenarnya berpunca daripada sikap para graduan sendiri yang terlalu memilih pekerjaan dan tidak membuat penelitian prospek pekerjaan yang diingini terlebih dahulu.

Pihak KPT juga melihat ibu bapa telah meletakkan pelaburan yang tinggi untuk anak-anak mereka dalam memastikan mereka mendapat pendidikan yang terbaik, justeru perlulah satu polisi dan pembaikan sistem penyampaian info supaya para graduan ini dapat memberi semula pulangan pelaburan tersebut.

Penekanan terhadap perlu adanya simpanan data oleh pihak kerajaan berkaitan sama ada mereka melanjutkan pelajaran, atau mendapat pekerjaan atau menganggur supaya apabila adanya kekosongan daripada mana-mana sektor, ia dapat diisi dengan tenaga kerja anak tempatan dan bukan tenaga kerja asing.


Konklusinya, kajian ini PENTING dan BAGUS !


INFO SEGERA

Terdapat beberapa informasi terkini yang ingin saya kongsi bersama :

  1. Kategori graduan yang layak menyertai kaji selidik ini ialah :
  • Graduan yang menganggur/ bekerja dan masih mencari pekerjaan sesuai
  • Atau graduan yang baru tamat pengajian (1 hingga 3 tahun)
  • Berumur lingkungan 18 hingga 64 tahun.
  1. Borang diisi secara online.
  2. 22 dan 23hb November ini akan diadakan Konvensyen Kerjaya di PWTC, anjuran pihak KPT dengan kerjasama agensi kerajaan, syarikat-syarikat multinasional juga swasta, malah hampir 18,000 peluang pekerjaan menanti anda. Jangan lepaskan peluang !
  3. Untuk maklumat lanjut bolehlah layari http://www.mohe.gov.my/kspgv


HADIAH

Soal selidik ini boleh dibuat dalam masa hanya beberapa minit sahaja, dan insentif menarik bakal menanti. ( Saya dah agak dah, ni pasti nak rasuah supaya ramai isi borang..hehe)

Nak tahu hadiah apa ?

Carilah sendiri !


4 comments:

Saladin the Saracen said...

Bagaimana ya Humaira' dengan hasil kejian yang dijalankan. Bila difikirkan kita bakal masuk atau tidak ke dalam kelompok tersebut, hati berasa gusar.

Akan tetapi, bilamana kita sedar bahawa Allah yang memberi rezeki, tenang terasa damai di jiwa.

Kadang-kadang, ana terfikir belajar ini hanya untuk sesuap ilmu. Samaada kita kerja atau tidak bersesuaian dengan bidang kita tu, itu cerita yang lain.

Pernah satu cerita mengisahkan seorang Muallaf ini (dalam majalah I kalau tak silap) belajar dan mempunyai sarjana muda dalam bidang Syariah dari Universiti Madinah. Akan tetapi, pekerjaannya sekarang bukanlah di bidang syariah, tetapi sebagai eksekutif di Syarikat Komputer terkenal, Microsoft.

Bila ana lihat balik dari sudut pemikiran ana yang tak seberapa ni, pengangguran bukan semulajadi tercipta, tapi diri itu yang mencipta.

Wallahua'lam

Saladin the Saracen said...

tersilap tulis...

kajian bukan kejian :)v maaf ya

qudwah_humaira said...

saladin the saracen..

ana ada berbual dengan Prof. Dr dan Encik Rahmat..

encik Rahmat dan beberapa pegawai nya daripada jabatan baru pulang dari Jepun..Mereka observe tentang kekuatan institusi pendidikan..

Nak tau..
Rata-rata mahasiswa Jepun, sejak tahun satu lagi sudah comfirmkan tempat mereka dalam industri...
mereka da buat attachment dengan industri awam atau swasta..

Ni antara perbandingan sistem pendidikan..sebab ana ni bidang ana.. jadi lebih touching rasanya..(^_^)

pendapat nta ana setuju..
sebab tu kita sebagai mahasiswa kena pelbagaikan skil kan nta..

bak kata dalam cite harry potter..
pembelajaran sebenar tidak akan diperoleh di bilik darjah..
haaa...ahli sihir pun kata macam tu..

ana gurau je..hehe
andai da ada matlamat dan impian..
pasti kita akan jelas dengan hidup kita..

nta setuju ?

ShohwatuL_Islam said...

seronokkn pegi aritu...tapi sedih sbb ada band plak. harap apa yg kita dpt disitu kita war-warkan pada kwn2 yg len...teringat yg prof cakap tugas kita belajar je(tuntut ilmulah).jangan kita terlalu tumpukan apa kerja kita lepas ni. sbb mungkin kita ditakdirkan utk bekerja luar dr bidang yg kita ceburi..betul tak?tapi tak salah merancang. grab as many chances as we can to develop our multiskill...bak kata-kata kerongsang ana muslim tu - multitalented muslimah (^_^)