Saturday, November 1, 2008

PROSPEK’0809 vs DAKWAH !

Hari ini merupakan hari yang amat menggembirakan hati saya. Alhamdulillah, dengan kudrat dan komitmen semua yang terlibat maka penjelajahan pertama Projek Seminar Pendidikan Kebangsaan anjuran Kolej Kediaman Keempat, Universiti Malaya yang dimulakan di Putrajaya sebagai destinasi pertama berlangsungnya projek ilmiah ini.

Saya telah diberi kepercayaan sekali lagi untuk menjadi ”speaker” dan meluangkan masa dakwah (diharapkan yang dapat mengetuk hati-hati) bersama dengan adik-adik tingkatan 4, 5 dan 6 Precint 8, 9 dan 16, Putrajaya.

Ini kesimpulan ’prospek’ dakwah yang dapat saya simpulkan sebagai renungan bersama.

Saya teringat kata-kata ustazah Rahmah dalam kesempatan berbual dan menghadiri majlis ilmu beliau, bahawa Allah telah sediakan dalam kehidupan setiap antara kita peluang dakwah. Sebenarnya, setiap langkah dan degup kita penuh dengan hikmah berdakwah.

Mengajak manusia ke arah yang makruf dan mencegah yang mungkar.


Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

( Ali Imran :110)


Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung.

[217] Ma'ruf: segala perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah; sedangkan munkar ialah segala perbuatan yang menjauhkan kita dari pada-Nya.

( Ali Imran : 104)

Dua dalil di atas adalah dalil yang saya kira saya pasti telah dihafal oleh kebanyakan antara kita yang hidupnya telah dipasakkan dengan pejuangan dakwah. Cukuplah sebagai penguat dan rasa puas beramal bersama ayat ALLAH.

Dakwah ! Dakwah !

13 comments:

fit@blonc said...

tahniah2 prospek
mmg best dpt sampaikan ape yg difikirkan dlm minda ni kpd org laen esp. 2 generasi muda..
mcm mane hang bleh jumpa dulu blog asmum sblm aku..? pelik2..

qudwah_humaira said...

fit@blonc

ya...
memang prospek ni memberi kepuasan tahap maksima terhadap aye..

tambahan kalau kita jelajah negeri2..
boleh buat analisa terhadap pembelajarn dan budaya pelajar yang berbeza..

mestilah...tengokla sape..hehe
gurau2..

sya_ais said...

kak yuni...tq so much membantu prospek.....

lepas ni pasti prospek merindui akak sgt2....

dh lama x berPROSPEK ni...da lupa la skit2 kn...tp nasib bek ramai yg bantu utk refresh....

syg AJK baru PROSPEK...syg dan rindu AJK PROSPEK 07/08...

smoga dakwah dpt trus disampaikan melalui PROSPEK...

qudwah_humaira said...

sya_ais

da masanya untuk berundur..
beri peluang individu lain untuk menyinar...

thanks a lot ya dik..
and good job..
ex-offico( orang besar tu...)

nuwairahsafwa said...

salam..
akak..
mmg sronok dpt join PROSPEK ni..
mngkin ini la jln untuk kita mnyampaikn dkwah scara xlgsg kpd rmaja skrg ni..
klu kita lihat,rmai remaja skrg yg brjaya,tp lupa pada tuhan yg mmberikn kjayaan kpd mrk..
bg diorg,dgn usaha je da bole dpt..
tnpa prlu brgntung kpd ALLAH..
sedankn nk jd plajar yg cmerlang msti cmerlang dr semua aspek..
xkira dr segi pndidikn dn akhlak..
ekin harap lps ni,kitorg akn mggunakn pluang yg ade ini sbaik yg mngkin untk mnyampaikn dkwah ni..
doakn la kami..
ekin harap juga akak dpt bine kprcayaan akak dkt ekin..
ekin msh tgh nk mnyesuaikn diri..
wish luck 4 me..
AMIN...

ShohwatuL_Islam said...

Salam...
Alhamdulillah, terlaksana sudah prospek pertama.
Saya budak baru belajar, kalo salah tolg tunjukkn, diharp pd ex-speaker n ex-officio PROSPEk tidak jemu dn x putus asa menjengah PROSPEK dn memberi tunjuk ajar...
THANKS 4 EVERYTHING...hanya ALLAH yg dpt membls jasa kalian...
Andai inilah medanku utk berjihad, aku redha ya ALLAh,
Andai inilah medanku utk berdakwah, KAU tunjukkan jalannya YA ALLAH...
sama2lah kita angkat nama ISLAM dimata dunia dgn usaha kita yg kecil ini...
ALLAHUAKBAR...

ShohwatuL_Islam said...

Sbnrnya risau nak hadapi PROSPEK yg seterusnya tanpa tulang belakang PROSPEK(en syed n master salihin)...
tapi ALLAH sentiasa bersama org yg membantu AGAMA-NYA..betul x?
hmm...hope to give the best to adik2 nanti

Saladin the Saracen said...

kalau boleh, jadikan setiap inci dari apa yang kita lakukan sebagai dakwah. hatta ketika bermain futsal sekalipun. tak caye ?

ketika main futsal, kalau kita tertackle kaki kawan kite tu, cepat2 minta maaf. kalau boleh tanya dia sakit tak, atau nak kena lagi ke.hehe. gurau je.

nape tibe2 cite futsal ye ? maaf. tumpang lalu jer...
insan biasa...

ASMUM said...

SALAM ASMUM~bersama membina tamadun Islam yang lebih gemiLang=)

qudwah_humaira said...

saladin the saracen...

ni pasti kes kuat main futsal...
ana faham maksud nta...
maksudnya
setiap detik hidup kita adalah dakwah ..kan ?kan ?

qudwah_humaira said...

ASMUM...

update blog selalu ya...
moga tahun ini adalah permulaan yang terbaik...hidup ASMUM !!

Saladin the Saracen said...

Setiap detik... ya

tanamkan bahawa setiap detik hidup kita adalah dakwah. Bila ada perasaan macam tu, hati kita akan menjadi tenang sebab bila kita mengingati Allah, kita akan mengingati dakwah. dan bila kita mengingati dakwah, kita akan berasa tenang. Rantaian yang mudah diingat.

Dan ketahui bahawa hidup dalam persekitaran yang mencabar(anti faham maksud mencabarkan...) juga membolehkan kita menuai pahala sebanyak-banyaknya. Bila kita melalui satu jalan yang tidak dilalui oleh orang lain dalam suasana kita itu, Allah akan kurniakan ketabahan, kekuatan, iman serta yang penting buat hamba-hambanya adalah balasan syurga.

Tanamkan matlamat pengakhiran yang realistik dan boleh dituju. Sebagai contoh, Salahuddin Al-Ayubi berazam tidak akan sekali-kali berehat selagi Al-Quds tidak kembali berada dalam pelukan umat Islam. Kedudukannya sebagai raja Mesir membolehkan beliau menggunakan kuasa ke arah yang betul dan dipersetujui ramai.

Anonymous said...

kat mana nak tau jadual prospek ni?
kat paper ada article tapi tak detail..
um 17 ni kat seremban, tapi katne?

saya dok kat bangi.


Wassalam.
laughingsoap@hotmail.com