Friday, November 7, 2008

MENGINTAI DOSA


Dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran, beberapa peristiwa yang menyentuh hati berlaku. >>Killer paper akan menjelma tidak lama lagi ni<<

Saya juga tidak pasti apakah puncanya dan mengapa ia boleh berlaku. Namun saya yakini ujian itu sentiasa Allah hamparkan untuk check IMAN” hambaNYA.

Saya tidak berniat bercerita dan buat anda berteka-teki siapakah yang saya maksudkan. Lepas tu, mula timbul PERSEPSI diminda masing-masing. Cuma saya terasa terpanggil untuk mengajak anda merenung sejenak.

Setiap daripada kita, ada atau tidak, pasti mempunyai zaman jahiliah masing-masing. Yang kita sendiri kalau boleh tidak mahu kenang lagi peristiwa lama. Dan kita tidak tahu dengan takdir yang Maha Esa, diuji lagi untuk berada dalam kejahilan.

Saya cuba mencari dalil dari kitab suci dan merujuk kitab-kitab untuk membuat penilaian secara personal.

MENJAUHI SANGKA BURUK

Saya buka semula kitab Madha Ya’ni Intima’i Lil-Islam ( Apa Ertinya saya menganut Islam) oleh AL-Ustadh Fathi Yakan Bahagian Pertama, Apa ertinya saya menganut Islam dari sudut akhlaqnya mengupas berkaitan pentingnya menjauhi sangka buruk dan mengumpat :

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), Karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
(Al_Hujurat:12)

Dan Rasulullah S.A.W bersabda :

” Wahai golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja, sedang iman belum memasuki hatinya, janganlah kamu mengumpat orang Islam yang lain dan janganlah kamu mengintai-ngintai keburukan mereka, kerana sesiapa yang mengintai-ngintai keburukan saudaranya, Allah akan membongkar keburukannya sekalipun ia berada di dalam rumahnya.”
( Hadith riwayat Abu Daud)

Saya tidak akan menyentuh tentang mengumpat, kerana saya memegang azam untuk menjauhi perkara ini dan ianya jelas terang tanpa bersuluh azabnya pedih.

Kita dituntut untuk sentiasa bersangka baik dengan Tuhan, Pencipta kita. Kadang jika Allah turunkan musibah, kita terlalu mudah bersangka yang bukan-bukan kepada Allah.

Saya teringat dialog drama televisyen Islami yang cukup saya dan keluarga minati, ”Mutiara Hati ” :

” Ya ALLAH, apalah dosaku..sehingga aku dihukum begini”

Inilah antara ayat bersangka buruk pada Allah tau..

Bagaimana pula dengan ayat yang saya highlightkan berkaitan:

”jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan)..”
”janganlah mencari-cari keburukan orang ...”
”janganlah kamu mengintai-ngintai keburukan...”

Teman-teman ..

Perasan atau tidak ? Kadang kala kita seperti dapat menghidu perbuatan yang kita rasakan tidak elok, yang mungkin dilakukan oleh orang disekeliling kita.

**( Sebagai contoh: merokok, menonton video lucah sehingga ketagih, atau bercinta bagai nak rak sehingga memberi imej tidak baik terhadap Islam) .

Dan orang disekeliling kita itu mungkin teman sekuliah, teman semeja makan, teman sebilik atau sahabat baik kita sendiri.

Tetapi INGAT !!

Allah mendidik hambaNYa yang beriman untuk sentiasa bersangka baik, kerana prasangka buruk ini akan membawa kepada perasaan benci. Malah jika mereka yang bersahabat dengan kita tahu bahawa kita sedang mencari kesalahannya (walaupun memang salah).

Kita ibaratnya mengHUKUM mereka atas kejahilan mereka
( sedangkan kita tiada HAK untuk menghukum manusia).

APA YANG HARUS SAYA LAKUKAN ???

Melihat kepada masalah yang berlaku, saya mencari-cari jalan penyelesaian. Seandainya kita telah pun TERINTAI atau TERCARI kesalahan orang lain, secara SENGAJA atau pun TIDAK SENGAJA.

1. Mohon taubat agar Allah ampuni dosa-dosa kita, dan mohon keampunan pada teman kita, moga Allah bukakan hatinya untuk menerima HIDAYAH.

2. Ambil peluang untuk berbincang dari hati-ke hati. ” Sharing Moment”. Memberi nasihat dengan berhikmah dan sentiasa mengajak teman ke arah kebaikan.

3. Jangan pulaukan temanmu.. Sekiranya anda telah pun Terintai perangai teman anda, dan anda membenci perbuatannya, jangan menolak dia dari hidupmu, kerana kita juga tidak tahu bila kita akan diuji ( mungkin satu hari nanti kita juga, Allah uji seperti teman tadi, nauzubillah)

Itu sahaja antara jalan penyelesaian yang dapat saya fikirkan buat masa ini. Jika anda ada cadangan, bolehlah sama-sama kongsi.

Nasihat saya.. Indahnya dakwah Rasulullah itu pada akhlaq nya..Dan kita diseru untuk berdakwah secara berHIKMAH..

”Jika kita adalah DAIE... Kita perlu belajar untuk BERHIKMAH..”

- monolog qudwahHumaira’


14 comments:

Anonymous said...

salam..2 la,kdg2 kita xsdr pn kita buat 2..alangkah baiknya klu kita bersemuka dgn org 2 drp kita mdgr ckp2 org,mengutuk mengumpat dia kat blakang...tambah dosa lg ade lh..Alangkah baiknya jika yg tebal itu iman yg nipis itu lidah yg tajam itu akal yg lembut itu hati yg ringan itu solat yg halus itu suara yg luas itu ilmu & yg manis itu senyuman..Jadi,seelokny kita bersangka baik lh pd semua org..Hadirknlah senyuman anda agar ukhwah itu tetap berpanjangan...

Anonymous said...

Manusia itu tak lekang daripada membuat dosa, kerana memang manusia itu dinisbahkan kepada lupa iaitu pelupa. 'Nasiya' atau lupa itu memang mempunyai pertalian dengan 'al-insan' itu sendiri.

Sungguhpun sedikian, orang yang bijaksana itu bukanlah orang yang senantiasa memikirkan peluang, akan tetapi orang yang bijaksana itulah orang yang sentiasa bermuhasabah diri ketika mana dirinya tersimpang keluar dari graf iman.

Sama halnya dengan mereka yang kuat, kerana Rasullullah SAW pernah bersabda bahawasanya, orang yang kuat itu bukanlah orang yang kuat fizikalnya, akan tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika dia sedang marah iaitu bersabar.

Sebenarnya banyak aktiviti harian kita yang mengintai ke arah dosa. Dan pada ana, organ yang paling banyak boleh mengintai dosa adalah lidah itu sendiri.

"Ada harapan sembuh kalau pedang menusuk tubuh, di mana ubat hendak dicari kalau lidah menusuk hati, peliharlah lidah, jangan sampai ia berpaling tadah"

cikguwawa said...

Assalamualaikum,
kalau tidak silap, this is you...my sis, right? i found u at last. I am so proud to read ur thoughts. Saya setuju, kadang-kadang kisah orang lain terngiang2 di mata n hati kita n we feel guilty about that, kerana yang tahu hanya Allah S.W.T. so tepatlah jika Allah yang menjadi sumber kita berdoa n memohon petunjuk,tak perlu citer kat org lain kononnya tuk minta pendapat.

qudwaH_Humaira' said...

sis jiwalara..

but sometimes people need others at least to have the moral value..

susah untuk tidak membuat dosa..
sebab tu ada konsep taqwa..
berhati-hati dan bersungguh-sungguh untuk dekat diri dengan pencipta...

cikgu..
kadang kita lupakan...

Afandy Bin Sutrisno Tanjung said...

salam...

kadang2 manusia itu hanya mampu melihat, kadg2 ia hanya mampu mendengar, segunung dosa manusia hamparkan kepada Tuhan..
selautan kemaafan Tuhan bentangkan kepda kita...

jika mengenangkan zaman jahiliah yang pernah dilakukan, berderai air mata...

tetapi janji Tuhan pasti,, selagi ikhlas dan taubat menghias diri,,
Tuhan pasti akn mengampuni,,,insyaAllah,,

itulah prasangka baikku terhadap Tuhan dikala manusia melemparkan kejian,, kerana ku percaya, walau ada sekelumit perasaan Takut dengan Tuhan,,Tuhan pasti menunjukkan jalan,,

salam,,,

qudwaH_Humaira' said...

saladin the saracen...

bukan organ yang paling banyak menintai ni mata ke ?
hehe..

ana setuju dengan pendapat nta..
tapi secara teorinya nampak mudah...
nta rasa apa jalan terbaik untuk betul2 keluar dari perbuatan mazmumah ni ek ?

qudwaH_Humaira' said...

bro afandy tanjung..

ana dapat rasakan luka bila diintaid an sentiasa menjadi mangsa carian dosa..

moga pengalaman mengajar manusia erti syukur dan berterima kasih...

Anonymous said...

kahwin awal merupakan satu cara yang boleh dikatakan terbaik.

Ana pernah pergi ke kuliah Bro. Shahkirit, beliau mengatakan pendirian beliau yang mana, jika telah sampai jodoh anaknya, beliau akan mengahwinkan anaknya. Jika beliau meninggal awal. Salah satu wasiatnya adalah mengahwinkan anaknya tika jodoh telah sampai.

Menurut beliau, tindakan ini lebih baik daripada ibu bapa yang membantah anaknya berkahwin awal, sedangkan membenarkan anaknya ke luar rumah dan berkepit dengan pasangan.

Agak pelik bukan bilamana ibu bapa sekarang suka pahala di cantas dan dosa pula dibaja mereka.

Apa pendapat nti ? (^_^)

qudwaH_Humaira' said...

saladin the saracen...

memang ana setuju...
tapi kita kena faham fikrah ibu bapa kita tidak semuanya memahami sunnah dan tuntutan...

rata-rata kalau tengok hari ni atleast nak lelaki ada pekerjaan yang boleh menjamin hidup anak mereka..

tambah sekarang nak kahwin at least 10 ribu ooo..

susah juga nak bantu andai da ada fikrah begini..tambah jika mak dan ayah kita...

doa..tu yang datang istilah
"pahala di cantas, dosa dibaja"

eh..sedap pula..hehe

Anonymous said...

Ana faham...bilamana fikrah itu berbeza, menjadi tanggungjawab pada anak pula untuk menjaganya. Sedih juga rasa bila tengok keadaan manusia yang bila ayah ibunya tidak berfikrah, anak-anaknya mengikuti mereka.

Dalam keadaan ini, hanya Hidayah Allah dipohon untuk menyelamatkan nasab keturunan mereka.

Bercerita tentang mahar ni kan, ana teringat sirah junjungan besar kita. Nabi Muhammad tidak pernah meminta lebih dari 12 awqah untuk anak2 perempuan baginda.

Dan Saidina Ali mengahwini Fatimah dengan mahar berupa baju besi. Itu belum lagi kisah sahabat yang mahar perkahwinannya hanyalah ayat-ayat Qur'an.

Lihat betapa fleksibelnya umat Islam zaman dahulu. Boleh gemilang dan menjadi kuasa dunia lagi.

Kalau orang hari ni, mahar nak nombor genap, 444444.44 lah, 11111.11 lah, tapi last2 bercerai. Nauzubillah. Nampak sangat berkahwin atas sebab materialistik.

Istilah tu ana terfikir ketika menulis komen ni.hehe. Tak terfikir pula sebelum ni. :) Allah nak bagi ilham, bila-bila sahaja yang dikehendakiNya.

Moga kita sentiasa ditunjuki jalan.

Anonymous said...

Mengintai itu memang kalau kita fikirkan secara semulajadinya adalah perlakuan mata. Sebab mata yang melihat.

Tapi ana suka ambil dan tafsir mengintai dosa kepada mencari dosa. Dan lidah la yang paling banyak mencari dosa. ;) 'Membuat ketupat' walaupun musim perayaan sudah tamat. hehe

nuwairahsafwa said...

salam..
kdg2 kita xsdar yg kita hanya nmpak kesalahan org lain.tp xsdar yg kita mngkin lg truk dr kwn kita 2..
akak tolgla cmne nk jauhkn diri drpd sifat 2 ye??
lagi2 klu ade antara kita yg sifat PHD yg kuat..
harap dptla kita muhasabah diri..
jgnla asyk mncari ksalahn ape yg telah org buat kat kita,
tp renungkanlah ape ksalahn yg kita telah banyak buat kat kwn,sahabat,ibu bapa,APATAH LAGI KEPADA ALLAH..
astaghfirullah..
harap2 akak dptla mmbimbing & beri tnjuk ajar..
time kasih..

ShohwatuL_Islam said...

Assalamualaikum...(*_*)
Mengintai dosa diri lebih bermakna.
Kerana kita akan lebih menginsafi diri, lebih taqarrub dgn Ilahi.
Tapi bab2 nak cari dosa org ni, ana pantang ckit...satu perkara yg ana belajar dr seorg ukhti iaitu kita tidak berhak menilai orang lain. Hanya ALLAH yg berhak dan kita perlulah memohon petunjuk/doa utk sebarang kemusykilan yg timbul. sebab itu dlm islam kita diminta sentiasa bersangka baik bg mengelakkn pertelingkahan. tapi dlm sesetengah perkara kita perlu juga berwaspada...

ShohwatuL_Islam said...

Ana malu kalo ada yg terintai dosa ana...cukuplah malu pada ALLAH yang melihat dosa2 kita samaada terang atau tersembunyi.sesungguhnya Malu pada ALLAH lebih besar drpd malu dgn manusia..ampunkan dosa hambaMU ini...