Saturday, November 22, 2008

KARI AYAM DAN KEYAKINAN



Kari ayam akan rasa enak dan cukup rasanya jika si pemasaknya benar-benar yakin untuk memasukkan ayamnya, rempahnya, airnya, garamnya, juga santannya. Oleh sebab itu, jika ibu yang tersayang masakkan gulai atau makanan harian, dengan hanya mencampakkan ramuannya, boleh jadi sedap hingga menjilat jari !

Setelah dewasa kini, saya mula menghayati erti sebenar ”air tangan” dan ”keenakkan” masakan ibu. Masakan selawat dan titisan air tangan doa adalah yang terbaik. Dan semestinya ibu akan memasakkan makanan yang terbaik buat anak-anaknya.


Dan makanlah makanan yang halal lagi baik
dari apa yang Allah Telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.

(Al-Maidah :88)

Ini kerana dengan pengalaman yang ada melahirkan keyakinan dalam dirinya.

MENCARI KEYAKINAN DI DAPUR

Mungkin kerana cuti yang indah ini saya banyak luangkan masa di dapur, malah dapur menjadi tempat kesukaan untuk melempias rasa. Sebenarnya dapur memberi pengajaran berguna buat saya.

Pernah dengar kata-kata Vince Laombard :
” Once you learn to quit, it becomes a habit.” ?

Mendengarkan kata-kata ini, saya tidak rasa kecewa jika masakan hari ini terlebih garam atau tidak cukup rasa, kerana saya masih boleh mencuba (insya ALLAH) hingga yakin dan yakin ianya enak dan menggembirakan hati isi rumah.

Disitulah, saya belajar menguasai kelemahan, dan membina keyakinan.

MEMASAK DAN CINTA

Adakah anda tahu pengikat rasa cinta antara suami isteri adalah masakan isteri itu sendiri? Juga pengikat kasih sayang antara ibu dan anak ? Ya...Saya pasti anda pernah mendengarnya kan ?

Malah jika kita imbau kembali kisah dulu-dulu, jika ada si teruna ingin meminang si dara, lalu bertandang ke rumah membawa hajatnya, lalu pula jamuan dimasak oleh si dara, wah, terus jadi ”CINTA PANDANG KE PINGGAN”.hehe..

(^_^) Sekadar gurauan..

REALITI

Hari ini, ada isteri yang lebih suka mengajak suami makan di luar daripada memasak sendiri di rumah, yang mana kita juga tidak pasti sejauhmana tahap kebersihannya, apakah yang dimasukkan ke dalam masakan, tambahan pula entah ke mana selawat dan bacaan ayat suci ALLAH.

Bagi sahabat-sahabat muslimat juga buat diri ini juga, saya yakin jika kita berimpian untuk menjadi isteri mithali, marilah kita mula menjinak-jinakkan diri memasak dan menjadi ahli dapur. Kerana setinggi manapun pangkat kita, atau sebijak manapun kita, akhirnya pengabdian tertinggi itu mungkin Allah nilai diceruk dapur.


Terima kasih Ya ALLAH kerana mengajarku erti keyakinan..
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Agung..
Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahukbar...
Tidak akan pernah jemu menyebut namaNya...


10 comments:

sya_ais said...

nyum..nyum...

nak tunggu akak masak kn kari ayam utk sy la....

sy dah belajar satu pengajaran sepanjang sy dok sorang2 n berfikir ni....

"Lengkapkanlah separuh dari IMAN sebelum tiba masa ataupun sebelum kita cuba mencari separuh lagi dari IMAN"

akak faham x ungkapan sy tu???

ShohwatuL_Islam said...

Assalamualaikum...
Hmm...dgr kari ayam, terliur ana dibuatnya. Ana setuju dgn apa yg anti katakan. Pelik tapi benar, ibu kita hanya main campak2 je ramuan dlm masakn, tapi hasilnya MARVELLOUS...ramuan yg sebenar adalah kasih sayang dan doa ibu buat keluarganya. Nak kongsi cerita bleh?

seorg pemuda berumur 19 tahun telah terpilih menyertai misi sebagai tukang masak tabung haji. Dia merupakan peserta termuda. Pengalaman pertama yg sgt memenatkan. tukang masak kena kuat dan cergas sebab mereka perlu masak untuk 60 hari tanpa cuti. Sbg pembantu chef,tugasnya hanya goreng ayam dan masak sayur je. Dugaan paling besar apb ketua chef demam. Dia terpaksa ambil alih dan masak gulai kurma daging. Alhamdulillah, jemaah haji puas hati dan sejak itu dia berazam untuk buat yg lebih baik.Peristiwa lain adalah apb dia dipanggil pihak peramu saji arab saudi utk bantu masak nasi kuning menu asia tenggara bg 4000 org jemaah di arafah. kenderaan yg bw nasi terkandas. Mulanya pihak arab saudi kurg yakin dgnnya sbb dia org m'sia. Namun, dia yakin dgn kuasa ALLAH dn tempt berkat, dia dpt masak nasi tersebut dlm 1 jm 10 minit.
Penyuntik semangatnya utk terus jd tukang masak haji adalah "Nawaitu(niat) mesti betul-betul pergi utk bekerja jd tukang masak. Niat utk bg jemaah makan." Di sana, tukang masak tak boleh sedih sbb tidak dpt kerap solat di Masjidil Haram kerana jihad mereka ketika itu adalah merai tetamu ALLAH makan. Tugas sbg tukang masak mesti diutamakn sbb ia adalh tanggungjwb besar yg diamanahkn....sekian. harap iktibar dr crita ini.

qudwaH_Humaira' said...

sya_ais...

hehe...

"Lengkapkanlah separuh dari IMAN sebelum tiba masa ataupun sebelum kita cuba mencari separuh lagi dari IMAN"

x faham la dik..jelaskan sikit..

qudwaH_Humaira' said...

shohwatul_islam...


memang boleh buat artikel baru la nti...

hehe..
nak rasa kari ayam nti la...

nuwairahsafwa said...

wahhh!!!
hebat...
xpernah lagi dgr or baca citer org cr kyakinn kat dpur..
mmg laen dr yg laen...
emm bgs..
mmg xtrfikir plak sblm ni..
emm tgh cube2 nk msak kari aym ke??
hehehe..
sbb 2la ape pon,g mane2,msakan mak kite jgk yg plg sdap..
hehehe..
k gd luck..
smoga akak dpt ape yg akak hajatkn..
INSYAALLAH..
AMIN..

nuwairahsafwa said...

salam..
akak..balek kolj nnti ni,bwk la kari ayam..
nk try gak akak masakn akak..
hehehe...

sya_ais said...

nti bila akak balik kolej, sy citakan ttg lengkapkn separuh dr IMAN ini...

x pun akak fikir-fikirkan dulu ya..heheh...nak men teka teki dgn akak nie..

nuwairahsafwa said...

salam..
akak nk tanye..
cmne plak klu org tu nk mncari kyakinn dia ngan adenye org yg dia syg ade di ctu..
mcm kite tgk kat tv,kdg2 dia tgh main ke,dia xsmangat..
tp bile parents or maby BF or GF dia dtg,dia jd smangat..
cmne ye..
ape ekin merepek ni??
hahaha..
saje tanye..

nuwairahsafwa said...

salam..
akak,nk bg kongsi sket ngan akak yg bakal jd pemimpin ni..
nk kongsi ciri2 pemimpin berwatak rasul..
1-lemah lembut
2-kasih sayang dan pemurah
3-tidak emosi
4-mendoakan penentang
5-kata2nya penuh hikmah
6-mengingatkan kepada tuhan&mengingatkan kepada mati
7-tutur kata&bahasanya sangat dijaga
8-tenang menerima ujian
9-tidak senang dengan pujian
10-tidak menjawab kejian
11-marahnya dalam batas syariat
12-selalu memberi maaf
13-sedikit gurauan&tidak bercakap lucah
14-mendengar pandangan
15-peka dengan kehidupan rakyatnya
16-sangat sabar dengan karenah manusia
17-adil pakaiannya
18-pemurah tradisinya
19-cita2&kemahuannya tinggi dan keras
20-tidak mengugut sesiapa

k gd luck!!!
chaiyok!!

AQIL said...

HOME Made Cooks are GREAT...

but Kenny Rogers n Secret Recipes are unresistable..

Nasi Lemak Maple n Air Bandung pon xkurang hebat nye..

Apa pendapat akak ttg perbezaan GULAI n KARI ayam..?

hihi..