Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah, tamat sudah peperiksaan bagi semester pertama sesi ini. Peperiksaan kali ini agak sukar berbanding tahun-tahun sebelumnya, ialah, tahun pengajian pun semakin meningkat.
Semester ini bermula daripada bulan Jun lagi sehingga hari ini (November) terlalu banyak nikmat pengalaman yang Allah kurniakan. Saya juga tidak terlepas daripada diuji, namun saya ingin belajar daripada setiap ujian yang berlaku dan menghayati hikmah disebaliknya.
SOLEHAH
Tiada wanita di dunia yang tidak pernah mengimpikan untuk menjadi baik kerana wanita solehah ini sebaik-baik perhiasan dunia. Kadang tidak menyangka dalam usaha untuk memelihara diri, bermujahadah dalam dakwah, diri semakin hebat diuji.
Saya banyak merenung dalam majlis-majlis ilmu di tempat saya. Mengapa wanita sering dipersalahkan sekiranya ada dosa antara hati, dosa antara muslimin dan muslimat, dituduh sebagai fitnah dan punca segala permasalah masyarakat.
Mungkin mereka lupa bahawa ada muslimah yang sentiasa ingin memelihara diri, selalu ingin meletakkan hijab dan malu malah sentiasa cuba teguh dengan pendiriannya.
PENDIRIAN
Saya semakin yakin dengan pendirian diri.
Semester hadapan adalah semester getir bagi diri saya. Saya juga tidak mahu membayangkannya.. Tempoh cuti yang ada kali ini, saya berniat untuk ber’uzlah, berazam untuk menghayati masa bersama keluarga. Mencari semangat baru sebelum turun ke medan.
Ingin menjadi lebih baik walaupun hati sarat dengan kesedihan dan kelemahan.
WANITA SEMPURNA ?
” Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka
(adalah) menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang baik dan mencegah daripada yang mungkar...”
(Taubah : 71)
Renungan bersama...
Wanita muslimah memiliki jati diri yang utuh, tidak seperti yang digambarkan oleh sebahagian orang. Ada yang menggambarkan bahawa wanita adalah manusia yang bodoh, lemah akalnya, dan mudah ditipu dengan kata-kata manis.
Ada lagi yang menggambarkan bahawa wanita adalah makhluk yang jahat, sumber mala petaka, dan tidak memiliki kemahiran selain tipu daya.
Wanita itu adalah parajurit....
Perajurit yang tidak dikenali....
Nilailah pengabdian mereka pada rumah tangga, sehingga ramai antara mereka yang mendapat kesempurnaan yang tinggi... Kemuliaan perajurit yang tida dikenali itu dicapai melalui bekerja sepenuh pengorbanan dalam senyap-senyap, tanpa menunggu penghargaan..Jika anda benar-benar tahu..
Namun masih ramai yang memandang buruk kepada wanita muslimah....Mengapa tidak membantu mereka untuk menjadi sempurna ?
Saya berazam...untuk menjadi lebih baik..
Kerana saya meyakini hikmah dan dunia ini hanya untuk mencari keredhaan Allah...
Ya Allah...
Aku hanya ada Engkau Ya Allah...
Cukuplah Engkau bagiku...
” Biarlah diri diuji, kerana tempoh ujian itu walaupun kadang sakit, kecewa dan memenatkan, aku belajar menjadi lebih baik, dan mengambil pengajaran”
- monolog qudwahHumaira’
18 comments:
Semoga bersabar dengan ujian dan cabaran. Ayat ana mungkin sama, tapi harap2 penggunaannya sofistikated dan boleh diaplikasikan dalam berbagai keadaan.
Bila terfikir soal wanita itu punca maksiat. Ana fikir lelaki juga sama. Lelaki lebih kejam jika terlalu berpegang pada ego.
Jika bercakap tentang perlunya memlihara kehormatan diri, lelaki dan perempuan ada tanggungjawab yang sama.
Jika ditadabbur ayat-ayat Qur'an dalam surah an-Nur, ada dosa yang dimulakan oleh perempuan, dan ada dosa yang dimulakan oleh lelaki.
Jika, zina...Allah telah nisbahkan dosanya kepada kaum wanita. Akan tetapi, jika mencuri...Allah lebih tekankan kepada kaum lelaki. dan kita tau dalam Islam, kedua-dua dosa ini mempunyai hukuman yang hampir sama.
Kalau kita masuk kepada bab Human genetics, lelaki yang selalu berkelakuan ganas dan kejam ni berkemungkinan terlebih gene Y dalam badannya. Jikalau manusia normal mempunyai 46 jenis chromosome, lelaki yang berkelakuan ganas tanpa masalah mental ini berkemungkinan mempunyai 1 gene yang terlebih iaitu 47, XYY. Tapi ini masih lagi menjadi kontroversi saintis. Jika wanita terlebih gene pun, tidak akan jadi sekejam lelaki.
Sebab itu tiada yang sempurna. Ada yang terlebih ada yang terkurang. Yang penting besederhana. Bila diri kita telah ditarik melebihi paksi yang sepatutnya, menjadi tanggungjawab diri untuk membetulkannya kembali.
Yang membezakan manusia itu disisi Allah adalah taqwa. Bukan jantina. Dan jika diambil ucapan Saidina Umar Al-Faruq, Taqwa yang beliau maksudkan adalah takut pada Allah beserta dengan kebijaksanaan yang terserlah.
Semoga cuti ini membangkitkan satu rasa yang bertindak sebagai pemangkin semangat dan kekuatan.
Gunakan cuti ni sebagai cuti yang mendorong jiwa ke arah yang lebih baik. Sememangnya manusia biasa itu tidak akan sesekali menjadi sempurna, tetapi boleh sampai ke tahap hampir sempurna.
p/s : maaf kalau komen terlalu panjang, dah terbiasa menulis, bila nak komen pun panjang-panjang..ish3x. (^_^)V.
saladin the saracen...
syukran..
tenang ana dibuatnya...
akak,kami tetap sokong akak walau ape pn yg akn berlaku....sayang akak...carilah kekuatan time cuti ni tuk mendapatknnya..sy tau akak boleh buat...
salam....
ok2...kali ni x nak merapu kat komen akak dah...
hehehhe...baiklah...
dikatakan bahawa wanita akan masuk syurga dgn melaksanakan 2 perkara iaitu taat perintah ALLAH dan taat perintah suami...
kalau perintah suami ni mintak maaf la yer, sy n akak blum smpai masanya lagi....
marilah kita taat perintah ALLAH...mengambil kira ISLAM secara syumul...ameen....
selamat pulang ke kampung megutip kembali semangat...doakan adikmu ini berjaya berhadap denagn audit yg akan dtg ke kolej....huhuhu...
insyaALLAH diri ini akan meletakkan cinta perjuangan ISLAM lebih dr segalanya....doakan yer akak...
ati kita akan diuji tanpa kita sedar dan jika tak tahan sgt, dptkn jawapan dr manusia tp seeloknya mohon petunjuk dr ALLAH sebelum bersemuka dgn manusia....
wassalam....
p/s:tq 4 pic time generasi y tu...
Alhamdulillah..sama2 kita berubah. Semoga apa yang telah kita putuskan berjalan dgn baik utk kebaikan bersama.Allahuakbar!!!
salam..
nk wish gd luck utk cbaran yg akn mndatang sem depan..
jgn lupe ct ni,ekin nk tgk akak brubah ke x??
kita same2 wait n see..
ingt x jnji akak kate nk brubah kpd ape..
hehehe..
xsabar nk tggu..
ape2 pon,ekin akn ttp sokong akak slagi ape yg akak wt adalh mlalui jln yg btol..
k same2 kite brubah untk jadi yg lbih baek..
harap ct ni akak dpt mncari dan membina smangat baru untk sem baru dan sterusnya..
ekin doakn akak smoga kuat dan tabah dalam mencari sinar untk menegakkan yg hak dan buang yg batil..
k salam..
cyg akak..
anynomous..
syukran ya ukhti...
sama-sama kita cuba jadi lebih baik...
sape la gerangan adik ini ya..?
sya_ais...
akak minta maaf kerana tinggalkan syakila dengan beban kerja ya..
akak harap syakila ni tolong jwab atau back up akak kalau buatnya audit tanya tentang fail sesi akak memerintah..hehe
opsss...
by the way...
all the best 4 su jtk yang bersemangat tinggi ni..
mujahid_syahid..
alhamdulillah...
terima kasih atas semangat.
(^_^)
nuwairah_safwa..
ehem2...
baik !! akak sahut cabaran tu...
akak ni pantang dicabar tau..
hehehe
salam.....
akak sakit...sakit sgt...huhuhu..doakan supaya hamba ALLAH tu tak degil mcm sy ni....
sakit jiwa jugak ni...tapi malas nak pikir ttg org jugak....malas n sakit....jadilah MAKIT...
hehehhe...adeh...merapu lagi kat blog akak...
sorry la...dok sorang2 kat kolej ni mmg keja nak merapu ja kat blog org ....hehhehe....
Assalamualaikum...
lama sudah kita tak bersua...hehe
cbuk ckit...nak respon, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.”
- Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-nya. orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.
- menahan diri apb marah & mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak dpt latih diri utk memiliki sifat ini
- Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.
- Rasullullah adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.
Ana tau anti nak jd lemah lembutkn...hehe.semoga ini dpt m'bantu..sama2 kita usahakn.chaiyok!!
kadang2 manusia memerlukan TURNING POINT utk jd lebih baik...teringat cerekarama yg lepas tajuk IKTIKAF. Maksud turning point di sini adalah apb berlaku satu peristiwa/kejadian yg mampu menyedarkan kita dr dosa2 yg dilakukan..."adakah ini suatu dugaan atau pembalasan?"(ayat dalam drama tu)..kedua-duanya sama saja.cuma kita yg menentukan utk berubah kpd yg lebih baik atau kalah dgn apa yg ALLAH timpakan...jika kita
berjaya lepasi fasa getir tersebut,insyaALLAH kita akn lebih dekat padaNYA.
Tgk TV utk jadi lebih baik...hehe
shohwatul_islam...
terima kasih..
Fitnah terbesar dunia adalah wanita...Cdih tapi itulah hakikat.
"Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah(bait lagu inteam)"...pilihan ditangan kita.
Dunia hari ini adalah waktu kita(terutamanya wanita) menghadapi TSUNAMI FITNAH. api fitnah sedang meletup-letup di negara kita seperti bom dan mortar yang dilontar ke bumi Bosnia ketika perang saudara dahulu. Puncanya sama; ALLAH menarik balik rasa kasih sayang sesama kita. yg terserlah ialah kepincangan, keburukan kerabat, kawan dan lawan sehingga tiada apa yang hendak dimalukan lagi. Cuma bezanya di Bosnia, fizikal rosak, bangunan runtuh dan manusia terbunuh. Sebaliknya bencana fitnah menyakitkan jiwa, merosakkan sistem msyrkt, bercambah rasa dendam kesumat dan kemuncaknya 'bangunan' yg kita bina sekian lama juga mungkin akan runtuh, peringkat demi peringkat. Sungguh dahsyat, peperangan api fitnah pada akhir zaman ini.
Rasa cinta pada kedamaian, keharmonian dihijabkan oleh rasa cemburu dan keseronokan yg merosakkn. Jiwa-jiwa yg tenang bertukar kpd jiwa yg rosak,dengki khianat sehingga lupa janji2 ALLAH & pesanan RASULULLAH...BUAT RENUNGAN BERSAMA...JADILAH UMAT YANG SENTIASA MEMBURU REDHA ALLAH...
salam..si anonymous ni sape??nk tau ke???x pyh la kot...sy seorang yg melihat keadaan di sekeliling sy dari jauh dan scr senyap..semua 2 sy kutip tuk sy jdkn panduan dlm hidup sy...ok sis,gud luck
salam...
sedih juga bile fikirkan ade org yg byk salah kan wanita..
tp ekin nk kongsi kat cni..
ekin ade bc buku 111 wasiat rasulullah utk wanita solehah..
JIKA seseorg muslimah itu tlh briman kpd ALLAh,maka ia wajib berhubungan terus dgn Tuhannya,sehingga ia mnjadi makhluk yg sntiasa trikat kpd Tuhnnya,hatinya pnuh ketenangan&keyakinn,ia mrasa bhawa hidup ini bukn sndirian,ttp ia slalu didampingi oleh Zat yg mmberinya kkuatn&kekuasan iaitu Zat yg mncipta langit dan bumi beserta isinya..
dalam al-quran Allah ade brfirman,mksudnya
"org2 yg briman&hati mereka tnteram krn mengingati Allah.ingatlah,bhawa dgn mengingati ALLAH,hati akn mnjadi tenteram" surah Ar-Ra'd:28
k smoga kite dpt mnjadi lbh baik dan xlupe xsmestinya baik..
kene jd solehah juga..
ade org baik,tp xsolehah..
btol x??
jd,mane lbh baek??
hehehe..
k salam..
Post a Comment