Wednesday, October 22, 2008

Seandainya aku diuji.. dengan ZURIAT

“Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

(Al-Furqaan: 74)

Antara impian yang kusemai dalam sanubariku… Aku impikan zuriat yang terbaik..

Namun, baru-baru ini, apabila berpeluang untuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, bersama-sama dengan AJK pelaksana Care For All, aku lebih menghayati erti TERBAIK. Erti terbaik yang sebenarnya..


Perasmian dilakukan di kaunter wad pediatrik iaitu pix 6 yang mana ketika itu mengendalikan kanak-kanak menghidapi penyakit kanser, juga lukemia. Ku bertemu dengan ibu kepada Josephine, baby kecil ini berumur 2 tahun, dan dari kecil sudah menerima rawatan kimoterapi. Josephine menghidap lukemia.


Istimewanya Josephine pada pandanganku, dia sentiasa ceria. Bilaku mengajaknya menyanyi, dia turut membuat aksinya. Subhanallah.. Ibunya berkongsi pengalaman, bagaimana pada awal pengambilan air sum-sum tulang, rawatan kimoterapi, sehingga dia mula belajar untuk menjaga makan minum anaknya, berulang alik dari kediaman ke PPUM setiap minggu, satu perkataan yang berbekas dalam hatiku, ialah MENERIMA..


Dia belajar untuk menerima takdir anaknya tidak seperti kanak-kanak lain...
Dia menerima lemahnya anak dan belajar menjadi penguat...
Betapa kuatnya hati seorang ibu..


Zuriat yang terbaik bukanlah sekadar zuriat yang mendapat didikan yang terbaik. Zuriat yang terbaik ialah zuriat yang mendidik hati seorang ibu untuk menjadi yang terbaik.


Aku juga tidak tahu...
Malah takut membayangkan
Seandainya aku diuji dengan zuriat yang menerima nasib yang sama seperti Josephine, Shifa, Humaira’, Ainul Fadh dan kanak-kanak lain.
Melihat anak dalam keadaan sakit namun tidak mampu berbuat apa-apa.
Melihat anak membesar lesu namun tidak merasai derita mereka..

Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.”

(Al-Anfaal: 28)

Ya Tuhan..
Jika dahulu, aku hanya berdoa untuk memperoleh zuriat yang soleh-solehah..
Hari ini Kau kurniakan aku kesedaran bahawa yang soleh dan solehah itu tidak semestinya yang sempurna, sihat dan kuat.


Maha Besar Tuhanku...
Jika dahulu aku hanya berdoa untuk memberi didikan terbaik untuk zuriatku
Hari ini Kau berikan aku petunjuk bahawa zuriat juga boleh mendidik hati seorang ibu..


Duhai anakku..
Terima kasih atas pengajaran yang tidak terhingga
Terima kasih kerana mengajar ibumu untuk menghayati ujian Ilahi..
Kuatkan semangatmu...
Kerana ketahuilah bahawa kasih sayang ALLAH melebihi segalanya


Ya ALLAH
Jauh disudut hatiku, aku merintih dikurniakan
Zuriat penghuni syurga...
Yang didunia berbakti untuk agama
Yang didunia menjadi penyambung dakwah Islam

Yang tika aku bertemuMu,
aku punyai bekalan anak yang soleh sebagai penyambung doa

..................................................................................................

20 comments:

ShohwatuL_Islam said...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kpd ALLAH atas segala nikmat yg dikurniakannya.
Anti sungguh bertuah dkurnia kesempatan utk bertemu anak2 kecil yg tidak berdosa dan begitu istimewa di mata kita...Kesempatan yg diberikan bukanlah utk bersuka ria namun kita berpeluang muhasabah dan menginsafi diri betapa kita begitu kerdil disisiNYA...Malang datang tidak berbau..tapi REDHA menerima atas ketentuannya menjadi tunjang paksi diri utk terus mengharungi hidup.
Ana setuju dgn kata2 anti bhw zuriat yg soleh solehah tidak semestinya sempurna fizikalnya tapi mereka mampu mendidik jiwa kita utk lebih mencintaiNYA...

Ana doakan anti akan dikurniakn zuriat soleh solehah sebagaimana anti impikan...

ShohwatuL_Islam said...

Ana rasa da sampai masanya anti ni berkahwin...mungkin juga ini satu jalan penyelesaian kepada kemelut yg melanda diri...hehe.tapi ana x expect dalam masa terdekat nilah..jgn mara...(^_^)

Anonymous said...

Kesian pada ibu bapaku yang terpaksa bersedihan tentang penyakit anak2nya. Terima kasih abah dan mami

nuwairahsafwa said...

salam...
akak..
ade hikmah dsbalik semua kjadian yg Allah beri..
ade mase kite g lwat ppum 2,ade seorg budk yg mngidap ktumbuhan yg besar dilehernya.dsbbkn kcacatn itu,mk n ayh budk trsebut sudh xmau lg mnjaga budk trsbut.oleh itu,knk2 itu tggl dsitu sjak kcil lg n ppum mngmbilnya sbg ank angkat.ekin trharu mlihat knk2 yg spttnya mase kcik ni la dia brmain ttp dr kcik lg knk2 ini yg xknl erti hidup,trpksa blajr sndiri untk hidup..apabila ade org tua@org dewasa yg dtg,sume dpnggil 'mk@ayah'..
sdih melihat keadaan knk2 trsebut..
kdatangan kite di ppum ari 2,bkn skadar mngajar ibu2 ini @kite yg bakal mnjadi ibu untk blajar MENERIMA,ttp juga kite di ajar supaya MEMBERI..
cthnya knk2 td yg dtggalkn oleh ibubapanya.spttnya ibuknk2 trsebt dpt mmberi sgala yg trbaik untk anknya krn setiap seorng drpd ank yg kita dpt adlh merupakn rezeki..
tkt2,diakhirt nnti,kite dtanya ape yg tlah kite brikn kpd ank kita n kita xnk hak yg itu nnti dituntut diakhrat n disbbkn itu juga kita xdpt mnjejakkn kaki kite disyurga Allah yg kite semua idamkn..
akhr skali ekin nk ucpkn n mmberi kate smngat n juge sbagai peringatan kepada kita semua semoga kita dpt MEMBERI yg trbaik tnpa mgharap balasan apa yg akn kite TERIMA..
mgkin tuhn bg kita ujian ini adlah sbagai gnti untuk mghapuskan dosa lpas yg tlah kita lakukn dgn sedar@tnpa sedar..
ingtla..bhawa tuhan itu MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG..
tuhn bagi ujian kpd kita krn DIA tau kita mmpu untk menanggungnya..
sekian..SALAM..

sya_ais said...

assalammualaikum...

akak dh jumpa calon ka??

hehhehe....sj ja tny....

akak...all d best utk exam ya...

sHi said...

ayuni...syahdu sajak yang ditulis..
betapa besar ertinya hidup untuk menerima dan memberi...

Anonymous said...

anak yang soleh menjadi waris kepada kegemilangan Islam.

Anak yang soleh pelindung keluarga di kala duka, seperti pedang tersimpan rapi tunggu dihunus

Penghibur keluarga di kala suka. Ibarat madu yang sedia terhidang.

Anak soleh itu pengubat duka. Pengubat lara. Pengubat segalanya.

Bila ayahanda serta ibunda tiada, adik2 dalam jagaannya.

Anak soleh pendamai keluarga. walaupun diri sengsara. Walaupun diri dilanda derita. Anak soleh membawa bahagia...

qudwaH_Humaira' said...

shohwatul_islam

terima kasih atas doa..
ana doakan nti dikurniakan baby soleh juga macam umminya...
hehe..
paper exam satu pun x lepas lagi ni..

adeehhh..

qudwaH_Humaira' said...

shohwatul_islam

maaf jika ana da banyak susahkan nti..asik kena dengar keluhan je ye x..

terima kasih kerana menjadi peminat no. 1 ana...hukhukhuk

aja aja fighting !!
nanti ana bagi hadiah yee..

qudwaH_Humaira' said...

senyum_cik bah

alhamdulillah
moga dalam rahmat ALLAH selalu..

qudwaH_Humaira' said...

nuwairahsafwa...

syukran atas kata-kata yang cukup bermakna...

maaf juga time g PPUM tu akak tinggalkan ekin.hehe
memenuhi kehendak protokol
ampun ibukkkk....

qudwaH_Humaira' said...

sya_ais

ehem..ehem..
apa salah nya mengimpikan zuriat soleh kan....?kan?kan?

tu la pelik...nak baby soleh p sebut bab akad gelabah semacam je...

sape kah orang itu ? jawab..jawab..

qudwaH_Humaira' said...

kak shi...

hanya luahan hati...
akak... aye doakan akak diketemukan dengan yang soleh...

nak aye kenen2kan ke ?
boleh je jadi agen...hehe

qudwaH_Humaira' said...

saladin...

kata-kata tadi ana ibaratkan nta...
moga jitu hatinya...
ana doakan nta ketemu yang solehah dan dapat anak-anak soleh dan solehah yang comey...

ameenn...

sHi said...

ameen, doa2 kan la ye tuk akak. wah, sejak bile lak jadi agen nii? hehe..amat penting tuk kite cari pasangan yang sefikrah dengan kita. agar dpt membina baitul muslim yang sama2 berlumba mencari keredhaan Allah. dpt juga melahirkan generasi islam yang sebenar. tiba masanya, akak jemput ayuni ke wal
imah. insyaAllah. doa2kan la ye. =)

nuwairahsafwa said...

ya Allah akak..
ekin xksah pon kene tggal..
trasa brsalah ke??huhuhuhu..
ade rmai yg nk tmnkn ekin..syukur ade kwn yg baik..
smpai ade yg xnk lpaskn ekin mase nk grak blek 2..hehehehe...
ekin pham..
org 2 kn vvvvvvip..hehehe

Afandy Bin Sutrisno Tanjung said...

salam

bila membaca kisah ini saya teringat kisah Nabi Sulaiman yang mana ketika isteri baginda sedang mengandung, baginda ada menyatakan bahawa ingin menjadikan anaknya seorang yagn kuat, ketua , panglima tanpa ia mngucap insyaAllah...

akhirnya ank yang dilahirkan itu adalah tidak cukup sifatnya...

ingatlah sesungguhnya kita merancang
dan Allah juga merancang..
namun hakikatnya rancangan Allah itu lagi baik jika kita mengetahui...

jgan lupa untuk megucapkan InsyaAllah dalam apa perkara yang kita lakukan...
dengan syarat insyaAllah itu mestilah dengan usaha kita juga...


salam...

qudwaH_Humaira' said...

abang fandy..

ahlan wasahlan ke blog ana
terima kasih atas perkongsian..

lama nabi Sulaiman diuji..

insya ALLAH untuk setiap benih rahim..

Anonymous said...

keep it up kak ayuni...chaiyok2!!trskan ush anda memakmurkan surau...imej muslimah sangat menarik....takbir!!!allahuakbar.......

qudwaH_Humaira' said...

anonymous...

banyak kan bersabar ya...
akak rasa macam kenal je adik ni...

ingat ALLAH..
ALLAH hamparkan ujian untuk hambaNYA yang disayangi..
bersyukur sebab tergolong dalam golongan hamba yang disayangi..

ALLAHUAKBAR !!