Sunday, October 19, 2008

Oh Tuhan..Dengarlah RAYUKU...

Indahnya berbicara bersama Tuhan..
Berbicara dengan rasa yang sepenuhnya
Tiada cukup isi dunia menilai erti manisnya
Berbicara bersama Tuhan..


Ya Allah,
Aku memahami segala isi dunia yang Kau bentangkan
Lalu Kau berikan aku pilihan
Setelah Engkau perlihatkan kebenaran.


Ya Allah,
Mereka menuntut kasih sayangku terhadap mereka
Yang aku sendiri tidak tahu kemampuanku
Adakah aku salah Ya Allah
Adakah aku berdosa


Aku rindu untuk bertemuMu..
Ajarkan aku Ya Allah segala kejahilanku
Hati nuraniku kadang gagal memujuk diri yang penat


Ya Allah,
KuasaMu ku yakini
Selemah manapun, sekerdil manapun diri ini

Aku telah Kau kurniakan pilihan
Untuk membuat keputusan


Ya Allah,
Andai aku perlu korbankan diri ini
Untuk kasih sayang manusia aku redha
Kerana kasih sayangMu padaku sudah amat cukup


Kurniakan aku kemanisan Ya Allah
Sehingga akhirnya aku tidak lagi meminta


Kurniakan aku kesabaran..
Sehingga akhirnya aku tidak lagi rasa sakitnya


Kurniakan aku keyakinan..
Sehingga akhirnya aku tidak lagi menyesal


Kurniakan aku kecintaan Ya Allah..
Sehingga akhirnya aku tidak lagi berdosa..

12 comments:

ShohwatuL_Islam said...

Tiada kata semanis bicara,
Tiada rasa seindah cinta,
Cinta pada manusia atau Ilahi,
Hanya diri mengenal isi,

Duhai sahabat,
Kuatkan semangatmu...
kerana erti hidup adalah pada memberi
Ingatkah kau pada kalimah keramat ini?
Renunglah ia kembali bagi membangkit iman dihati...

Perit dirimu menahan resah
Perit jua diriku menatap wajah
yang resah...

Duhai sahabat,
Andai diri ini boleh mengganti tempatmu,
akan kugantikannya,
namun diri yang lemah apakan daya.

Cenderawasih burung kayangan,
Hidup sendiri tanpa berteman,
Tetap teguh meredah taufan,
Untuk bertemu nikmat Tuhan...

Semoga dirimu sentisa tenang dalam kerahmatan........

ShohwatuL_Islam said...

Doa utk hilangkan rasa sakit pada anggota badan.
Letaklah tangan di atas anggota2 badan yg terasa sakit sambil membaca: "Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Amat Mengasihani (3X)
Aku memohon perlindungan dgn ALLAH dari kejahatan yg kutemui dan aku khuatiri (7x)

ShohwatuL_Islam said...

Duhai mawar harapan agama,
Titiplah rindu-rindu semalam dimana hati kita sering merintih keresahan dan kepiluan berada jauh dari pandangan Ilahi,
Allah akan menguji hambaNYA "Kami akan menguji kalian sehingga terbukti siapa yang berjuang dan siapa yang sabar di antara kamu" (Muhammad: 31)

qudwaH_Humaira' said...

shohwatul_islam

syukran..
sedihhnyaa.

Anonymous said...

Ada hikmah disebalik setiap yang berlaku...

"Diwajibkan di atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui""(Al-Baqarah:216)

setiap dari orang yang menggelar dirinya Islam pasti akan diuji...

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji oran-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta"(Al-Ankabut:2-3)

Jika kita melepasi ujian-ujian berkenaan dengan iman kita yang mantap...

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad dijalan Allah, mereka itu mengharap rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"(Al-Baqarah:218)

akan tetapi, jika tidak berjaya mengenal pasti dimana terletaknya iman...

"Mereka dalam keadaan ragu-ragu (antara iman dan kufur), tidak termasuk kepada golongan ini(beriman) dan tidak pula kepada golongan itu (kafir)"(Al-Nisa':143)

dan jika perasaan sakit atau hilang semangat menyengat diri...

"Jangan kamu merasa hina(nilang semangat) memburu mush, kerana jika kamu merasa sakit, mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya, sedangkan kamu pula berharapkan kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan"(An-Nisa':104)

Ketahuilah bahawa dalam hati orang-orang yang beriman itu...

""...dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka.."(Al-Anfal:2)

sHi said...

indah btul puisi yg ayuni n shohwatul islam wat. sape ye shohwatul ni? mcm kenal jerk..huhu

im touched dgn puisi yg sgt puitis merintih pada Allah Yang Satu....

Head Shot said...

ni ayuni, abg hazim ada nak tanya lain topik sikit..sebagai ahli kimia kan, abg hazim nak tanya apakah itu melamin dan bagaimana dia boleh merosakkan badan eh?..kalau boleh wat la satu entri pasal tu ya..
Hazim Abdul Halim
http://diarihati.wordpress.com

qudwaH_Humaira' said...

saladin..

syukran..
ana akan hayati

qudwaH_Humaira' said...

kak shi...

indahnya puisi pada keikhlasan..
akak percaya x ?

qudwaH_Humaira' said...

abang hazim...

insya ALLAH..
syukran ya akhi..

sHi said...

ya ukht,
sgt percaya, jika ianya ikhlas keranaNya, ayat-ayat cinta khas buat Allah...syahdu...=)

nuwairahsafwa said...

salam...
akak..ekin pon dh xtau nk create ape kt cni..
sume ekin da bgtau kat FS akak kot..
ekin harap akak dptla mnjalani hidup yg lbh brerti lps ni..
ini kerana hidup dgn MEMBERI lbh sush brbndg hidup dgn MENERIMA..
semua adalh ujian tuhn...
xsgka akak ade bakat yg trpendam..
mantap..hehehe..
akak juga slalu pesn kat ekin yg kita hidup untk mnyampaikn dkwah ini mmg sush..
apetah lg klu nk memuaskn ht semua org..mmg 1 tanggungjwb yg berat..
ekin nk akak ekin ni brsemangat semula..
itu baru la akak yg ekin knal..
k salam..